CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87286|Reply: 365

DOBI [MERGE]

[Copy link]
Post time 16-6-2007 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by elle_gogo at 16-10-2009 23:29

Assalamualaikum semua.......

Saya Zamri Bin Razak selaku pengarah syarikat Z&Z Network Trading merupakan 100% syarikat bumiputera
terlibat penuh dalam pembuatan mesin dobi layan diri di Malaysia. Setakat ini saya telah mengeluarkan hampir 150 unit
mesin dobi layan diri di seluruh negara di atas nama produk " flamingo " di mana untuk mesin basuh berkapasiti 10.5 kg
yang sesuai untuk membasuh pakaian,toto,comforter dan juga carpet lembut manakala mesin pengering juga berkapasiti
10.5kg juga.

Untuk pengetahuan saudara dan saudari sekalian, mesin basuh heavy duty daripada syarikat kami diimport
daripada new zealand dan mesin kering heavy duty dari US. Kedua-dua mesin ini diubahsuai dengan coin operated
yang di pasang di syarikat kami .

Sebelum ini market perniagaan ini bertumpu di dalam kampus/asrama pelajar di IPTS, IPTA, Hospital, Kem Tentera
dsb. Kini saya ingin meluaskan perniagaan saya di shop lot terutama sekali di kawasan yang berpenduduk apartment/condo.
Konsep perniagaan saya adalah kedai dobi yang menyediakan perkhidmatan dobi dan juga layan diri bermakna walk in customer
ada option samada nak tinggalkan baju di kaunter @ basuh sendiri. Konsep ini masih baru di pasaran malaysia.

Kepada yang berminat... mari kita kongsi maklumat disini.

wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2007 07:05 PM | Show all posts

Perniagaan dobi [MERGE]

Assalammualaikum semua..

nama saya jamil bin ahmad..pemilik e-dots laundry station...

kedai saya terletak di Taman Melawati Kuala Lumpur

saya telah menceburi bidang dobi hampir 3 tahun...

saya ingin membantu sesiapa dia luar sana yg teringin membukaperniagaan ini....walaupun berbekalkan pengalaman hanya selama 3tahun..saya percaya sedikit sebanyak saya dapat membantu...bumiputera di forum ini pula dalam niat mereka menceburi bidang dobi ini...

jadi saya mulakan topic dengan soalan yg paling popular iaitu modal utk buka dobi...

dobi ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:-
1) dobi biasa
2) pusat cucian kering..

jadi modal nak buka dobi pun ada kene mengena dengan jenis dobi yg hendak dibuka....

jikalau anda ingin membuka dry cleaning center ( pusat cucian kering )modal MINIMUM utk MESINDOBI  yg COMPLETE ( washer + dryer + Iron set ) adalahsekitar rm50 000..itu adalah mesin sahaja..tidak termasuksewa..lesen..kaunter..renovation dan lain lain..jikalau modal minimumutk semua adalah sekitar rm80 000 ke 100 000( kene tgk kawasan juga)

utkdobi biasa pula..modal yg cantik adalah dalam rm 30 000 ke 35 000 (termasuk renovation sewa kedai dan lain lain )...itu adalah modal ygpaling cantik dimana ia termasuk lah 2 mesin basuh ( 1 top load dan 1front load ) satu dryer dan iron set...jikalau nak rendah lagi punboleh..tetapi mesin nya kecil lah sediikit..tetapi masih boleh bukakdobi..

di sini saya ingin ingatkan kepada tuan dan puan di sana yg ingin membuka dobi...

mesin yg WAJIB utk membuka dobi hanyalah 3 sahaja...
1) washer
2) dryer
3) iron set

mesin mesin lain adalah tidak perlu..contoh contoh mesin yg tidak perlu adalah seperti
1) spotting machine - harganya sekitar rm8 000( saya guna berus gigi jer )
2) foamer ( mesin utk iron coat ) harga sekitar rm 25 000 ( saya pakai steam iron biasa jer - hanya memerlukan 2 minit )
3) mesin sarungkan plastik ke baju ( sekitar rm 4 000 ) - kita buat sendiri modal hanya dalam rm5 sahaja...

sebab saya tekankan jikalau hendak membuka dobi pilihlah mesin yg bersesuian ...adakah berbaloi kita menghabiskan rm4 000 utk mesinyg hanya berfungsi utk sarungkan plastik ke baju?

sedangkan kita boleh buat bermodalkan sekitar rm 5 sahaja..

oleh itu kepada sesiapa di luar sana berminat nak membuka dobi..berhati hatilah...

itu sahaja yg saya nak kongsi pada kali ini..semoga tuan puan mendapat manafaat...terima kasih kerana memeriahkan forum ini..

saya sgt mengalu alu kan mereka yg ingin bertanyakan apa apa sahaja soalan berkenaan dengan dobi di forum ini..isyaAllah saya akan menjawab dengan sebaik mungkin...

kepada mereka mereka yg ada pengalaman dalam bidang ini juga amat di harapkan dapat menyumbangkan pengalaman atau tips anda dalam forum ini...

diharap info yg saya berikan dapat membantu saudara/i sedikit sebanyak mengenai modal utk membuka dobi...selamat berjaya



[ Last edited by  elle_gogo at 22-5-2009 17:13 ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 09:33 PM | Show all posts
wah taman melawati... cam penah tgk je.. ni kat jalan mana... bagi landmark... anyway.. good good good info...

bro jamil.. bole tak ulas idea ni... sapa2 nak implement pun bole... kita share je.

ideanya - camana nak bukak kedai laundry self-service kat kondominium..

soalannya

1) berapa modal? dan dengan modal tu, berapa mesin washer and dryer leh dapat?

2) berapa charge basuh? berapa charge dryer? berapa leh expect revenue sebulan?

3) camana nak approach kondo management for such service?

4) bagus tak idea ni? ke not so profitable (sbb self service, susah amik kontrak basu h baju etc.. leh survive tak.. maintenance wise etc)

tq
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 09:58 PM | Show all posts
wah bro jamil....info yang betul2 berguna....
patut mod digestkan thread ni....creadit tu bro jamil....





"t-shirt design gallery"<------- klik sini
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 01:52 AM | Show all posts
boleh tau  tak dia punya keuntungan atau kerugian, tq
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 07:23 AM | Show all posts
Originally posted by edot_jamil at 27-3-2007 07:05 PM
Assalammualaikum semua..

nama saya jamil bin ahmad..pemilik e-dots laundry station...

kedai saya terletak di Taman Melawati Kuala Lumpur

saya telah menceburi bidang dobi hampir 3 tahun.. ...


Akum, xsilap sye kisah kedai dobi saudara pernah ditulis didlm surat khabar Metro kan dan sye selalu membaca topic dobi saudara di forum lain.. syabas!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2007 09:17 AM | Show all posts
encik "boyan"

membuka dobi di kondominium adalah paling sesuai utk memulakan perniagaan dobi ini adalah kerana sewanya adalah murah..sebagai contoh ada satu dobi di bawah condominium di bkt antarabangsa..sewanya adalah lingkungan rm 250 dan COLLECTION SEHARI  dia adalah RM300-RM400...untung??calculate sendirilah..1st day bukak dobi dah boleh cover sewa kedai...

saya bukannya tak bersetuju dengan konsep layan diri ni cuma perangai kita org malaysia ni yg kurang menyambut konsep layan diri..mereka lebih gemarkan konsep dobi biasa kerana sambil mereka boleh membuat kerja lain daripada menunggu di depan mesin ( mesin coin operated mengambil masa lebih kurang 45 minit utk basuh dan lagi 45 minit utk kering - muatan maksimum 7kg )..lagipun vandalism adalah amat tinggi(maknanya maintenance pun tinggilah )...unless kalau ada org duduk situ dah jaga/tunggu mesin mesin tersebut ( lebih baik bukak dobi biasa macam tu sebab dah kene employ org jaga )...mesin coin operated ( washer ) adalah dalam rm6 000 begitu juga dengan pengering dah jenis yg popular adalah brand maytag..kalau sesiapa yg berminat nak bukak coin operated laundry boleh contact smart wash..utk membuka konsep layan diri ni paling kurang kene ada 2 washer dan 2 dryer..sedangkan dobi saya yg sekarang ni pun pakai satu je dryer(dah tiga tahun operasi alhamudillah)..

encik"togeh" terima kasih banyak atas komen anda

encik"speedo" tentang keuntungan dobi..ia depend on what type of laundry do you operate...secare puratanyalah ek?keuntungan dobi biasa adalah sekitar 50% ke atas...dan jika bukak dry cleaning centre boleh mencecah 95%...

wa'alaikummusalam encik "madura1"

ya betul tu ada sekali saya ditemuramah oleh harian metro..ini link dia

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/W...cle/indexs_html

terima kasih ..sememangnya saya agak active di forum yg lain..tetapi setelah melihat kat forum ni takder yg nak berkongsi ilmu mengenai dobi..saya pun masuklah...harap post ini mendapat sambutan yg hangat dari anda semua....dan saya amat berharap semua mendapat manafaat ye..selamat berjaya..
tolong ye sesiapa yg ada ilmu marilah kita berkongsi dalam post ini...

terima kasih..

Jamil Ahmad
e-dots laundry station
5433 jalan J9,
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur

012-2292907/03-41053611

sesiapa yg nak talifon pun saya alu alu kan..nak datang ke kedai saya pun boleh..tapi talifon dulu ye..takut saya takder
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 01:33 PM | Show all posts
hye uncle jamil

kalau saya antar baju kat dobi uncle ader diskaun tak ??

ngeh3....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2007 01:47 PM | Show all posts
waa.en.jamil dah sampai sini.sebelum tu aku dah baca psl dobi ni kat putera.com
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 07:16 PM | Show all posts
ok en jamil very good info thanks. saya duk melawati je, insyaAllah ada masa leh singgah.

yup, itu salah satu plan saya. nak bukak kedai dobi kat kondo. reason nak buat self service sebab nak biar dia run on its own. betulla concern pasal vandalism tu.. and once dah upah org, baik bukak kedai dobi.

kalau kat overseas, katalah ada luas kedai / space about say... 20 X 20... dia bole letak about 6 washers and 6 dryers.. all coin operated... mesin2 dia tak besar cam kedai dobi nye, actually cam mesin basuh kat umah... cuma besar sikit dari tu...

mesin yang en jamil maksudkan yang besar2 tu ke? kenapa tade mesin kecik2 yang macam saya citer tu ye... ke saya salah... mekasihhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 01:20 AM | Show all posts
En.Jamil,

Jadinye sewa di kondominium nie... lebih murah lah..ye

Dah lama gak nak bukak kedai dobi nie...... Insyallah, sye akan ke kedai Dobi en.jamil dlm masa terdekat nie.... boleh lah beri tunjuk ajar dan nasihat kepada sye

[ Last edited by  Madura1 at 29-3-2007 01:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 05:47 AM | Show all posts
ni yang bersemangat nak run laundry business ni    TAPI modal besar gak yerk
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 06:00 PM | Show all posts
saya ada 1 soalan kepada uncle jamil...

mengenai sabun....adakah sabun di'supply' sekali ?? camner nak dptkan supplier ?? sabun plak jenis serbuk atau cecair yer ??
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 08:22 PM | Show all posts
mesin coin operated adalah sama dengan mesin lain ( beza nya cuma ia pakai duit syiling )...

kalau mesin mesin yg besar tu adalah mesin dari jenis industrial..mesin basuh industrial adalah utk mereka yg ambil contract contohnya dari hospital ataupun hotel2...oleh itu mesinnya adalah berbeza dengan mesin yg di pakai oleh dobi dobi biasa...

dobi dobi biasa ini adalah dalam kategori commercial..sama juga dengan mesin yg coin operated...

ya sewa kondominium adalah murah berbanding dengan luar....ada pro's and cont's buat dobi di dalam condo..boleh singgah tapi tolong ye buat appointment dulu..takut saya tiada di kedai...

encik mukmin boleh lah start kumpul modal utk buka dobi dah..hehe..seperti yg saya cakap modal dobi kene ikut jenis dobi yg hendak dibuka dan juga mesin yg hendak dipakai...

kalau bebtul minat nak meniaga dobi..dengan berbekalkan modal minyak kereta je pun kita dah boleh buat bisness dobi...

saya ada juga supply chemical utk laundry akan tetapi saya punya agak mahal sedikit dari pasaran luar kerana saya punya disahkan HALAL...

byk supplier kita boleh dapat di pasaran..selalunya sesiapa yg baru buka dobi supplier supplier ini secare sendirinya akan datang ke kedai anda utk menghantar quotation mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 11:41 AM | Show all posts
jawapan yg bernas dpd uncle jamil...

soalan seterusnya dari saya ialah....

katakan mcm saya nih yg tak tau menahu langsung tentang dobi...antar baju ke dobi pun jarang2...jadi adakah uncle jamil ada menyediakan sebarang kursus atau pun kelas untuk menjalankan perniaagan dobi dar A hingga Z...contohnya macam mana nak lipat baju...macam mana nak buat dry cleaning dan sebagainya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 11:44 AM | Show all posts

Reply #13 edot_jamil's post

maknanya apabila kita membuka laundry commercial kita tak boleh la pakai detergent yg macam kita dok selalu guna kat rumah tu ye?

saya tau industrial laundry memang payah skit especially kalu kita dpt tender from sepital...byk kerenah & prosedurnya yg kita kena ikut mcm boiler, soiled linen kena seperate dgn clean linen...chemical yg kita gunakan..etc.

kalau kita mulakan commercial laundry yg kecil-kecilan dan menggunakan washing machine secondhand pun boleh kan? perlu ke kita sit for classes yang dianjurkan oleh kementerian keusahawanan atau pun just tanya kengkawan yang berpengalaman macam en. Jamil sahaja sudah memadai?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2007 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by AT at 30-3-2007 11:44 AM
maknanya apabila kita membuka laundry commercial kita tak boleh la pakai detergent yg macam kita dok selalu guna kat rumah tu ye?

saya tau industrial laundry memang payah skit especially kalu  ...


detergent yg dipakai oleh dobi adalah berbeza dengan detergent yg digunakan dirumah...dobi biasa boleh pakai chemical yg biasa tetapi mahal laaa...sebab kalau dikira costing softener yg digunakan oleh dobi...kos utk sebotol softener tu hanyalah rm0.20 ke rm0.35 sahaja..dibandingkan dengan kita beli softener di pasaran ( atas rm5 keatas )...sebab itu kami tidak pakai softener biasa..dan sememangnya bau dan kualiti detergent dobi ( commercial ) adalah berbeza..

sememangnya masing masing adalah masalah masing2..contract ada masalah sendiri begitu juga dengan dobi biasa..

kalau kita amik contract mostly dari hospital bukan sahaja kita kene asingkan soiled linen dengan clean linen..akan tetapi dari apa yg saya dengar kita juga perlu men"reserved"kan sedikit wang bagi mengganti kain kain yg teruk tercemar..saya tidak arif dalam contract laundry ni..harap sesiapa yg arif boleh berkongsi pengalaman mereka...

kalau kita yakin...kita sememangnya boleh buka dah laundry...tiada masalah...macam saya dulu, saya tiada pengalaman apa apa pun ..main redah je ..tetapi alhamdulillahh rezeki saya di dalam bidang ini...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 01:58 PM | Show all posts
memang kalau kita amik contract utk basuh linen dari hospital byk prosedur yg kita perlu ikuti...tahap kepanasan boiler, kebersihan, ironing, lipatan semuanya mengikut prosedur tambahan pula kalau dpt contract dari hospital kerajaan. Selalunya kalau kita amik contract utk membasuh linen hospital, hotel jarang nak hantar linen mereka kepada kita kerana linen hospital terdedah dengan pelbagai penyakit..pekerja juga harus berhati-hati..memang berbeza dengan commercial laundry.

saya nampak commercial laundry lebih mudah dan senang nak mulakan.
Reply

Use magic Report

optom This user has been deleted
Post time 31-3-2007 08:41 AM | Show all posts

Reply #1 edot_jamil's post

en jamil... dia punya return of investment brapa lama? berapa break even point?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 10:34 AM | Show all posts
macam best je bukak kedai dobi ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.485698 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list