CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: silencez

[Penulis] Ahmad Patria Abdullah ~ Saga Artakusiad

[Copy link]
Post time 6-7-2007 08:07 AM | Show all posts

Reply #59 silencez's post

heheh takde memang pegi library pinjam buku...sebelah petang kan ada aktiviti sekolah so menyelam sambil minum air la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2007 10:47 AM | Show all posts

Reply #60 jujun's post

sis, cuba carik kat kedai2 yg jual buku2 lama. kot2 ada kat miri tu manalah tau, kan?
yg kat dawama tu tak usha ke? yg kembar artakus tu? yg org order kat dawama tu, mmg elok la. cuma kertas dah tukar kaler je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 01:36 PM | Show all posts

Reply #62 silencez's post

kena mengukur jalan la nampak nya
kat dawama tu lom cuba lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 01:48 PM | Show all posts

Reply #63 jujun's post

amboi berkerja keras nampaknya

usaha tangga kejayaan
aku doakan ko jumpalah Saga
yg ko cari tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 02:54 PM | Show all posts

Reply #64 NickyAzrai's post

:handshake: terima kasih sahabatku.......

bila ku bertemu dengan saga ku nanti, akan ku uar2kan seantero benang B & L
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 05:34 PM | Show all posts

Reply #57 limau_nipis's post

wiot lama gila pinjam. aku ingat dah hilang dah buku aku...dari anak aku yang sulung tu tak sampai setahun, sekarang dah 3 tahun ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2007 08:16 PM | Show all posts

Reply #66 mardhiah12's post

  mau, esok nak pulangkan kat mar, kena sertakan ufti sekali
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2007 03:33 PM | Show all posts
nak cuba carik jugak!!!!.................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2007 11:21 PM | Show all posts

Reply #68 ikz's post

carilah ikz, lain dari yang lain. ni gambaran untuk buku pertama..

permata aurorius

rizal, remaja biasa berumur sekitar 17-18 tahun. satu malam, dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai 1 perlawanan bola, terlibat dalam satu kemalangan. sebaik terjaga, segala2nya ganjil bagi rizal. ganjil disebabkan bukan keluarganya yg ada di sisi. tetapi 3 org asing - seorang tua (nazril), seorang gadis muda (laira) dan seorang wanita tua (fera). nazril seorang bomoh @ karman. menurut nazril, rizal berada di lembah takayyan, aurora. dan kesemua mereka mempunyai mata berwarna hijau. bak kata nazril, kerana lamanya mereka duduk di dalam hutan, membuatkan warna hijau dah berjangkit ke mata mereka.

nazril memanggil rizal, dengan gelaran `artakus'. ini berdasarkan kenyataan dalam kitab mereka, yg mana setelah kaum mereka dijajah, akan datang seorang pemuda bergelar artakus, apabila tanda2 tertentu telah muncul, iaitu lahirnya kuda berwarna putih dari kaum armorikus(kuda mereka kesemuanya berwarna hitam), dan bintang firus akan muncul dengan jelas pada waktu siang. setelah berlakunya dua tanda tersebut, mereka menjumpai rizal. itu yg menyebabkan nazril yakin, rizal itulah artakus yg ditunggu2.

sebenarnya, merkia yg membawa rizal datang ke dunia mereka. pada awalnya rizal berat hati. tambahan pula, datang dari dunia berbeza. merkia tidak mendesak. dan boleh menghantar rizal pulang ke dunia asalnya pada bila2 masa. tetapi pintu masa hanya boleh dibuka sebanyak dua kali. maknanya kalau hantar rizal balik, pintu masa tu takkan terbuka lagi. akhirnya rizal setuju untuk tolong merkia & bebaskan kaum aurora dari dijajah.

merkia ni, makhluk waktu siang. bermusuh dengan herakos, (makhluk waktu malam). herakos nak hancurkan waktu siang, supaya malam menguasai semuanya. semuanya akan tercapai dengan 1 cara - musnahkan permata aurorius (permata yg mengawal keseimbangan alam, antara siang & malam). merkia bekalkan artakus dengan sebilah pedang yg bernama arkus. arkus seolah2 sudah sebati dengan artakus. dan selalunya arkus tak pernah kecewakan artakus sewaktu berdepan dengan musuh.

nazril tak tahu mengenai urusan artakus dengan merkia. cuma dia dapat mengagak. dengan bantual nazril, dan seorang ketua puak armorikus yg bernama atinius, artakus dapat kepercayaan penuh dari kaum armorikus. mereka telah bersumpah untuk taat setia kepada artakus.

untuk membebaskan kaum aurora dari dijajah, mereka terpaksa menentang morrok. morrok juga mendapat bantuan dari jembalang2. juga dari herakos. menyebabkan keadaan menjadi sukar. juga dari puak2 aurora yg lain, yg kurang mempercayai dengan kitab id.

setelah memperolehi kemenangan di kolossus, merkia muncul di hadapan artakus, mendesak agar artakus segera dapatkan permata aurorius di kota arialun kerana masa terlalu suntuk. artakus bergegas ke kota arialun ditemankan adonis. menuju ke arialun bukan satu perkara mudah. mereta terpaksa berdepan dengan jembalang paya - orrok. dan untuk menyeberangi paya dengan selamat, mereka harus berjaya menjawab pantun yg diberi oleh orrok. antara pantun teka teki yg diberi oleh orrok;

ia mengambil tidak pernah memberi
datangnya tidak berjemput
perginya tidak dihalau
bertemu dengan segala yg bernyawa
berpisah dengan segala yg tidak

dan pantun yg diberi oleh adonis kepada orrok;
di mana-mana ia berdua
tidak pernah kurang tidak pernah lebih
tidak pernah berpisah
tidak pernah bertemu

seperti dijangka, artakus berjaya melepasi paya tersebut, juga berjaya mendapatkan permata aurorius. setelah berdepan dengan orang2 suruhan herakos, termasuk babusya yg pada awalnya berpura2 dianiaya oleh seekor jin, tetapi sebenarnya merupakan orang suruhan herakos. artakus juga telah terperangkap di dalam muslihat herakos, apabila herakos menyamar sebagai merkia agar segera ke kota arialun.

sekiranya nak lari dari novel-novel cinta yg banyak berada di pasaran, mungkin boleh mencuba membaca siri saga ni. pada awalnya mungkin sedikit pening dek kerana terlalu banyak nama2 yg di luar kebiasaan. tetapi sekiranya dah melepasi 3 bab pertama, semuanya bukan 1 halangan dan kemungkinan besar mampu membuatkan kita terikat untuk mengetahui kisah seterusnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 05:18 AM | Show all posts

Reply #37 silencez's post

orait sil, thanks...aku tgh tunggu pindah umah baru nak order...kalau order sekarang kang byk pulak nak mengangkut
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 09:46 AM | Show all posts

Reply #67 silencez's post

sil, betul cakap ko tu..aku mati2 ingat dah hilang
dahlah susah nak cari
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 10:12 AM | Show all posts

Reply #66 mardhiah12's post

dia baru pinjam minggu lepas daa.. aku je buat pekasam je kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 08:52 PM | Show all posts

Reply #69 silencez's post

cayalah silencez... panjang lebar eko memberi sinopsis ni... jasa pengkritik tetap macam kau orang ni patut dikenang peenerbit
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 08:10 AM | Show all posts
huish silencez...begitu terperinci kao punya sinopsis. aku pun dh lupa citer nih. buku pertama yg aku baca ialah Kembar Artakus. itu pun kakak aku punya. kmdn aku dpt tau dia beli the whole set drp ujana ilmu. ada versi fotostat sbb dbp dh tak cetak lg novel nih. apalah dbp. brg bagus lagi tak mau dipromosi...chittt!!!!

Saga Artakusiad ni boleh aku tafsirkan sebagai Lord of the Ring versi Melayu. Heee...kalau dpt dipilemkan alangkah bestnya!!!! Aku nk jadi Laira...

[ Last edited by  d7angel at 11-7-2007 08:12 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2007 09:27 AM | Show all posts

Reply #73 minahleter's post

minah, kalau disuruh bercerita, reti lah. tapi kalau kritik tu, kureng kot ehehe. hang lagi terror maa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2007 09:40 AM | Show all posts

Reply #74 d7angel's post

ko baca yg tetengah dulu ek baca la dari awal, lagi umph!
tu lah.. yg ada kat ujana ilmu mmg versi photostat. nasib dpt 1 yg ori ehehe. tapi ada org tu lagi la best.. 2-5 ke 2-6 ada yg ori

ecehh.. nak jadi laira eh ekeke. nak jadi heroin je. pelakon pembantu tak mau ke? fera ke.. gf olahful ke.. gf esis ke..   tapi rasanya kalau difilemkan, pelakon tak ok, mesti mcm tak best. betullah, lord of the ring versi melayu. kan sbb ahmad patria ni peminat lotr tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2007 09:46 AM | Show all posts
dulu masa sekolah terjumpa gak buku nih..dan dah baca pun..tp pinjam kat perpustakaan awam jer......itupun dalam 7 buku tu...tak semua dapat baca....so..nak contact ujanilah mcm nih......
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 08:08 AM | Show all posts
kakak aku nyer koleksi 4 original. yg lain fotostat.

silencez
aku penah gak teringin nk jadi morrok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 08:40 AM | Show all posts

Reply #77 ikz's post

samalah ikz. dulu mula2 baca pun waktu sekolah2. alamat & email ujana ilmu ada kat depan2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 08:44 AM | Show all posts

Reply #78 d7angel's post

best la angel.. 4 lagi tu
morrok? ekeke. apasal morrok? tak nak herakos terus. tapi, jundak tak boleh. jundak hensem ooo ekeke. artakus pun mengaku jundak hensem   tak sabar nak tau apa jadi kat jundak nanti. ntah2 nanti jundak berpihak kat artakus kalau dpt tau yg herakos nak bunuh dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.074785 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list