CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7968|Reply: 39

Panduan ibadat di angkasa (+ bergambar)

[Copy link]
Post time 29-6-2007 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Pertama di dunia: Buku panduan ibadat di angkasa
28-06-2007 04:32:22 PM
KUALA LUMPUR:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menerbitkan sebuah buku mengenai garis panduan bagi umat Islam melaksanakan ibadah di angkasa lepas.

Buku yang pertama seumpamanya di dunia itu diterbitkan seiring dengan penghantaran angkasawan negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Oktober nanti.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaludin Jarjis memberitahu sidang akhbar di sini bahawa buku bertajuk "Pelaksanaan Ibadah di International Space Station, ISS" itu bakal dijadikan panduan oleh angkasawan negara bagi mengerjakan ibadah di sana nanti.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abdul Rahman, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam melaksanakan ibadah di angkasa lepas, dimuatkan dalam buku itu, antaranya cara beristinjak, menentukan waktu solat dan qiblat serta menentukan waktu puasa.

Mustafa berkata penerbitan buku itu adalah hasil rumusan seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa anjuran Agensi Angkasa Negara dan Jakim pada April tahun lepas selain perbincangan dengan 14 mufti seluruh negara.

Beliau berkata buku panduan juga akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Arab, serta bahasa-bahasa lain bergantung kepada permintaan.

Kedua-dua calon angkawasan negara, Kapt Dr Faiz Khaleed dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, menyambut baik penerbitan buku itu.

Dr Faiz, pakar bedah pergigian Angkatan Tentera Malaysia, menyifatkan penerbitan buku itu sebagai satu lagi pencapaian negara seiring dengan sejarah yang bakal dicipta dengan penghantaran angkasawan Malaysia ke angkasa lepas.

Dr Sheikh Muszaphar, pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, pula berkata buku itu merupakan panduan yang berguna kepada mereka dan umat Islam lain yang akan menerokai angkasa lepas.

Seorang daripada mereka akan dipilih sebagai angkawasan Malaysia yang pertama yang akan berlepas ke ISS pada 10 Okt nanti.


[ Last edited by  Syd at 15-7-2007 11:04 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2007 10:04 AM | Show all posts
ni ka rupanya priority jakim........ lawak betul la...
masalah umat yang lain tak kuar buku lak......!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 10:18 AM | Show all posts
cam setiap tahun ada jerk yg nk pi becuti kt angkasa nun... sampai ada buku panduan dwi bahasa....

cam kelakar jerk.... hmmm.. mmg kelakar puuunn.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 10:24 AM | Show all posts
Walaupun kelakar bagi setengah orang...

Rasanya tertarik juga aku nak membaca buku ni.  Nak tahu juga sandaran-sandaranya.  Mana tau kalau pelancongan ke angkasa jadi realiti pulak.  Ada jual ke atau kena pi JAKIM ambik satu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 29-6-2007 10:24 AM
Walaupun kelakar bagi setengah orang...

Rasanya tertarik juga aku nak membaca buku ni.  Nak tahu juga sandaran-sandaranya.  Mana tau kalau pelancongan ke angkasa jadi realiti pulak.  Ada jual  ...


biasanya buku2 cmni percuma jerk....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 04:08 PM | Show all posts
hey  ni perkembangan penting dari segi ilmu...

mana ada lagi dlm dunia ni orang buat ibadat kat angkasa...

biasanya depa pi nak kaji ja...tak ingat Tuhan sangat pun...

kita pi tapi semayang kena jaga...kan bagus tu...

lagipun orang Islam dulu2 , sebab nak cari arah kiblat dan waktu semayanglah antara yg menyebabkan ilmu astronomi dan geografi orang islam berkembang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2007 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 29-6-2007 04:08 PM
hey  ni perkembangan penting dari segi ilmu...

mana ada lagi dlm dunia ni orang buat ibadat kat angkasa...

biasanya depa pi nak kaji ja...tak ingat Tuhan sangat pun...

kita pi tapi semay ...


warga saudi dah pi angkasa tu...
fatwa pun dah keluar lama dah...!

Jakim buat seolah2 benda ni masalah besaq.... or probably nak tumpang popularity angkasawan..!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by Hang at 29-6-2007 10:04 AM
ni ka rupanya priority jakim........ lawak betul la...
masalah umat yang lain tak kuar buku lak......!


Di angkasa sentiasa bergerak.. macam mana dia nak tetap hadap ke kaaba? :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2007 06:09 PM | Show all posts

Reply #8 wei_loon5063's post

ada cara2 dia yg tidak membebankan dan sesuai sahaja...

tidak akan menyusahkan...

takkan nak ubah darjah hadap kiblat setiap meter kapal angkasa tu gerak...>


susah la mcam tu..

lagipun lagi jauh kita duduk dari satu tempat tu...

maka perubahan darjah(degree) pun akan jadi makin  kecil...so bukan masalah besar...

[ Last edited by  ussopp at 29-6-2007 06:10 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 06:14 PM | Show all posts

Reply #8 wei_loon5063's post

Bagus soalan awak tu menunjukkan awak faham orang Islam solat ke arah kiblat Kaabah.

Sebab tu la dah keluar buku panduan. Dalam keadaan tertentu atau darurat ada cara2nya untuk bersolat.

Harap yang ke angkasa tu jangan lupa pula beribadat!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 06:14 PM | Show all posts

Reply #7 Hang's post

daripada kenyataan dalam paper tu...tak nampak plak yg dia buat bende ni masalah besar...biasa jaaa.....

rasanya tiada apa2 masalah...
Reply

Use magic Report

Afendio This user has been deleted
Post time 29-6-2007 08:42 PM | Show all posts
moga buku panduan tersebut dapat diamalkan dengan baik nun di angkasa tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2007 10:30 AM | Show all posts
Tahniah Jakim terbit buku ibadat di ISS


SAYA mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana berjaya mengeluarkan buku kecil panduan beribadah di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) untuk kegunaan angkasawan Malaysia yang bakal ke angkasa Oktober ini.

Buku seumpama itu adalah yang pertama di dunia. Kejayaan begini seharusnya dijadikan iktibar seluruh jabatan agama dan pertubuhan Islam di seluruh negara. Malaysia menerusi konsep Islam Hadhari sememangnya dikagumi dan dilihat sebagai model negara Islam contoh yang sedang meniti kemajuan dan kejayaan cemerlang.

Menepati standard ini, maka jabatan agama Islam sewajarnya memiliki badan fatwa, menyediakan panduan serta penerbitan bertaraf dunia seperti buku panduan beribadah di ISS yang diterbitkan Jakim.

Menerusi Buletin Utama TV3 pada 28 Jun lalu, Pengarah Bahagian Penyelidikan Jakim, Anan C Mohd menunjukkan secara praktikal tatacara bertayamum kepada dua pelatih angkasawan negara sebagai ganti berwuduk agar mereka dapat menyempurnakan solat dengan baik ketika berada di ISS.

Sekali lagi pujian harus diberikan kepada Jakim kerana berjaya memudahkan proses bertayamum dengan hanya menepuk tangan ke dinding yang sememangnya agak asing bagi umat Islam di Malaysia walaupun amalan berkenaan sebenarnya ada sandaran daripada Baginda Rasulullah SAW.

Diriwayatkan daripada Hisyam bin Urwah dalam sebuah hadis, apabila Baginda melakukan jimak dengan sebahagian isterinya lalu baginda bangun dan memukul tangannya ke dinding untuk mendapatkan debu dan bertayamum.

Namun begitu ada dua perkara perlu diperincikan lagi mengenai tatacara bertayamum dipertunjukkan oleh Anan untuk memudahkannya agar lebih bertepatan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Pertamanya adakah perlu untuk menepuk dua kali ke tanah atau dalam konteks ini ke dinding untuk menyapu kedua-dua anggota ketika bertayamum pada muka dan tangan. Jika kita perhatikan menerusi hadis di bawah ini jelas Rasulullah SAW hanya memerintahkan untuk menepuk kedua tapak tangan dengan sekali tepukan untuk muka dan kedua tapak tangan sekali gus.

Sabda Rasulullah SAW 揌anya saja cukup bagimu begini. Lalu Nabi memukul tanah dengan kedua tapak tangannya dan meniupnya, kemudian mengusap muka dan kedua tangannya dengan keduanya - Hadis riwayat Imam al-Bukhari.

Saya ingin menekankan kejayaan Jakim menjadi pelopor dalam menerbitkan buku panduan beribadah di angkasa lepas sewajarnya menjadi kebanggaan seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga melalui buku berkenaan, angkasawan kita sama ada Dr Sheikh Muszahpar Shukor atau Dr Faiz Khaleed akan dapat melaksanakan misi mereka di angkasa lepas sebagai angkasawan pertama dari Malaysia dengan cemerlang dan pada masa sama dapat melaksanakan ibadat yang diwajibkan kepada mereka sebagai seorang Muslim.

MOHD YAAKUB MOHD YUNUS,
Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2007 12:00 PM | Show all posts
Cara bertayammum di stesen Angkasa Antarabangsa





FAKTA:
Garis panduan pelaksanaan ibadah di stesen angkasa antarabangsa (ISS)

A. Cara beristinjak

Di ISS beristinjak adalah dengan menggunakan tisu

Syarat beristinjak


Bahan yang digunakan adalah sesuatu yang suci, bukan najis dan bukan bahan dihormati.


Bahan yang kering dan kesat


Bahan yang digunakan tidak kurang daripada tiga seperti tiga biji batu.


Najis yang keluar belum kering dan yang keluar tidak melewati kawasan laluannya.

B. Cara berpuasa


Puasa boleh ditunaikan sama ada di ISS atau di bumi secara qada jika membabitkan Ramadan.


Penentuan waktu puasa adalah menggunakan waktu puasa tempat angkasawan berlepas.

C. Pengurusan jenazah


Jenazah perlu dibawa balik ke bumi untuk pengurusan seperti biasa.


Jika jenazah tidak boleh dibawa balik, diharuskan menyemadikan di angkasa dengan pengurusan jenazah secara ringkas.

D. Aspek berkaitan


Jika makanan yang disediakan diragui halal, diharuskan makan sekadar mengalas lapar.


Angkasawan Islam perlu menjaga batasan aurat, iaitu lelaki (antara pusat dan lutut), manakala wanita (selain muka dan dua tapak tangan).


Perjalanan ke angkasa adalah musafir yang diharuskan mengikut Islam.


Angkasawan perlu menghormati etika bermusafir, iaitu menjaga kelangsungan hubungan dengan tuhan, menjaga keharmonian hubungan sesama makhluk dan menjaga kelestarian alam sekitar.

[ Last edited by  Syd at 9-7-2007 11:50 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2007 12:03 PM | Show all posts
Angkasawan Sepanyol bantu Jakim
Oleh Ziauddin Sharuddin ([email protected])


Walaupun bukan beragama Islam, kehadiran Pedro Duque banyak membantu memahami keadaan angkasa lepas


ANGKASAWAN terkemuka Sepanyol, Pedro Duque, turut memberi sumbangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menghasilkan Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Bagaimanapun jangan salah sangka! Duque bukan beragama Islam, tetapi bantuannya diperlukan untuk membolehkan Jakim dan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) mengetahui dan memahami secara terperinci kehidupan dalam kapal angkasa,

Penolong Pengarah (Falak) Bahagian Penyelidikan Jakim, Muhamad Zakuwa Rodzali, berkata Duque dijemput ke Kuala Lumpur tahun lalu, berdasarkan kepakaran dan pengalaman luasnya hidup dalam kapal angkasa.

Katanya, antara aspek yang diceritakan termasuk pemakanan dan cara menjaga kesihatan melalui senaman.

揇uque memberi pandangan sebagai bukan Islam, tetapi kehadirannya memberi gambaran kepada kita mengenai kehidupan dalam kapal angkasa. Maklumat ini membolehkan Jakim mengetahui cara untuk angkasawan Islam beribadah,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2007 12:04 PM | Show all posts
Angkasawan Sepanyol bantu Jakim
Oleh Ziauddin Sharuddin ([email protected])


Walaupun bukan beragama Islam, kehadiran Pedro Duque banyak membantu memahami keadaan angkasa lepas


ANGKASAWAN terkemuka Sepanyol, Pedro Duque, turut memberi sumbangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menghasilkan Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Bagaimanapun jangan salah sangka! Duque bukan beragama Islam, tetapi bantuannya diperlukan untuk membolehkan Jakim dan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) mengetahui dan memahami secara terperinci kehidupan dalam kapal angkasa,

Penolong Pengarah (Falak) Bahagian Penyelidikan Jakim, Muhamad Zakuwa Rodzali, berkata Duque dijemput ke Kuala Lumpur tahun lalu, berdasarkan kepakaran dan pengalaman luasnya hidup dalam kapal angkasa.

Katanya, antara aspek yang diceritakan termasuk pemakanan dan cara menjaga kesihatan melalui senaman.

揇uque memberi pandangan sebagai bukan Islam, tetapi kehadirannya memberi gambaran kepada kita mengenai kehidupan dalam kapal angkasa. Maklumat ini membolehkan Jakim mengetahui cara untuk angkasawan Islam beribadah,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2007 12:09 PM | Show all posts
Ibadah di angkasa lepas
Oleh Ziauddin Sharuddin ([email protected])


Buat pertama kali cara beribadah angkasawan didokumentasikan hasil Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa



PENGHANTARAN angkasawan pertama negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Oktober ini mencatat sejarah kerana buat kali pertama, cara melaksanakan ibadah di angkasa lepas menjadi isu penting.

Sama ada Kapten Dr Sheikh Muszaphar Shukor atau Dr Faiz Khaleed, dipilih sebagai angkasawan, mereka bukan angkasawan Muslim pertama ke angkasa lepas.

Putera Sultan bin Salman dari Arab Saudi, lebih awal mengukir nama dengan menaiki kapal angkasa Discovery pada 1985. Kekayaan pula membolehkan Anousheh Ansari, jutawan wanita Amerika Syarikat yang berasal dari Iran, melancong ke angkasa lepas tahun lalu.

Bagaimanapun, misi negara menjadi sebutan ramai, terutama pihak berkepentingan dalam angkasa lepas kerana isu berbeza, iaitu cara beribadah di angkasa lepas.

Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada April tahun lalu yang bertujuan mengkaji cara beribadah di angkasa lepas mendapat perhatian antarabangsa.

Media massa Barat, termasuk laman web yang melaporkan mengenai seminar ini menimbulkan tanda tanya mengenai cara beribadah di angkasa lepas.



Alan Godlas, Profesor Agama Universiti Georgia, Amerika Syarikat, menimbulkan persoalan penting dalam pelaksanaan ibadah di angkasa lepas, terutama solat.

揂pabila memasuki orbit, kapal angkasa mengelilingi bumi sekali setiap 90 minit. Orang Islam menunaikan solat lima kali sehari berdasarkan kedudukan matahari di angkasa. Inilah cabarannya apabila sehari di angkasa lepas hanya 90 minit,
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2007 03:43 PM | Show all posts
Alhamdulillah..

semoga kita akan mendapat byk manfaat dari buku ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2007 10:27 AM | Show all posts
Garis panduan ibadah di angkasa tangani isu makanan, solat
10-07-2007 01:30:24 PM  


GARIS PANDUAN IBADAH DI ANGKASA PERLU PENELITIAN


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mengambil masa panjang bagi menyediakan garis panduan ibadah untuk angkasawan negara semasa berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berikutan beberapa kajian yang memerlukan penelitian terlebih dahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata Jakim perlu mengikut prosedur dengan merujuk kepada pakar syariah dan teknikal dalam bidang berkaitan.

"Persoalan yang timbul adalah kelewatan proses kerja tetapi bukan proses menentukan arah kiblat sewaktu di ISS dan penyediaan makanan untuk angkasawan," katanya menjawab soalan Datuk Hasni Mohammad (BN-Pontian).

Garis panduan pelaksanaan ibadah di ISS diterbitkan pada April 2007.

Abdullah berkata penentuan kiblat yang ditetapkan dalam garis panduan yang dikeluarkan itu antara lain berdasarkan kepada unjuran Kaabah di Mekah.

Mengenai isu penyediaan makanan di ISS, katanya selagi proses penyediaan makanan tidak bercampur dengan bahan yang haram dan sesuai dengan angkasawan, ia dibolehkan untuk dimakan dari segi hukum.

"Sekiranya makanan yang disediakan diragui halalnya, maka diharuskan memakannya," katanya.

Dua calon angkasawan iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapt Dr Faiz Khaleed sedang menjalani latihan di Russia sebelum salah seorang daripadanya dipilih sebagai angkasawan pertama negara dihantar ke ISS Oktober ini.

Kedua-duanya kini sedang bercuti di dalam negara. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 12:07 PM | Show all posts
..aduh, mane punya al-Kitab dan al-Hikmah nie, ke saja di ada-adakan? tayamum kat cermin..

"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."[67:15]

hukum Allah hanya kat muka bumi sahaja, kalo dah kat angkasa lepas dah kira tak terikat ngan hukum Allah( kewajipan itu bukan lagi kewajipan)...

Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?[68:36]

Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab yang kamu baca dan pelajari?[68:37]

Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?[68:38]

Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?[68:39]

hmy3:

[ Last edited by  Syarul at 11-7-2007 12:09 PM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.067246 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list