CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mummiena

HALAL ATAU HARAM

  [Copy link]
Post time 8-8-2007 12:50 AM | Show all posts
Originally posted by khairuns at 7/15/07 17:40
...ESEN VANILLA STAR BRAND TU PUN BUAT DARI ALKOHOL GAK KE????


Yang Malaysia punya kan ada tanda halal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2007 12:06 PM | Show all posts
Salam.
Lets have this list in our purse... senang, bila beli barang, boleh refer...

Bahan-Bahan Yang Tidak Halal :
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422,
E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472,
E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492,
E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 02:13 PM | Show all posts

Reply #34 maisya's post

kalo leh cari supplier melayu.. mcm my mom dulu dia g bagus kat s.alam tu.. la ni da ada 1 kedai supplier melayu kat sec 7.. so dia g situ je laa
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by millennium girl at 9-8-2007 02:13 PM
kalo leh cari supplier melayu.. mcm my mom dulu dia g bagus kat s.alam tu.. la ni da ada 1 kedai supplier melayu kat sec 7.. so dia g situ je laa


tu la semalam komplen kat hubby apsal tak de org melayu yg bukak kedai bakery supplier ni kat tempat kami....kat sini (Kulim) ada 3 kedai bakery supplier tapi tiga-tiga cina punya. Bukan apa kalau melayu tu yakin sikit kan. Tapi beli jugaklah kat kedai yg ada ni , kena make sure ada label Halal or ingredientsnya halal je la...kita ni dah le jenis berat mulut...hu..hu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 04:01 PM | Show all posts

Reply #44 maisya's post

pe kata ko je yg jd supplier melayu kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:35 PM | Show all posts
aiman nk tanyer..kalu nampla@sos ikan halal x?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2007 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by mclaren at 15-7-2007 12:10 PM
ovalette halal ke tak?


lagi satu, vanilla flavor / vanillin. kalau yg artificial, maybe halal kot (??).

melainkan kita dapatkan tumbuhan vanilla pods tu, and kikis from that, macam chef2 dok buat dalam TV on channel 11 tu.


huiiii payah nye...


Vanilla bean ade jual kat Bake with Yen...haritu me beli
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 11:28 AM | Show all posts
Bovine tu halal tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2007 11:45 AM | Show all posts
krimwell dan marvello untuk buat ising cupcake tu halal ke? pernah pergi satu kedai bakery ni dia jual krimwell yang telah dibungkus semula....nak beli pun rasa was was ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by aiman_jannah at 4-9-2007 02:35 PM
aiman nk tanyer..kalu nampla@sos ikan halal x?

saya punya ada tanda halal..siam mali..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 11:55 AM | Show all posts

PETIKAN DARI EMAIL LAGI

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak


Assalamualaikum
   
Pengalaman bekerja di hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya
kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek
yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum. Rasa bersalah
sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak jelaskan lagi rasanya. Ok la,pernah tak buat Sponge Cake [Sponge Cake Mix 100 gram, air 100ml, telur 100 ml dan minyak 100 ml], kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi dengan air Pepsi atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubalah buat dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan dating. Dan beritahu rakan2 atau saudara mara.
Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek. Sekian.



Chef Farid
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by fantasy_gurl at 5-8-2007 08:31 PM
Bila bincang bab2 halal n haram nie jadi seram

sbb terlalu bnyk sgt makanan, minuman, bahan2 yg x halal

tp pihak berwajib seperti amek ringan....  ...


pihak berwajib amek ringan????
ermmm Halal di Malaysia bukan satu syarat wajib utk jual produk makanan
ia hanya sijil yang sapa-sapa je boleh pohon, bukan wajib
so takder istilah pihak berwajib amek ringan, yang apply kepada sijil halal adalah pihak pengeluar sendiri,
JAKIM hanya boleh amek tindakan kalau logo halal di salah guna..means dah tamat tempoh, atau pamer sijil halal jakim, padahal jakim tak keluarkan untuk dia. itu JAKIM boleh amek tindakan.

And kalau barang import ada tanda halal dari negara yg eksport, halal bagi dia tak semestinya halal kat kita, mahzab kita berbeza, semuanya atas diri sendiri, kalau ragu dan was-was tak perlu beli,
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 10:46 AM | Show all posts
Originally posted by coyotemawi at 25-7-2007 07:17 PM
macam tu gak ngan sos yg dalam botoi kecik
kat pizza hut tu..TABASCO
tak da cop halal
hari tu dah ditarik
tapi sekarang dah ada semula atas meja..

Roti High 5 baru ni kan dah dapaat balik logo halalnya.... tapi mengikut PPIM tiada pemantauan berkala dibuat. Mungkin tak diaorang buat balik (kilang kotor). Cuba fikir baik baik. Bagi i la kalau dah tabiat pengotor tu memang susah nak buang. Duit segala-gala. Hulur je terus dapat balik logo halal. Iklan makin hebat dlam TV.:@  Ni semua nak suruh hati orang Islam makin kotor sebab makan benda haram.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by snowy at 25-7-2007 09:35 PM
why wait for halal ke tak? lagi senang baca ingredients. so kalau pi mana2 pun tau ingredients yg under haram section or was2.

as for whey....is the product of cheese using the rennet ( animal ...



Tanda halal tu penting letak, kita tak tahu usul assal pengeluarnya. Tapi produk dia kita nak guna. Jadi tanda halal adalah mark untuk kita kenal pasti kesucian barang itu. Lain le kalau produk tu sebelah rumah. Kita boleh jenguk cara pembuatannya, bahan-bahannya sampaikan peribadi pembuatnya kita boleh siasat.

Ikutkan kepada betul betul orang yang jaga makan ni. Nak makan kedai sampai kena tenguk siapa tukang masaknya. Kalau aurat tak tutup- reject. Ahli maksiat - reject. KAlau makan hati gelap oooi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 05:44 PM | Show all posts
nak tanya selalunnya pasta cam spageti tu brand apa halal?

sy tengok yg san remo tu tak dak tanda halal pun......
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 10:31 AM | Show all posts
Kalau nak tau ttg halal haram ni baca lah buku keluaran PPIM yg kaler hijau tu ..tajuk dia HALAL HARAM kalau tak silap.
tp kan, kalo baca buku tu rasa mcm semer benda takleh makan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2007 11:07 AM | Show all posts
baru nie dapat email..
aiskrim Wall's tu tak leh makan especially popper..vendetta..
setakat nie tak penah lagik beli..walaupun anak merengek nak try..
lagik satu..mee segera Mee Sedap tu bukan dari Malaysia kan??
saya cuba belek..tapi tak nampak tanda HALAL pun..ker ada..saya yg tak perasan..ntah laa...
kek gulung yg Erra jadik duta tu pun katanya tak halal jugakk..
[tapi yg hairannya..seme2 tuh ada logo jakim] camno tuh??
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 11:57 AM | Show all posts

Reply #57 Kacip_Fatimah's post

Yg pasal aiskrim wall's nie, dah ader org foward email. Scan surat drpd Walls Mlaysia. Diorang kata aiskrim Walls kat cni dijamin halal. Tp sorila yoh dah delete email tu. Dpt sebelm posa lg..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 10:24 AM | Show all posts
Hemss...

tak tau nak tempek kat under topik mana.

tempek sini boleh kot.


[table=98%,#fcf3f3][tr][td]LAPORAN SERBUAN KE KEDAI BAKE WITH YEN YANG MENIPU PENGGUNA
[/td][/tr][tr][td]


Pada 9/10/2007 kira-kira jam 11.00pagi, Unit Tindakan Khas PPIM bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, telah menyerbu Syarikat Baked With Yen yang menjual barang-barang yang telah tamat tarikh luput dan berulat. Syarikat ini juga tidak mementingkan kebersihan dan menipu pengguna dengan menggantikan tarikh tamat tempoh tersebut dengan tarikh yang baru.

PPIM sangat kesal dengan syarikat terbabit yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan pada musim perayaan ini dengan mengaut keuntungan tanpa mempedulikan hak dan maruah pengguna. PPIM menasihati supaya berhati-hati semasa membeli dan memboikot syarikat tersebut di atas sifat tidak menghormati pengguna serta mementingkan keuntungan semata-mata.


Kenyataan Akhbar Dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia Berhubung Syarikat Bake With Yen Yang Didapati Menindas Serta Menipu Pengguna


Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) telah mendapat aduan dari salah seorang pekerja kilang tersebut yang mendakwa berlaku penipuan dari pengurusan terbabit yang menjual barangan yang berulat serta produk yang telah tamat tarikh luput.  PPIM tidak dapat berkompromi berhubung isu ini apatah lagi syarikat ini merupakan antara pengedar terbesar barangan bagi membuat kuih raya khususnya yang digunakan oleh masyarakat pengguna Islam bagi membuat kuih raya di musim perayaan Aidilfitri ini.

Tindakan syarikat ini amat dikecam dan perlu diboikot kerana mana
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 10:37 AM | Show all posts
kenapa posting tak kuar nie  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.229538 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list