CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9314|Reply: 17

4 Bidang Kegiatan

[Copy link]
Post time 6-7-2007 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Salam..

Ini adalah kegiatan2 asas dlm pembelajaran Seni

1.  Menggambar

2.  Membuat corak dan rekaan

3. Membentuk dan Membuat Binaan

4.  Mengenal kraf Tradisional

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2007 10:11 PM | Show all posts

Menggambar

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran  serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek  ruang, struktur, imbangan dan komposisi.

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi,kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan ini merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan.

Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 10:12 PM | Show all posts

ANTARA KEGIATAN BIDANG MENGGAMBAR:

1. Lukisan
           2. Catan
           3. Kolaj
           4. Montaj
           5. Cetakan
           6. Resis
           7. Gosokan
           8. Stensilan
           9. Percikan
         10. Gurisan
         11. Capan
         12. Mozek
         13. Poster
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 10:13 PM | Show all posts

Membuat Corak dan Rekaan

Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikan menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dsb. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 10:15 PM | Show all posts

CORAK TIDAK TERANCANG

1. Pualaman
                        2. Tiupan
                        3. Titisan
                        4.  Ikatan dan celupan
                        5.  Renjisan dan percikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 10:16 PM | Show all posts

CORAK TERANCANG :

1. Lukisan
                          2. Catan
                          3. Cetakan
                          4. Capan
                          5. Lipatan dan
                              guntingan
                          6. Resis
                          7. Kolaj
                          8. Kaligrafi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2007 10:17 PM | Show all posts
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu.

Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu.  Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran . Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 10:19 PM | Show all posts

MEMBENTUK DAN MEMBINA

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap  aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tesebut murid dapat memahami
lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2007 10:19 PM | Show all posts
Bidang kegiatan  membentuk dan membina juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 10:20 PM | Show all posts

BIDANG KEGIATAN MEMBENTUK & MEMBINA

3 DIMENSI MERANGKUMI AKTIVITI SEPERTI :

            1. Arca Timbul
   2. Assemblaj
   3. Mobail
   4. Stabail
   5. Model
   6. Diorama
   7. Boneka
   8. Topeng
   9. Origami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 10:20 PM | Show all posts
Kegiatan membentuk dan membina memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran  bahawa idea  dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.

Aspek apresiasi hasil kerja  diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 10:22 PM | Show all posts

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang  memerlukan daya cipta oleh  masyarkat yang diwarisi turun- temurun.

1  Alat domestik                       2. Alat permainan
3. Alat pertahanan diri             4. Perhiasan diri
5. Batik                                    6. Tekat
7. Ukiran                                     8. Tenunan
9. Anyaman                           10. Tembikar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 10:22 PM | Show all posts
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan  kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik  membuat,  alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti  pernyataan, puisi, lakonan,  nyanyian dan cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 10:23 PM | Show all posts
Gambar2 byk tapi tak leh nak upload... my photobucket kena block...  nanti la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 10:47 AM | Show all posts
di mana letaknya wau saya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2007 04:37 PM | Show all posts

Reply #15 kitul's post

Kraf tradisional...

Ur wau masih kat atas almari he he he he

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2007 02:58 PM | Show all posts
kena melukis lagi lee saya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2008 12:06 PM | Show all posts

bump

Tgh bengkel program bestari ni...kat hotel somewhere in KL...  ambil balik nota2 dlm board ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.076625 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list