CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2839|Reply: 2

Imej USA di Jerman Merudum -

 Close [Copy link]
Post time 30-6-2007 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Imej Amerika Syarikat di Jerman merudum teruk
30-06-2007
Oleh MANIK MEHTA  


BERLIN:  Jerman, antara negara yang paling awal menyuarakan sokongan dan simpati terhadap Amerika Syarikat (AS) berikutan serangan pengganas pada 11 Sept 2001, kini nampaknya telah berubah pendirian 180 darjah berhubung imej Amerika secara amnya.

Pandangan awam mengenai Amerika di Jerman telah berubah secara radikal dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini.

Malah, satu pungutan pendapat orang ramai terbaru yang dijalankan oleh institut penyelidikan Amerika dipanggil Pew mencadangkan bahawa kedudukan AS pada pandangan orang ramai di Jerman telah merosot dan merudum ke tahap paling rendah.

Hanya 30 peratus daripada penduduk yang disoal dalam kaji selidik itu yang mengatakan bahawa mereka mempunyai pandangan positif terhadap AS manakala 66 peratus lagi berpandangan negatif. Empat peratus yang disoal tidak dapat memberikan keputusan.

Malah, tiada negara lain di Eropah di mana imej AS seburuk di Jerman.

Lebih 45,000 orang dipungut pendapat mereka dalam kaji selidik itu yang dijalankan di 46 negara selain di wilayah Palestin.

AS menikmati kedudukan yang lebih baik di China, Perancis, Rusia, Lubnan dan Venezuela berbanding di Jerman.

Apa yang lebih memeranjatkan ialah kedudukan AS lebih baik di Lubnan, sebuah negara Arab berpecah dua akibat perang saudara sejak beberapa dekad yang lalu, dan di Venezuela, di mana pemimpinnya Hugo Chavez adalah seorang yang lantang mengkritik AS, berbanding Jerman.

Perubahan pandangan di Jerman itu amat jauh berbeza keadaannya berbanding dengan keadaannya pada tahun 2000 di mana 78 peratus daripada penduduk Jerman mengatakan bahawa mereka mempunyai pandangan yang positif terhadap AS dan jumlah mereka yang masih berpandangan baik terhadap Amerika Syarikat terus menurun kepada 42 peratus dua tahun lalu.

Kedudukan AS lebih teruk, seperti yang telah dijangkakan, di dunia Islam di mana kurang daripada 30 peratus penduduknya mempunyai pandangan positif, khususnya di Indonesia, Malaysia, Mesir, Jordan, Maghribi, Pakistan, wilayah-wilayah Palestin dan Turki.

Tetapi pandangan negatif di Jerman mengenai AS tidak merujuk kepada rakyat Amerika Syarikat.

Malah, pandangan rakyat Jerman terhadap rakyat Amerika kekal positif (kira-kira 63 peratus).

Secara global, ketidakpercayaan dan kesangsian terhadap AS kelihatan semakin meningkat.

Kritik terhadap AS terhad terutamanya kepada dasar luarnya.

Hampir di mana-mana sahaja seseorang akan mendengar gesaan supaya AS menarik balik pasukan tenteranya dari Iraq dan malah, penempatan tentera di Afghanistan menerima kritikan yang semakin meningkat.

AS juga menerima pandangan buruk berhubung isu-isu seperti perlindungan alam sekitar dan perubahan cuaca.

Presiden George W. Bush, menurut pungutan suara tersebut, terus menjadi pemimpin yang sangat tidak popular di banyak negara.

Tetapi apa yang agak menghiburkan ialah kedudukan presiden Rusia, Vladimir Putin juga tidak lebih baik.

Walaupun Rusia mendakwa mempunyai struktur demokrasi, Putin semakin dilihat sebagai pemimpin kuku besi yang menunjukkan sifat seorang diktator yang sangat ditakuti.

Bagaimanapun, AS memiliki imej yang baik di sejumlah negara di Afrika, terutama Kenya, Ghana dan Ethiopia.

India ialah sebuah daripada beberapa negara di dunia di mana imej AS dipandang sangat positif.

Ini sangat penting buat AS kerana India bukan sahaja mempunyai jumlah penduduk kedua terbesar di dunia selepas China, ia juga memiliki demokrasi terbesar di dunia.

Orang ramai akan bercakap secara terbuka dalam sebuah negara demokrasi tanpa bimbang orang lain sentiasa memerhatikan mereka.

Hampir setiap orang muda di India bercita-cita agar dapat mengumpul harta di AS, negara yang menawarkan pelbagai peluang tersebut.

Malah, presiden Bush, yang menghadapi isu ketidakpercayaan dan kritikan hampir di mana-mana sahaja mendapati bahawa di sini terdapat ramai yang menyokong dasar luar negaranya.

Kedua-dua negara, yang kini telah menjalin apa yang disifatkan sebagai "perkongsian strategik bersejarah", belum pernah serapat ini sepanjang 60 tahun mereka menjalin hubungan dua hala.

Seperti India, China juga mempunyai pandangan yang baik terhadap Amerika Syarikat berbanding banyak negara Islam.

Sebahagian besar penduduk China, terutama generasi mudanya, menyokong dasar-dasar AS, menurut kaji selidik tersebut.

Memang mudah difahami bahawa AS dipandang buruk di kalangan negara Islam walaupun kemarahan mereka berhubung pencerobohan Amerika ke atas Iraq telah semakin berkurangan, menurut kaji selidik tersebut.

Empat tahun lalu, hanya satu peratus sahaja daripada penduduk Jordan dan Palestin yang mempunyai pandangan yang baik terhadap Amerika Syarikat tetapi hari ini peratusannya telah meningkat kepada 20 dan 13 peratus masing-masing.

Jika pungutan pendapat yang dijalankan dua tahun lalu di Turki mendapati bahawa 23 peratus daripada mereka yang disoal mempunyai pandangan yang positif terhadap AS, kini hanya sembilan peratus yang mengatakan bahawa mereka mempunyai pandangan positif terhadap Amerika Syarikat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2007 08:33 AM | Show all posts
There are more Europeans dislike US now.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 03:01 AM | Show all posts
Putin may  looks like a dictator but in fact he`s just protectinghis country from US.We should let the russians a bit harder  tobalance the world .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054661 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list