View: 10890|Reply: 28
|
Sufi agung - Mansur al Hallaj.
[Copy link]
|
|
Abu Al-Mughis Hussein Bin Mansul Al Hallaj atau lebih dikenali sebagai Al Hallaj, telah menulis sebuah kitab tasauf yang masyhur Ana Al Haq (Aku Lah Yang Benar). Ungkapan Ana Al Haq(Aku Lah Yang Benar) ini jugalah yang telah membawa Al Hallaj ke tiang salib, dihukum mati dihadapan ribuan manusia oleh Khalifah ketika itu.
Khalifah memerintahkan supaya Abu Al-Mughis Hussein direjam dengan batu oleh orang ramai yang ada disitu. Beliau tahan semua itu. Tetapi apabila Abu Bakar Al Syiibli (sufi besar seangkatan dengan nya) melimparnya dengan bunga, beliau menjerit. Apabila ditanya mengapa beliau berkelakuan ganjil seperti itu, beliau menjawab, "Orang yang merejam aku dengan batu itu adalah jahil. Oleh itu aku tak peduli. Tetapi apabila Al Syibli melempar aku dengan bunga, dia tidak boleh dimaafkan kerana dia orang berilmu".
Setelah direjam diatas tiang salib, kedua-dua tangan Abu Al-Mughis Hussein dipotong. Beliau tersenyum. Apabila ditanya kenapa tersenyum sedang kedua tangannya telah putus dipotong, beliau menjawab, "Mereka telah memotong tangan zahirku. Tetapi tangan batinku berpegang teguh kapada Allah dan mereka tidak dapat memotong tangan batinku itu"
Melihat keadaannya seperti tidak merasa sebarang kesakitan, kedua kakinya pula dipotong. Beliau tersenyum lagi sambil berkata "Mereka telah memotong kaki zahirku. Tetapi mereka tidak dapat memotong kaki batinku, dan sekarang dengan kaki batinku ini aku dapat mengembara di dalam dua alam".
Abu Al-Mughis Hussein menyapu mukanya dengan tangan yang kudung dan berdarah itu lalu berkata, " Hari ini aku rasa gembira kerana bedak orang-orang syahid telah disapu ke muka ku".
Kemudia beliau berada dalam keadaan seperti orang sedang bersolat, dan pada ketika itu kedua matanya pula dicungkil dan lidahnya dipotong. Akhirnya kepalanya dipenggal. Sebelum lidah dan kepalanya dipotong, beliau berdoa, " Ya Allah!, aku bersyukur kapada Mu kerana Engkau telah memberi aku tahan dan sabar hingga bercerai nyawa dari badan. Kau kurniakan lah juga kapada kapada orang-orang yang menghukumku dan mereka yang hadir". Beliau terus berkata, "Bersahabat dengan Yang Maha Esa itu memencilkan kamu dengan yang lain dan membuat kamu luar biasa".
Pada masa kepalanya dipenggal, beliau ketawa. Pada ketika itu nyawanya pun bercerai dari badan nya. Semua anggotanya yang terpotong itu menjeri, :Ana al Haq!" (Akulah Haq). Melihat keadaan itu khalifah memerintahkan supaya anggota badan yang terpotong itu dibakar, setelah dibakar abu itu pun menejrit juga "Ana al Haq!". Melihat keadaan itu khalifah memerintahkan pula supaya abu itu dibuang ke sungai Dajlah, dan abu itu membentuk tulisan "Ana al Haq" diatas permukaan sungai. Air sungai lantaran berbuih dan air mula melimpah.
Abu Al-Mughis Hussein semasa hidupnya telah mengetahui yang beliau akan dihukum sedemikian rupa dan mengetahui bahawa air sungai Dajlah akan melimpah dan boleh menyebabkan banjir besar. Beliau telah berpesan supaya pakaianya diletakkan diatas permukaan sungai tersebut. Dengan itu air akan surut dan terpeliharalah kota Baghdad dari banjir besar.
Syeikh Abd Kadir Jailani pernah berkata, "Sekiranya aku hidup dizaman Abu Al-Mughis Hussein akan ku pertahankan belaiu dari dihukum dengan tanganku sendiri".
Persoalanya mengapakan Abu Al-Mughis Hussein mengungkapkan "Ana al Haq!" (akulah yang Haq), suatu ungkapan yang syirik pada kacamata orang awam?. Apakah yang dimaksudkan " Ana al Haq" oleh beliau?.
Wallah hu waalam.
Dipetik dari kitab :Tazkiratul Auliya' oleh Syeikh Fariduddin Attar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mansor al halaj ni org hakikat , org awam mana fhm apa yg dia katakan
Syariat dgn hakikat kan lain , syariat ni leh npk secara zahir tp hakikat ni trsembunyi , thats the thing
Prtembungan selalu brlaku dan selalu syariat selalu menang psl syariat selalunya majoriti |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WakDaeng at 1-7-2007 03:19 AM
Abu Al-Mughis Hussein Bin Mansul Al Hallaj atau lebih dikenali sebagai Al Hallaj, telah menulis sebuah kitab tasauf yang masyhur Ana Al Haq (Aku Lah Yang Benar). Ungkapan Ana Al Haq(Aku Lah Yang ...
pada pandangan haku.....buku ini dikeluarkan......atas sbb kemungkaran yg telah berleluasa.....sesiapa yg menyanggah pendapat pemerintah akan dibunuh.......mayb beliau tiada jalan lain utk memberitahu jalan2 kebenaran........yg paling teruk beliau bersendirian dlm menghadapi situasi ini...........mayb beliau menyatakn kebenaran dlm kitab ini.......lantas mendapat kemurkaan dr pemerintah............org yg berada atas jalan kebenaran, tidak akan luntur iman nyer........pada hemat haku......beliau zahirkan buku ini agar umat manusia mendapat kebenaran setelah semua jalan2 lain telah ditutup oleh pemerintah..........
.........sekadar pandangan peribadi............ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Bateesta's post
Syariat, Tariqat dan Haqiqat saling memerlukan dan ianya perlu berjalan seiring. Ianya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.
Syariat ertinya menyembah Allah iaitu mengikut segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya yang bersumberkan daripada al Quran dan Hadith. Melaksanakan segala hukum-hukum Nya tanpa soal jawab dengan mengaku merendah diri dalam iktikad hati, samaada anda mengerjakan nya atau tidak, tetap zahirnya Syariat.
Tariqat ertinya jalan. Ia itu jalan menuju Allah dengan berpandukan Syariat.
Haqiqat adalah hasil daripada ilmu tentang syariat dan daripada praktikal tariqat. Ia itu bahawa anda melihat Allah Taala dengan cahaya Nya yang dipertaruhkan di tengah-tengah hati anda iaitu Batin.
Oleh hal yang demikian, syariat, tariqat dan haqiqat saling memerlukan antara satu sama lain, tidak akan sampai kapada batin hakikat tanpa arif syariat dan kesungguhan tariqat. Setelah sampai kapada haqiqat wajib akan kembali kapada syariat, kerana wajib melaksanakan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Ulamak tasauf telah memberikan kata isyarat : "Syariat tanpa hakikat itu hampa, dan hakikat tanpa syariat adalah batal".
Al-Qutubur Rabbani Walhaikal An-Nurani Maulana Ad-Syeikh A'bdul Qadir Jailani pernah berkata, " Tiap-tiap haqiqat yang tidak diperteguhkan dengan syariat maka ianya zindiq"
Wallahuwaalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 1-7-2007 06:30 PM
Assalamualaikum,
Mula2 aku hadir di forum ni, aku tidak berapa setuju atau mungkin menolak kepercayaan seperti ini. Boleh dilihat pada thread sini http://forum.cari.com.my/viewthread.php?t ...
itulah yg sebaik-baiknya...
dgn pertambahan ilmu dan pencarian yg mendapat petunjuk n hidayah Allah, dan dgn jiwa yg merendah diri dlm mencari kebenaran. maka sdra sudah dapat sebutir lg mutiara ilmu dan hikmah yg tersembunyi....syukran..
Al hallaj adalah sufi yg mabuk dlm kecintaannya kepada Tuhan hingga terkeluar perkataan2 yg membawa fitnah jika didgr oleh org awam...
RSAW, dan diikuti oleh para2 sahabat adalah sufi yg bertaraf lebih tinggi daripada Al Hallaj ini tetapi mereka berwatak pejuang n pemimpin, maka kemabukan mereka dlm mencintai Tuhan itu disemmbuyikan dan tersembunyi dr pandangan manusia lain...
Al Hallaj, Arabi, RabiatulAdawiyah adalah sufi yg berwatak abid, mereka bkn pemimpin atau pejuang maka kemabukan kecintaan mereka sehingga tdk dapat difahamai oleh masayarakat awam dan menjadi fitnah pula kepada mereka...
sekian wallahualam...
[ Last edited by rainbows at 2-7-2007 08:05 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ramainya penyokong sufi wahdatul wujud....! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WakDaeng at 1-7-2007 03:19 AM
Dipetik dari kitab :Tazkiratul Auliya' oleh Syeikh Fariduddin Attar
dlm buku ni ramai lagi yang hebat2 bukan takat al-hadad je. Malik dinar, junaid, rabiatul adawiyah dll
nak kata cerita2 ni tak betul... terus terang cakap la bukan taraf kita utk menilainya. Kita masih cintakan dunia, sedangkan mereka2 ni dlm hati hanya ada Allah je. Hal dunia dah buang jauh2. Rezeki, makan minum diorang serah pada Allah semata2. Tak mcm kita, bergantung kepada semasa manusia (majikan). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 2-7-2007 08:30 AM
ramainya penyokong sufi wahdatul wujud....!
Boleh aku minta pandangan engkau dalam hal ini?
tu pun jika boleh dibincangkan di sini.... mod ibnur? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WakDaeng at 1-7-2007 03:19 AM
Abu Al-Mughis Hussein Bin Mansul Al Hallaj atau lebih dikenali sebagai Al Hallaj, telah menulis sebuah kitab tasauf yang masyhur Ana Al Haq (Aku Lah Yang Benar). Ungkapan Ana Al Haq(Aku Lah Yang ...
Ana Al-Haq ini adalah antara ucapan yang menyebabkan Al-Hallaj dijatuhkan hukuman salib.
Al-Haq ini adalah salah satu nama Allah..!
Sepatutnya ucapan Ana Al-Haq ini diterjemahkan dalam bahasa melayu kepada ' AKULAH TUHAN YANG MAHA BENAR ' bukannya 'Akulah Yang Benar' barulah korang nampak yang ini adalah puncak dari konsep WAHDATUL WUJUD! Penyatuan antara makhluk dan Tuhan.!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 2-7-2007 12:49 PM
Boleh aku minta pandangan engkau dalam hal ini?
tu pun jika boleh dibincangkan di sini.... mod ibnur?
boleh kot... kalau tak jadi cerita mazhab.
Beberapa dakwaan terhadap Mansur Al-Hallaj:
1. He claimed to be a prophet, then he went further and said that he was God. He used to say, 揑 am Allaah, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 2-7-2007 01:53 PM
Ana Al-Haq ini adalah antara ucapan yang menyebabkan Al-Hallaj dijatuhkan hukuman salib.
Al-Haq ini adalah salah satu nama Allah..!
Sepatutnya ucapan Ana Al-Haq ini diterjemahkan dalam baha ...
amboi2...hang ni dah habis belajaq tasauf ker ?..
jgn buat tafsiran ikut hukum fekah atas bidang tasauf, klau ilmu tasaufpun setakat baca2 dlm buku jer...
[ Last edited by rainbows at 2-7-2007 02:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Yang menyatakan sebaliknya pula
Al-Hallaj is Abu Mughith al-Husayn ibn Mansur al-Hallaj al-Baydawi al-Wasiti (d. 309) the ascetic, he hailed from Persia and was raised in Iraq. He first accompanied al-Junayd, al-Nuri and others then became known in 299. After accusations were raised to the 慉bbasi Caliph al-Muqtadir Billah he was jailed on charges of heresy, then tortured to death in unspeakable fashion. Many if not most of the Ulema consider him one of the Friends (awliy鈷) of Allah, such as Ibn Khafif who visited him in jail, Abu al-Qasim al-Nasir Abadi, al-Qushayri, Ibn 慉ta |
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa sajak dari Al-Hallaj ....
ana'l -Haqq - I am the Truth.
(this is the saying which apparently earned al-Hallaj his martyrdom - al Haqq also means God)
You know and are not known; You see and are not seen.
(Akhbar al-Hallaj 44, 1.4)
Your Spirit mixed with my Spirit little by little, by turns, through reunions and abandons.
And now I am Yourself, Your existence is my own, and it is also my will.
(Diwan al-Hallaj)
I find it strange that the divine whole can be borne by my little human part,
Yet due to my little part's burden, the earth cannot sustain me.
(Akhbar al-Hallaj, 11)
I have seen my Lord with the eye of my heart, and I said: "Who are You?" He said:"You."
(Diwan al-Hallaj, M. 10)
I do not cease swimming in the seas of love, rising with the wave, then descending; now the wave sustains me, and then I sink beneath it; love bears me away where there is no longer any shore.
(Diwan al-Hallaj, M. 34) |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan dari aku...
Al-HAllaj telah pun tiada.... Allah s.w.t. yang akan menentukan kedudukannya.
Kita macamana? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 2-7-2007 02:25 PM
Kesimpulan dari aku...
Al-HAllaj telah pun tiada.... Allah s.w.t. yang akan menentukan kedudukannya.
Kita macamana?
heh.. tepat skali
al hallaj disebut2 selepas kematiannya... kita ni camne pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 eiyoei's post
Ibn Arabi seorang tokoh sufi terkenal pernah berkata sesiapa yang belajar kitab Al Hikam karangannya tanpa guru hukumnya KAFIR!! Ini kata amaran dari penulis kitab sendiri...
Begitu juga kitab-kitab intro tasauf karangan ulamak nusantara seperti Tuan Guru Tuan Hussain Muhammad Nasir Al-Mas'udi al-Banjari banyak memuatkan amaran-amaran sebegini kepada para student yang baru nak belajar.. kekadang hampir 1/4 kitab penuh dengan warning pasal masalah2 pembelajaran tasauf yang pelbagai.
Begitu telitinya pembelajaran ilmu tasauf ini, kena ikut peringkat2nya.. malah kalau mereka lihat anda belum sedia, tak akan ada guru yang mahu mengajar anda ilmu yang advanced atau pertengahan sebelum anda tahu, amal dan rasa yang asas dulu!
Sbb tu ramai "pelajar-pelajar" yang memilih belajar secara baca buku2 tasauf yang dibeli di kedai-kedai atau yang di google di internet dalam bahasa translation yang pelbagai..
Mereka belum diberi rezeki ilmu ini oleh Allah, itulah yang sebenarnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sesusah kita baca buku Feqah al-shafie ajer ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rilek jap
Sesiapa yang benar-benar kenal Allah, maka pasti dapat melihat Nya pada tiap-tiap sesuatu.
Dan sesiapa yang fana' dengan Allah, pasti ia hilang(ghaib) dari segala sesuatu.
Dan sesiapa yang cinta kapada Allah, tidak akan mengutamakan sesuatu selain daripada Nya.
--- Al Hikam - Al Syeikh Ahmad Bin Atta'illah Al Askandari. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Sesiapa di sini yang dah belajar sejarah, tentu pernah mendengar kata-kata yang popular ni kan, "Ana Al-Haq". Betul juga kata Hang tu, 'ana Al-Haq' juga sememangnya merujuk pada 'Akulah Tuhan Yang Maha Benar' tetapi tidaklah seperti yang disangkakan orang awam cam kita ni... Terlebih lagi ketika ia dikaitkan dengan sufi besar Mansur Al-Hallaj ini. Malang sekali kerana ia dibunuh atas tuduhan dah murtad atau kafir....!!
Dia pada mulanya mendapat pengiktirafan daripada Ulama' sezamannya. Ini kerana beliau seorang ahli ibadat yang sangat handal. Beliau seorang yang kuat sholat dan sentiasa berpuasa setiap masa. Tetapi apabila beliau mendakwa bahawa dirinya adalah al-hak, beliau lantas dipandang serong dan kafir oleh beberapa ramai Ulama'.
Beliau berkata : "Saya adalah hak", di mana di dalam bahasa Arab disebut "Ana Al-Haq" atau disebut dalam bahasa Inggeris "I am the truth". Ungkapan itu ditafsirkan bahawa beliau menganggap zat Allah berada dalam diri.
Dengan berfalsafah sebegitu rupa, Al-Hallaj dipenjara dan disebat. Beliau kemudian disalib selepas dipotong tangan dan kakinya. Malah mayat beliau dibakar dan abunya dihanyutkan ke sungai Dajlah. Sedang kepalanya dibawa ke Khurasan untuk selanjutnya dipersaksikan oleh ummat, Islam dan sejarahnya.
Tapikan, kita jangan lupa pula ada seorang lagi Sufi besar iaitu Syeikh Al-Syibli juga telah mengeluarkan kata-kata yang sama (Ana Al-Haq), tetapi beliau dibiarkan begitu sahaja kerana orang menyangkanya gila, tetapi Abu al-Mughith al-Husain disalib kerana orang menganggap dia bukan gila dan bijak pula.
Mansur Al-Hallaj, menerima pendidikan dan asuhan pertamanya daripada 'Alim Sahal Ibn 'Abdullah seorang Sufi besar yang terkenal.
Sesudah menguasai berbagai cabang pengajaran, dan intelektual, ia mengembalikan perhatiannya kepada Sufisme. Di sinilah ia menerima pengolahan rohaniah Syeikh Abul Hussain Al-Nuri, Syeikh Junaid Al-Baghdadi dan Syeikh Umar Ibn Uthman.
Dan adalah dari gurunya yang terakhir, Al-Hallaj yang tersohor itu menerima suatu alamat (gema suara) yang semakin berkembang sedemikian kuat dalam dirinya, sehingga ia mulai dengan gelap mata mengucapkan hal-hal yang memperkosa perintah-perintah syariat. Gurunya telah beberapa kali melarang Al-Hallaj mengucap ucapan-ucapan yang bertentangan dengan syariat itu, tetapi sia-sia; sehingga Al-Hallaj akhirnya diperintahkan meninggalkan perguruannya itu.
Begitulah Al-Hallaj meninggalkan Basra dan kembali ke Baghdad, masuk kembali ke perguruan (khanqah) Syeikh Junaid Al-Baghdadi. Tetapi juga di sini Al-Hallaj mulai lagi mengucapkan ucapan-ucapannya yang mengungkapkan rahsia Ketuhanan walaupun ia telah dilarang gurunya.
Pada suatu hari Syeikh Junaid berkata, "Hei, Mansur, tidak lama lagi, suatu titik dari sebilah papan akan diwarnai oleh darahmu!" "Benar", kata Al-Hallaj, "Tetapi dalam hal yang demikian, engkau juga akan melemparkan pakaian Kesufianmu dan mengenakan pakaian Maulwi - Ana Al-Haq". Kedua ramalan itu secara harafiah menjadi kenyataan.
Pada suatu hari Al-Hallaj benar-benar dirangsang oleh api cinta Ilahiahnya dan ia kembali meneriakkan "Ana Al-Haq". Dan begitulah ia terus, sering tanpa henti. Gurunya, Syeikh Junaid dan teman-temannya seperti Syeikh Al-Syibli dan lain-lainnya menasihati Al-Hallaj agar menahan hati, namun tetap sia-sia. Al-Hallaj terus saja dengan seruan-seruannya "Ana Al-Haq" pada waktu-waktu istirehat. Lalu bangkitlah kaum Ulama' syariat melawan Al-Hallaj dengan mendapat sokongan dari Hamid Ibn Abbas, Perdana Menteri (PM) wilayah Baghdad dan akhirnya malah mengeluarkan "Fatwa Kufur", menyatakan bahawa Al-Hallaj secara hukum dapat dihukum mati.
Ketika keadaan yang sebenarnya itu akhirnya diajukan untuk mendapat persetujuan Khalifah Muqtadir-Billah, beliau menolak memberikan persetujuannya. Kecuali, kalau Fatwa itu ditandatangani oleh Syeikh Junaid Al-Baghdadi. Fatwa itu kemudiannya enam kali dikirim kepada Syeikh Junaid, tetapi kembali tanpa tandatangannya. Khalifah, untuk ke tujuh kalinya mengirimkan Fatwa itu disertai permintaan khusus agar ia menjawab "ya" atau "tidak". Menghadapi hal itu, guru yang besar itu membuang pakaian Kesufiannya, dan mengenakan jubah ke-Ulama'-annya ia menulis pada surat jawabannya :
"Menurut hukum syariat, Al-Hallaj dapat dijatuhi hukuman mati; tetapi
menurut ajaran-ajaran rahsia kebenaran, Tuhan adalah maha tahu!".
Diceritakan bahawa Al-Hallaj sebelum disalib, beliau bersholat dan berdoa dengan berkata :
"Mereka adalah hamba yang berhimpun, sangat dahaga untuk membunuh ku kerana agama Kau, dan untuk mendapatkan keredaan Kau, maka ampunkan mereka wahai Tuhan ku, dan memberi rahmat kepada mereka, kerana jika Kau membuka kepada mereka seperti Kau membuka kepada ku, mereka tidak akan melakukan seperti yang mereka sedang lakukan sekarang, dan jika Kau tutup pada ku seperti Kau tutup pada mereka, aku tidak akan menghadapi malapetaka ini, baiklah apa yang Kau lakukan dan baiklah apa yang Kau mahukan."
Catatan tambahan;
Menurut neraca logik yang benar seorang jurubina tidak layak untuk memberi fatwa dalam bidang kajian perubatan atau ketabiban. Demikian juga seorang sasterawan dengan kesasterawannya tidak layak untuk memberikan fatwa dalam bidang senibina. Maka adilnya, tidaklah begitu mudah untuk membuat putusan hukum ke atas orang-orang seperti Ibnul 'Arabi, Al-Hallaj, Ibnu al-Farid, Hamzah Fansuri, Syeikh Sitijenar, kalau orang-orang itu bukan dari ahli yang setaraf dengan mereka.
Pernah dikatakan kepada seorang dari para guru yang soleh lagi dihormati bahawa : Si polan telah mengkritik Ibnul 'Arabi dalam sebuah majalah. Beliau mengatakan apakah layak seekor lipas untuk menilai amalan seekor singa? Memang ia tidak layak untuk menilai bahkan untuk memperkatakannya, kerana logik yang menjadi ukurannya adalah logik lipas.
Imam Al-Sya'rani sendiri menegaskan tentang kedudukan orang-orang yang memusihi Ibnul 'Arabi bahawa penilaian dan hukuman mereka adalah penilaian dan hukuman nyamuk yang cuba menghembus gunung dengan tujuan untuk meruntuhkannya. Yang lenyap dibawa angin ialah si nyamuk walau bagaimana banyaknya, si nyamuk itu sedangkan gunung akan tetap kukuh di tempatnya yang menjadi pengimbang putaran dunia ini.
Pendapat yang benar dan penuh insaf ialah pendapat Imam Al-Sya'rani tentang kedudukan ahli Sufi umumnya dan Ibnul 'Arabi khususnya :
"Demi umurku! Penyembah-penyembah berhala tidak berani untuk menjadikan Tuhan-Tuhan berhalanya itulah sebagai Zat Allah, sebaliknya mereka hanya mengatakan : "Kami tidak menyembahnya hanyalah semata-mata untuk menjadi perantaraan yang boleh memperdekatkan kami kepada Allah." Betapa pula Tasauf ialah akhlak. Sesiapa yang semakin bertambah akhlak bererti semakin bertambah kejernihan hatinya. Semoga Allah meredhoi mereka sekalian."
Biarlah kita sampai atau hampir sampai dahulu ke tarafnya, maka baharulah kita memberikan hukum. Maka hukuman kita itu nanti insyaALLAH tidak akan berbeza dari hukuman para Ulama 'salaf'.
pesanan Imam Ali ra, "didadaku terdapat Ilmu yang diberikan oleh Rasulullah saaw.
dan jika aku beritahukan Ilmu tersebut kepada Kalian.. Niscaya Kalian akan menghalalkan darah ku dan memenggal kepala ku"
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|