CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Hukuman Tak Setimpal Dengan Kesalahan -

[Copy link]
 Author| Post time 2-8-2007 06:20 AM | Show all posts
Pukul isteri, seekor kambing

TENOM 1 Ogos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2007 06:23 AM | Show all posts
Hubungan sulit, seekor kerbau

TENOM 1 Ogos
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 06:30 AM | Show all posts

Reply #342 dexa's post

Kerbau mahal woo
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 08:13 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 28-7-2007 09:47 AM
Lima samseng kena 9 tahun

Pertengkaran berlarutan dan mereka menyerang Mohd Hanafiah sebelum Sugumaran dan Prabkaran mengheret Mohd Hanafiah ke tempat duduk penumpang kereta mangsa dan dipandu Mathews ke pencawang telekomunikasi, manakala Devakanan dan Gunasegaran mengikut menaiki kereta Proton Satria.

Ketika dalam perjalanan Sugumaran dan Prabkaran memukul kepala Mohd Hanafiah hingga mangsa pengsan dan selepas sampai ke tempat kejadian, mangsa terus dipukul dan ditikam sebelum ditinggalkan dalam keadaan bogel.



tanpa niat?

what rubbish. :kant:
Reply

Use magic Report

keptenmarbel This user has been deleted
Post time 2-8-2007 09:24 AM | Show all posts

Reply #344 kabukiman's post

buat2 x siuman...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 10:01 AM | Show all posts

Reply #345 keptenmarbel's post

meroyan? utk jantan?
and the prosecution accepts this? :kant:

paper tuh tak ckp lak apa mitigating factor dia...musti depa2 tuh quote:
-miskin
-sole breadwinner
-dependent ramai termasuk 3 dogs, 5 kittens, 2 kerbau, 5 roaches, 17 hamsters
-first offence <-feberet nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2007 10:11 AM | Show all posts
sabah mmg gitu... antaran kawin pon temasuk kebau....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2007 10:43 PM | Show all posts
Curi keju penjara 2 bulan, curi minyak wangi kena 2 tahun
03-08-2007

KUALA LUMPUR:  Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang pemasang mozek atas tuduhan mencuri tiga bungkus keju tiga bulan lepas.

Majistret Manira Mohd Noor memerintahkan Lim Kok Boon, 40, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ia ditangkap iaitu pada hari kejadian.

Manira juga mengarahkan Lim menjalani hukuman penjara 20 hari setelah mengaku bersalah gagal menunjukkan kad pengenalan ketika diperiksa oleh pihak berkuasa. Kedua-dua hukuman berjalan serentak.

Lim dari Taiping, Perak mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di 7-Eleven Time Square, Jalan Imbi di sini pada 6.40 petang, 23 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Tertuduh yang berpendapatan RM60 sehari mengaku terdesak melakukan perbuatan tersebut.

Lim yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya dengan alasan perlu menanggung sewa rumah serta menjaga bapanya yang menghidap sakit jantung yang memerlukan rawatan setiap bulan.

Mengikut fakta kes, seorang jurujual yang bertugas melihat tertuduh dalam keadaan mencurigakan dan semasa ditahan dengan bantuan pengawal keselamatan mendapati tertuduh mengambil tiga keju bernilai RM24.60 milik 7-Eleven Sdn Bhd tanpa membayarnya di kaunter.

Pendakwaan dijalankan Cif Ins Alif Charles Belon.

Sementara itu mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang pemasang kabel elektrik selepas mengaku bersalah mencuri dua kotak minyak wangi berharga RM27.80 dari sebuah pasar raya di sini, Mei lepas.

Majistret memerintahkan Johari Ishak menjalani hukuman itu mulai daripada tarikh tangkapan iaitu 24 Mei lepas.

Johari, 33, dari Raub, Pahang mengaku melakukan perbuatan itu di pasar raya UDA Ocean, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, pada pukul 11.20 pagi, 24 Mei.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Mengikut fakta kes, seorang pengawal keselamatan pasar raya itu nampak tertuduh menyorok dua kotak minyak wangi dalam seluarnya dan meninggalkan premis itu tanpa membayarnya di kaunter.

Terdahulu, Johari, yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan beliau menghidap penyakit lelah dan mempunyai dua orang anak kecil berusia dua dan tujuh tahun.

Pendakwaan dijalankan oleh cif inspektor yang sama

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

okay  - lemme get this ridic  verdict  ---
curi 3 KEJU  = rm24.60  -    JAIL 2 MONTH

curi perfume = rm27.80  - JAIL 2 YEARS
(sorok perfume DALAM SELUAR DIA -   ishhhhhh  memang
tak wangi lagi la perfume tu ye - mesti  busuk sebab dia masuk
dalam seluar dia - ntah2 masuk dalam seluar dalam dia  ewwww)
so - adakah sebab tu  2 TAHUN?  perfume tu tak wangi lagi! -

apa punya hukuman  ye!!
2 freaking YEARS  for stealing rm27.80 minyak wangi!!

and  kalau khalwat  kena  2 bulan penjara ATAU  rm1000

sorry but this is crap i feel -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2007 02:54 PM | Show all posts
14 days
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 08:42 PM | Show all posts
Duda mengaku ceroboh bilik, cabul pelajar
15-08-2007

KUALA LUMPUR:  Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan dan mengenakan pengawasan setahun terhadap seorang pemasang jeriji yang mengaku bersalah menceroboh bilik seorang pelajar Tingkatan Satu dan mencabul kehormatannya.

Majistret Azniza Mohd Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Jamdi Junoh, 38, bagi kesalahan menceroboh masuk melalui siling bilik pelajar itu di rumahnya di Sentul di sini, pada tengah hari 12 Jan lepas dan menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap tertuduh kerana mencabul kehormatan pelajar itu.Beliau mengarahkan agar kedua-dua hukuman itu berjalan secara serentak dan berkuatkuasa dari tarikh Jamdi ditangkap pada 15 Jan lepas.

Pegawai pendakwa Cif Inspektor Muhammad Jais memaklumkan kepada mahkamah bahawa Jamdi mempunyai dua rekod kesalahan lampau iaitu mendatangkan kecederaan dan lari dari pusat serenti.


Terdahulu peguam bela, Wan Azmir Wan Majid, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap Jamdi dengan alasan anak guamnya itu berpendapatan rendah dan perlu menyara dua orang anak yang masih bersekolah sejak kematian isterinya empat tahun lalu

---------------------------------------------------------------------------------------

now i fully understand why i am disgusted with this kind of
judiciary system in malaysia --

sexually assulted form one student who's clearly under age and
this moron only gets 4 month jail?? what kind of justice is this??
and plus with 2 more convicted that he had before!! ---

and gets 13 months cuz 'menceroboh masuk bilik' and sexually
assaulted the girl --

and the lawyer had a nerve to ask even less punishment with
the lame reason -- cuz this moron earn less money and had 2 small
children --   

come to think of it - didnt he feels that the children might be
in danger around this pedophile who prey upon a kid
and sexual assault them?

this guy should be locked and should not be left walk freely
in the society generally and near his kids specifically --
this is the kind of person u cannot trust even your life
depended on it --   with 2 criminal records already prior
to sexually assulted the 13 years old girl --

what a shame! -


[ Last edited by  dexa at 15-8-2007 09:52 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 06:54 PM | Show all posts
Buffalo and pig fine for bigamist
22-08-2007

KOTA KINABALU: A buffalo and a pig. That is the fine imposed by the Penampang Native Court on a man for bigamy.

The court also annulled the traditional marriage between the 30-year-old self-employed man and the wife who filed for a divorce after learning that he had married a Muslim woman.

District Chief Innocent Majakil and a six-member bench ordered the man to pay lapau (the fine for bigamy) in the form of a buffalo worth RM1,000 and sogit (another fine) in the form of a pig worth RM300 to his three children, aged seven to 10.

He also ordered the man to pay RM2,000 for the wedding expenses incurred 10 years ago.

The court requested that the names of all concerned be withheld and gave the mother custody of the children.  

Majakil said the man had violated Kadazandusun customs and traditions under Section 20 of Part IV of the Sabah Native Courts Enactment


------------------------------------------------------------------------


*check post  #341 and #342 ---
the fines  for both - kinda similar --
one was a goat   and the other one was a buffalo too --

strange a bit the fine for native in sabah ---
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 07:09 AM | Show all posts
Belasah isteri dengan kayu hoki, mekanik dipenjara 4 bulan
22-08-2007

KUALA LUMPUR:  Akibat terlalu cemburu kerana mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang mekanik hari ini dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas dia mengaku bersalah mencederakan isterinya itu dengan kayu hoki, tiga bulan lepas.

Majistret Mursyida Abd Halim memerintahkan Mohd Faudzi Harun, 40, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 9 Mei lepas.

Mohd Faudzi dari Sentul didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Suhana Said, 37, di No 2A, Kampung Chubadak, Jalan Sentul Pasar di sini kira-kira pukul 2 pagi, 8 Mei lepas.

Mengikut fakta kes, tertuduh memukul Suhana di depan anak-anak mereka dengan menggunakan kayu hoki di bahagian tapak tangan, kaki, lengan dan peha sehingga menyebabkan cedera kerana tidak dapat mengawal perasaan apabila dia mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketika rayuan, Mohd Faudzi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda sahaja kerana beliau perlu menyara lima orang anak yang masih kecil serta ibunya yang sakit.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Cif Insp Suhaimi Kushari

------------------------------------------------------------------------

forget it!!
memang sistem kehakiman ni dah teruk sangat
4 months lepas belasah isteri dengan kayu hoki
and it can even be fatal too!!  kena 4 bulan -
started 9 may 2007 - dia akan keluar this coming
9 september - then ZAP!!   pukul isteri tu lagi
cuz what's stopping him?  dah ada DISease macam tu
bukannya overnite or even 4 mths jail will cure his abusive
behaviour!!! lelaki panas  baran macam ni - tak boleh biarkan
dengan society - tu baru isteri dia - nanti anak2 dia sendiri pun
dalam jeopardy ! - send him to counselling - and as well kena
ada protection pada isteri dan anak2 dia tu  - biar dia sedar his
behaviour is intolerated -
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 08:13 AM | Show all posts
aku cadangkan perkara ini dibawa kepada Shahrizat Jalil. Bagi dia bawa kat kabinet supaya hukuman macam tu dibuat ulangkaji semula. Itu kerja dia. Bukan kerja ikut bermusim dan ikut trend bos yang sedia ada. Wasalam
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 08:53 AM | Show all posts

menggoncang pintu pagar, Penjara 6 bulan....

PETALING JAYA 27 Ogos - Seorang peniaga yang mendakwa ingin menyambut Hari Kemerdekaan negara ke-50 dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menceroboh sebuah rumah milik seorang lelaki gara-gara untuk bertemu dengan bekas teman wanitanya.

Majistret Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman terhadap Abd. Jalil Yusuf, 25, dari Sungai Buluh, selepas dia mengaku salah atas tuduhan menceroboh rumah milik Mohd. Shazren Sariff, 22, di No. 2306, Jalan 3/7, Bandar Baru Sungai Buluh, di sini.

Dia melakukan kesalahan itu lebih kurang pukul 11 malam, 18 Mac lalu.

Mengikut fakta kes yang diakuinya, tertuduh telah pergi ke rumah tersebut untuk bertemu dengan bekas teman wanitanya.

Walaupun telah diarahkan pulang, tertuduh bagaimanapun enggan berbuat demikian malah telah bertindak menggoncang pintu pagar rumah tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor P. Ravi mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh merayu supaya hukuman tersebut diringankan atas alasan dia ingin menyambut Hari Kemerdekaan di luar penjara.

憫Memandangkan bulan ini adalah Bulan Kemerdekaan, 31 Ogos ini saya ingin menyambutnya di luar,拻 katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 08:55 AM | Show all posts
uiks... anak jiran sebelah aku suka main pagar...bising tak hengat... bleh tak aku sumbat dia dalam jel gak??
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 29-8-2007 08:55 AM
uiks... anak jiran sebelah aku suka main pagar...bising tak hengat... bleh tak aku sumbat dia dalam jel gak??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2007 09:00 AM | Show all posts
dekat bandar baru...uikss dekat sangat dgn umah eden tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 09:00 AM | Show all posts
ramai la budak2 kecil masuk ...................
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 09:05 AM | Show all posts
bole kena penjara yek..
camni masaklah salesmen
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by acura at 29-8-2007 08:53 AM
PETALING JAYA 27 Ogos - Seorang peniaga yang mendakwa ingin menyambut Hari Kemerdekaan negara ke-50 dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menceroboh seb ...


kalaulah rakyat msia diberi pendidikan undang2, agaknya byk yg kena penjara, ya!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.066494 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list