|
BUKAN mudah mahu meletakkan sesuatu produk itu ke depan, lebih-lebih lagi apabila terlalu banyak persaingan dalam satu aliran.
Namun kalau ada kesungguhan, tidak mustahil produk kita setanding dengan yang lain. Seperti dicapai majalah wanita InTrend baru-baru ini yang menggondol dua anugerah gangsa untuk kategori rekaan kulit muka terbaik bagi kategori Majalah Wanita Berbahasa Malaysia.
Dengan kejayaan itu, sedikit sebanyak ia membuktikan mereka masih utuh di hati pembaca.
Kemenangan diperoleh majalah terbitan Measat Publications Sdn Bhd itu sangat bermakna buat mereka, lebih-lebih lagi mereka berjaya mengetepikan saingan majalah lebih senior dalam dunia percetakan.
Bukan itu saja, rekaan kulit majalah InTrend keluaran Ogos lalu dengan menggunakan Ziana Zain sebagai penghiasnya meraih Anugerah Pra Percetakan Cemerlang ketika majlis Anugerah Keempat Percetakan Asia, Shanghai, China.
揔ami terkejut dan bangga dengan pencapaian ini kerana majalah kami masih baru di pasaran. Kebanyakan majalah yang bertanding kali ini sudah ada nama di dalam dunia penerbitan.
揝emoga kemenangan ini menjadi batu loncatan terbaik buat mereka dalam memantapkan lagi keluaran kami pada masa depan, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|