CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: homer_simpson

[MERGED] Sejarah Muzik Rock Di Malaysia

  [Copy link]
Post time 2-11-2008 08:50 PM | Show all posts
sejarah kumpulan search....

Search merupakan kugiran rock berasal dari Malaysia. Kumpulan Search terdiri daripad empat orang anggota yang berasal dari Johor.
Search ditubuhkan oleh Yazit dan anggota asalnya terdiri daripada :-
Senarai kandungan[lipat]


[sunting] Sejarah
bahagian ini perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia.
Harap anda perbaiki rencana ini dengan pautan yang sesuai.

Ditubuhkan di Johor Bahru pada 1981, Search mula mengadakan persembahan secara live di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sejak tahun 1980-an lagi. Kumpulan asal terdiri daripada Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal digantikan Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua.
Amy, seorang "piano tuner" diambil bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Seorang pemain gitar kedua iaitu Din juga diambil untuk berganding dengan Hillary.
Tidak lama selepas itu, Hillary dan Nasir kemudian meninggalkan Search dan tempat mereka digantikan Man Kidal selaku pemain gitar dan Yan pemain bass, satu nama besar dalam dunia rock tanah air yang juga pengasas kumpulan Lefthanded.
Cara berpakaian dan penampilan setiap ahli kumpulan Search menjadi ikutan para remaja dengan imej artis berambut panjang dan pakaian yang mencolok mata menyebabkan pihak RTM bertindak menggam semua penyanyi berambut panjang daripada muncul di kaca TV.
Kumpulan Search menghasilkan album pertama mereka di bawah POLYGRAM Record berjudul "CINTA BUATAN MALAYSIA". Album ini menjadi satu detik permulaan bagi sejarah perkembangan rock tanah air terbitan M.Nasir.
Man Kidal dan Yan kemudian meninggalkan Search untuk menyertai kumpulan Lefthanded kembali. Tempat mereka digantikan Hillary dan Nasir semula. Search kemudian menghasilkan lagu berentak slow seperti Meniti Titian Usang, Bisa, Kau Pergi dan Rozana, serta lagu berentak heavy seperti Musnah, Pasti & Langit dan Bumi.
Apabila berlaku perbalahan dengan POLYGRAM Record, Hillary sekali lagi meninggalkan Search, digantikan Kid, adik kepada Din dan bekas gitaris kumpulan Gersang.
Perancangan rapi pihak BMG dan melalui syarikat Search iaitu GO-Search menjadikan Search popular di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.
Search juga bergabung tenaga dengan kumpulan Wings (waktu itu Awie masih menjadi penyanyi utama kumpulan Wings) dalam album Double Trouble yang diterbitkan M Nasir.
Apabila Nasir meninggalkan Search untuk membuka syarikat penerbitan beliau sendiri, Dangaroos, tempatnya digantikan Yan. Yan sekali lagi meninggalkan Search untuk menumpukan perhatian kepada kerja sessionist, sebelum kembali ke kumpulan Lefthanded. Tempatnya digantikan Nasir.
Fauzi kemudian menyertai Search sebagai bass dan tidak lama kemudian Amy menarik diri. Search kemudian bergabung dengan Awie dan menghasilkan album "Search & AWIE - Bikin Wilayah". Yazit kemudian berganding dengan kumpulan Search generasi baru untuk menghasilkan album "Search, SELEPAS BANJIR". Bersama Yazit adalah Shah (pemain gitar - bekas anggota kumpulan Exist dan pengasas kumpulan Slam).
Search generasi baru ini hanya bertahan untuk satu album, Selepas Banjir. Akhirnya pada 16 Jan 2001, nama Search dibekukan dan untuk meneruskan legasi Search, sebuah kumpulan baru RAMPAGE ditubuhkan.
Pembekuan Search adalah satu kehilangan besar bagi peminat muzik rock tempatan. Sepanjang karier mereka, Search adalah satu contoh terbaik rock band.
Selepas hampir 5 tahun berpecah, pada tahun 2004, Amy, Kid, Din dan Nasir bergabung semula dalam Konsert Evolusi di Stadium Merdeka dengan disaksikan hampir 50 ribu penonton yang menantikan aksi mereka selepas sekian lama. Namun, barisan kali ini tidak menampilkan Yazid sebagai pemain drum tetapi digantikan Lola yang pernah bermain untuk XPDC dan LEFTHANDED.
Sejurus selepas penggabungan semula itu, Search berhasrat untuk menghasilkan sebuah lagi album berjudul "Empire Garden". Malangnya selepas 2 tahun album yang diwar-warkan tidak dapat diterbitkan kerana masalah dalaman.
Pada 2006, akibat krisis dalaman, Din dan Kid disingkirkan. Tempat mereka digantikan kembali Hillary [antara pengasas kumpulan Search]. Dengan kemasukan Hillary ini, mereka berjaya membuat album "Gotik Malam Edan" dalam masa 2 bulan juga pada tahun 2006 ini dengan Edrie Hashim bertindak sebagai penerbit.
Album ini mendapat bantahan ramai peminat fanatik Search kerana perubahan aliran muzik yang ditampilkan. Walaupun begitu, Search melakukan perubahan ini kerana tidak mahu berada di takuk lama dengan sejajar dengan perubahan muzik dunia yang sudah berkembang.



http://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_Search
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2008 10:05 PM | Show all posts
mana nak cari CD rock kapak lama ni ehhh, aku lama dah cari album samarkhand dari kumpulan Bloodshed tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 11:01 PM | Show all posts

Balas #13 totokreturn\ catat

totok, camne plak ngan Lefthanded?
Kumpulan yg berasal dari Skudai Kiri, yg diasaskan oleh Man Kidal, slalu wat show kat majlis perkahwinan.

Kalau x silap aku ditubuhkan dlm tahun awal 70-an gitew...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 2-11-2008 11:01 PM
totok, camne plak ngan Lefthanded?
Kumpulan yg berasal dari Skudai Kiri, yg diasaskan oleh Man Kidal, slalu wat show kat majlis perkahwinan.

Kalau x silap aku ditubuhkan dlm tahun awal 70- ...


setahu aku man kidai kuar search dan tubuhkan lefthanded... tak tau laa sebaliknya plak..sebab aku tahu search mula dulu gegar, baru lefthanded...

aku hardcore wings jer.. semua album bleh hafal lagu...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 11:36 PM | Show all posts
2 kali laa pulok....

mana hardcore2 rock lain neh...

[ Last edited by  totokreturn at 2-11-2008 11:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 12:54 AM | Show all posts

Balas #17 totokreturn\ catat

erk...
ye ke...?

tp aku pernah nampak satu vclip ni...
tahun 1987... man keedal maen utk search...
ingatkan sbg jemputan je...
x sangka plak mmg dia mmg ahli...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2008 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 3-11-2008 12:54 AM
erk...
ye ke...?

tp aku pernah nampak satu vclip ni...
tahun 1987... man keedal maen utk search...
ingatkan sbg jemputan je...
x sangka plak mmg dia mmg ahli...


haa.. tuh laa... man kidal ngan yan antara anggota asal search yg menjadik pengasas.. kita man kidal neh kejenya dok tubuh kumpulan jer laa... kuar search dia tubuh lefthanded dan bawak sekali yan dan lain2 semua anggota dicari macam nash....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 09:30 AM | Show all posts
Kumpulan The LefthandedDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Kumpulan The Lefthanded adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mula dikenali semenjak tahun 1983.
Kumpulan The Lefthanded mulai dikenali ramai setelah menyertai Juara Rock 1983 pada tahun 1983. Kumpulan The Lefthanded kemudiannya menukar nama kepada Kumpulan Lefthanded. Nama mereka diambil sempena pemain gitar utama mereka yang bermain gitar menggunakan tangan kidal.Sebelum merakamkan album, mereka sudahpun aktif dipentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip dan Rahim Maarof.
Pada asalnya penyanyi Roy atau Rauzan Alwi (kini terkenal penyanyi lagu patriotik) merupakan penyanyi asal Lefthanded sebelum Nash. Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat bersama merakamkan album Search berjudul "Cinta Buatan Malaysia" pada tahun 1985.Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung "Keadilan" pada tahun 1986 yang benar-benar menghangatkan dunia seni muzik tanahair dengan sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock, Ramli Sarip.
Yan pula turut menyumbangkan suara didalam album Seruan , pada lagu Ringan Berat.
Pada album kedua mereka berjudul Seruan (1987), mereka menambah anggota kepada enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen 'keyboard' di dalam lagu Lefthanded.
Didalam album Evolusi (1989) kematangan mereka terserlah pada lagu-lagu yang dimainkan.
Selepas album Evolusi (1989) , Nash penyanyi utama mereka telah meninggalkan Lefthanded dan tempatnya telah digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Raja Rock, Ramli Sarip. Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu kumpulan Lefthanded berkubur begitu sahaja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded. Kemudiannya Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.
Selepas itu penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja rakaman antaranya Ella dan Crossfire.
Isi kandungan[sorok]

[sunting] PengenalanSejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.

Album hasil Battle Of The Band 1.



Album hasil Battle Of The Band 2.


Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.
Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).
Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ')), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa Battle Of The Bands.
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV RTM, kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh masyarakat umum.
Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, MAY dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.
Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena "underground". Tanpa siaran TV ataupun radio, kumpulan rock seperti Cromok, FTG dll masih berjaya mengumpul peminat.
Filem terbaik yang berjaya menampilkan muzik rock 80-an versi Malaysia adalah tidak lain daripada filem Rock (Disember 2005) oleh Mamat Khalid.
Maklumat-maklumat tambahan lain juga boleh didapati di http://www.lagendarock.com
[url=][/url]
[sunting] Daftar Gagasan Rock Malaysia
  • Juara Rock (1983)
  • Juara Rock (1984)
  • Festival Rock (1984)
  • Battle Of The Bands 1 (1986)
  • Clash Of The Bands 1 (1986)
  • War Rock 1 (1986)
  • Battle Of The Bands 1 (1987)
  • Clash Of The Bands 2 (1987)
  • War Rock 2 (1987)
  • War Rock 3 (1988)
  • Hikayat Rok 88 (1988)
  • Kumpulan Muzik Tenggara (1988)
  • Pancakara Di Cakerawala (1988)
  • Batu-Batu Perjuangan (1988)
  • Clash Of The Bands 3 (1988)
  • Rock Galactica 88 (1988)
  • Pesta Hiburan Kingsway  ????

[sunting] Ahli
  • Nash @ Nasharuddin Hj Elias (penyanyi utama)
  • Man Kidal @ Abdul Rahman Mahmud (gitar utama/keyboard)
  • Man Dayak @ Rahman Othman (dram)
  • Samad @ Abdul Samad Mean (gitar kedua)
  • Yan @ Amran Marsiman (bass dan penyanyi kedua)
  • Isa (keyboard)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 12:11 PM | Show all posts
ni aku rasa 1st time ko lepak luar CI kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 12:22 PM | Show all posts
Yep...Man Kidal anggota asal Search...sebab tu kalau dengar balik album CBM dengan LDB, bunyi petikan gitar dia 'lain'. Tapi bagi aku grandaddy rock Malaysia tetap Sweet Charity...memang depa bukan rock yang 'rock' masa awal penubuhan (gabung rock dengan dangdut etc) tapi tu disebabkan ketidak penerimaan masyarakat masa tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 3-11-2008 12:22 PM
Yep...Man Kidal anggota asal Search...sebab tu kalau dengar balik album CBM dengan LDB, bunyi petikan gitar dia 'lain'. Tapi bagi aku grandaddy rock Malaysia tetap Sweet Charity...memang depa buk ...



yup.... dengan lagu kamelia dan teratai tuh mana datang rocknya... blum lagik layan lagu zakiah... sweet charity mmg tak rock pada awal... dan bila rock mula masuk dgn gegar, baru sweet charity mengubah iramanya jadik keras.... sebab tuh aku cakap search mempopularkan rock.......

tapi sepatutnya irama rock nih yg paling patut diberi penghargaan adalah ali bakar.. promoter rock yg disegani.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 3-11-2008 12:11 PM
ni aku rasa 1st time ko lepak luar CI kan?



sesekali ku rasa teringinnnn..... melewati hati ku yg sepi.... cam lagu shima tuh...

alaa bosan laa layan balaci yg tarak idea.. tuh yg layan rock kapak plak neh....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 02:37 PM | Show all posts

Reply #23 totokreturn's post

The real papa rock ek.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 3-11-2008 02:37 PM
The real papa rock ek.....



digelar papa rock kerana dia yg paling otai atau berusia dikalangan semua pemuzik rock.....dan terus serak2 basah sampai hari nih....

paling mantap suara rock ramli sarip yg paling aku kagum bila menyanyi lagu "Blues Felda Blues" secara live....

[ Last edited by  totokreturn at 3-11-2008 02:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 2-11-2008 07:20 PM
erk... yg lama mana pergi?


yg lama da x larat nak nyanyi rock dah hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 09:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 09:21 AM | Show all posts
sapa2 ingat balik tak.. dulu rokok kingsway byk menaja kumpulan2 rock malaysia... masa tuh iklan model dia edika yusuf...dgn gaya dekat motor...

sapa ader gambar nyer lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 03:47 PM | Show all posts
Artis/Band
ELLA - fotografi untuk album USA (1994) yang dirakamkan di Amerika SyarikatSOFEA - gaya tersendiri untuk album pertama, Kembali (1987)SOFEA - ranggi, fotografi kulit album kedua, Anak Liar (1988)
SEARCH - klasik, daripada album kelima, Karisma (1990)WINGS - daripada album kedua, Hukum Karma (1988)MAY - rock berat, daripada album ketiga, Rahsia (1990)
CROMOK - fotografi album pertama, Image Of Purity (1991) yang dirakamkan di AustraliaSEARCH - barisan anggota lagenda, daripada album ketiga, Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)RAMLI SARIP - seniman yang digelar Papa Rock ketika kemunculan awal beliau sebagai penyanyi solo pada 1986
FOTOGRAF - sesi fotografi untuk promosi album pertama pada 1989JOHAN (ROCKERS) - vokalis yang berasal dari Singapura, bergaya untuk sebuah konsert pada 1989MEGA - sesi fotografi untuk promosi album pertama pada 1990
ROCKERS - di belakang pentas sebuah konsert pada 1989SOFEA - cuba lari daripada imej biasa para rockers menerusi album ketiga, Boneka Pentas (1989), lengkap dengan kereta antik bernombor BA7666KRIS - promosi untuk album pertama pada 1991
ELLA - beraksi dalam sebuah pertunjukan pentas setelah meninggalkan kumpulan The Boys pada 1988BUMIPUTRA ROCKERS - promosi album Era 90'an pada 1991RUHIL AMANI - penyanyi remaja berusia 14 tahun ketika melahirkan album kedua, Anak Dunia (1989)
GERSANG - fotografi untuk album pertama, Gersang (1988)DESIRE - promosi album Kata Kata Kata pada 1990ELLA'S - pemuzik pengiring Ella pada 1991, terdiri daripada Hillary dan bekas anggota kumpulan Headwind - Nicky, Razak & Kudin
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 03:49 PM | Show all posts
THE BOYS - Lord dan Ella dalam satu persembahan di sebuah kelab sekitar tahun 1987KID - pemain gitar kumpulan Gersang pada 1988MEDITASI - promosi untuk album kedua, Bidadari (1991)
BABYLON - fotografi untuk kulit album kedua, 2020 (1992)BLACKSHED - kemasukan penyanyi baru, Farid, untuk album Villa Misteri (1990)CROSSFIRE - fotografi untuk kulit album pertama, Fatamorgana (1989)
LAST MINUTE - berasal daripada Singapura, bergambar untuk promosi album pertama, Timur Dan Barat (1989)ROSES - sekitar tahun 1991 sebelum menukar nama kumpulan mereka kepada FancyJUNCTION - antara sesi fotografi terakhir penyanyi Hatta sebelum keluar daripada Junction pada 1989
MELISSA - sesi fotografi untuk promosi album pertama pada 1990SWEET CHARITY - kemunculan semula pada 1988 dengan penyanyi wanita setelah Ramli Sarip keluar pada 1985RAJAWALI - sesi fotografi untuk promosi album pertama pada 1991
AIM CROSSFIRE - penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu heavy rock ketika masih bersama Crossfire pada 1990VAGRANT - kumpulan yang berasal dari Sarawak, muncul dengan album pertama pada 1991SHEROX - ditubuhkan pada 1987, hanya muncul dengan album pertama pada 1992, bergambar untuk promosi album
DESIRE - ketika zaman album pertama, Sumpitan Senja (1988)LEEZ - penyanyi solo wanita yang muncul dengan album pertama pada 1989, bergambar untuk kulit albumFEBIANS - kekurangan anggota kumpulan ketika fotografi majalah pada 1991
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 03:51 PM | Show all posts
Filem kita
KEMBARA... SENIMAN JALANAN - arahan Nasir Jani pada 1986 menampilkan kumpulan Search dalam konsert di Panggung AnniversariNADIA - kumpulan XPDC tampil sebagai pelakon undangan dengan persembahan lagu C.I.N.T.AROCK - arahan Mamat Khalid pada 2005, menampilkan secebis kisah di zaman kemuncak muzik rock pada 1990
ROZANA CINTA '87 - arahan Nasir Jani pada 1987 menampilan persembahan kumpulan Lefthanded di Khaty's LoungeFENOMENA - arahan Aziz M. Osman pada 1990 menampilkan kumpulan Search dalam konsert khas di Kuantan, PahangISABELLA - filem usahasama Malaysia-Indonesia pada 1990 menampilkan kumpulan Search
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.834585 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list