CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2781|Reply: 0

Rangkaian cerita jenaka Melayu

[Copy link]
Post time 8-7-2007 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Rangkaian cerita jenaka MelayuOleh Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas


PADA bulan Jun yang lepas, selepas berbulan-bulan mengimbas serta mengumpul cerita-cerita jenaka yang telah diriwayatkan kepada saya oleh ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat saya, cerita-cerita jenaka yang telah diriwayatkan kepada mereka melalui rangkaian budaya mereka, telah saya himpunkan di dalam sebuah buku bertajuk Eh! Wat Yu Talking, yang seterusnya diterbitkan oleh pihak Malaysian Publishing House (MpH).

Sesungguhnya, sejumlah besar cerita-cerita tersebut dikongsi oleh ramai budaya dan tradisi, khususnya di antara mereka dari dunia Islam.

Di negara-negara Arab contohnya, tajuk-tajuk cerita yang dikongsi bersama di dalam kebanyakan cerita jenaka dan cerita yang mencerminkan peringkat asas- asas akhlak, biasanya melibatkan seorang bernama Juha; di negara-negara di mana bahasa Farsi merupakan bahasa perantaraan di mana tajuk-tajuk cerita tersebut tidak berubah, melibatkan seorang yang bergelar Mulla Nasruddin; di negara-negara di mana bahasa Turki merupakan bahasa perantaraan cerita-cerita jenaka dan yang mencerminkan peringkat asas-asas akhlak itu tadi melibatkan seorang yang dikenali sebagai Hoca Nasruddin.

Di negeri-negeri Tanah Melayu pula di mana bahasa perantaraan merupakan bahasa Melayu, nama-nama masyhur seperti Pak Pandir dan Abu Nawas biasanya dikaitkan dengan cerita-cerita jenaka, cerita-cerita kelakar yang bernas, dan cerita-cerita yang mencerminkan perangkat asas-asas akhlak.

Walaupun sebenarnya himpunan cerita-cerita jenaka yang telah diterbitkan itu tadi tidak boleh dianggap sebagai kepunyaan mana-mana pihak, bangsa ataupun budaya, saya telah menyifatkan cerita-cerita jenaka yang terkandung di dalam buku tersebut sebagai jenaka Melayu disebabkan cerita-cerita tersebut wujud di negeri-negeri Tanah Melayu, apatah lagi saya menanggap diri saya sebagai seorang Melayu menurut takrif 慚elayu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.047323 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list