CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 64808|Reply: 141

Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)

[Copy link]
Post time 18-6-2007 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Oleh: MEJAR SHOBRI ABDULLAH

Rejimen Askar Jurutera Diraja atau ringkasnya RAJD adalah salah satu Kor dalam Tentera Darat Malaysia. RAJD merupakan pasukan bantuan tempur yang bertanggungjawab membantu Tentera Darat mencapai kemenangan dalam peperangan.

Semasa aman, RAJD juga terlibat dalam pembangunan negara dengan penglibatan pasukannya melaksanakan projek-projek pembinaan infrastruktur asas kepada rakyat terutamanya di kawasan pedalaman atau satu ketika dahulu ditakrifkan sebagai kawasan keselamatan.

Di samping itu, RAJD juga membantu kepada keamanan sejagat dengan penglibatannya dalam misi-misi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai kumpulan bantuan tempur kepada Kontinjen Malaysia.

Sebagai sebuah Kor yang bertunjangkan kejuruteraan, RAJD mempunyai keunikan yang tersendiri dalam menjayakan misinya.

RAJD dilengkapi dengan peralatan khas di samping sumber manusia yang terlatih dan mahir khusus untuk kejuruteraan medan.

Dari sudut sejarah, RAJD telah ditubuhkan dengan rasminya pada 22 April 1953.

Pada masa itu, unit pertama RAJD dikenali sebagai Skuadron Medan Persekutuan ke-76, Jurutera Persekutuan.

Pasukan terawal ini ditubuhkan di Balaclava Lines, Kluang, Johor.

Ianya dianggotai oleh pelbagai bangsa rakyat Malaya kecuali semua pegawai dan enam anggota yang terdiri daripada Tentera British.

Apabila Malaya hampir merdeka, kerajaan British telah membubarkan Rejimen Jurutera Medan Diraja dan memindahkan semua anggota tersebut ke dalam pasukan Jurutera Persekutuan.

Pasukan ini kemudian ditukar nama kepada Skuadron Jurutera Pertama, Jurutera Persekutuan pada 15 Julai 1957.

Dalam pada itu, pasukan Skuadron Medan Persekutuan ke-75, Jurutera Diraja yang ditubuhkan lebih awal lagi, iaitu pada 30 September 1952 turut ditukar menjadi Skuadron Jurutera Kedua, Jurutera Persekutuan dengan keanggotaan seramai 201 orang.

Semasa penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, nama Jurutera Persekutuan telah ditukarkan kepada Jurutera Malaysia.

Nama tersebut kemudiannya ditukar menjadi Rejimen Askar Jurutera pada tahun 1977 sejajar dengan proses penyusunan semula semua Kor dan Rejimen dalam Tentera Darat.

Pada tanggal 6 Jun 1992, Rejimen Askar Jurutera telah dianugerahkan gelaran Diraja oleh Yang Dipertuan Agong.

Sejak dari itu, Kor ini telah dikenali sebagai Rejimen Askar Jurutera Diraja .

Peranan dan tugas utama RAJD adalah memberi bantuan kejuruteraan kepada Tentera Darat.

Bantuan ini biasanya disebut secara amnya sebagai Bantuan Jurutera.

Bantuan Jurutera juga diberi kepada perkhidmatan Tentera Laut dan Tentera Udara, namun bantuan serupa ini amat jarang dilakukan.

Secara khususnya Bantuan Jurutera boleh dikategorikan seperti berikut:

a. Semasa Perang - Membantu Tentera Darat untuk berperang, bergerak dan hidup. Tugas-tugas yang dilaksanakan adalah:

(1) Memperbaiki mobiliti pasukan sahabat.

(2) Mematahkan mobiliti pasukan musuh.

(3) Membantu kemandirian (Survivability) pasukan sahabat.

(4) Melakukan kerja kejuruteraan am.


b. Semasa Aman - Berlatih untuk berperang dan membantu dalam pembangunan negara.

c. Semasa Darurat/Bencana Alam - Membantu pihak berkuasa awam dalam pemulihan, pengendalian dan penyenggaraan perkhidmatan penting negara.

Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah pengendalian pelabuhan, pengendalian kereta api, bekalan air dan bekalan tenaga elektrik.

Konsep penyusunan semula struktur organisasi RAJD di dalam Kajian Semula Paras Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2000 adalah seperti berikut:

a. Sebuah Markas Pemerintahan RAJD Pemerintahan Medan Tentera Darat.

b. 3 buah Markas RAJD di medan.

c. Sebuah Rejimen Pembinaan RAJD.

d. Sebuah Rejimen Simpanan RAJD.

e. 7 buah Skuadron Tempur RAJD.

f. 3 Buah Skuadron Bantuan RAJD.

g. Sebuah Skuadron Para RAJD.

h. Sebuah Skuadron Armor RAJD.

i. Sebuah Skuadron Mekanis RAJD.

j.Sebuah Markas Kumpulan Pakar Senggaraan dan Perhubungan RAJD (AW).

k. 4 buah Rejimen Pakar Pengendalian RAJD (AW).

l. 4 buah Skuadron RAJD (AW).

RAJD sejak ditubuhkan telah berkembang selaras dengan pembangunan Tentera Darat Malaysia. Berlandaskan tema `Berusaha Berfaedah', RAJD telah berjaya melaksanakan peranan, tugas dan tanggungjawabnya dengan cemerlang.

Secara kebetulan RAJD adalah salah satu Kor dalam Tentera Darat yang amat produktif semasa aman.

Pengetahuan dan kemahiran kejuruteraan serta peralatan khas yang dimiliki RAJD membolehkan rejimen ini dikerah untuk melaksanakan projek pembangunan. RAJD merupakan perintis pembangunan negara terutamanya di kawasan luar bandar dan terpencil. Sesungguhnya penglibatan RAJD dalam membina infrastruktur untuk rakyat ini telah menjimatkan kos kerajaan di samping dapat merapatkan hubungan bagi memenangi hati rakyat.

Sebagai pengiktirafan, RAJD telah dikurniakan gelaran Diraja pada 6 Jun 1992.

Selain itu beberapa kerajaan negeri telah menyumbangkan hadiah kenangan khas kepada RAJD atas sumbangan bakti yang telah diberikan kepada rakyat dan pembangunan negeri berkenaan.

Pencapaian ini berjaya dicapai hasil rancangan strategi Tentera Darat dan RAJD serta komitmen warganya yang sentiasa berpegang kepada moto `Berusaha Berfaedah' untuk kekal `Sentiasa di Hadapan'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2007 06:38 AM | Show all posts
nak tanya sket, aku skarng tgh belajar sains nuklear. disamping tu jgk ada masuk PALAPES darat. dlm RAJD ni perlukan tak kepakaran dalam sains dan teknologi nuklear macam NBC. NDT(ujian tanpa musnah), radiotracer dan sebagainya. dan kalau ada mcm mana dgn kekosonganya?? boleh sesape beritahu mcm mana saya bleh join RAJD lepas tauliah dan grad nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 09:36 AM | Show all posts

Reply #2 awang_askar's post

try jer mintak masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 12:02 PM | Show all posts

Reply #2 awang_askar's post

ada, dalam unit Pertahanan Nuklear Biologikal dan Kimia (PNBK), buat masa ni 3 Div je ade unit ni
CO dia sekarang mmg sorang yg berpandangan jauh
for sure akan berkembang di masa hadapan

-aneep-
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 02:31 PM | Show all posts
BCT ada tak??
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 01:57 PM | Show all posts
oo ..jadi lepas saya grad dan tauliah ni kalau nak apply mmg kena masuk  Skim Pegawai Graduan la??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2007 02:06 PM | Show all posts
BCT tu stand for wht?? saya ada terdengar perkataan ni dari cerita Darah Satria, Lt. Ariff  meminta bantuan BCT apabila terjumpa Periuk api.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 02:36 PM | Show all posts

Reply #7 awang_askar's post

BCT........Booby Trap Clearing Team
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2007 02:55 PM | Show all posts

Reply #2 awang_askar's post

Navy tak ada consider ka?

http://www.navy.mil.my/content/view/20/133/lang,en/
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 03:24 PM | Show all posts

Reply #6 awang_askar's post

awk apply masuk skim graduan pastu semasa pemilihan mintak masuk RAJD...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 04:44 PM | Show all posts

Reply #8 sampoe's post

betul jawapan tu......
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 09:21 PM | Show all posts
3 skn RAJD skn ape ekk??
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 10:20 PM | Show all posts

Reply #12 yusri191090's post

3 Skn RAJD adalah salah satu skuadron tempur dalam RAJD

[ Last edited by  sampoe at 30-7-2007 10:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 02:55 PM | Show all posts
owh... skn tempur rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 03:09 PM | Show all posts
Kemandirian = Survivability.....baru aku tahu..belajar perkataan baru ari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 01:15 AM | Show all posts

Reply #15 areguard's post

Adik beradik ngan kembiri gak tuh .....  Wa tak bleh tgk la tupai lu tu, old memories....terasa nak sembelih buat masak kicap plak....  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 09:43 AM | Show all posts

Reply #16 tangopapa's post

aisey lu sdah kena kembiri ka boleh jadi laksamana cheng ho ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 06:07 PM | Show all posts

Reply #13 sampoe's post

kerja kat 3 skn ke??
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 11:10 PM | Show all posts

Reply #18 yusri191090's post

Nope....aku kat KL
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 10:34 PM | Show all posts
RAJD juga mempunyai kumpulan pegawai profesional dalam bidang kejuruteraan seperti Jurutera Awam, Jurutera Elektrik, Jurutera Mekanikal, Arkitek, Jurukur Bahan dan Jurukur Tanah.  Mereka ini ditugaskan untuk merekabentuk dan menyelia projek-projek pembangunan dalam ATM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.073978 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list