CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18882|Reply: 10

Baju Melayu aka baju kurung Teluk Belanga

[Copy link]
Post time 18-7-2007 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Baju Melayu Teluk Belanga rekaan Sultan Abu BakarOleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH


BAJU Melayu merupakan pakaian kebangsaan yang dipakai oleh golongan lelaki. Secara amnya, ia mengandungi dua bahagian utama iaitu kemeja berlengan panjang yang mempunyai gaya kolar dijahit dengan gaya cekak musang.

Kedua, pelengkap baju ini ialah seluar yang dipadan dengan sampin.

Kebiasaannya, baju Melayu dijahit menggunakan fabrik kapas atau campuran yang selesa dipakai.

Manakala, sampin ibarat gaun hiasan yang menggunakan fabrik songket.

Sebagai pelengkap pakaian ini, orang lelaki akan memakai songkok.

Dahulu, songkok menjadi kebanggaan masyarakat Melayu dan lebih sinonim dengan warna hitam.

Di Johor, rekaan baju Melayu adalah berbeza. Bajunya dihasilkan tanpa kolar dan sampin dipakai di bawah baju.

Jika diteliti, reka bentuk kolar atau potogan lehernya menyerupai baju kurung atau dipanggil Teluk Belanga. Jahitan pada leher tersebut pula dikenali sebagai jahitan tulang belut dan dikancing satu butang.

Baju Melayu Teluk Belanga, dikatakan direka oleh Sultan Abu Bakar sendiri sebagai peringatan perubahan pusat pemerintahan kerajaan Johor dari Teluk Belanga kepada Tanjung Puteri.

Baju Melayu juga lebih dikenali sebagai pakaian acara rasmi seperti acara-acara kebangsaan, perayaan rasmi, hari jadi Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya.

Identiti ini turut dipakai oleh para duta Malaysia yang mengenakan baju Melayu berwarna hitam dan sampin songket benang emas.

Menjelang hari raya ataupun hari Jumaat, baju Melayu sering digayakan oleh golongan lelaki.

Sentuhan baju Melayu ini juga dipakai oleh masyarakat Islam di Singapura.

Di Indonesia, baju Melayu biasa dan Teluk Belanga antara yang popular terutamanya di kepulauan Riau, di barat Kalimantan dan beberapa wilayah lain.

Pada era ini, baju Melayu bukan sahaja menjadi pakaian ketika acara tradisional tetapi boleh digayakan ke majlis rasmi.
Bagi tukang jahit yang telah 20 tahun menghasilkan baju Melayu, Abd. Latif Saiman, 41, rekaan baju Melayu sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan rekaan lama.

Tambahnya, sekarang permintaan baju Melayu bukan sahaja terhad kepada musim perayaan, malah masyarakat mula memakainya untuk majlis rasmi.

揗isalnya, bagi menghasilkan pakaian yang kreatif, baju Melayu akan dihiasi dengan sulam atau pun labuci.

揜ekaan ini dicipta untuk menarik generasi muda yang suka gaya moden. Malah, warna yang digunakan lebih terang dan ceria,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2007 04:09 PM | Show all posts
Baju Melayu (V-Collar)


Kolar Jenis : V


Pengaruh Dari Baju Hanfu (China) Zaman Dinasti Ming










Silat Uniform (V-Collar)






p/s: Sesuai Ke Di Pakai Pada Zaman Sekarang

[ Last edited by  HangPC2 at 25-11-2007 09:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 03:08 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 25-9-2007 04:09 PM
p/s: Sesuai Ke Di Pakai Pada Zaman Sekarang


Aku pun tak pasti tp andai kata kalo ada menteri2 atau artis2 terkenal yg pakai Baju Melayu (V-Collar) ni, mesti jadi ikutan ramai golongan rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 26-9-2007 03:08 AM


Akupun tak pasti tp andai kata kalo ada menteri2 atau artis2 terkenalygpakai Baju Melayu (V-Collar) ni, mesti jadi ikutan ramai golonganrakyat...



aku berminat sebab Baju Melayu (V-Collar)  nih tak silap aku Free Size , Baju Melayu hampirMenyerupai Baju Lelaki Cina (Hanfu)


Hanfu

http://en.wikipedia.org/wiki/Han_Chinese_clothing

[ Last edited by  HangPC2 at 26-9-2007 09:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 08:25 AM | Show all posts
baju ni tak mengikut baju silat tradisi pahlawan melayu
ni pasti perniaga cina yg design melayu main beli je
cara melayu bersilat pun dh ikut2 ala kungfu lak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2007 09:06 PM | Show all posts
Baju Melayu (V-Collar)


Kolar Jenis : V


Pengaruh Dari Baju Hanfu (China) Zaman Dinasti Ming











Sumber : Dari Drama '' Anak Pontianak ''
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2008 08:13 PM | Show all posts
Baju Melayu (Sultan Kedah)



Rekaan Baju Melayu digabungkan dengan Baju Majlis Rasmi Eropah (Baju Sikap)







Colonel HH Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Hamid Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ahmad Taj ud-din al-Mukarram Shah, Sultan and Yang di-Pertuan of the State of Kedah Dar ul-Aman, KCMG (1864-1943) [Malaysia]







KEDAH, SULTAN OF
Neg. No: (GP) 7061a
Neg. Size: 15"x12"
Neg. Date: 30-06-1911


Biog: Reigned 1882-1943

Date: 30 June 1911

Occasion: Visit to Buckingham Palace on the morning of 30 June 1911 to receive the Insignia of a Knight Commander of The Most Distinguished Order of St. Michael and St. George, conferred in connection with the Coronation of King George V, 22 June 1911.

Location: -

Descr: TQL seated.

Costume: Silk jacket with the motif "Ya Allah" in Arabic characters [NB sometimes the wording appears upside-down]; sarong.







[ Last edited by  HangPC2 at 7-11-2008 10:04 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 07:43 PM | Show all posts
Baju melayu teluk belanga tu tak ke asalnya dari China
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2009 03:17 AM | Show all posts
BAJU KURUNG..

YES..
ATTENTION TO ALL!!!!!!!

CUBA TAIP "KAIN SATIN"
KAT SEARCH..
ANDA AKAN JUMPA 2 THREAD
MENARIK PASAL BAJU KURUNG/KEBAYA
SEKALI LAGI DIULANGI...

CUBA TAIP "KAIN SATIN"
KAT SEARCH..
ANDA AKAN JUMPA 2 THREAD
MENARIK PASAL BAJU KURUNG/KEBAYA

ANDA SEMUA AKAN TAHU APA YG ADA PADA BAJU KURUNG...
PERCAYALAH!!!!
PLZ CUBA SEARCH TERSEBUT!!!
PERCAYALAH!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 01:10 PM | Show all posts
Baju Melayu Pulau Cocos (Pulau Keeling)









Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 01:39 PM | Show all posts
Textiles Of The Southern Thailand















Sources : http://www.thaitextilemuseum.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.076705 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list