View: 3516|Reply: 19
|
Tanya sket... soalan ttg Al-Quran
[Copy link]
|
|
sori sebab bukak thread baru, aku dah click kat thread "Al Quran" tp asyik kuar cannot find server je.
mcm ni, meskipun aku seorang beragama islam, dan aku tak lekang dari sembahyang lima waktu, namun begitu masih lagi ada sekelumit dalm hati aku perasaan ragu2 ttg islam dan al quran.
aku ada beberapa soalan yg aku ingin tujukan:
1) disebabkan aku tak pandai bahasa arab, aku nak tanya... dalam al-quran, adakah ayat2 dalam bahasa melayu yg dalam petak kurungan (........) adalah ayat yg diturunkan Allah atau ia adalah tulisan manusia itu sendiri? kalau ia tulisan manusia itu sendiri, bolehkah kita mempercayainya? maksud aku adakah ia betul maksudnya?
2.) apakah bukti yg menunjukkan al-quran itu bukan merupakan karangan Muhammad itu sendiri? adakah betul Muhammad s.a.w seorang yg buta huruf dan tidak pandai menulis?
3.) knp dalam kebanyakan ayat2 al quran Tuhan menyebut "Kami"?
sorilah sebab aku ni bukanlah seorang yg arif ttg bab2 agama. tu fasal aku ingin bertanya pd korang. aku tak kisah kalau ada sesape yg nak marah disebabkan soalan2 yg aku tujukan itu. tak kisahlah kalau manusia lain nak marah kat aku, janji bukan Allah swt yg murka pd aku di akhirat nanti, sbb aku nak betul2 berasa yakin demi meneruskan ibadah aku dgn bersungguh2 kpdNya.
salam.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by summer69 at 21-6-2007 02:44 PM
1) disebabkan aku tak pandai bahasa arab, aku nak tanya... dalamal-quran, adakah ayat2 dalam bahasa melayu yg dalam petak kurungan(........) adalah ayat yg diturunkan Allah atau ia adalah tulisanmanusia itu sendiri? kalau ia tulisan manusia itu sendiri, bolehkahkita mempercayainya? maksud aku adakah ia betul maksudnya?
2.) apakah bukti yg menunjukkan al-quran itu bukan merupakan karanganMuhammad itu sendiri? adakah betul Muhammad s.a.w seorang yg buta hurufdan tidak pandai menulis?
3.) knp dalam kebanyakan ayat2 al quran Tuhan menyebut "Kami"?
1. Soalan tak berapa jelas. Boleh perjelaskan? Dalam Al Quran tiada bahasa Melayu. Ayat Al Quran adalah dari Allah, disampaikan melalui malaikat Jibril (AS) kepada Rasululah (SAW) dengan perantaraan wahyu. Nabi hafal terus apa yang disampaikan oleh Jibril. Kita wajib mempercayai ayat Al Quran sebagaimana maksud yang diterangkan oleh Rasul (SAW). Ayat Al Quran juga mengandungi ayat muhkamat (jelasmaksudnya) dan mutasyaabihat (tersirat maksudnya). Kita boleh fahamyang jelas maksudnya dan yang tersirat maksudnya kita berserah kepadaAllah. Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan tulisan Arab yangtelah wujud digunakan untuk dijadikan sebagai kitab.
2. Banyak bukti termasuklah bukti2 saintifik yang hanya dalam bebrapatahun kebelakangan ni saja yang dapat dibuktikan: contoh pembentukan janin, pembentukan hujan, dasar laut terdapat pemisahan ketumpatan yang berlainan.
3. Dalam bahasa Arab, jika seseorang menggunakan perkataan 'kami' penunjukkan kehebatannya dalam menyampaikan sesuatu (seperti takabbur). Allah menggunakan perkataan 'Kami' menunjukkan kata ganti yang mana sesuai dengan kehebatan Allah dan kebesaran Allah. Takabbur adalah 'pakaian' Allah, dan Allah tidak suka makhluknya bersifat takabbur. Wallahu a'lam
[ Last edited by mnm77 at 21-6-2007 10:00 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
saya rasa dah jelas soalan tuuu
cuma kita sebagai manusia masih serba kekurangan
dan disini saya tak MENJAWAB,
cuma sekadar mengajak manusia BERFIKIR dan BERINGAT
gamaknyalah kalau org melayu hanya baca dlm bahasa arab
tanpa terjemahannya, adakah dia FAHAM APA YANGTUHAN TURUNKAN
dan sebagai manusia, jangan kata nak terjemahkan kedalam bahasa melayu
itu sukar, sedangkan dlm bahasa arab sendiri, sukar utk menafsirkan
yang SEBENAR-BENARNYA
tak tahu pulak ianya karangan MUHAMMAD atau dari TUHAN
kena belek jugak ZABUR, TAURAT dan INJIL dan YANG TERDAHULU
adakah disitu ada KELAINAN atau PERBEZAAN???????
KAMI:sedangkan
TUHAN BERSEMAYAN DIATAS ARASH
TUHAN CUKUP DEKAT DGN KITA DR URAT MARIKH
TUHAN DIMANA-MANA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by summer69 at 21-6-2007 02:44 PM
Tanya sket... soalan ttg Al-Quran
sori sebab bukak thread baru, aku dah click kat thread "Al Quran" tp asyik kuar cannot find server je.
mcm ni, meskipun aku seorang beragama islam, dan aku tak lekang dari sembahyang lima waktu, namun begitu masih lagi ada sekelumit dalm hati aku perasaan ragu2 ttg islam dan al quran.
aku ada beberapa soalan yg aku ingin tujukan:
1) disebabkan aku tak pandai bahasa arab, aku nak tanya... dalam al-quran, adakah ayat2 dalam bahasa melayu yg dalam petak kurungan (........) adalah ayat yg diturunkan Allah atau ia adalah tulisan manusia itu sendiri? kalau ia tulisan manusia itu sendiri, bolehkah kita mempercayainya? maksud aku adakah ia betul maksudnya?
2.) apakah bukti yg menunjukkan al-quran itu bukan merupakan karangan Muhammad itu sendiri? adakah betul Muhammad s.a.w seorang yg buta huruf dan tidak pandai menulis?
3.) knp dalam kebanyakan ayat2 al quran Tuhan menyebut "Kami"?
sorilah sebab aku ni bukanlah seorang yg arif ttg bab2 agama. tu fasal aku ingin bertanya pd korang. aku tak kisah kalau ada sesape yg nak marah disebabkan soalan2 yg aku tujukan itu. tak kisahlah kalau manusia lain nak marah kat aku, janji bukan Allah swt yg murka pd aku di akhirat nanti, sbb aku nak betul2 berasa yakin demi meneruskan ibadah aku dgn bersungguh2 kpdNya
Salam........
Sekadar pendapat untuk dipandang.
1) Perkataan yang terkandung(....) tu bukanlah sebahagian dari ayat Al-Quran, tetapi penterjemahlah yang menokoktambah. Kebanyakannya membuat kita beku, malas berfikir. Lagi pula kebanyakan terjemahan sekarang adalah ambilan dari tanah seberang, ie: Indon. Atas inisiatif sekarang boleh didapati terjemahan yang kontemporari dengan ayat yang ringkas dan jelas oleh Othman Ali. Kalau tidak suka pegangannya, boleh terus ke Bacaan: http://www.e-bacaan.com/bacaan_surah.htm
Boleh lihat dan nilai sendiri. Berdoalah spt Ihdinassirotolmustaqeem ya Allah..........
ALLAHULAEEMULHAKEEM........
2)Bukti: Banyak........
Sekadar contoh:
i) 2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan)
ii) 15:9. Kamilah yang menurunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya.(Firman Allah)
iii) 2:121. Orang-orang yang kepada mereka Kami memberikan al-Kitab membacanya dengan bacaannya yang benar, mereka mempercayainya; dan sesiapa yang tidak percaya kepadanya, merekalah orang-orang yang rugi.
dan banyak lagi ayat-ayat yangboleh diexplore............Al-Quran menerangkan Al-Quran.
Muhammad tidak buta huruf, beliau seorang yang pintar, seorang businessman.......Ummiy bukan bermakna butahuruf dlm kontek Nabi muhammad, tetapi Kaumnya termasuk baginda sebelum ini belum menerima kitab Allah tidak sesperti Yahudi yang menerima taurat dan Injil dan Zabur
17:106. Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan.
3) yang ini saya boleh bersetuju mengenai pandangan dari mnm77
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mengenai ayat dlm kurungan tu ia bukan ayat yg diturunkan oleh allah,ia hanya andaian manusia yg mentafsir ayat itu ,sebab itu dimasukkan dlm kurungan.mungkin boleh berubah maksud ayat dlm kurungan tu
apabila ditafsir oleh orang lain.
mengenai bukti yg quran bukan ditulis oleh muhammad ada dlm quran.jika percaya kepada allah,kita kena percaya kepada quran tanpa
ragu.jika ada perasaan ragu tentang kandungan quran maknanya iman kita belum kuat.untuk menguatkan iman kita bacalah terjemahan quran dlm bahasa malaysia.bila sudah membacanya dan memahami kita akan diberi petunjuk dan pemahaman tentang quran.silapnya masyarakat
kita membaca quran dlm bahasa arab sahaja tanpa memahami apa yg
ditulis dlm quran.
69:40. Ini adalah pertuturan dari seorang rasul yang mulia.
69:41. Bukanlah pertuturan dari seorang penyair; jarang sekali
kamu mempercayainya.
69:42. Bukanlah pertuturan dari seorang tukang ramal;
jarang sekali dapat kamu merenungkan.
69:43. Sebuah wahyu dari Tuhan semesta alam.
69:44. Jika sekiranya dia menyatakan sebarang ajaran yang lain.
69:45. Kami pasti akan menghukumnya.
69:46. Kami akan menghentikan wahyu kepadanya.
69:47. Tidak ada sesiapa pun dari kamu yang dapat menolongnya.
69:48. Ini adalah peringatan untuk orang orang yang benar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya, kenapa alquran tak ditulis waktu Rasulullah masih hidup? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by basikalgirl at 30-7-2007 09:55 AM
nak tanya, kenapa alquran tak ditulis waktu Rasulullah masih hidup?
Salam kepada basikalgirl. Benarkah spt yang anda dakwa? Atau hanya sangkaan sahaja?
Bagaimana kalau saya katakan bahawa ayat-ayat Allah telaphpun ada, telahpun dikitabkan.
Al-Quran diturunkan dengan satu penurunan(Lengkap) bagi mengelakkan keraguan kepada Nabi Muhammad SAW. Lalu diperintahkan untuk disampaikan secara berperingkat-peringkat kepada kaum sebagai suatu hbentuk Hikmah dari Allah.
Firman:
17:106. Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan.
Jadi dakwaan anda itu Allah sangkal melalui ayat ini. Dan saya yakin bahawa sejarah ini telah diputerbelit oleh manusia. Namun Allah Pelindung setiap yang Benar.
Allahul'AlimulKhobir....... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 30-7-2007 01:52 PM
Salam kepada basikalgirl. Benarkah spt yang anda dakwa? Atau hanya sangkaan sahaja?
Bagaimana kalau saya katakan bahawa ayat-ayat Allah telaphpun ada, telahpun dikitabkan.
Al-Quran ditur ...
Ahh...malangnya tidak ada bahan maujud bukti sejarah tentang al-quran yang diturunkan semuanya sekali gus kan? Yang ada kita lihat hanyalah tulisan-tulisan di kulit-kulit binatang ataupun di kulit-kulit pokok di museum-museum tertentu yang mempamerkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 ayyohpeen's post
dulu belajar kat sekolah, al quran mula dibukukan zaman khalifah Usman bin affan.. ingat lagi cikgu kata quran tak diturunkan sekaligus..diturun berperingkat2..
maknanya sumer tu tipu belaka? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 30-7-2007 01:52 PM
Salam kepada basikalgirl. Benarkah spt yang anda dakwa? Atau hanya sangkaan sahaja?
Bagaimana kalau saya katakan bahawa ayat-ayat Allah telaphpun ada, telahpun dikitabkan.
Al-Quran ditur ...
Al-Waaqi'ah:
[56.75] Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran
al-Israa':
[17.82] Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Al-Insaan:
[76.23] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.
Al-Israa':
[17.106] Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.
Al-Furqaan:
[25.32] Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
cuba saudara perhatikan
bagaimana manusia MENTERJEMAHKAN AL QURAN
dari bahasa arab ke bahasa malaysia!!!!!!!!!!
56:75. Tidak! Aku bersumpah dengan tempat jatuh bintang-bintang,
17:82. Dan Kami menurunkan daripada al-Qur'an, satu penyembuhan, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan bagi orang-orang yang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian.
76:23. Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur抋n kepada kamu, satu penurunan,
17:106. Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan.
25:32. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Mengapakah al-Qur'an tidak diturunkan kepadanya semua sekali gus?" Begitulah, supaya Kami memperteguhkan hati kamu dengannya, dan Kami membacakannya dengan bacaan sebenar.
........... WAHAI KAUM YANG MAHU BERFIKIR |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 1-8-2007 11:09 AM
salam
cuba saudara perhatikan
bagaimana manusia MENTERJEMAHKAN AL QURAN
dari bahasa arab ke bahasa malaysia!!!!!!!!!!
56:75. Tidak! Aku bersumpah dengan tempat jatuh bintang-bintang,
1 ...
Berkenaan surah Al-Israa' ayat 106 tu, saya dah rujuk kepada kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Tafsir Al-Azhar, dan 3 lagi Al-Quran terjemahan kesemuanya menggunakan perkataan "beransur-ansur".
Mungkin la kot kalau tanya org atau golongan yg tak mahu menggunakan ilmu lughah Arab, ilmu nahu bahasa Arab, ilmu tasrif, ilmu maani, etc, atau mereka merasakan ilmu lughah arab mereka lebih hebat, dia akan beri takrifan dan takwilan ikut logik akal... |
|
|
|
|
|
|
|
pening le cam gini.. kena belajar bahasa arab le gamaknye.. semua orang yang tafsir alquran sesuka hati jek tafsir ikut sesedap rase.. sebab tu aku selalu musykil kenapa semua tak sama? sampai aku musykil ntah2 al quran dah dikelentong.. sebab alquran ditulis selepas nabi wafat.. kenape tak ditulis waktu nabi hidup..same macam hadis.. ade yang sahih ade yang palsu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Equalizer at 1-8-2007 11:38 AM
Berkenaan surah Al-Israa' ayat 106 tu, saya dah rujuk kepada kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Tafsir Al-Azhar, dan 3 lagi Al-Quran terjemahan kesemuanya menggunakan perkataan "beransur-ansur" ...
Saya ada mintak tolong pada wife saya supaya bertanyakan ustaz tentang tafsir surah Al-israa' ayat 106 ini.
Wife saya ada ambik kelas tafsir dan pengajian bahasa Arab dgn ustaz tersebut. Ustaz tersebut kalau tak silap saya dulu mengaji di Jordan.
Pada ayat "nazzalnaahu" (yg juga merupakan perkataan bersifat fe'el) itu memberi maksud beransur-ansur atau perperingkat.
Dalam lughah Arab ini, kalau bertukar baris atau bertukar samada ada atau tiada syaddah, makna ayat juga akan bertukar.
sebab tu dlm bab pengajian tafsir ni sepatutnya melalui 15 cabang ilmu termasuk ilmu lughah, nahu, maani, tasrif, dll.
Terjemahan yg berikut yg sering digunakan oleh ayyohpeen:
17:106. Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan.
adalah terjemahan yg digunakan oleh golongan ANTI-HADIS.
Golongan ANTI-HADIS ni dalam bab tafsir Al-Qur'an ni mereka tak perlukan 15 cabang ilmu tersebut, tak perlu tahu ilmu lughah, tak perlu tahu ilmu nahu, maani dsb, tak perlu rujuk pada ulamak muktabar.
Mereka lebih suka tafsir ikut logik akal sendiri. Mereka merasakan ilmu mereka lebih tinggi dari mereka yg mengaji bertahun2 mendalami ilmu tafsir serta cabang2 ilmu tafsir. Oleh sebab itu dalam terjemahan satu2 ayat bahasa Arab tu mereka sering tersasar jauh dari makna yg sebenar...
mungkinlah mereka bertakwil ayat2 Al-Quran ikut bersesuaian dgn jiwa dan nafsu mereka.
Sebab itu antara pra-syarat utk memahami Al-Qur'an dgn lebih tepat, berulang-ulang ayat2 Al-Qur'an ada menyebut bahasa Al-Qur'an dan kaitan dan pentingnya bahasa Arab. Sebab itu kebanyakan sebahagian besar daripada 15 cabang ilmu adalah berkaitan dgn lughah Arab itu sendiri.
Asy-Syu'araa:
[26.192] Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
[26.193] Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
[26.194] Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).
[26.195] (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
Ad-Dukhaan:
[44.58] Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).
Az-Zukhruf:
[43.3] Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.
Fussilat:
[41.3] Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
An-Nahl:
[16.103] Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia". (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.
Yusuf:
[12.2] Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by basikalgirl at 1-8-2007 11:41 AM
pening le cam gini.. kena belajar bahasa arab le gamaknye.. semua orang yang tafsir alquran sesuka hati jek tafsir ikut sesedap rase.. sebab tu aku selalu musykil kenapa semua tak sama? sampai ak ...
oleh itu, bagi kita yg dhaif bahasa Arab, maka sewajibnya kita menuntut ilmu daripada orang yg berilmu serta mendalam pengetahuannya termasuk lughah Arab dan tafsir. Sebab itu juga, dalam kaedah menuntut ilmu, kita seharusnya menuntut ilmu atau berguru lebih dari seorang guru. Lebih ramai lebih bagus.
Sebab sekiranya ada dalam ramai2 guru itu yg tersasar, ilmu yg ditimba dari guru2 yg lain dapat memberi perbandingan atau memperbetulkan ilmu yg salah.
Kita kena juga ambil tahu latarbelakang pengajian guru yg kita berguru tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 Equalizer's post
Bahasa Arab adalah suatu bahasa yg sangat kompleks dan tinggi nilai bahasanya. Sebab itu bahasa Arab adalah satu2 bahasa yg tidak berubah sifatnya sejak 1400 yg tahun.
Ini juga bermakna, sekiranya seseorang yg boleh bercakap bahasa Arab, belum bermakna dia dapat menterjemahkan atau mentafsirkan secara tepat.
Sama juga spt kita yg dilahirkan dan dibesarkan dgn bahasa Melayu. Bila peperiksaan, ramai juga yg bahasa ibundanya bahasa Melayu tetapi gagal dalam SPM atau seumpamanya.
Sedangkan bahasa Inggeris (yg dari segi nilai bahasa adalah jauh lebih mudah berbanding bahasa Arab), itu pun banyak istilah2 yg tidak mudah atau tidak dapat diterjemahkan dgn tepat kepada bahasa Malaysia (inikan pula bahasa Arab). Dan setengah2 sifat perkataan juga berubah makna dan sifat mengikut keadaan.
Kesimpulannya, bagi kita yg menuntut ilmu agama secara short-cut, kita kena lah pastikan yg kita menuntut ilmu atau berguru dgn mereka2 telah mengorbankan jiwa, masa, tenaga bertahun2 menuntut ilmu dan mendalami ilmu agama (dgn mereka2 yg telah menuntut ilmu secara long-cut), iaini dgn guru yg mursyid.
Kalau kita nak menuntut ilmu secara short-cut dgn orang yg juga menuntut ilmu secara short-cut, yg ikut jalan mudah/pendek, kemungkinan besar kita akan tersasar dan tersesat jalan, nanti jadi macam golongan ANTI-HADIS. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
mohon kemaafan kepada yg membaca
tetapi saya hanya membacakan kepada sesiapa yang sudi...
untuk berfikir dan meneliti
YANG SESEBENARNYA YANG DITURUNKAN
dan dibacakan oleh mereka yang HANYA TAKUT KEPADANYA
tanpa MENYEMBUNYIKAN atau MENOKOK TAMBAH walaupun SATU PERKATAAN
agar ramai dapat MANFAAT darinya
sekian lama saya MENTELAAH
dan banyak TERJEMAHAN yang tak senada dlm nahasa arab
contohnya
SURAH AL QADR; ayat
97:4. Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah
kenapa banyak tafsiran menukarkan perkataan Roh kepada Jibrail??
dan dari surah tersebut jugak, apa YANG DITURUNKAN???
97:1. Sesungguhnya, Kami menurunkannya pada malam yang berkuasa.
hanya baru baru ini sahaja saya dapat menghayati istilah MALAM YANG BERKUASA
setelah sekian lama mengerti MALAM YANG PENUH KEMULIAAN
dan adakah bagi saudara BERKUASA itu sama dgn KEMULIAAN???
dan memang benar AL QURAN dimudahkan dlm bahasa ARAB
tetapikenapa mereka yg ARIF itu dah berkelompok kelompok???
masing masing taksub dgn pendirian masing masing???
dgn pengertian dan tafsiran masing masing???
sedangkan mereka dan kita tidak pernah memikirkan
bahawa kita masih lagi MANUSIA dan sentiasa bersalah dan berdosa?????
SELAWAT DAN KEBAIKAN HANYA DARI TUHAN |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by basikalgirl at 1-8-2007 11:41 AM
pening le cam gini.. kena belajar bahasa arab le gamaknye.. semua orang yang tafsir alquran sesuka hati jek tafsir ikut sesedap rase.. sebab tu aku selalu musykil kenapa semua tak sama? sampai ak ...
saya tengok banyak respon awak ni (termasuk kat thread2 lain), macam seolah2 tak 100% percaya pada agama islam. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
payah jugak nak memperkatakannya
sebab bagi SEPENGETAHUAN MANUSIA memang ianya secara logik akal
diturunkan berperingkat peringkat
sedangkan disisi TUHAN
IANYA DITURUNKAN DIMALAM PENUH KEKUATAN pada bulan RAMADHAN
mungkin disisi TUHAN, SATU MALAM
sama dgn bertahun tahun kita dimuka bumi!!!!!!!!
hanya sekadar sedikit pengertian untuk dikongsi
dan DIFIKIRKAN , WAHAI YANG BERAKAL!!!!!!!!!!!!!!!!!
begitulah manusia, sukar mempercayainya
dan banyak yg percaya dgn penafsiran diri sendiri!!!!!!
samada ianya betul ataupun tidak
dan TAK MASUK AKAL!!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|