CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: homer_simpson

[MERGED] Sejarah Muzik Rock Di Malaysia

  [Copy link]
Post time 10-11-2008 12:50 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 9-11-2008 12:50 AM
masa tahun awal 90an dulu selain aku Minat Band Rock / Metal Malaysia, aku minat Band Rock dari jerman Macam Scorpion dan minat Band X Japan dari jepun.....



tak silap aku dari jepun ader band rock loudness yg lambang matahari terbit dulu.. besa budak2 skolah dok lukih kat beg sekolah hijo kecik dulu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2008 12:59 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 9-11-2008 12:55 AM
aku tak pasti company brand ALIPH masih ada atau tidak... tapi kalau diorang keluarkan balik mesti laku punya...



aku puas gak carik siapa yg sebenarnya kuarkan kasut akiph neh... tapi byk info aku dapat yg kuarkan kasut aliph nih adalah BATA... masa tuh BATA kuarkan byk jenamanya macam buble gummier, power dan bata sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 12:56 PM | Show all posts
best giler dpt bca info rockers nie...aku lahir thn 85...x dptla nk tau asal usul diorg...huhu...tp aku mnat wings n search...info ttg group wings x da ker bro...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by sempoi85 at 10-11-2008 12:56 PM
best giler dpt bca info rockers nie...aku lahir thn 85...x dptla nk tau asal usul diorg...huhu...tp aku mnat wings n search...info ttg group wings x da ker bro...


nih kumpulan paling peberet aku neh.. bleh dikatakan semua lagu dalam album dia aku hafal....

Sejarah
Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.
Anggota asal WINGS ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri.
Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan dua anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus WINGS adalah Ali Bakar.
Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti WINGS sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanah air. WINGS tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.
Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu penggubah terkenal seperti M Nasir, J S Kevin, perjudian pertama WINGS di persada seni tanah air menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang 'Belenggu Irama'.
Lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu WINGS atas alasan lirik, lagu dan latar belakang WINGS yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan.
Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, WINGS berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 150,000 unit.
Selepas itu, populariti WINGS terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan WINGS yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.
Tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dengan Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar menarik diri dan kekosongan ini digantikan Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan WINGS kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.

[sunting] AhliPenyanyi Utama
  • Awie (Ahmad Azhar Othman) 1985 - 1993. 2002 - Hari ini
  • Mel (Ismail Zainuddin) 1995 - 1996
  • Mus (Mustafa Din) 1996 - 2001
Pemain Gitar
  • Sham (Sham Baharom) 1985 - 1987
  • Tham Wing Kwan 1987 (Tiada Album)
  • Joe (Abd Zamin Abd Kadir) 1988 -
Pemain Bass
  • Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris) 1985 -
Pemain Dram
  • Black(Azmi Hashim) 1985 - 1990. 1994 -
  • Jojet 1990 - 1993
Berikut secara ringkas sejarah anggota WINGS. Joe pernah manganggotai SCANDALS sebelum memasuki WINGS. Black keluar dari WINGS selepas album Teori Domino dikeluarkan dan digantikan dengan Jojet, bekas ahli GERSANG. Beliau kembali menjadi pemain dram WINGS pada tahun 1994 selepas Jojet pula keluar dari WINGS.
Sejarah pertukaran penyanyi utama WINGS cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan WINGS di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. Dua tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama WINGS dan album Orang Asing dihasilkan.
Bagaimanapun, jodoh Mel dengan WINGS tidak kekal lama. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari WINGS dan WINGS bernasib baik kerana tempat Mus digantikan Mus, bekas penyanyi utama MAY yang seangkatan dengan WINGS. Ura-ura yang Mus akan memasuki WINGS sudah lama diperkatakan selepas Awie menarik diri. Oleh itu, selepas Mel dan WINGS tidak serasi, Mus segera menerima tawaran WINGS untuk bersama tiga lagi anggota WINGS meneruskan misi perjuangan mereka di bidang seni tanah air.
Sebanyak enam buah album termasuk satu album kompilasi dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama WINGS dan vokal Mus makin serasi dengan muzik WINGS.
Album terakhir Mus bersama WINGS adalah Mr. Barbarik. Mus kemudian kembali ke kumpulan asalnya, MAY dan tempatnya digantikan semula penyanyi asal WINGS, Awie.
Dengan penggabungan kembali Awie sebuah album terhasil, Naga Kramat. Kini WINGS masih diterima peminat yang merindukan zaman kegemilangan mereka.
Ironinya, walaupun WINGS sudah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, terutama sekali apabila vokalis utama mereka Awie menarik diri dan bergerak secara solo, namun WINGS masih mampu mempertahankan reputasi mereka dalam industri muzik rock tanah air.
Mereka tidak cepat melatah untuk terus membubarkan WINGS, lantas mengambil inisiatif dengan menerbitkan album Wings & Superfriends 1 & 2, yang menggabungkan beberapa artis rock popular tanah air.
Ini membuktikkan bagi mewujudkan sebuah kumpulan muzik, mereka tidak seharusnya bergantung kepada kredibiliti penyanyi semata-mata tetapi perlu mengambil inisiatif bagi memastikan WINGS terus bertahan dan kekal sebagai sebuah kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia.
Senarai anggota terkini pada tahun 2005 adalah :-

[sunting] Album
  • Belenggu Irama (1987)
  • Hukum Karma (1989)
  • Teori Domino (1990)
  • Best Of Wings (1990)
  • Jerangkung Dalam Almari(1991)
  • Double Trouble (bersama Kumpulan Search)(1992)
  • Bazooka Penaka (1993)
  • Wings & Superfriends 1 (1994)
  • Wings & Superfriends 2 (1994)
  • Orang Asing (1995)
  • Biru Mata Hitamku (1996)
  • Puisi Aidilfitri (1996)
  • Double Trouble 2 (bersama Kumpulan Search)(1997)
  • Mencari Asal Usul (1998)
  • MasterPiece Wings & J.S Kevin (1999)
  • Mr.Barbarik (2000)
  • Trilogi (2001)
  • Naga Kramat (2003)
  • Wings Alive 2006 (2007)
  • Wings - 2 Dekad(2007)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 04:13 PM | Show all posts
Category:Music
Genre: Rock
Artist:Kumpulan Wings
Sejarah penubuhan Kumpulan Wings bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situlah empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan yang mereka lakukan. Bermulalah kelahiran kumpulan Wings tetapi kumpulan ini masih belum mempunyai nama.

Anggota asal kumpulan Wings ialah Awie, Jojet, Jo, Syam dan Affife (Nama sebenar Affife Juraimy - pemain tamborine). Affife seterusnya hilang minat untuk bermain muzik dan sekarang bekerja di salah satu telco di ibukota. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet telah berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri.

Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan 2 anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus kumpulan WINGS adalah Bob Lokman.

Pada ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti Wings sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanahair. Wings tampil dengan kelainan tersendiri dimana muzik yang dibawakan oleh mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.

Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu oleh penggubah terkenal seperti M. Nasir, J.S Kevin, perjudian pertama Wings di persada seni tanahair menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu-lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang `Belenggu Irama` ini.

Lagu-lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu-lagu Wings atas alasan lirik, lagu dan latar belakang Wings yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan. Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, Wings berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran, album ini dikatakan telah terjual lebih 60,000 unit.

Selepas itu, populariti Wings terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata para peminat amat terhibur dengan persembahan Wings yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.

Akan tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dimana Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar telah menarik diri dan kekosongan ini digantikan oleh Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu merupakan anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan Wings kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.


[Sunting] Ahli
Penyanyi Utama

Awie (Ahmad Azhar Othman) 1985 - 1993. 2002 -
Mel (Ismail Zainuddin) 1995 - 1996
Mus (Mustafa Din) 1996 - 2001
Pemain Gitar

Sham (Sham Baharom) 1985 - 1987
Tham Wing Kwan 1987 (Tiada Album)
Joe (Abd Zamin Abd Kadir) 1988 -
Pemain Bass

Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris) 1985 -
Pemain Dram

Black(Azmi Hashim) 1985 - 1990. 1994 -
Jojet 1990 - 1993
Pemain Tamborine

Affife Juraimy
Berikut diceritakan secara ringkas sejarah angota kumpulan Wings. Joe pernah manganggotai kumpulan Scandals sebelum memasuki Wings. Black keluar dari Wings setelah album Teori Domino dikeluarkan dan digantikan dengan Jojet, bekas ahli kumpulan Gersang. Beliau kembali menjadi pemain dram Wings pada tahun 1994 setelah Jojet pula keluar dari Wings.

Sejarah pertukaran penyanyi utama kumpulan Wings cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan salah satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan Wings di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. 2 tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama Wings dan album Orang Asing di hasilkan.

Walaubagaimana pun jodoh Mel dengan Wings tidak kekal berpanjangan. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari Wings dan Wings bernasib baik kerana tempat beliau diganti oleh Mus, bekas penyanyi utama kumpulan May yang seangkatan dengan Wings. Sebenarnya telah lama kedengaran ura-ura yang Mus akan memasuki kumpulan Wings. Sebab itulah setelah Mel dan Wings nyata tidak serasi, Mus segera menerima tawaran dari Wings untuk bersama 3 lagi anggota Wings meneruskan misi perjuangan mereka di bidang seni tanahair. Sebanyak 6 buah album termasuk satu album komplimasi sudah dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama Wings dan vokal Mus makin serasi dengan muzik Wings. Album terakhir Mus bersama Wings adalah Mr. Barbarik. Mus kemudian kembali ke kumpulan asalnya, May dan tempatnya digantikan semula oleh penyanyi asal Wings, Awie. Dengan penggabungan kembali Awie sebuah album telah terhasil, Naga Kramat. Kini Kumpulan Wings masih lagi diterima peminat-peminat yang merindukan zaman kegemilangan mereka.

Senarai anggota terkini pada tahun 2007 adalah :-

1) Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris)
2) Awie (Ahmad Azhar bin Othman)
3) Joe (Abd Zamin Abd Kadir)
4) Black(Azmi Hashim)

Album :-

1) Belenggu Irama (1987)
2) Hukum Karma (1989)
3) Teori Domino (1990)
4) Best Of Wings (1990)
5) Jerangkung Dalam Almari(1991)
6) Double Trouble (bersama Kumpulan Search)(1992)
7) Bazooka Penaka (1993)
8) Wings & Superfriends 1 (1994)
9) Wings & Superfriends 2 (1994)
11) Orang Asing (1995)
12) Biru Mata Hitamku (1996)
13) Puisi Aidilfitri (1996)
14) Double Trouble 2 (bersama Kumpulan Search)(1997)
15) Mencari Asal Usul (1998)
16) MasterPiece Wings & J.S Kevin (1999)
17) Mr.Barbarik (2000)
18) Trilogi (2001)
19) Naga Kramat (2003)
20) Wings Alive 2k6 @ Orange Club (2007)

Anugerah :-

1. Tempat Kedua dan Ketiga Persembahan Terbaik - Juara Lagu 1989

Dua lagu dari album Hukum Karma iaitu Taman Rasyidah Utama dan Misteri Mimpi Syakilla telah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Persembahan Wings pada malam ini cukup menarik walaupun baru pertama kali melayakkan diri ke peringkat akhir. Menerusi 2 lagu tersebut, mereka memenangi tempat ke-2 dan ke-3 dalam kategori persembahan terbaik.

2. Tempat Ketiga Lagu Terbaik, Juara Persembahan Terbaik - Juara Lagu 1990

Setelah album Hukum Karma berjaya menaikkan nama Wings di persada seni tanahair, 2 tahun berturut-turut mereka berjaya mara ke peringkat akhir Juara Lagu. Kali ini mereka mempertaruhkan lagu Sejati dari album Teori Domino.

Seperti yang diramal, lagu ini memenangi anugerah persembahan terbaik dan tempat ke-3 dalam kategori lagu terbaik.

3. Anugerah Rakaman Album Terbaik - Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993

Pada tahun pertama Anugerah Industri Muzik ini, album Wings `Bazooka Penaka` menerima pencalonan paling banyak dalam pelbagai anugerah selain dari album `Double Trouble`. Walau bagaimanapun, hanya satu anugerah yang dimenangi oleh Wings iaitu Anugerah Rakaman Album Terbaik.

4. Anugerah Kulit Album Terbaik - Anugerah Industri Muzik 1996

Pada kali ini, Wings memenangi Anugerah Kulit Album terbaik menerusi album Biru Mata Hitamku, album pertama yang menampilkan Mus sebagai vokalis. Rekabentuk album dihasilkan oleh Bombay. Ianya ternyata cukup menarik sejajar dengan tajuk album di mana logo Wings yang di tengahnya diletakkan sepasang mata yang mata hitamnya berwarna biru. Di tepinya terdapat satu pantulan cahaya dan latarbelakang kulit album ini ialah bentuk 3D logo Wings berwarna biru.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 04:54 PM | Show all posts
nih satu lagik kumpulan rock yg seakan metallica yg amat aku suka... bleh kata semua lagu dalam semua albumnyer kau hafal....

tapi lepas mael kuar dari xtdc, aku jadik kureng suka tapi still bleh layan dgn ali.. tapi lepas dorang campak ali cam kerang busuk dan amik balik mael.. aku trus tak amik tahu dah pasal xpdc neh... cilakak sungguh...



[sunting] Ahli
[sunting] 1987 - 1994
  • Mael - Vokal
  • Izo - Lead Guitar
  • Zua - Bass Guitar
  • Lee Space - Drummer / Amy - Drummer

[sunting] 1994 - 2005
[sunting] XPDC - 2006
  • Mael - Vokal
  • Izo - Lead Guitar
  • Zua - Bass Guitar
  • Amy - Drummer

[sunting] Sejarah
[sunting] Awal penubuhanXPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy. Kumpulan Tragedy merupakan nama asal kumpulan XPDC.
Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zua. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK. Lee Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C dan kemudian menjadi pemimpin kanan pergerakan ajaran sesat Ayah Pin. Yazid ("wak kang") yang pernah menjadi drummer XPDC kemudian menggalas tugas sebagai Pengurus kumpulan XPDC secara tidak rasmi.
Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin.
Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 300,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.
Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri (disingkirkan!). XPDC dibawah pengurusan baru di bawah En Ahmad Nazri Hj Abdul Rahman bersama penyanyi utama mereka Ali,telah berjaya membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang. Malangnya masalah dalaman dengan pihak Life Rekod (syarikat rakaman mereka) dan hasutan pihak luar telah menyebabkan studio dan pejabat tersebut di tutup. Kesan selepas itu ahli kumpulan kecewa dan keretakan mula nampak pada XPDC.
Namun, setelah beberapa lama Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search kerana kecewa dengan pengurusan XPDC dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yasid Otai kembali bermain untuk Search.
Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.
XPDC juga pernah muncul dalam filem 'Nadia' dan penampilan istimewa dalam filem 'Getaran.' Selain itu mereka membintangi telemovie berjudul Apa Nak Dikata dan Sakinah. Di dalam telemovie ini line-up XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan, dan Lola.
Sehingga kini XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelusuk tanah air. Mereka sememangnya sinonim dengan gelaran 'Raja Funfair' dimana ini merupakan satu cara bagi XPDC untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat di tapak-tapak ekspo seluruh negara.

[sunting] 2006Pada tahun ini XPDC kembali bergabung dengan anggota asalnya iaitu Mael, Izo, Zua, dan Amy. Manakala Ali dan Pae membawa haluan sendiri dengan menubuhkan kumpulan Mpire. Percubaan kumpulan Mpire di persada seni tidak berapa membuahkan hasil kerana kesan kejatuhan industri muzik tanahair. Yan pula bergiat sebagai sessionist dan sekali sekala bersama dengan kumpulan Lefthanded. Ketika ini XPDC giat dengan konsert-konsert di seluruh pelusuk negara dengan lokasinya tertumpu di tapak-tapak ekspo.

[sunting] 2007Penghujung tahun ini XPDC muncul dengan sebuah album khas berjudul Rock Union yang memuatkan 20 lagu-lagu hits XPDC, Real X, dan lagu-lagu dari album solo Mael sebelum ini dan juga bonus dua lagu baru berjudul "Curahan Rasa" dan "Menentang Arus". Kedua-dua lagu ini ciptaan Allahyarham JS Kevin.
Album dwi-cd ini diterbitkan oleh EMI Malaysia dengan kerjasama Life Records (M).

[sunting] 2008XPDC dengan line-up asal akan muncul dengan album baru sepenuhnya yang dijangka dipasarkan pada pertengahan tahun ini. Sememangnya peminat-peminat XPDC amat menantikan buah tangan terbaru daripada mereka.

[sunting] AlbumXPDC (Vokal Mael)
  • Darjah 1 (1989)
  • Timurbarat (1990)
  • Kita Peng-Yu (1993)
  • Brutal (1994)
XPDC (Vokal Ali)
  • Samurai (1999)
  • Un'Metal (2000)
  • V6 (2002)
  • Un'Metal II (2004)
  • MdLey Rugged (2006)

[sunting] Antara lagu-lagu XPDC
  • "C.I.N.T.A."
  • "Aku Dan Sesuatu"
  • "Bukan Milik Aku"
  • "C.T. Cinta Kenangan Silam"
  • "Cekal"
  • "Bahalol"
  • "Ntahapahapantah"
  • "Titian Perjalanan"
  • "Impian Seroja"
  • "Hijau Bumi Tuhan"
  • "Nafisa"
  • "Lagu Dari Aku"
  • "Hentian Ini"
  • "Semangat Yang Hilang"
  • "Tak Nak Jadi Soh Chai"
  • "Senapang Patah"
  • "Aku Masih Di Sini"
  • "Apa Nak Dikata"
  • "Hidup Bersama"
  • "Sedekah"
  • "Langsung Tak Faham"
  • "Teman"
  • "Semangat Perjuangan Harmoni"
  • "Berdesup Cahaya"
  • "Sakinah"
  • "Kaca"
  • "Monggol Dah Pulang"
  • "Hujan Airmata (Simpati Bumi Palestin)"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2008 05:41 PM | Show all posts

Reply #54 totokreturn's post

Aku Tak Pasti Brand ALIPH nih dari BATA sebab dikatakan buatan Malaysia...


tapi BATA dah keluarkan balik Kasut Retro macam Badminton Master...

http://www.badmintonmaster.com.my/
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 05:51 PM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 10-11-2008 00:50



tak silap aku dari jepun ader band rock loudness yg lambang matahari terbit dulu.. besa budak2 skolah dok lukih kat beg sekolah hijo kecik dulu...

http://www.mrkwang.com/cata ...


Wah aku dulu ada beli baju t-shirt corak ni..

Sekarang ni dah hilang ke mana ntah aku pun tak tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2008 06:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 06:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 08:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 1-2-2010 20:21

Rock Kapak Suatu Penghinaan




ERA muzik pada pertengahan tahun 1980-an menyaksikan kemunculan ramai penyanyi dan kumpulan rock dalam persada muzik tempatan termasuklah Wings.

Pelbagai cabang muzik rock diketengahkan ketika itu termasuklah istilah Rock kapak yang dilabelkan kepada pemuzik rock berambut panjang, berseluar jeans lusuh dengan bunyi muzik yang berat tetapi turut menyelitkan lagu-lagu cinta.

Wings merupakan antara kumpulan yang dikategorikan oleh segelintir peminat sebagai pemuzik rock kapak ketika era kegemilangan mereka dua dekad yang lalu.

Bagaimanapun, vokalis kumpulan itu, Awie tidak bersetuju dengan gelaran rock kapak yang diberikan kepada Wings dan juga kumpulan-kumpulan rock 1980-an yang lain.

Awie yang merupakan anggota asal Wings ketika ditubuhkan pada awal tahun 1985 menyifatkan, gelaran itu sebagai suatu penghinaan kepada semua pemuzik rock tanah air.

Saya tidak setuju apabila ada orang kata zaman kegemilangan Wings dulu sebagai rock kapak. Saya hendak tanya orang itu, apakah yang dimaksudkannya dengan rock kapak?

Bunyinya pun tidak sedap langsung. Bagi saya, gelaran itu tidak ada kualiti dan begitu hina sekali! Ia tidak relevan langsung. Rock kapak seakan-akan pemuzik yang mahu jadi rock tetapi dia tidak tahu hendak buat apa.

Selain itu, dulu ada juga istilah Rock leleh. Ini pun saya kurang setuju. Apa pun, saya bangkang 100 peratus pemanggilan rock kapak untuk kumpulan rock seperti Wings, katanya pada sidang media pengumuman persembahan mereka di pusat hiburan terkemuka, Planet Hollywood, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kumpulan rock itu bakal mengadakan persembahan di pusat hiburan popular di ibu kota itu pada 18 dan 25 Mei ini pukul 10.30 malam.

Persembahan menerusi slot Sunday Nite Live selama hampir dua jam itu juga diadakan sempena menyambut ulang tahun ke-21 penerbitan album Wings dengan mengenakan tiket berharga RM50.

Pada persembahan itu kelak, Wings akan menjemput dua bekas vokalis serta pemuzik yang pernah menyertai kumpulan tersebut iaitu Mel, Mus, Sham dan Jojet.

Kami juga akan menjemput gitaris yang juga merupakan kawan-kawan rapat Wings iaitu Hillary dan Kid daripada kumpulan Search serta Ito (vokalis Blues Gang) pada persembahan itu nanti, ujar Awie.

Jelas Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, penampilan rakan-rakan lama Wings itu bukan sahaja sebagai suatu tarikan tetapi ia juga dapat mengembalikan nostalgia terhadap perjuangan muzik rock yang mereka perjuangkan selama ini.

Tambahnya, sepanjang lebih dua dekad bergelumang dengan muzik rock, Wings telah melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis yang sukar untuk dilupakan dalam industri muzik tempatan.

Sebagai contohnya, pada tahun 1990 Wings pernah kena gam oleh RTM sehinggakan album kami ketika itu Double Trouble tidak boleh disiarkan melalui radio stesen itu.

Kami juga disuruh supaya memotong rambut pendek untuk keluar televisyen (TV). Akibatnya, album itu tidak dapat dipromosikan secara meluas. Tetapi syukur album itu akhirnya tetap juga berjaya dijual melebihi 150,000 unit, katanya dengan bangga.

Pada tahun 1990, Wings dan sebuah lagi kumpulan rock legenda, Search pernah mencetus kegemparan di kalangan rakyat Malaysia apabila Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamad Rahmat (kini Tan Sri) mengharamkan penyiaran lagu-lagu mereka di stesen-stesen radio RTM.

Bahkan, kumpulan-kumpulan rock itu juga disuruh memotong rambut pendek jika mereka mahu muncul dalam stesen TV milik kerajaan tersebut.

Kalau insiden itu belum cukup, Wings turut cuba mengimbau pengalaman pahit yang melanda dalam industri muzik tempatan apabila pihak kerajaan telah mengharamkan muzik rock pada tahun 1986.

Peristiwa itu ekoran suatu rusuhan para peminat rock di Tapak Pesta, Sungai Nibong, Pulau Pinang yang dijayakan oleh kumpulan seperti SYJ, Lefthanded, Bloodshed, Ella and the Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel menerusi konsert bergerak Battle of the Band anjuran Box-Office Malaysia.

Ekoran insiden yang berjaya dileraikan oleh Polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) itu, semua kumpulan rock tempatan termasuklah Wings turut merasakan bahangnya.

Sama seperti kebanyakan kumpulan lain, Wings tidak menafikan wujudnya perselisihan faham di kalangan anggota-anggotanya sejak kumpulan itu ditubuhkan di Kuala Lumpur sekitar tahun 1985.

Namun, perbalahan itu tidak lama apabila hubungan mereka kembali akrab semula tidak lama selepas itu kerana menganggap di kalangan anggota Wings sebagai adik-beradik.

Tidak dinafikan saya pernah berselisih faham dengan anggota-anggota Wings apabila saya mahu merakamkan album solo. Tetapi ia tidak lama apabila pada tahun 2000 saya dan Wings bersatu semula.

Walaupun pernah bertukar penyanyi dan mendapatkan khidmat Mel dan Mus sebagai vokalis, tetapi Wings tetap utuh. Ini kerana, kekuatan Wings bukan atas nama individu tetapi ia atas nama Wings itu sendiri. Sebab itulah Wings boleh bertahan sehingga kini, jelasnya.

Justeru, Awie tetap terus memberikan komitmennya kepada Wings biarpun dia kini sibuk dengan kerjayanya sebagai pelakon filem.

Tambahnya, kesibukan dalam bidang lakonan tidak menghalangnya memberi sepenuh komitmen kepada Wings kerana ia merupakan salah satu sumber pendapatannya yang penting.

Saya banyak berlakon pada tahun lepas. Tahun ini saya hanya mempromosikan sahaja filem-filem lakonan saya itu. Tetapi kalau Wings ada persembahan saya akan batalkan promosi filem. Ini kerana, promosi filem tidak dapat duit tetapi buat show dengan Wings dapat duit, katanya sambil ketawa kecil.

Biarpun sudah 21 tahun ditubuhkan, tetapi Wings belum pernah menghasilkan sebarang album Inggeris yang mungkin boleh menjadi laluan bagi mengembangkan lagi populariti muzik mereka di peringkat antarabangsa.


Album Inggeris

Dalam hal itu Awie berkata, Wings memang pernah berura-ura mahu menghasilkan album Inggeris pada penghujung tahun 1980-an tetapi hasrat itu terpaksa dilupakan begitu sahaja kerana tiada maklum balas yang positif daripada syarikat rakaman di luar negara.

Wings misalnya, pernah buat demo tape tiga buah lagu Inggeris untuk pasaran antarabangsa pada 1989. Kami menghantar demo tape itu ke Kanada tetapi ia tidak mendapat feedback (maklum balas) dari sana.

Selepas itu, kami lupakan sahaja hasrat itu dan menumpukan kepada pasaran tempatan. Kami sedar, sedangkan pasaran tempatan pun kita belum mampu tawan, apatah lagi pasaran di luar negara, ceritanya.

Sementara itu, gitaris asal Wings, Sham yang kini bermain di kelab-kelab malam bersama kumpulannya, Sky High berasa gembira kerana diundang menjayakan slot persembahan tersebut.

Sham yang cuma sempat tampil menerusi album pertama Wings berjudul Belenggu Irama pada 1987 berkata, persembahan tersebut secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi perhubungannya dengan bekas kumpulannya itu.

Saya bangga dengan Wings kerana hingga kini mereka masih okay, masih lagi rock n roll. Muzik mereka juga lain daripada apa yang saya persembahkan bersama kumpulan saya kini, katanya ceria.

Perasaan yang sama turut dikongsi oleh Mel yang pernah menjadi vokalis sementara Wings selepas Awie menarik diri daripada kumpulan itu dan menjadi penyanyi solo.

Sudah hampir 15 tahun saya tidak berjumpa mereka. Biarpun sudah tidak bersama Wings, tetapi saya tetap sayangkan mereka. Persembahan itu nanti tentunya akan mengimbau kenangan saya ketika bersama Wings,
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 01:36 PM | Show all posts
perhh... bestnyer kembalikan nostalgia zaman zulu.....

tapi aku pelik, kenapa muzik rock masih bertahan hingga sekarang yg capai tahun 2k neh.....

macam muzik 70-an yg dah terhapus.. muzik rap zaman selepas rap pun kecundang juga.. tapi muzik rock tetap sebati sampai sekarang.....

aper kekuatan sebenar rockmania neh yer...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 02:10 PM | Show all posts
cayala wings....dulu kini & selamanya....msh gah lg beb....band yg pling aku suke.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 07:30 PM | Show all posts
Koleksi Aku



Garuda - Bahtera Mahkota (1991)









[ Last edited by  HangPC2 at 11-11-2008 07:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 07:52 PM | Show all posts
Koleksi Aku




Gersang - B29
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 08:27 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by HangPC2 at 11-11-2008 07:52 PM
Koleksi Aku




Gersang - B29
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2008 08:33 PM | Show all posts
dan yg terakhir kumpulan yg aku salute  adalah MAY... dengan musik yg tersendiri kena plak ngan suara nyaring mus,, bleh naikkan bulu roma wooo....


Kumpulan MAY adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mula dikenali semenjak tahun .
Kumpulan MAY ditubuhkan oleh 4 orang anak muda daripada kampung Manjoi, Ipoh, Perak yang mengikuti langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu M bagi nama MUS (Mustaffa) & MAN (Sharip), A bagi ABU (Nasir) dan Y bagi YUS (Mohktar).
Isi kandungan[sorok]


[sunting] PengenalanSejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.

Album hasil Battle Of The Band 1.



Album hasil Battle Of The Band 2.


Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.
Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).
Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ')), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa Battle Of The Bands.
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV RTM, kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh masyarakat umum.
Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, MAY dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.
Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena "underground". Tanpa siaran TV ataupun radio, kumpulan rock seperti Cromok, FTG dll masih berjaya mengumpul peminat.
Filem terbaik yang berjaya menampilkan muzik rock 80-an versi Malaysia adalah tidak lain daripada filem Rock (Disember 2005) oleh Mamat Khalid.
Maklumat-maklumat tambahan lain juga boleh didapati di http://www.lagendarock.com
[url=][/url]
[sunting] Daftar Gagasan Rock Malaysia
  • Juara Rock (1983)
  • Juara Rock (1984)
  • Festival Rock (1984)
  • Battle Of The Bands 1 (1986)
  • Clash Of The Bands 1 (1986)
  • War Rock 1 (1986)
  • Battle Of The Bands 1 (1987)
  • Clash Of The Bands 2 (1987)
  • War Rock 2 (1987)
  • War Rock 3 (1988)
  • Hikayat Rok 88 (1988)
  • Kumpulan Muzik Tenggara (1988)
  • Pancakara Di Cakerawala (1988)
  • Batu-Batu Perjuangan (1988)
  • Clash Of The Bands 3 (1988)
  • Rock Galactica 88 (1988)
  • Pesta Hiburan Kingsway  ????

[sunting] Ahli
  • Mustaffa - penyanyi utama
  • Sharip - dram
  • Nasir - gitar
  • Mohktar - bes

[sunting] Ahli Terdahulu
  • Yantzen : Vocalis
  • Wan/Oney : Vocalis
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 08:47 PM | Show all posts
lets head banging with trash metall.. huaaarrhhhhhh......

CromokCromokOriginKuala Lumpur, MalaysiaGenre(s)Thrash metalYears active1989-presentLabel(s)EMI MalaysiaAssociated actsF.T.G, Langsuyr, AmukMembersShamsudin Ali (Sam)
Tarmizi Mokhtar (Miji)
Khairul Anuar Shariff (Karl)
Former membersHillary Ang (Hill)
Muhammad Fadhil (Mat Puck)
Khairudin Muhammad (Din)
Che Dean(Denan)
JiCromok is a thrash metal band from Malaysia. They are known to be an otai band in Malaysia (where the term otai refers to old-timers or pioneers) of thrash metal music in Malaysia. They are also known to be a legend in Malaysia.
Cromok is regarded as a highly respected band in Malaysia despite being semi-underground (they have a major record label deal with EMI (Malaysia) which is not considered underground for most underground purist) for most of their existence. With their straight up thrash metal sounds, Cromok were the Metal gods of Malaysia, worshipped and revered by all metalheads in the country. Their song structures is characterised by very simple riffs and minimalist drumming overlaid with very complex and epic guitars solos.
Contents[hide]

[edit] HistorySam, Karl, Miji and Din were Malaysian students studying in Australia,[University of Wollongong], where they decided to form a thrash metal band. They have been Australia's favourite metal band that time(1989). They got some help and "airtime" on a Metal Show called: Monday Night Metal. The guy who ran the show (he still does!) is called Danny and he absolutely loved Cromok. They also performed in a few famous place like Seven Hills, and so on. Din who returned to Malaysia earlier in 1992 was shocked after he saw 10,000 letter from the fans. Cromok did not know at that time they had been famous in Malaysia. Din eventually form a band called D'Cromok. While in Australia, as a three piece band, Cromok went on to achieve a steady following and a large fanbase. When they returned (from their studies) to Malaysia, they were instantly a metal cult figure in Malaysia. Mat Puck or Pucky (real name Fadhil) was the original member and co founder of Cromok. He is still in Sydney but out of the industry. Din died in early 1996 as a result of malaria. He was a son of an Ustaz Mat from Pantai Tujuh, Kelantan.

[edit] Group Styles & TrademarkThe group sings in English and they are also known to have at least one instrumental track in every album. The band's vocals sounded more like the Teutonic Thrash style while their music sounded more like the Bay Area thrash metal. Nevertheless, Cromok is a band worthy of mention with the likes of Metallica, Kreator and Death Angel. But, they never use the sound effect.
Cromok also often experimented with Malay cultural music elements and sounds. Blending thrash metal with Malay traditional music made Cromok different from other Malaysian bands. They are also keen on adding Malay elements in their artworks. This made Cromok a band loved and respected as most listeners can relate to their roots and at the same time bang their heads. It is thrash metal, but at the same time also; Malay-styled.
Cromok, although formed as four piece band, remained three pieced after Din's demise. They also performed as a three piece onstage without ever hiring a sessionist. This may be the factor why they are revered in Malaysia as they are just a three piece band performing with all the skills and sounds of a four or a five piece band. There is also a chance that they may be influenced by bands such as Motorhead, Destruction, Sodom and Rage who performed and membered as a three piece. They had performed in Australia with Motorhead and other famous band that time.
The group prefer their nicknames instead of their real names (which is a norm with most Malaysian rock bands). Hence the band member's names are always short in manner.
Cromok also offer a great solos in each of their song. The Second Cromok guitarist (Karl) influenced by Yngwie Malmsteen, produced a lot of amazing and melodic solos. His solos sound like Malay and thrash metal. But Cromok's third lead guitarist, Hillary, his solos sound more to speed and rock solos. He is influenced by Metallica.
They are sometimes known to be not taking themselves seriously (as evident in one of their songs Final Ticking where the song ends with a burp) and they are sometimes not serious in interviews.

[edit] DiscographyStudio albums
Year of ReleaseTitleLabel
1991Image of PurityEMI (Malaysia)
1993Forever in TimeEMI (Malaysia)
1996Yours TrulyEMI (Malaysia)
1999Mean, Meaner, MeanestEMI (Malaysia)
2000Image of Purity
(Remastered & Re-released)
EMI (Malaysia)
2000What's Left?EMI (Malaysia)
2002Deafening SilenceEMI (Malaysia)
2004UntitledEMI (Malaysia)
Other albums
  • Image of Purity & Live Full-length, 1992
  • Engraved in Eternity Best of/Compilation, 2003
  • Untitled + Raw, 2005
  • The Great:Metal Manifest
  • Hail to the King a Tribute to Cromok
The 'Live in Planet Hollywood' was not released by EMi due to risks of not recouping their expenses, although there was demand for it from the fans.

The End?Just recently in 2005, Sam announced that they were going on a hiatus and that all band activities are suspended. After almost 20 years pumping metal firepower, Cromok has now come to a state of suspended animation. Sam, however, stated that they will do shows provided that the pay is good and he also stressed that Cromok is very much alive. It is just that they won't be recording anymore (maybe not for a long, long time).
Just recently lead guitarist Hillary Ang has rejoined his old band Search, thus speculating a break-up and the end of Cromok.After that,Karl agreed to rejoined the band back.Mat Puck might be able to join them on stage for a few songs.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:28 AM | Show all posts
abang aku byk koleksi kaset lagu2 rock dulu2 ni..best2 je lagunya, semua aku suka, Ekamatra, Gamma, Gersang, dll..fuhh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 12:45 PM | Show all posts
msa msuk uitm dlu...aku bwala kaset lgu lma2 nie...da plak member aku yg x pnh dgr...die tnya aku..lgu per nie...best jer...skrg nie...die plak dh jd pmnat fanatik lgu rock dlu2....hehehehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.085841 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list