CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

[MERGED] NCER - : Update: Perlis Tak Nak NCER Jadi Gajah Putih -

[Copy link]
Post time 1-8-2007 06:01 PM | Show all posts
Mnegejutkan krn Equine Caoital diberi satu projek bernilai RM18bilion, walhal jika diteliti laporan kewangan syt ni, revenue fy06 adalah rm130juta dan fy07 rm140juta shaja. Mampukah syt ni hadapi risiko projek yg bernilai lebih 10kali ganda dari revenue tahunannya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 06:13 PM | Show all posts

Reply #41 Pikir's post

itu blom tgk profits lagik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2007 06:22 PM | Show all posts



dulu even few years ago - tak terfikir yang penang akan diubah suai sebegini rupa
and will be developed in positive manner thanks to NCER -  -  and let's hope with
this development will make it a better tourism place and well known place to visit --

pada saya Penang - biasa saje - suka dia punya bridge marathon run aje - but rasanya
bila dah nak buat 2nd bridge la -  better transportation system la - giving more jobs
and develop more rainforest etc -  i think it is a positive track -  and i hope soonest
after the implementation  penang will be prosperous -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2007 06:31 PM | Show all posts


PM to chair NCER body

TAIPING: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will chair the coordinating body that will oversee the implementation of projects and programmes for the Northern Corridor Economic Region (NCER).

Abdullah said the Perlis, Perak and Kedah mentris besar and the Penang chief minister would also be members to ensure that every state involved in the project would be aware of the decisions made.

揂 single body is needed to ensure smooth implementation for the NCER. It will also ensure cooperation by everyone,
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 06:58 PM | Show all posts

Reply #42 kabukiman's post

Politikal link lebih meguasai dari kebolehan syt tu sendiri..
kang tak pasal2 ade 2 ekor gajah putih kat utara dan selatan yg bernama NCER dan IDR
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 07:15 PM | Show all posts
Bak kata Dr. mahathir..
Tunjukkan dulu duitnyer..

------------
p/s- dulu kata duit tak dak.. punye nak jimat minyak naik 30 sen..
Alih alih 177 billion dok ada Apa pembohong ka depa nih? Ka baru dapat duit pasai jual Johor kat Singapore? atau baru dapat pinjam mana mana negara yang hutangnya bakal ditanggung generasi masa depan dan sampai kiamat tak terbayar? fikir fikirkan..

[ Last edited by  kermittx at 1-8-2007 07:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-8-2007 10:18 PM | Show all posts



Koridor Utara: Hutan Belum untuk pusat baka
01-08-2007


IPOH:  Perak bersedia menawarkan kawasan di sekitar Taman Negeri Royal Belum kepada konglomerat Sime Darby yang bertanggungjawab menyediakan asas pelan terperinci Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sebagai tapak pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi penghasilan baka.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata tidak ada tempat yang lebih baik di Malaysia daripada Taman Negeri Royal Belum bagi penempatan pusat penyelidikan dan pembangunan baka berkenaan sekiranya syarikat konglomerat tersebut berminat.

"Kita ada kepelbagaian hayat di Royal Belum, jadi kita mungkin boleh mengambil baka dari kawasan ini. Dan sebenarnya untuk kita mengeluarkan benih kita mungkin memerlukan baka supaya kita boleh keluarkan benih melalui tisu didik. Kita boleh keluarkan benih pisang, benih kelapa sawit (dan) benih-benih lain melalui tisu didik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat anggota Majlis Kerajaan Negeri di sini hari.

Beliau berkata dengan kewujudan pusat penyelidikan dan pembangunan tersebut, Perak mungkin boleh diberi tanggungjawab sebagai pusat penghasilan baka seperti Perlis yang bakal menjadi pusat pengeluaran bijih benih melalui pelaksanaan NCER.

Kawasan hutan seluas 117,500 hektar di Hulu Perak yang diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum pada 3 Mei lepas juga bakal menerima manfaat menerusi pelaksanaan NCER apabila dipromosikan sebagai warisan dunia dalam usaha menarik kedatangan pelancong.

Sementara itu, Tajol Rosli berkata lebih banyak institusi kemahiran diharap dapat dibangunkan di kawasan utara Perak bagi memastikan tanggungjawab negeri ini untuk membekalkan modal insan yang diperlukan dalam pelaksanaan NCER akan tercapai.

"Antaranya, mungkin Universiti Pertanian Malaysia (UPM) boleh mewujudkan kampus cawangan atau fakulti khusus bagi menghasilkan modal insan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran sama ada daripada segi bioteknologi, penternakan haiwan, pertanian, perikanan dan lain-lain lagi," katanya.

NCER peringkat Perak yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai semalam melibatkan empat daerah utara Perak iaitu Kerian, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut  Matang dan Selama.

Komponen utama NCER peringkat Perak ialah pembangunan modal insan selain pemodenan sektor pertanian, pembuatan dan pelancongan.


--------------------------------------------------------------------------------------

biarlah hutan belum tu disimpan -- dijaga dengan baik
a very serene place - full of natural beauty --
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 01:11 AM | Show all posts
membasmi kemiskinan - jangan selewengkan duit zakat. takyah beli sofa memahal, majlis memahal, keter besar2 utk amil2 etc. sebaliknya, bagi duit zakat tu kat org miskin buat modal bukak bisnes.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2007 03:08 AM | Show all posts
ni project pilihanraya pak lah ni..prrrfthhh

WPI pon tak settle tak tentu berjaya.. dah nak NCER... setakat retorik, launch sana, launch sini.. aku pon boleh
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 03:11 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 29-7-2007 11:38 PM
Fikir-fikir



Otak Melayu: Mintak-mintak lah NCER ni menyediakan banyak peluang pekerjaan untuk anak-anak melayu. Boleh lah kerja mudah sikit.

Otak Cina: Gua mahu bukak kilang dalam area  ...

prrrthhhh

otak melayu:
Wahh kagumla kat pak lah (berjaya ke tak belakang kira)
nanti ada peluang pekerjaaan.. tak yah la berhijrah kat kolumpo
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 10:00 AM | Show all posts

Reply #41 Pikir's post

EQUINE CAPITAL BERHAD

Financial Year 2006 (RM'000)
Turnover                                                          131,026
Profit Before Taxation                                        25,814
Profit Attributable to Shareholders                      17,131
Basic earnings per share (sen)                               11.42
Diluted earnings per share (sen)                              7.54
Net assets per ordinary share in issue (RM)            1.84
Net assets per share                        (RM)               1.21
(assuming full conversion of the Irredeemable
Convertible Unsecured Loan Stocks)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 10:02 AM | Show all posts
tiap-tiap hari kat paper cerita ncer
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 10:09 AM | Show all posts

Reply #52 sandera's post

Sama la....dulu tiap2 hari ada citer WPI. Bersabor la nko belek paper yer! Berita ni takkan habis sehingga 2 minggu lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2007 07:33 PM | Show all posts



Penduduk Perlis kurang faham Koridor Utara
02-08-2007

KANGAR:  Meskipun ramai yang belum faham peranan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang dilancarkan 30 Julai lepas, namun rata-rata penduduk Perlis menyatakan azam untuk memanfaatkan pelaksanaannya bagi meningkatkan taraf hidup.

Tinjauan rambang Bernama mendapati kebanyakan mereka mahu penjelasan lebih mendalam tentang NCER dan peluang yang disediakan untuk penduduk.

"Kami dengar NCER nak buat projek benih di Perlis. Kami memang tahu (cara) sediakan benih pokok dan kalau boleh, kami nak tumpang cari kesenangan," kata Nordin Mohd Noh, 57, dari Bintong.

Katanya banyak orang dewasa dan remaja di kawasan itu yang terlibat dengan kegiatan menyediakan benih kerana ada yang menjalankan projek penanaman pokok di bawah Jabatan Perhutanan.

Penganggur Rosdi Ahmad, 24, yang berkata beliau sesekali membantu keluarga di kebun, berharap tenaganya dapat dimanfaatkan menerusi program NCER.

"Saya dan rakan-rakan ada berbincang mengenai NCER. Kami bersedia berikan tenaga kami. Jangan ambil pekerja asing," katanya.

Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ramai belia yang ditemuinya tidak sabar-sabar untuk menyertai projek di bawah NCER.

Menurutnya, sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan biji benih berharga RM40 juta akan dibina di Kampung Surau dekat sini membabitkan kawasan seluas 16 hektar.

Projek itu akan dilaksanakan oleh Sime Darby Berhad dan ia akan menjadi pengeluar biji benih terbaik negara bagi meningkatkan mutu tanaman dan sistem pengeluaran hasil tanaman di negara ini.

"Kami menjangkakan lebih 10,000 peluang pekerjaan dan perniagaan akan tercipta melalui projek itu dan seharusnya penduduk tempatan memanfaatkannya," katanya.

Shahidan berkata, selain pusat penyelidikan itu, banyak kluster pengeluaran akan diwujudkan di seluruh Perlis.

Sementara menunggu pusat penyelidikan dan pembangunan biji benih itu siap, beliau berkata, kegiatan penyelidikan dan pembangunan itu boleh dilakukan dengan pembabitkan institusi pengajian tinggi sedia ada seperti Universiti Teknologi Mara dan Universiti Malaysia Perlis.

"Segalanya boleh bermula sekarang. Kita tidak boleh lagi tunggu bangunan siap, baru nak mulakan penyelidikan," katanya.

NCER merupakan satu usaha bersepadu membangunkan negeri-negeri di utara.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

hopefully orang2 Perlis ambil berat ka tentang NCER ni
ianya untuk kemajuan orang2 perlis itu sendiri --
penyediaan pekerjaan dan development of the state -
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 09:13 AM | Show all posts
Kedah sedia pusat urus pelan NCER
Oleh Johari Ibrahim dan Adha Ghazali


ALOR STAR: Pusat Pelaburan Kedah (KIC) yang ditubuhkan kerajaan negeri untuk mengendalikan urusan kemasukan pelaburan asing dan tempatan akan bertindak sebagai pusat sehenti bagi melicinkan pelbagai pelan dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata semua urusan berkaitan pelaksanaan pelan NCER akan diproses menerusi KIC yang kemudian disalurkan kepada jabatan kerajaan berkaitan.

揇engan menggunakan KIC sebagai pusat sehenti akan mengurangkan kerenah birokrasi kerana pelaksanaan pelbagai program NCER akan membabitkan pelbagai jabatan di Kedah dan negeri lain.

"Banyak masa akan dibuang jika tiada penyelarasan dilakukan oleh satu pusat tunggal seperti KIC," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pengurusan aset antara Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan Amanah Saham Kedah (ASK), di sini, semalam.


Beliau akan memanggil pengarah dan pegawai beberapa jabatan yang berkaitan dengan pelaksanaan NCER untuk memberi taklimat dan mendapat maklum balas mengenainya.

Empat jabatan yang berkait terus dengan NCER ialah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Jabatan Pertanian, Jabatan Pelajaran dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah.

NCER, pelan pembangunan berterusan kerajaan untuk memajukan ekonomi penduduk wilayah utara membabitkan pemantapan bidang pertanian, pembuatan, pelancongan dan modal insan sehingga 2025 dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Isnin lalu.

Sementara itu, di KANGAR, kerajaan negeri mensasarkan sekurang-kurangnya 1,000 penganggur di sekitar negeri ini, untuk dilatih dan diserap menyertai projek pembangunan NCER terutama melalui Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Benih di Perlis.

Malah, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sendiri turut menyatakan jaminan memberikan kelebihan kepada rakyat tempatan untuk diserap sebagai tenaga kerja, bagi memastikan tahap pengangguran di negeri ini dapat dikurangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 10:29 AM | Show all posts
for all malaysians' sake, let's hope this 'hype' will materialise ... jgn gah 'on paper' ajerrrr .... SHOW ME THE MONEY!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


keptenmarbel This user has been deleted
Post time 3-8-2007 10:32 AM | Show all posts
Originally posted by Bolayan at 3-8-2007 10:29 AM
for all malaysians' sake, let's hope this 'hype' will materialise ... jgn gah 'on paper' ajerrrr .... SHOW ME THE MONEY!!!


takat ni sumer on paper jer...sejuta peluang kerja WPI...1.5 juta kt NCER...time implementation jangan hancus dah ler...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 10:46 AM | Show all posts

Reply #57 keptenmarbel's post

I agreed with u on failure of implementation!
Tengok jer cyberjaya....masa mula dilancarkan dulu....kononnya nak jadi lebih hebat dari silicon valley us dan India...tapi sekarang apa dah jadik....

E village masa lancar dulu...siap jemput star from hollywood...nak jadi setaraf hollywood..akhirnya sekarang e village penuh dgn wood....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2007 07:49 AM | Show all posts


Perubahan nilai, budaya penentu kejayaan NCER
Oleh Johari Ibrahim


KANGAR: Datuk Seri Najib Razak berkata, asas kepada kejayaan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) ialah perubahan nilai dan budaya hidup rakyat, khususnya orang Melayu, selari dengan gagasan dirancang kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perubahan nilai dan budaya termasuk penggunaan pemikiran dan strategi yang tepat, sesuai dengan tuntutan era globalisasi.

Katanya, isu nilai dan budaya itu adalah lebih penting daripada jumlah peruntukan yang akan disediakan untuk pembangunan dalam NCER.

揔etika kita menyedari NCER adalah konsep baru dalam pembangunan rakyat, banyak juga yang tertarik dengan peruntukan yang akan disediakan

Bagaimanapun, yang lebih penting daripada itu ialah perubahan nilai dan budaya khususnya orang Melayu, supaya selari dengan gagasan (NCER), bukan saja (tertarik) kepada modal yang besar," katanya merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Arau di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kasim, yang juga Ketua Umno bahagian itu.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, orang Melayu akan ketinggalan dalam gelombang globalisasi jika mereka hanya melihat perkembangan NCER tanpa menyahut cabaran menyertainya.

揘CER akan berjaya jika rakyat bersedia membuat perubahan nilai dan budaya dengan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemajuan ekonomi masing-masing.

揗isalnya, dulu kita hanya berpuas hati sekadar lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Malaysia Certificate of Education (MCE) tetapi sekarang (dengan kelulusan itu) mereka akan menganggur atau terbabit dalam sektor produktiviti rendah.

揓usteru, kita perlu mempunyai cita-cita untuk menjadi profesional," katanya.

Beliau berkata, petani juga perlu bersedia untuk menerima perubahan daripada mengusahakan sawah dengan cara lama dalam saiz kecil kepada kaedah ladang bagi mencapai sasaran 10 tan padi sehektar.

"Daripada peniaga tom yam secara kecil-kecilan, kita perlu mempunyai cita-cita untuk membuka perniagaan lebih besar," katanya.

Sambil menegaskan NCER yang diilhamkan Perdana Menteri sebagai selari dengan konsep Islam Hadhari, Najib berkata, ia juga adalah kesinambungan perjuangan Umno sejak pentadbiran Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman.

揔onsep perjuangan pimpinan Umno terdahulu ada persamaan dengan apa yang dibawa oleh Pak Lah hari ini dengan memperkenalkan konsep pembangunan wilayah itu.

揔esinambungan yang dimulakan oleh pimpinan Umno terdahulu dilonjakkan secara berganda hari ini sebagai gagasan baru," katanya.

[ Last edited by  dexa at 4-8-2007 08:05 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2007 07:53 AM | Show all posts
haku berpendapat rakyat masih tak paham apa matlamat NCER.........kejaan patut beri kefahaman pada rakyat naper NCER diwujudkan........agar deme tidak tersisih dan ketinggalan dr arus pemodenan...........dgn ini deme dapat bagik contribution yg sepatut nyer utk kesenangan diri, keluarga, masyarakat dan negara..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.252441 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list