CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1949|Reply: 14

Dayuskah?

[Copy link]
Post time 20-6-2007 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Seorang suami tahu bininya mempunyai ramai kenalan lelaki, selalu keluar minum2 dan melepak bersama lelaki, selalu bermain sms dgn kenalan2 lelaki, dan melepaskan tanggungjawab menjaga anak2 kepada tempat org jaga anak dan kepada suami. Lalu suami itu menasihatinya, memberi peringatan untuk jgn diulang lagi, berikan tumpuan kepada rumah tangga dan anak2. Tetapi bini masih tetap buat perkara yg sama.

Apa yg patut dilakukan? Adakah patut diceraikan sedangkan anak2 amat memerlukan seorang ibu? Dayuskah suami masih menyimpan bini sebegitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2007 06:08 PM | Show all posts
Memang dayus jika seorang suami membiarkan isterinya bergaul dgn lelaki lain. Jika dinasihati tak diambil indah...ajak berbincang didepan ibu bapa/mertua. Jika tak berhasil juga bawa pergi kaunseling dipejabat agama.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 06:18 PM | Show all posts

Reply #2 zerozone's post

setuju...

halanglah bini dari buat camtu...apa guna jadi perempuan kalau ada ramai kawan lelaki...yg tak berkenaan...:@
ingat Amerika ka?

harap2 tiada yg celaka...

p.s= Desperate Housewives ditayang di tv nasional....menerapkan unsur2 penipuan, kecurangan dlm hidup suami isteri.....bagaimana nak buat? adduhhh....
sapa2 rajin tulis surat kat suratkhabar ke hantar e-mel ke...silalah tegur pihak tv...
tak dapat buang semua satu pun jadilah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 06:35 PM | Show all posts

Reply #1 wml's post

Memang dayus lah walaupun membiarkan isteri nya pergi buat kerja dakwah denga laki-laki yang lain. Kalau ber PM-PM dibelakang suami lagi teruk lah kedayusan laki tersebut kalalu dia tak ambil tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2007 02:11 AM | Show all posts
kalau nak diasingkan tempat tidur pun saya rasa macam tak makan je. kena lakukan sesuatu yg boleh mengubah cara hidup si isteri agar lebih taat pada suami. tak banyak, dapat anamkan rasa respect si isteri pada suami pun sudah kira satu langkah awal yg berjaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2007 07:43 AM | Show all posts
TQ for the response...tapi apa ye yg boleh dilakukan. Nasihat dah diberi, asing tempat tidur memang tak membawa kesan, ibunya telah dimaklumkan supaya bantu nasihat tapi tak jalan, nak ajak jumpa kaunseling taknak....jadi apa lagi yang boleh si suami lakukan? Tutup hati dan buat macam tiada apa berlaku asalkan anak2 tidak kehilangan ibu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2007 02:37 PM | Show all posts
saya nampak hanya kerana satu reason sahaja - supaya anak2 tak kehilangan ibu..

kalau ibu yg tak respek suami sendiri, bermain kayu tiga terang2an, dan ntah apa2
lagi yg dilakukan di belakang suami....
ibu yg tak makan saman, ibu yg tak makan nasihat (malah oleh emaknya sendiri...)
ibu sebegini yg diharapkan utk anak2 itu membesar dan mendapat kasih sayang?

saya rasa tak rugi jika dia diceraikan, dan si suami ikhtiarlah cari ibu lain (yg lebik baik)
utk anak2nya...

wallahualam. sekadar pendapat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2007 02:52 PM | Show all posts
bacakan alfatihah sesudah sembahyang subuh dan hembuskan ke ubun2 isteri semoga berubah hatinya untuk nentaati suami...perceraian bukan jalan penyelesaian terbaik...berdoalah selalu dan jangan berputus asa dalam menasihati isteri...perpisahan adalah pilihan terakhir...semoga Allah memberkati usaha anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2007 05:38 PM | Show all posts
aku rasa forumers bagi idea gi kaunseling paling bagus skali...... mungkin si suami terlepas pandang sesuatu?! cuba selami hati si isteri.... apa kekurangan dalam rumah tangga? mungkin si suami terlalu sibuk mencari nafkah hingga si isteri tidak mendapat belaian? btw, cerai bukan jalan penyelesaian terbaik melainkan mmg dah takde jalan lain.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2007 03:36 PM | Show all posts
Bagaimanakah lagi belaian yg diharapkan? Tugas rumahtangga, masak, basuh kain, jaga anak dsbnya telah dibantu, malah kebanyakkan suami yang lakukan krn faham bini juga sibuk dgn kerjanya. Kebebasan utk berkawan, berkerjaya, beraktiviti telah diberi. Cuma yg tidak mampu diberi adalah kemewahan dalam hidup, harta benda, wang dan barang kemas yang melimpah ruah. Adakah si suami perlu mengekori bini sepanjang masa utk memastikan kejujuran? Apabila kebebasan sudah diberi, bukankah tanggungjawab bini untuk menggunakan kebebasan itu dengan baik?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 06:22 PM | Show all posts
isteri yang nusyuz, tidak taat kepada suami tidak wajib diberi nafkah. Mungkin si suami boleh pergi ke pejabat agama sendirian dulu utk mendapatkan kaunseling...dan pejabat agama akan menghantar surat kepada si isteri utk hadhir ke sessi kaunseling berikutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 06:39 PM | Show all posts
kita sebagai manusia hanya mampu utk berikhtiar...... jika dah habis ikhtiar, terpaksalah........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2007 10:22 AM | Show all posts
Kadang-kadang sukar untuk mengukur samada ikhtiar itu telah habis dilakukan...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 05:00 PM | Show all posts

Reply #13 wml's post

ya..ya...mmg sukar...

sebab tu kalo boleh usaha teruk2 seteruk2nya dulu baru boleh beralah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 12:17 PM | Show all posts

Reply #13 wml's post

bagaimana pulak ikhtiar solat hajat dan istikharah??
buat la dulu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.230518 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list