CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2434|Reply: 0

Kegiatan Seni (info)

[Copy link]
Post time 19-7-2007 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Kegiatan SeniWacana HSKU 2007
UTUSAN Publications & Distributors akan menganjurkan wacana Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 (HSKU 2007) pada 11 Ogos (Sabtu) depan. Majlis akan berlangsung di Bilik Aseana 4, Quality Hotel City Centre, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Wacana akan bermula 8.30 pagi dengan Sesi 1 bertajuk Ilmu Logik sebagai Alat Untuk Menjernihkan Pemikiran akan disampaikan oleh Pensyarah Universiti Malaya, Dr. Amida @ Hamidah Abdulhamid (Anis).

Sesi 2 wacana bertajuk Bahasa Visual Dalam Seni Tampak: Suatu Inspirasi Kepada Seni Sastera akan disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Dzul Haimi Md. Zain.

Sementara itu, sesi tiga wacana bertajuk Pencarian Karya Unggul pula akan disampaikan oleh Editor Kanan, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Nor Azah Abd. Aziz.

Objektif utama wacana tersebut ialah memperkukuh sarana para penulis untuk berkarya secara strategis, di samping menjadi medan kepada penulis/editor untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran.

Penyertaan terbuka kepada umum dan peminat sastera seluruh negara tetapi tempat terhad untuk maksimum 35 orang sahaja.

Yuran penyertaan akan dikenakan sebanyak RM90, termasuk makan minum serta bahan edaran. Untuk tempahan/pertanyaan, hubungi 03-9285577 sambungan 249/245 (Mohd. Rozlan Mohamed Noor/ Nor Azah Abd Aziz).

Seminar Bahasa Melayu di UPSI

JABATAN Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan Seminar Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Kali Ke-13.

Seminar akan berlangsung di Auditorium UPSI, Tanjong Malim, Perak pada 28 hingga 29 Julai ini. Ia merupakan sambungan daripada Seminar Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu I (2004) dan II (2006).

Antara tujuan utama seminar ialah memberi pendedahan kepada warga pendidik tentang huraian konsep Kemahiran Bernilai Tambah serta cadangan bagi melaksanakan pembangunan dan penyelidikan.

Ia juga bertujuan berkongsi kepakaran mengenai pengajaran bahasa Melayu dengan guru bahasa berkenaan di seluruh negara.

Ucaptama seminar akan disampaikan oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (UPSI) manakala pembentang kertas kerja terdiri daripada ahli akademik tempatan, pegawai Kementerian Pelajaran, Guru Pakar Bahasa Melayu serta pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Keterangan lanjut, hubungi Zulkifli Osman melalui e-mel: zulkiflion@upsi.edu.my atau faksimili 05-4583603.

Pementasan teater - Selipar Jepun di DBP

SVANABHUMI Studio (SVS) akan mementaskan naskhah Selipar Jepun karya dan arahan Dr. Zulkifli Mohamad di Stor Teater DBP, Kuala Lumpur.

Pementasan akan berlangsung pada 20 Julai (8.30 malam) 21 Julai (3 petang, 8.30 malam) dan 22 Julai (3.00 ptg).

Naskhah berkenaan akan dijayakan M.Shahrul Mizad (Ijat) dan Marlenny Deen Erwan (Lenny) manakala gerak dan suara terdiri daripada korus Svarnabhumi. Selain itu, Selipar Jepun akan membuat penampilan istimewa oleh Foo Chiwei.

Selipar Jepun mengisahkan perjalanan bas ekspres Kota Bharu-Singapura menemukan dua manusia yang berkongsi pahit manis kehidupan. Seorang wanita setengah abad dan lelaki dengan dua watak lain yang terkait dalam Serangan Jepun di Tanah Melayu dan Landasan Keretapi Maut. Teater yang berinspirasikan Mak Yong Moden ini menggabungkan elemen mono drama dan muzikal, ia menyaksikan gubahan semula lagu-lagu popular 1970-an dalam irama dikir barat.

Para penonton yang ingin menyaksikan pementasan tersebut akan dikenakan bayaran RM17 dan RM12 (Pelajar).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.406081 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list