CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: homer_simpson

[MERGED] Sejarah Muzik Rock Di Malaysia

  [Copy link]
Post time 24-11-2008 07:56 PM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 20-11-2008 11:44 AM


negara mana??? kalau singapore evolusi pelopor sweet charity
kalau indon, rock dah lama tapi tak berkembang, bila masuk search yg buat evolusi rock pada indon....tapi sekejap jer rock di ind ...


ooo noted

tu yg pelik tu.....x kan lah indon x tau rock b4 search p sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 09:15 AM | Show all posts
Antara lagu saduran lain Search ialah Berpaling (Foolin' - Def Leppard (yang ni pon favorite aku gak!)
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 09:16 AM | Show all posts

Reply #105 totokreturn's post

Dan mat rock veteran menyampah dengan rock la ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 25-11-2008 09:16 AM
Dan mat rock veteran menyampah dengan rock la ni....



Modern Rock... ???
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 25-11-2008 09:16 AM
Dan mat rock veteran menyampah dengan rock la ni....


rock la ni yg ader setahu aku amuk, kristal sapa lagik hahh.... tapi irama nya masih lagik kesinambungan muzik rock asal yg berentak keras dan mendayu.... masih tak larik dari matlamat asal rock....

aper yg buat rock trus kekal diminati kerana kesinambungan zuzunan muzik yg pantas dan lirik yg memuja kecintaaan 2 hati, ada kala keras, ada kala lembut... itu yg jadi keistimewaannya...


:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 03:17 PM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 10-11-2008 12:59 AM



aku puas gak carik siapa yg sebenarnya kuarkan kasut akiph neh... tapi byk info aku dapat yg kuarkan kasut aliph nih adalah BATA... masa tuh BATA kuarkan byk jenamanya macam buble gummier,  ...


diamek dr blog mata-kucing.blogspot



iklan aliph

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2008 03:20 PM | Show all posts

Reply #117 totokreturn's post

Amuk Kristal tu Ok lagi...ni jenis Neu Metal etc etc.....takpun 'rock' macam kat  Camp Rock tu...rock hape kejadahnye....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 03:32 PM | Show all posts
aku suke dengor lagu rock kapak...

membuatkan aku teringat zaman aku kecik dan membesor...

bile dengor sesatu lagu ia akan membuatkan peristiwa-peristiwa yang menarik berlaku dalam hidup aku..

tapi sayang.. band band rock kapak nih banyak yg tak dpt bertahan lame.. yg berjaye bertahan pon tak byk...

ade jugak ahli band rock kapak nih yang berjaye dlm hidup dan ade yg terpakse bekerje keras untuk meneruskan hidup...

bile dilihat bebudak yg berjaye.. ade rase bangga dlm diri mereka.. ramai org kenal mereka dr zaman rock kapak lagi

tapi bile dilihat pade yang tak bape berjaye ( bawak lori majlis, bukak kedai henpon, bukak kedai bundle, jual goreng pisang, dll) -berjaye disini dikire sebagai kaye- rase kesian pade mereka...

tapi ade gak yg dihormati kerna berjaya ubah hidup mereka...

ermm selain dr rock kapak melesia band omputeh yg best utk didengor adelah dio,deep purple, black sabbath, rainbow, lynrd skynrd, led zeppelin, ermm banyak lagi ler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 04:23 PM | Show all posts

Reply #117 totokreturn's post

Bro...klu perasan, yg band Amuk vocalist dia yg pkai topeng tu name dia Bandi.

Aku trbaca dulu yg dia ni aktif start lama dah...tahun 80-an jugak...band lama dia ade jugak lagu yg tngkap cintan. Time dgn band lama dia tak pki topeng.

Dia mgkn nk lupakan imej rock lama, tu yg pki topeng skrg. Dia org JB jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 04:27 PM | Show all posts

Reply #114 alphawolf's post

Ni yg drummer dia yg selamber ketuk drum sebelah tgn je kn.

Aku suka lagu dia yg slow sikit mcm Love Bite. Ade suara robot time ending dia ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 04:54 PM | Show all posts

Reply #121 edmundo's post

band lame dia febians... lagu top..utk mu sayang.. rumi dan julie..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 09:05 AM | Show all posts

Reply #120 muor76's post

Tengok senarai nama band kat bawah tu...boleh agak le umur ko berapa ye muor?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 09:09 AM | Show all posts

Reply #122 edmundo's post

Drum set dia custom-built lepas dia kehilangan sebelah tangan...check entry wiki nih : http://en.wikipedia.org/wiki/Rick_Allen_(drummer)
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by edmundo at 25-11-2008 04:23 PM
Bro...klu perasan, yg band Amuk vocalist dia yg pkai topeng tu name dia Bandi.

Aku trbaca dulu yg dia ni aktif start lama dah...tahun 80-an jugak...band lama dia ade jugak lagu yg tngkap cinta ...



yg aku tahu kumpulan amuk hanya seorang jerk anggotanya iaitu bandi.. dan kugiranya dia amik sceonist untuk mainkan lagu amuk....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 10:37 AM | Show all posts

Reply #124 alphawolf's post

hahahah dah tua gak ler... tapi tetap layan rock gak...
hari-hari dengor lagu rock kapak...
anak aku pon suke lagu queen-we will rock you,another one bite the dust ngan scorpion-eye of the tiger..
siap nyanyi sekali....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 10:38 AM | Show all posts
info sejarah....

Pada era 60 an muzik ini dicipta .. ianya dicemuh kerana melanggar tatasusila muzik ..
pada awal era 70 an di negara barat muzik sebegini bertambah semakin berat dan rancak ..
ianya digelar Hard Rock & Heavy Metal .. Di Malaysia awan mendong seketika membawa panahan muzik yang paling berat di akhir era 70 an ..Sweet Charity pernah disanjung oleh anak2 muda pada akhir era 70 an ..

Kemudian muncul pula Kembara yang lebih ke arah pop .. namun masih dianggap paling
berat pada era itu .. awal 1980 an band2 yang membawa konsep lebih berat seperti
Hard Rock dan heavy metal mula membanjiri Malaysia .. antaranya band
seperti Burnmarks (1983), D`Febians (1984), The Lefthanded (Kini Dikenali Lefthanded),
Diamond Head (Kini Dikenali Ekamatra), Rainbow (Kini Dikenali Gersang) dan lain2 lagi.
Pesta Rock pertama yang lebih merupakan pertandingan bagi band2 rock yang belom
merakamkan album diadakan pada tahun 1983 di Johor.

Pertandingan itu diberi nama Juara Rock 1983 telah dimenangi oleh D'Febians dan
The Lefthanded. Kumpulan Titanic dan Split Times (lagu hits - Rintihan Semalam)
pula adalah kumpulan bertuah kerana berjaya merakamkan 2 buah LP dalam bentuk piring hitam .. manakala Juara Rock 1984 dimenangi oleh The Burnmarks yang menyanyikan lagu
Pelacur Tua dan Spak Trucking. Masa tu The Burnmarks terdiri daripada Emy Abdu Rahman, Ain Ahmad, Din Hamid, Zainal Ahmad. Vokalisnya bernama Hamid. Tempat kedua berjaya
digondol oleh Hurricane dari JB yang menyanyikan lagu Perjalanan dan Sail of Charon
dan ketiga ialah Kumpulan Gersang dari JB mendendangkan lagu Wang dan The Star Gazer.

Pada tahun 1985 serangan muzik rock semakin menyengat setelah kumpulan Search melahirkan album sulong mereka bertajuk "CINTA BUATAN MALAYSIA".
Pada zaman itu kebanyakan band mendendangkan lagu berirama Hard Rock & Heavy Metal.

Belom lagi wujud Slow Rock yang lebih ke arah mainstream pada era itu. Pada tahun 1986
Papa Ali (Ali Bakar) menganjurkan pertandingan "BATTLE OF THE BAND" yang seakan sama dengan Juara Juara Rock di Pulau Pinang. Persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku", semua rockers dengan penoh bersemangat menyanyikan lagu patriotik itu, antara band yang bertanding adalah "RAHIM MAAROF & THE WHITESTEEL" yang pada masa itu membawa lagu "Rock Warrior", "White Lightning","Jumpa Sekali Lagi" & 2 buah lagu lagi yang berentak heavy metal. Kemudian "SYJ" pula menyusul membawa lagu "HATI SYAITAN". Semua crowd melayan headbanging sampai ada yang menghantuk kepala kat dinding! Gila fanatik! Selepas itu Amir selaku vokalis mengibarkan bendera Malaysia sambil menyanyikan lagu "ORANG TIMUR". "SYJ" membelasah cukup2 pentas itu dengan membawa lagu2 yang berat, setelah itu beberapa buah band menyusul seperti
"ELLA & THE BOYS" dan lain2 lagi. Demam heavy metal dan hard rock telah melanda!!!!!!!!

Lagu2 yang dibawa olih band2 gagasan "BATTLE OF THE BANDS" itu diabadikan di dalam album kompilasi "BATTLE OF THE BANDS" pada tahun 1986. "Juara Juara Rock" juga mengikut jejak yang sama mengabadikan lagu2 dari band2 di bawah gagasannya antaranya: "D`Febians", "Burnmarks", "M.A.Y" dan lain2 lagi pada tahun 1987. Antara lagu hit di dalam album kompilasi "Juara Juara Rock 1" antaranya: "Burnmarks - Secebis Rayuan", "D`Febians - Roda Penghidupan", "M.A.Y - Derita Bangsa" dan banyak lagi. Pada era itu pergerakkan rock diberi tumpuan sepenohnya olih media massa hinggalah pada tahun 1988-1989 di mana RTM telah meng"gam" band2 rock yang berambut panjang daripada memasuki stesen TV-nya. Lantas kesemua lagu2 dari band2 rock di era 80an tak dapat memasuki kaca tv RTM.

Tapi itu bukanlah masalah besar kerana siaran TV swasta iaitu TV3 banyak menyiarkan lagu2 band2 otai ini di dalam siaran mereka.
Setelah gagasan "Battle Of The Bands" & "Juara Juara Rock" berjaya di persada muzik.

Wujud beberapa buah lagi gagasan lain antaranya gagasan "CLASH OF THE BANDS" yang melahirkan kumpulan seperti "KRAX", "VARNA", "STEELFINGERS", "ILMIAH", "HANDY BLACK", "HELTER SKELTER" dll. Gagasan "WAR ROCK" melahirkan "MEDICINE", "PRATAYUDA", "KEJORA", "SPRING'S" dll manakala Gagasan "HIKAYAT ROCK" pula melahirkan "D`RIYATH", "STEELERS", "TROOPERS", "SAXO" dll. Gagasan "ROCK GALACTICA" juga melahirkan beberapa buah kumpulan yang hebat seperti "LIPAN BARA","BLACKROSE" dll.

Gagasan yang paling dihormati iaitu yang paling lama iaitu gagasan "JUARA JUARA ROCK" yang melahirkan banyak band2 yang membawa lagu2 berat. "BATTLE OF THE BANDS" juga banyak melahirkan band2 ternama seperti "BLOODSHED", "ELLA & THE BOYS", "SYJ", "RAHIM MAAROF & WHITESTEEL" dll. Tidak dilupakan juga "PESTA HIBURAN KINGSWAY" yang memperkenalkan kumpulan2 hebat seperti "BUMIPUTERA ROCKERS", "HANDY BLACK","FRU" dll ....
Demikianlah sejarah dan asal usul dunia Rock di Malaysia. Kalo nak diceritakan memang sampai esok tak habis. Pasal band2 rock yang ada di Malaysia sepanjang tahun 1983-1993 adalah sebanyak beratus2 band. Hampir mencecah 4 angka kalo dikirakan kesemuanya. Semuanya wujud di bawah gagasan yang berlainan seperti yang diterangkan di atas. Kebanyakkan nama2 band yang pelik2 di atas yang tak pernah didengari lu orang cuma melahirkan sebuah album sahaja adakalanya tak ada album langsung. Cuma dikenali di dalam album kompilasi gagasan masing2. Contohnya kumpulan "BURNMARKS" setelah 5 tahun berada di dunia rock baru berjaya melahirkan beberapa buah album sahaja. Album pertama mereka yang berjudul "BURNMARKS" lahir pada tahun 1988. Iaitu setelah setahun lagu2 mereka diperkenalkan di dalam kompilasi "JUARA JUARA ROCK 1, 2 & 3". Inilah sedikit kenangan kisah2 rockers di era 80 an buat tatapan generasi baru ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2008 11:16 AM | Show all posts

Reply #127 muor76's post

Survivor la...bukan Scorpions (kan dah tau umur aku pun brape)
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 11:16 AM | Show all posts
Kembara rock? Kalau ikuit lagu dia lebih kepada folk
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 11:30 AM | Show all posts

Reply #129 alphawolf's post

kekekeke aku silap lak.. ko baye-baye aku jerk...
kalo ditanye pade generasi baru dorang tak bape kenal otai otai yg ade..
pernah aku tanye kat budak bundle.. nak carik baju dio ngan motley crue... berkerot kening pastu siap tanye aku pasal band tu...

band band lame nih salah satu kelebihannyer adelah care mereka menghidupkan instrument dorang.. membuatkan kite naik semangat dan cube mewujudkan dan memasukkan diri kite dalam lagu tersebut...
setiap kali aku dengor lagu peberet aku.. aku cube melihat bunyi...
salah satu lagu yg aku cube tengok bunyik nyer lagu jimi hendrix-may this be love..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 02:05 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 26-11-2008 11:30 AM
kekekeke aku silap lak.. ko baye-baye aku jerk...
kalo ditanye pade generasi baru dorang tak bape kenal otai otai yg ade..
pernah aku tanye kat budak bundle.. nak carik baju dio ngan motley cru ...


tapi byk band2 rock kapak dulu mempunyai idola mereka sendiri... kalau lefthanded lebih ikut kepada gun and roses yg menekankan gitar.... XPDC plak tiruan kepada metallica....

paling syahdu lagu rock neh menusuk jiwa woo.... bukan dari segi lirik, tapi pada melodinyer... perhhh.....

dalam range umur2 kita neh, masa jaman rock tuh, masih lagik berlari2 main teng2.. guli, pastuh malam pegi funfair bayar rm2 sebab nak gi tgk konsert...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.352869 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list