CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gubra

Perlukah Kerahan Tenaga Paksa/Wajib Utk Pasukan Simpanan Tentera Malaysia?

[Copy link]
Post time 10-7-2007 06:21 PM | Show all posts
kalau PGA tu aku percaya dapat membantu army.. kalau rela??? mungkin sekurity guard boleh dikerah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2007 06:33 PM | Show all posts
how about RELA? can we depend on them or are they a waste. Just askin.


Sure they do. RELA are trained by PDRM, which also include light arms training (mostly M-16).

They're cheap combatant, easily recruited from civillians, with basic combat syllabus to turn them into light infantries or guerillas.

They're most likely will become the major resistance units should MAF finally obliterated by the enemy.

Look at Iraq ... the deadly insurgents are most likely former Iraqi national militia, known as Feedhayeen assisted by former Baathist intel agents.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 08:03 PM | Show all posts
mana wa baca hari tuh, tak ingat dah, siapa ada bilang mesia defence ok buat masa nih pasai kita ada 120,000 tentera and 400,000 simpanan, siapa ada baca, tolong elaborate, apakah maksud semuanya ini?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 12:35 AM | Show all posts

Reply #23 windof's post

kat thread ATM cadang beli peluru berpandu jarak jauh tu ler...

ATM cadang beli peluru berpandu jarak jauh

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) bercadang membeli peluru berpandu jarak jauh yang mempunyai keupayaan tinggi, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Md Zin.

Bagaimanapun, katanya, pembelian itu hanya akan dibuat selepas mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan dan sensitiviti terhadap negara jiran supaya Malaysia tidak dilihat sebagai ancaman atau mahu mencetus perlumbaan senjata.

"ATM mempunyai rancangan jangka pendek dan panjang bagi pembangunan keupayaannya termasuk meningkatkan kuasa tembakan melalui perolehan peralatan senjata moden dan berteknologi tinggi.

"ATM juga bakal memiliki pelancar roket MLRS, Mortar 120 mm, kereta kebal PT91, pesawat Sukhoi SU-30MKM, kapal frigate Batch 2 dan kapal selam Scorpene sebagai platform berkeupayaan tinggi untuk melancar serangan jarak jauh serta sukar dikesan," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang ingin tahu sama ada kerajaan berpuas hati dengan kemampuan persenjataan ATM.

Menjawab soalan tambahan Marcus mengenai kemampuan negara menghasilkan peralatan pertahanan, beliau berkata, syarikat yang terbabit dalam industri pertahanan sekarang mampu menghasilkan bahan letupan jenis kaliber kecil, sederhana dan besar untuk kegunaan artileri dan pesawat.

"Syarikat terbabit juga berkemahiran mengeluarkan produk pyroteknik, dakwat, fius bom tangan dan baik pulih bom, selain berpotensi mengeluarkan senjata.

"Buat masa ini, usaha membangunkan pengetahuan modal insan seperti penubuhan Universiti Pertahanan penting untuk menyediakan tenaga manusia berpengetahuan di kalangan rakyat tempatan sebelum mengeluarkan senjata lebih moden, " katanya.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, negara mampu mempertahankan diri daripada ancaman kerana mempunyai 120,000 anggota tentera dan 400,000 anggota simpanan.


"Kita juga mempunyai jet pejuang dilengkapi peluru berpandu yang boleh tiba di Sarawak dalam 25 minit," katanya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nasional/20070704235123/Article/
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 12:49 AM | Show all posts

Reply #24 riccckyyy's post

hah...tocei...tocei... so, siapa bilang reserve kita sikit? Ni timbalan menteri pertahanan sendiri sudah bilang...400,000 woo... power...power...tapi aku rasa either dia maksudkan Rela atau dia campur ngan bebudak yg dah buat PLKN...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 12:55 AM | Show all posts
tapi kalau 400,000 tuh pure RAW, wow, wa tabik woo...jangan silap print sudah, jangan2 40,000?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2007 12:51 AM | Show all posts
Originally posted by windof at 11-7-2007 12:49 AM
hah...tocei...tocei... so, siapa bilang reserve kita sikit? Ni timbalan menteri pertahanan sendiri sudah bilang...400,000 woo... power...power...tapi aku rasa either dia maksudkan Rela atau dia c ...


Wa rasa betul dah tu.....siri 300 ngan 500 bleh sampai  400,000....masuk PALAPES, PSTU, PSTD, PSTL....

Rela bawah KDN ,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 10:38 AM | Show all posts
Rasanya.... anggota ATM yang berhenti dalam tempoh 5 tahun disyaratkan boleh dikerah semula sekiranya diperlukan. Seperkara yang selalu kita lupa ialah bekas tentera/perajurit yang berhenti awal - 10 hingga 12 tahun perkhidmatan.... mereka ini tentu sahaja lebih berkualiti dan memiliki kemahiran dan pengalaman. Lebih baik mereka masuk RELA, walaupun ada tetapi tak ramai.

Secara peribadi, tak perlu kerahan tenaga. Bekas tentera yang bersara masih ramai yang menyumbang tenaga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2008 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by SangSaka at 24-9-2008 10:38
Rasanya.... anggota ATM yang berhenti dalam tempoh 5 tahun disyaratkan boleh dikerah semula sekiranya diperlukan. Seperkara yang selalu kita lupa ialah bekas tentera/perajurit yang berhenti awal  ...
Agreed. I do not want to have comrades in arms that will run away/coward if he was being forced into the NS and to be deployed during war. Org yg dikerah jika tidak ikhlas akan timbulkan lebih byk masalah kepada rakan yg lain. IMHO apa yg kita perlu sekarang adalah undang2 lebih ketat utk benarkan org awam supaya lebih senang sertai AW, terutama dari sektor awam. Tapi tak lupa juga dari swasta yg mana aku rasa lebih tak suka pekerja mereka cuti untuk sertai latihan AW even cuti tanpa gaji. Mana2 sektor awam dan swasta yg menganaktiri pekerja yg ingin sertai latihan AW perlulah diberi hukuman/amaran/saman/ whatever utk menjamin backup tentera kita sentiasa bersedia .
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 11:18 PM | Show all posts
aku nak bagi tau kat sini...
aku straight to the point jer la...aku dulu penah join reserved...pada mula nya boleh la..tapi bila dah join tu..macam2 yang KOKAP yang ada dalam tu...

aku nak nasihat kan diri aku dan anggota regular semua...

hargailah/hormatilah meraka yang join reserved ni..jgn buat macam reserved ni macam xda kat depan mata...bila nak mintak tolong or ada perlukan apa2 pertolongan baru terhegeh2 nak gunakan khidmat reserved...

pastu korang ni kena kurang sikit EGO korang....nanti korang pencen pun jadi civilian gak...pusing2 kat situ gak...

antara 3 perkhidmatan boleh bekerjasama dengan reserved secara baiki adalah TDM....tahniah aku ucapkan.....
paling kurang bekerjasama dan banyak birokrasi adalah NA**...melantongla hangit la....terutamyanya LLP....kurang penghormatan terhadap Reservd Officer....

minta maaf la kepada sesiapa yang terasa...tapi itu la realiti...macam mana kita nak ambil budak fresh SPM kalo reserved yang sedia ada kita tak boleh nak handle.....

"Sedia Bekorban dan Terkorban"
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 11:45 PM | Show all posts
Secara peribadi, tak perlu kerahan tenaga. Bekas tentera yang bersara masih ramai yang menyumbang tenaga.


Depalah yg jadik trainer dlm RELA tuh, malah penyumbang utama kpd kekuatan RELA.

PDRM sbg pertahanan ketiga hanya bulih harap kat PGA jer, sbb depa adalah unit yg masih ngan doktrin anti-insurgensi. Thank God kepimpinan PDRM nampak kepentingan unit-unit PGA (dulu PPH) selepas transformasi ATM dari anti-insurgency force to conventional armed forces.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 10:36 AM | Show all posts

Balas #31 robotech\ catat

Secara peribadi, PDRM tidak disediakan untuk menghadapi peperangan secara terbuka, secara besar. PGA pon tidak juga disediakan sedemikian rupa, walaupun boleh membantu sekiranya keadaan memerlukan. Polis Marin juga tidak disediakan dari segi aset dan kelengkapan untuk menghadapi peperangan besar-besaran. PDRM tidak punya aset dan doktrin untuk menghadapi peperangan secara besar-besaran.

Tentera disediakan dan berfungsi untuk tugas menghadapi peperangan yang besar. Segala aset dan kelengkapan dan doktrin latihan peperangan diserahkan kepada tentera.  Tetapi tentera sahaja tidak cukup. Tentera juga memerlukan 'bantuan' dari semua rakyat, termasuk yang sudahpun bersara untuk turut sama menyumbang tenaga dan khidmat sekiranya perlu.

Fungsi tentera dan PDRM berbeza. Tentera juga tidak disediakan untuk melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang walaupun ada beberapa unit dalam tentera yang bersedia untuk menangani rusuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 10:45 AM | Show all posts

Balas #31 robotech\ catat

Bab ini aku kena setuju. Bukan dalam army sahaja, mungkin juga dalam PDRM. Beberapa pegawai PVR (sukarelawan polis) pernah juga memberitahu terdapat beberapa anggota APR yang tidak memberikan hormat kepada mereka. Yealah, kita kena akui ramai yang memandang mereka ini, termasuklah orang awam sebagai second class dalam badan beruniform. Walaupun terdapat banyak peraturan dan undang-undang yang meletakkan mereka setaraf dengan anggota regular, namun hal ini tidak berlaku 100 peratus. Ini kita kena akuilah.

Secara peribadi, saya kira rugi sekiranya mereka ini diabaikan. Tenaga mereka banyak. Mereka boleh membantu sekiranya PDRM sendiri kekurangan anggota - dan sememangnya kekurangan anggota pun. Mereka juga sebenarnya boleh menjadi sumber maklumat yang berguna.

Ini terpulanglah kepada pegawai atau anggota tu sendiri bagaimana untuk memandang mereka dan sumbangan mereka dalam perkhidmatan.

Bagi saya, semuanya adalah sukarelawan dalam tugasan. Tidak ada sesiapapun yang memaksa untuk kita menyertai PDRM atau ATM. Segalanya, dari awal mengisi borang hinggalah menjalani latihan, dilaksanakan secara sukarela.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 04:25 PM | Show all posts
pada hemat saya ,samada kerahan tenaga diperlukan atau tidak adalah bergantung kepada keadaan keselamatan semasa... contoh keadaan semasa di rantau asean kini wujud ancaman dari kumpulan ektremist atau pelampau2 agama yang US gelar terrorist yang boleh mengancam keselamatan negara..adalah tidak wajar diadakan kerahan tenaga beramai2 , ancaman sebegini boleh ditangani oleh pihak berkuasa dengan badan2 kerajaan seperti pihak Polis & tentera.. tetapi jika wujud ancaman sebagai contoh jika perang Vietnam(teori domino) merebak hingga ke thailand dan menuju ke sempadan Msia adalah wajar pada waktu itu diadakan kerahan tenaga kerana peperangan dan ancaman tersebut adalah bersekala besar dan mampu memusnahkan negara..

[ Last edited by  malberi8 at 6-10-2008 04:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 05:59 PM | Show all posts

Reply #33 SangSaka's post

Sebenarnya, MY belum sampai tahap Jabatan2 Polis termasuk FBI spt di USA yg menjdkan ex-military servicemen sbg recruitment pool utk mengisi keksongan perjawatan jawatan2 polis & FBI agent.

Sekiranya PDRM melaksanakan polisi ini & mengambil pesara ATM yg bersara awal menyertai PDRM terutamanya dlm unit PGA & Polis Marin, PDRM dpt mengoptimumkan pengambilan unit2 Polis peronda & Polis trafik di kalangan org awam. Pesara TLDM & pesara TD tentunya mahir dgn hutan & kelautan, bakal jd aset ptg utk PDRM & bakal jd integrasi penting bagi interopability & hubungan sesama STM & PDRM.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 12:48 AM | Show all posts
idea bernas kalau nak ambik pesara atau yang anggota yg berhenti awal untuk berkhidmat..

tetapi sekarang kalau mintak khidmat mereka pun takut jadi kalang kabut sebab tak ada koordinasi dan tidak tersusun....

kena jugak wujudkan cth: batt baru atau psukan baru supaya lebih tersusun dan bersistematik..

my 2 sen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2008 08:44 AM | Show all posts

Balas #35 robotech\ catat

Satu ketika dulu, terdapat beberapa bekas pegawai dan anggota ATM yang kemudiannya menyertai PDRM.... terutama kepada mereka yang berkhidmat 10 tahun dalam ATM. Saya beberapa kawan bekas ATM yang kemudiannya menyertai PDRM. Skuad saya dulu ada seorang bekas Leftenan yang berkhidmat dalam tauliah jangka pendek. Tetapi kemudiannya, kalau saya tidak silap, had syarat umur termasuk kepada pegawai kerajaan lain dan bekas tentera ini, menyebabkan mereka tidak masuk. Kalau tidak silap saya, waktu Tan Sri Bakri dulu.

Tan Sri Musa baru-baru ini ada mempelawa bekas anggota tentera untuk menyertai PDRM terutama sebagai jurulatih kawad dan jurulatih senjata. Barangkali kemahiran mereka lebih diperlukan bagi melatih dari turun sama menguatkuasakan undang-undang, memandangkan umur mereka dalam lingkungan 40an.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 09:01 AM | Show all posts
Jika dilihat, salah satu cabaran utk meningkatkan jumlah anggota RAW/AW adalah masa dan umur. Saya rasa ramai yg berminat tapi takda masa dan umur yg kira lanjut. Apa kata RAW/AW diubah sedikit membernarkan warga yg umur lebih menjangkau berkhidmat.

Jika adalah kecederaan sedikit sepatutnya dibenarkan bertugas dlm RAW/AW. Kalau setakat slip-disc ke takkan tak berguna lagi.

Rasionalnya adalah jika RAW/AW terpaksa dipanggil bertugas, ia adalah masa getir dan seluruh pelusuk warga diperlukan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 12:32 PM | Show all posts
taj payah paksa rela.  naik kan saja imbuhan tu dalam 30 - 40%.  ramai ler yang rela nanti ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by ferryman2393 at 7-10-2008 12:32 PM
taj payah paksa rela.  naik kan saja imbuhan tu dalam 30 - 40%.  ramai ler yang rela nanti ...


ini mungkin...hahaha
ade juga dikalangan anggota tetap hormat pada pegawai simpanan ni...dan ade juga yang tak...
ape yang mereka(anggota tetap) tidak hormat pada pegawai simpanan sbb pegawai simpanan tidan berkuasa utk cas mereka spt pegawai tetap...
so bg mereka utk apa hormat org yg tak berkuasa ke atas mereka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.495529 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list