CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: homer_simpson

[MERGED] Sejarah Muzik Rock Di Malaysia

  [Copy link]
Post time 2-7-2008 10:59 PM | Show all posts

Reply #20 Feno's post

Aku ada full konsert AJL 1991
Massa ade wat persembahan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2008 10:04 AM | Show all posts
email la kat aku tenko02@yahoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2008 05:01 PM | Show all posts

Reply #22 tenko1234's post

size beso wo...

tp cube ko search kat youtube
da ade org upload

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 08:56 PM | Show all posts
Originally posted by poison_ivy at 21-9-2007 06:26 AM


Kalau tak silap aku la , penyanyi dia meninggal kan??

dh meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 02:35 AM | Show all posts
tapi perasan tak org melayu ialah bangsa yg jiwang. segana2 mana pun org melayu tak kira la banduan ke mat rempit ke perompak ke rocvker ke masti jiwang. kalau bercinta mesti jiwang sgt2, pompuan bc novel jiwang, abang2 suka lagu rock jiwang mak bapak minat cerita hindustan jiwang
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 03:35 AM | Show all posts

Balas #25 sekngucing\ catat

itu tandanya kita mempunyai hati yg lembut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2008 10:19 AM | Show all posts

Reply #25 sekngucing's post

harap ke jiwang je lebih..romantiknya auk (out)
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 10:56 AM | Show all posts
Teringat Kasut Hi Cut Buatan Malaysia '' ALIPH ''


http://www.muzikrock.com/foto/aliph/index.html

[ Last edited by  HangPC2 at 30-10-2008 11:05 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2008 04:44 PM | Show all posts

Sejarah muzik rock di Malaysia

Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.

Album hasil Battle Of The Band 1.



Album hasil Battle Of The Band 2.


Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.
Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).
Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ')), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa Battle Of The Bands.
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV RTM, kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh masyarakat umum.
Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, MAY dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.
Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena "underground". Tanpa siaran TV ataupun radio, kumpulan rock seperti Cromok, FTG dll masih berjaya mengumpul peminat.
Filem terbaik yang berjaya menampilkan muzik rock 80-an versi Malaysia adalah tidak lain daripada filem Rock (Disember 2005) oleh Mamat Khalid.
Maklumat-maklumat tambahan lain juga boleh didapati di http://www.lagendarock.com
[url=][/url]
[sunting] Daftar Gagasan Rock Malaysia
  • Juara Rock (1983)
  • Juara Rock (1984)
  • Festival Rock (1984)
  • Battle Of The Bands 1 (1986)
  • Clash Of The Bands 1 (1986)
  • War Rock 1 (1986)
  • Battle Of The Bands 1 (1987)
  • Clash Of The Bands 2 (1987)
  • War Rock 2 (1987)
  • War Rock 3 (1988)
  • Hikayat Rok 88 (1988)
  • Kumpulan Muzik Tenggara (1988)
  • Pancakara Di Cakerawala (1988)
  • Batu-Batu Perjuangan (1988)
  • Clash Of The Bands 3 (1988)
  • Rock Galactica 88 (1988)
  • Pesta Hiburan Kingsway  ????
mari kita sama2 bongkar balik nostalgia muzik rock malaysia yg tetap bertahan hingga sekarang yg jangkau 30 tahun lamanya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 04:45 PM | Show all posts
Pada era 60 an muzik ini dicipta .. ianya dicemuh kerana melanggar tatasusila muzik ..

pada awal era 70 an di negara barat muzik sebegini bertambah semakin berat dan rancak ..
ianya digelar Hard Rock & Heavy Metal .. Di Malaysia awan mendong seketika membawa panahan muzik yang paling berat di akhir era 70 an ..Sweet Charity pernah disanjung oleh anak2 muda pada akhir era 70 an ..


Kemudian muncul pula Kembara yang lebih ke arah pop .. namun masih dianggap paling
berat pada era itu .. awal 1980 an band2 yang membawa konsep lebih berat seperti
Hard Rock dan heavy metal mula membanjiri Malaysia .. antaranya band
seperti Burnmarks (1983), D`Febians (1984), The Lefthanded (Kini Dikenali Lefthanded),
Diamond Head (Kini Dikenali Ekamatra), Rainbow (Kini Dikenali Gersang) dan lain2 lagi.
Pesta Rock pertama yang lebih merupakan pertandingan bagi band2 rock yang belom
merakamkan album diadakan pada tahun 1983 di Johor.

Pertandingan itu diberi nama Juara Rock 1983 telah dimenangi oleh D'Febians dan
The Lefthanded. Kumpulan Titanic dan Split Times (lagu hits - Rintihan Semalam)
pula adalah kumpulan bertuah kerana berjaya merakamkan 2 buah LP dalam bentuk piring hitam .. manakala Juara Rock 1984 dimenangi oleh The Burnmarks yang menyanyikan lagu
Pelacur Tua dan Spak Trucking. Masa tu The Burnmarks terdiri daripada Emy Abdu Rahman, Ain Ahmad, Din Hamid, Zainal Ahmad. Vokalisnya bernama Hamid. Tempat kedua berjaya
digondol oleh Hurricane dari JB yang menyanyikan lagu Perjalanan dan Sail of Charon
dan ketiga ialah Kumpulan Gersang dari JB mendendangkan lagu Wang dan The Star Gazer.

Pada tahun 1985 serangan muzik rock semakin menyengat setelah kumpulan Search melahirkan album sulong mereka bertajuk "CINTA BUATAN MALAYSIA".

Pada zaman itu kebanyakan band mendendangkan lagu berirama Hard Rock & Heavy Metal.

Belom lagi wujud Slow Rock yang lebih ke arah mainstream pada era itu. Pada tahun 1986
Papa Ali (Ali Bakar) menganjurkan pertandingan "BATTLE OF THE BAND" yang seakan sama dengan Juara Juara Rock di Pulau Pinang. Persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku", semua rockers dengan penoh bersemangat menyanyikan lagu patriotik itu, antara band yang bertanding adalah "RAHIM MAAROF & THE WHITESTEEL" yang pada masa itu membawa lagu "Rock Warrior", "White Lightning","Jumpa Sekali Lagi" & 2 buah lagu lagi yang berentak heavy metal. Kemudian "SYJ" pula menyusul membawa lagu "HATI SYAITAN". Semua crowd melayan headbanging sampai ada yang menghantuk kepala kat dinding! Gila fanatik! Selepas itu Amir selaku vokalis mengibarkan bendera Malaysia sambil menyanyikan lagu "ORANG TIMUR". "SYJ" membelasah cukup2 pentas itu dengan membawa lagu2 yang berat, setelah itu beberapa buah band menyusul seperti
"ELLA & THE BOYS" dan lain2 lagi. Demam heavy metal dan hard rock telah melanda!!!!!!!!


Lagu2 yang dibawa olih band2 gagasan "BATTLE OF THE BANDS" itu diabadikan di dalam album kompilasi "BATTLE OF THE BANDS" pada tahun 1986. "Juara Juara Rock" juga mengikut jejak yang sama mengabadikan lagu2 dari band2 di bawah gagasannya antaranya: "D`Febians", "Burnmarks", "M.A.Y" dan lain2 lagi pada tahun 1987. Antara lagu hit di dalam album kompilasi "Juara Juara Rock 1" antaranya: "Burnmarks - Secebis Rayuan", "D`Febians - Roda Penghidupan", "M.A.Y - Derita Bangsa" dan banyak lagi. Pada era itu pergerakkan rock diberi tumpuan sepenohnya olih media massa hinggalah pada tahun 1988-1989 di mana RTM telah meng"gam" band2 rock yang berambut panjang daripada memasuki stesen TV-nya. Lantas kesemua lagu2 dari band2 rock di era 80an tak dapat memasuki kaca tv RTM.

Tapi itu bukanlah masalah besar kerana siaran TV swasta iaitu TV3 banyak menyiarkan lagu2 band2 otai ini di dalam siaran mereka.

Setelah gagasan "Battle Of The Bands" & "Juara Juara Rock" berjaya di persada muzik.

Wujud beberapa buah lagi gagasan lain antaranya gagasan "CLASH OF THE BANDS" yang melahirkan kumpulan seperti "KRAX", "VARNA", "STEELFINGERS", "ILMIAH", "HANDY BLACK", "HELTER SKELTER" dll. Gagasan "WAR ROCK" melahirkan "MEDICINE", "PRATAYUDA", "KEJORA", "SPRING'S" dll manakala Gagasan "HIKAYAT ROCK" pula melahirkan "D`RIYATH", "STEELERS", "TROOPERS", "SAXO" dll. Gagasan "ROCK GALACTICA" juga melahirkan beberapa buah kumpulan yang hebat seperti "LIPAN BARA","BLACKROSE" dll.

Gagasan yang paling dihormati iaitu yang paling lama iaitu gagasan "JUARA JUARA ROCK" yang melahirkan banyak band2 yang membawa lagu2 berat. "BATTLE OF THE BANDS" juga banyak melahirkan band2 ternama seperti "BLOODSHED", "ELLA & THE BOYS", "SYJ", "RAHIM MAAROF & WHITESTEEL" dll. Tidak dilupakan juga "PESTA HIBURAN KINGSWAY" yang memperkenalkan kumpulan2 hebat seperti "BUMIPUTERA ROCKERS", "HANDY BLACK","FRU" dll ....

Demikianlah sejarah dan asal usul dunia Rock di Malaysia. Kalo nak diceritakan memang sampai esok tak habis. Pasal band2 rock yang ada di Malaysia sepanjang tahun 1983-1993 adalah sebanyak beratus2 band. Hampir mencecah 4 angka kalo dikirakan kesemuanya. Semuanya wujud di bawah gagasan yang berlainan seperti yang diterangkan di atas. Kebanyakkan nama2 band yang pelik2 di atas yang tak pernah didengari lu orang cuma melahirkan sebuah album sahaja adakalanya tak ada album langsung. Cuma dikenali di dalam album kompilasi gagasan masing2. Contohnya kumpulan "BURNMARKS" setelah 5 tahun berada di dunia rock baru berjaya melahirkan beberapa buah album sahaja. Album pertama mereka yang berjudul "BURNMARKS" lahir pada tahun 1988. Iaitu setelah setahun lagu2 mereka diperkenalkan di dalam kompilasi "JUARA JUARA ROCK 1, 2 & 3". Inilah sedikit kenangan kisah2 rockers di era 80 an buat tatapan generasi baru ..

ROCK TAKKAN MATI !!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 04:48 PM | Show all posts
Atas permintaan beberapa guest yang nak tau sangat pasal band2 pelik dari gagasan kelompok yang wujud sekitar tahun 1980 an, gua akan ceritakan secara lebih terperinci mengenai mereka di sini .. Untok pengetahuan kalian gagasan ini bertujuan ntok mencungkil bakat band2 yang bermain muzik rock di Malaysia ..

Diperkenalkan pada tahun 1983, Ianya dinamakan Juara Rock 1983 telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Kumpulan Titanic dan Split Times (lagu hits - Rintihan Semalam) pula adalah kumpulan bertuah kerana berjaya merakamkan 2 buah LP dalam bentuk piring hitam Pada tahun 1984 terdapat sebuah lagi pertandingan ianya dinamakan Festival Rock 1984 Lokasinya - Dewan Jubli Intan, JB . Band yang bertanding - Gersang, The Burmarks, Hurricane, The Hazzards dan The Five Years After.

Kemudian wujudnya pertandingan Juara Rock 1984 yang dimenangi oleh The Burnmarks yang menyanyikan lagu Pelacur Tua dan Space Trucking. Masa tu The Burnmarks terdiri daripada Emy Abdu Rahman, Ain Ahmad, Din Hamid, Zainal Ahmad. Vokalisnya bernama Hamid. Tempat kedua berjaya digondol oleh Hurricane dari JB yang menyanyikan lagu Perjalanan dan Sail of Charon dan ketiga ialah Kumpulan Gersang dari JB mendendangkan lagu Wang dan The Star Gazer.

Gagasan yang pernah mekar yang amat dihormati ialah gagasan Juara-Juara Rock yang menampilkan MAY, Scandals, Burnmarks, Metalian, D'Febians yang berjaya menonjolkan pelbagai lagu-lagu rock berat seperti Peperangan, Roda Penghidupan, Bukan Untuk Selamanya (D'Febians), Kuasa, Kuasa II, Gadis Kota (Scandals), Kabus, Gerimis Rindu, Aku Dengan Caraku (Metalian), Pemuzik Muda, Derita Bangsa, Gadis Misteri (MAY) dan Makan Hati Ulam Jantung, Insaflah, Snooker (Burnmarks). Manakala lagu slow seperti lagu Kembalilah Semula, Bayangan Hidup, Skestsa Sebuah Cinta (MAY), Secebis Rayuan, Penantian Sepi, Galeri Kasih (Burnmarks), Rindu, Musnahlah Sebuah Cinta,

Penantian Yang Tak Pasti (Scandals), Cinta Pertama, Kehilangan, Kenangan Abadi (D'Febians) dan Tetap Di Sini, Segala Untukmu, Biarkan Aku Sendiri (Metalian)

Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987) Merupakan gagasan yang paling dihormati terdiri dari Ella & The Boys, Rahim Maarof & Whitesteel, Bloodshed, Lefthanded & SYJ. Lagu2 yang terdapat dalam album kompilasi Battle Of The Bands 1 & 2 adalah Orang Timur, Hati Syaitan, Mata Sepet, Teruskan (SYJ), Nostalgia Rindu, Hidup Pemuzik, Manusia Dan Janji, Debu Khayalan (Bloodshed), Jumpa Sekali Lagi, Sengketa, Hanya Dalam Mimpi, Kejahilan (Rahim Maarof & Whitesteel), Debunga Wangi, Lanun, Kenangan Bersamamu, Tuduhan (Lefthanded), Cinta Berakhir, Dua Insan Bercinta, Ulat Bulu, Hanya Secebis Jawapan (Ella & The Boys) dan Hapuskan Lanun Cetak Rompak.

Gagasan-gagasan lain yang pernah wujud seperti Clash Of The Bands yang menampilkan TZ (Twilight Zone), Handy Black, Trashed,Last Minute, Helter Skelter juga turut memeriahkan dunia rock seperti lagu Pemuzik Jalanan, Mencari Kedamaian (TZ), Tiada Lagi Air Mata, Antara Syurga Dan Neraka (Helter Skelter), Pengalaman Hidup, Tunggukan Kepulanganku (Last Minute), Gelisah, Angkara (Trashed) dan Mimpi, Ketenangan (Handy Black).

Lain-lain lagu seperti Melissa, Secebis Cahaya, Kesedaran Yang Terlewat, Bakti Satria,

Akhir Cinta Pertama (Helter Skelter) dan Erti Cinta, Kau Ku Sayangi, Peperangan. Cinta Berdarah, Wajah Bagai Pelangi (Last Minute) Selain itu gagasan War Rock juga pernah mengegarkan dunia rock dengan warisan-warisan rock mulai War Rock 1 hingga 4.

War Rock 1 melahirkan kumpulan Pratayuda iaitu vokalisnya ialah rocker Hattan, Medicine, The Kids yang anggotanya terdri daripada Kama dan Mohalim (anggota Iklim) dan Midnight yang menampilkan Umarul sebagai gitaris. Lagu-lagu mereka seperti Tangisan, Sengsara Timur Tengah, Kesucian Abadi (Pratayuda), Diderai Kerinduan,Ingatlah, Bantulah Aku (Medicine), Ketenangan hidup, Siapa Dia (The Kids) dan Dunia Materialistik, Kesepian (Midnight).

War Rock 2 pula melahirkan kumpulan Stroyer, Dewanga, Kejora dan BC Rockers. Lagu-lagu mereka seperti Malaya, Hilang Keindahan Cinta, Pemusnah (Stoyer), Di Perhentian Cinta,Wujudnya Kekasih, Palestin (Dewangga) Mercu Jaya , Cinta Palsu (BC Rockers) dan lagu Seruan Damai, Mencari Mimpi (Kejora). War Rock 3 pula melahirkan kumpulan Cakrawala, Mentari, Spring's dan Eyes' Killers serta menampilan lagu-lagu rock seperti Kehidupan, Perisai Bangsa, Dibuai kasih, Harapan (Cakrawala), Keinsafan, Hentikan, Mistri Mahligai Cinta (Mentari), Hanya Untukmu, Mencari Cahaya (Spring's) dan Pejuang (Eyes' Killers).
Gagasan Batu-Batu Perjuangan pula menampilan kumpulan Sallam, Nuzzantara, Garhana, Firestarter dan Figures. Lagu yang menarik dan hits seperti Rebah Di Pinggir Mimpi, Kemarau (Figures), Butiran Cinta Yang Hilang, Perjuangan (Firestarter), Hati, Harapan (Garhana), D閖
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 04:51 PM | Show all posts
BURNMARKS

Anggota - Jef (Vokal), Joe (gitar), Amy (Drum), Aub (Bass). Lepas tu berpecah maka Joe tubuhkan Jasad Liar. Group nie pula adalah gabungan pemuzik Burnmarks, Naja dan Teras juga iaitu Acey (Vokalis), Joe (gitar), Zanal (Bass) dan Emy (Drum).
Album - Juara-Juara Rock 1 (dikeluarkan pada Jan 87), JJR 2 (dikeluarkan pada Mei 87),

JJ3 (dikeluarkan pada Dis 87). Ketiga-tiga album ini merupakan album gagasan rock bersama dengan kump lain spt D'Febians, May & Metallian. Kemudian baru Burnmarks mengeluarkan album pertamanya sendiri berjudul, BURNMARKS (1988), NAJA - Opera Sang Bara (1989) dan Burnmarks - Asmara (1990) menampilkan lagu Seruan Kasih, Kesangsian, Diari dan album Jasad Liar. (info - Burnmarks menukar nama kpd Naja pada 1989 tp hanya bertahan sethn dan kemudian berbalik kpd Burnmarks)
Pernah menjadi Juara Rock Johor 1984 dengan menggunakan nama The Burnmarks.

Burnmarks adalah antara senior rock group di Malaysia

INSPIRASI

Ditubuhkan pada tahun 1989.
Asal - Singapura.
Lagu hits - Terkuburlah Sebuah Impian
Anggota - Djanggo (vokalis), Rafi (Drummer), Fin dan Rim (gitar utama) dan Bai (bassis).
Info 1 - Band ini telah buat rakaman lagu selepas kematian penyanyi utamanya Allahyarham Syed Kassim Syed Ali, 24 akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1991.

Info 2 - Masa itu band nie adalah full time musician. Band ini pernah menangi naib Johan
Clash of the Bands 1990 daripada 124 group yang bertanding. Kaset Inspirasi diedarkan oleh
Noize Records, KL dan diterbitkan oleh Hassan (Babylon). Rakaman dibuat di Sound Studio,
Taman Supreme, Cheras, KL pada Dis 1991. Tiga buah lagu popular ialah Fantasi Dalam Mimpi (Ciptaan Johari Teh), Terkuburnya Sebuah Impian (Ciptaan Inspirasi), dan Bidadari Di Hujung Pelangi

BLOODSHED

Diasaskan pada tahun 1985, Banyak menyertai pertandingan BATTLE OF THE BANDS pada tahun 1986 .. Album pertama berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" lahir pada tahun 1987 penoh dengan lagu2 berentak heavy metal.. Album ke-2 iaitu yang lebih hebat muncul pada tahun 1988 bertajuk "SAMARKAND" .. Album itu la yang terdapat lagu hit mereka iaitu Srikandi Cintaku .. Setelah kejayaan album itu vokalis bloodshed iaitu Rasdan berundur ntok menubohkan band underground thrash metal Malaysia iaitu PUNISHER .. Rasdan semakin dikenali di dunia underground manakala bloodshed terus terumbang ambing bagaikan kapal tanpa nakhoda .. Tahun 1990 bloodshed menukar nama kepada BLACKSHED dan muncul bersama album terakhir mereka bertajuk "VILLA MISTERI" bersama vokalis baru mereka yang suara hampir seakan sama dengan Rasdan .. BLACKSHED hit dengan lagu "Menggengam Bara" .. Setelah lahirnya album itu ahli BLOODSHED atau BLACKSHED meninggalkan kumpulan itu dan sibok dengan kerjaya mereka .. Tiada lagi BLOODSHED dan tiada lagi BLACKSHED

TEJA

Kumpulan ini wujud setelah vokalis Metafora berundur (nama lupa), tempatnya digantikan olih Zul Teja, kumpulan ni cuma ada sebuah album sahaja bertajuk LAUNGAN SUCI (1992) .. Album ini menampilkan lagu hit mereka bertajuk "Jelingan Manja" "Kau Yang Tak Mengerti" & "Kenangan Di Taman Cinta" yang ada dimuatkan dalam filem Memory (1992)

HANDY BLACK

Terdiri dari gagasan Clash Of The Bands, dari situlah bakat mereka dicungkil. Lagu yang dirakamkan ntok kompilasi Clash Of The Bands 1 (1987) adalah Ketenangan, Line-up mereka masa tu adalah MAHMUD (vokalis) Rosli Jantan (gitaris) BADD (bass) dan AMY Kamikaze (dram), Album sulong Handy Black bertajuk GEMPAK keluar pada tahun 1989 menampilkan lagu hit mereka masa tu "Jenazah Cinta", Vokalis Handy Black masa tu adalah ISA RAHMAN. Lagu2 Handy Black masa tu tak sempat dibuat kompilasi sampai la sekarang

(Rasanya syarikat rakaman sekarang patut merujok lagu2 macam ni la). Handy Black kembali pada era 1990 an bersama beberapa line-up baru.
Kaitan Band2 Rock

SYJ

Terdapat 3 SYJ ketika itu. SYJ (Sofea), SYJ 87 (Ariwatan) & SYJ 91. Ke-3 3 nya diambil sempena nama pengurus mereka SYED YUSUF JAMALULAIL. Yang paling dikenali adalah SYJ (Sofea) kerana mereka antara band yang paling banyak mencetuskan kontroversi dengan lirik2 yang panas seperti Hati Syaitan, Orang Timur (Battle Of The Bands 1), Mata Sepet (Battle Of The Bands 2), Anak Liar (1987) dan banyak lagi. Penampilan mereka lebih ke arah glam rock yang sedang menular di Malaysia ketika itu. SYJ (Sofea) menukar nama kepada Sofea pada tahun 1987 setelah pengurus SYED YUSUF JAMALULAIL memutuskan supaya tidak mahu lagi mengurus band yang banyak mencetuskan kontroversi. Setelah itu Syed Yusuf Jamalulail mengasaskan sebuah lagi band yang juga memakai nama beliau yaitu SYJ (Ariwatan) atau lebih dikenali SYJ 87, mereka menukar nama kepada Ariwatan pada tahun 1988.Tahun 1993 Rawita (Bassis Bloodshed/Blackshed) & Opie (Gitaris Bloodshed/Blackshed) menganggotai Fotograf sebagai sessionist. Lagu Luka 1000 Rindu adalah hasil petekan gitar opie dan bass rawita

Minah Rockers (Edisi Lengkap)

Ella (The Boys), Shima (The Boys), Wohnen, Ixora, dll. Masa dulu ramai lagi artis rock macam Sheeda (ex-Desire) yang kini dah tukar haluan nyanyi dangdut, Emma (ex-Revolusi), Teratai ada Norlela Manaf, Murni (Les Mayor - Clash of the Bands 3) dan artis rock solo macam Idda, Yuziee, Puteri Hamsiah (penyanyi jemputan bersama Hydra - Ilusi Fenomena Cinta didalam album Pancakara Dicakrawala) serta band wanita, Puteri.

Nama Baru & Lama

Ababil (History), Meditasi (Metal Wizards), Ekamatra (Diamond Head), Farmosa (Serigala), XPDC (Tragedy), Masa (Scarecrow), Inspirasi (Blue Steel), Jitu (Gejala), Etika (Wasiat), Fancy (Roses), Inspirasi (Botol), D'Zai (Desire), Satira (Mixed Blood), Unique (Scud), Ad-Hoc (Shelma).

Gua rasa setakat ini saja, Sebenarnya banyak lagi info2 band rock yang lu orang tak
pernah dengar ! Ni baru sikit je belom lagi kaver band2 yang lahir dalam album kompilasi Pancakarna Di Cakerawala (1988). Ok la, harap lu orang berpuas hati dengan artikel ini. Rock will never dies !!

*Gambar- gambar rockers akan di upload kemudian.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 04:54 PM | Show all posts














[ Last edited by  totokreturn at 2-11-2008 05:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 05:12 PM | Show all posts
oit totok
tgh kumpul kredit ke? `
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 05:18 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 2-11-2008 05:12 PM
oit totok
tgh kumpul kredit ke? `



hehehee... tgh syok belek sambil layan sinar.fm.. baru teringat zaman memuda dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 05:21 PM | Show all posts

Balas #7 totokreturn\ catat

pergh...
sinar.fm...
aku pun layan gak...

BTW, ko stuju x kalau aku katakan era rock kapak bermula di Malaya setelah Sweet Charity ditubuhkan pada tahun 1969? Rasanya kumpulan ni la kumpulan rock kapak yg pertama ditubuhkan, dan masih kekal sampai sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2008 06:27 PM | Show all posts
x sangka lak totok minat rock kapak...huhu...per2 pon rock dulu2 best
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 06:37 PM | Show all posts
bloodshed is back...

tp vokalis budak muda la...

da lancar fan club dorang
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 07:20 PM | Show all posts

Balas #10 tok_rimau87\ catat

erk... yg lama mana pergi?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 08:44 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 2-11-2008 05:21 PM
pergh...
sinar.fm...
aku pun layan gak...

BTW, ko stuju x kalau aku katakan era rock kapak bermula di Malaya setelah Sweet Charity ditubuhkan pada tahun 1969? Rasanya kumpulan ni la kumpulan ...


walaupun sweet charity kumpulan rock pertama, tapi pada awal penubuhan sweet charity, mereka lebih menekankan kepada gent pop sebenarnya... dan bila masuk 80-an ketika rock di war2kan, baru sweet charity kuarkan rockyg benar...

bagi aku search yg ditubuhkan pada tahun 1983 dengan anggota asal Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & amy (Vokal). adalah kumpulan true rock yg pertama yg mempopularkan gent rock sebenar...

sini ada sejarah sweet charity..

Category:Music
Genre: Rock
Artist:Sweet Charity

Kumpulan Sweet Charity

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Kumpulan Sweet Charity sebuah kumpulan penyanyi yang mula ditubuhkan di Singapura pada tahun 1967 oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal), Joe Salim(Gitar),Wahid Warren(Bass), Rahman Sarbani (Drum)

Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura! Kebanyakkan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanahair. Lagu2 seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak dirantau sini ketika itu. Menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip.Sweet Charity juga terkenal dengan road show mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star.

Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan citak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama,Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charty dan menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun.Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity,sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun,yang berjudul 'Sweet Charity '88'. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1995,mereka telah melakukan 'reunion' dan bersama atas nama Sweet Charity dan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, KL. Tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat, Jangan Tunggu Lama, Zakiah.


Ahli :

Dari 1967 hingga awal 70'an :-
-Ramli Sarip - vokalis utama
-Joe Salim - gitar
-Wahid Warren - bass
-Rahman Sarbani - drum

Dari awal 70'an hingga pertengahan 70'an :-
-Ramli Sarip - vokalis utama
-Joe Salim - gitar
-Wahid Warren - bass
-Rahman Sarbani - drum
-Yong - Keyboard

Dari pertengahan 70'an hingga lewat 70'an :-
-Ramli Sarip - vokalis utama
-Hamdan Atan (lebih dikenali sebagai A Ali (Kembara)) - gitar
-Rosli Mohalim - bass
-Rahman Sarbani - drum
-Ahmad Jaffar - Keyboard & vokalis kedua

Dari lewat 70'an hingga tahun 1981 :-
-Ramli Sarip - vokalis utama
-Rosli Mohalim - Gitar
-Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass
-Rahman Sarbani - drum
-Ahmad Jaffar - Keyboard & vokalis kedua

Dari tahun 1981 hingga tahun 1982 :-
-Ramli Sarip - vokalis utama
-Rosli Mohalim - Gitar
-Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass
-Rahman Sarbani - drum
-Masrom Abd Hamid - Keyboard

Dari tahun 1982 hingga tahun 1983 :-
-Ramli Sarip - vokalis utama
-Rosli Mohalim - Gitar
-Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass
-Rahman Sarbani - drum
-Sarwanie "Wan" Ahmad - gitar & keyboard

Dari tahun 1983 hingga 1985 :-
-Ramli Sarip - vokalis utama
-Rosli Mohalim - Gitar
-Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass
-Sarwanie "Wan" Ahmad - gitar
-Ahmad Jaafar - keyboard & vokalis kedua
-Rahman Sarbani - drum

Dari tahun 1985 hingga 1986 :-
-Ramli Sarip - vokalis utama
-Rosli Mohalim - Gitar
-Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass
-Ahmad Jaafar - keyboard & vokalis kedua
-(Tidak Diketahui) - drum

Ahli-ahli yg pernah sertai Sweet Charity selepas 1986 :-
-Yantzen - Vokalis
-Zaiton - vokalis

Album2 :-

1- ALBUM SWEET CHARITY : Seniman Di Rantau / Teratai / Bayang-bayang / Hujan (karya M Nasir yang terawal) / Tak Sepertimu /
(Tahun : 1979 Edaran : WEA)

2- ALBUM PELARIAN : Kamelia / Terharu / Bagaikan Bermimpi / Musibah / Pelarian / Curiga / Bulat-Bulat / Dekatlah Padaku / Zakiah / Biarkanlah
(Tahun : 1980 Edaran : WEA)

3- ALBUM SEJUTA WAJAH : Sejuta Wajah / Jangan Tunggu Lama-lama / Tahun 2000 / Asmara / Hilang Gelap Terbitlah Terang / Sentosa / Asmara / Raja Kumbang / Sharifah Aloya / Terpedaya / Jalan Malam
(Tahun : 1981 Edaran : WEA)

4- ALBUM PENUNGGU : Dia / Haji / Penunggu / Mengapa Sangsi / Jangan Tak Jadi / Dalam Kerinduan / Perjalanan / Nada Penyesalan / Apa Khabar Sayang /
(Tahun : 1982 Edaran : WEA)

5- ALBUM BATU : Dunia Perlumbaan / Manusia dan ABC / Ada Kerja Ada Gaji / Orang Asing / Batu / Pesta Muzik / Generasi Muda (Instrumental) / Datang Dan Pergi /
(Tahun : 1983 Edaran : WEA)

6- ALBUM KOLEKSI : Ikrarku Pada Ruzanna / Apa-apa Saja / Ribut 10:59 Pagi
(Tahun : 1984 Edaran : WEA)

7- ALBUM BERITA GEMPA : Bunga-Bunga Cinta / Berita Gempa / Rock n Roll / Dendang Remaja / Wanita / Nyala Semarak / Lahirmu Bukan Untuk Dunia / Permata Hati /
(Tahun : 1985 Edaran : WEA)

8- ALBUM SWEET CHARITY '88 : Padah / Cinta Dan Cipta / Peracun / Jangan Rayu Ku Lagi / terpedaya / Dalam Kenangan / Angkara Iblis Dan Syaitan / Melodi Untuk Ina (instrumental) /Jangan Laju Laju / Kedamaian
(Tahun : 1988 Edaran : ASP)


Tags: sweet charity
Prev: Memperingati Detik Sejarah Kemerdekaan Malaysia
Next: Album Wayang Orang

[ Last edited by  totokreturn at 2-11-2008 08:48 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 1.542683 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list