CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: de?erci

Murid2 Kena Hukuman Di Sekolah-Latest: Hukuman Rotan dikuatkuasa semula

[Copy link]
Post time 21-7-2007 01:14 AM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 20-7-2007 10:36 PM
Budak mcm nih korang humban jer dalam gaung.....



Hehe...  kot2 masa merempit dia jatuh dalam gaung sapa tau kan?  

Tadi sebelum bebudak tusyen kelas aku sampai, sempat gak aku berbual ngan 2 orang cikgu sekolah tu... tanya itu n ini.. tentang masalah disiplin pelajar.. memang kesian.  CIkgu2 ni mmg sangat perihatin.. tapi bebudak n parents bebudak ni tak pernah nak appreciate...

Kengkadang aku tengok bebudak yg samseng2 nih... dah la miskin, tak pandai pulak tu... ada hati nak tunjuk terrer.. dia ingat dengan berlagak tu boleh menjana ekonomi negara ke?  Boleh ke nak bantu naikkan taraf hidup orng kita?   Setakat jadik samseng kampung dusun boleh la... cuba hantar kt Iraq tu.. soh jadi samseng kt tentera penceroboh.. mau tanggal telur sorang2...

Cikgu pulak.. selain daripada yg prihatin.. ada gak yg bekerja cam melepas batuk di tangga... Nak gaji jer.. Cikgu yg camni la yg buat aku hangen.. Menci sungguh!

Pada pendapat aku.. yg ada pengalaman sket2 jadik cikgu.. jadik orang luar... bergaul ngan cikgu, dan bergaul ngan mak bapak students... pada aku, nak hasilkan anak bangsa yg baik dan berkualiti.. semua pihak kena ada rasa tanggungjawab, prihatin.. dan tak boleh pentingkan diri sendiri...  dan tak boleh senang2 nak tunding jari kt satu pihak jer...

my 2 cents
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2007 01:15 AM | Show all posts
Only animal acts like animal.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 01:16 AM | Show all posts
Originally posted by putrisakura at 21-7-2007 01:12 AM
kalu tak leh kene jentik, tak yah masuk sekolah. masuk U pun kene tourcher kalu esement tak siap


Hahaha.. tanya la students aku kt Univ tempat aku mengajar...  

Camna aku 'torture' bebudak nih kalau assignment tak siap.. alamat lepas midterm or final ada yg nanges....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 01:17 AM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 20-7-2007 11:34 PM
memang budak zaman sekarang berani, setakat menjawab dengan lawak bodohatau tak berkenaan tu dah perkara biasa, zaman saya dan andadahulu-dahulu, ada berani nak buat lawak bodoh kalau cikgu tanyasoalan? tu baru lawak bodoh, belum yang maki hamun lagi, jadi macam kesyang dikatakan cikgu tumbuk murid. adakah anda nak anak anda macamiklan roti high 5...buat salah apa pun..biar je dan akhirnyadimaafkan...


budak2 sekolah rendah skrg pun da ramai yg kuaja. masuk sekolah menengah ada yg da wat sex bebas. ternyata budak2 zaman skrg jahat nye lain dari budak2 zaman dulu. no wonder la kalu kene tampar pun.

aku pernah wat kem motivasi kat teknik matzin, melaka. peserta cume 80 org tp aku rase mcm 800 org. aku wat program kat teknik penang, peserta 250 org, tp lagi sng aku nak handle dari 80 lembu kat teknik matzin tu time tu suh makan roti atas rumput pun diorang sanggup. degil nak mampus
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 01:18 AM | Show all posts

takda ke artikel versi melayu?



Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 01:19 AM | Show all posts
Originally posted by nenekglamer at 21-7-2007 01:16 AM


Hahaha.. tanya la students aku kt Univ tempat aku mengajar...  

Camna aku 'torture' bebudak nih kalau assignment tak siap.. alamat lepas midterm or final ada yg nanges....


psstt... nti ade yg cakap hang tak ikut etika

standart la kalu jentik ke, lempang ke, rotan ke, kalu da jahat sgt kene jela terima. lain la kalu anak2 tu baik, takde nye cikgu nak lempang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2007 01:24 AM | Show all posts
ok la tu kene rendam kalu da biase pi camping, kem survivor, da takde hal dah   kene sket nak komplen, komplen komplen
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 01:24 AM | Show all posts
Originally posted by putrisakura at 21-7-2007 01:10 AM
baru kene tampar sket mak bapak da menyalak. nti anak2 tu jadi penagih, pelacur, korang salahkan cikgu tak pandai didik


speaking of that.. bukan ke dah ramai bebudak sekolah yg dah jadik all of the above?  yg sedihnya, antara puncanya adalah parents yg terlalu manjakan anak dia..

Contohnya.. awal minggu ni, anak jiran aku tak muncul tusyen.. aku call mak dia, mak dia cakap dia dah gi.. rupa2nya...  menurut kawan2 dia, dia mmg tak datang tusyen.. walaupun dia tipu mak dia malam2 keluar kononnya gi tusyen..

Tapi oleh kerana aku dah call mak dia malam tu (aku baru take over kelas tu sebenarnya).. maka terpecahla tembelang anak dia yg dipuja2 selama ni (dok citer kt mak aku yg anak dia tiap2 malam tusyen la bla bla - padahal malam2 dia merayap)...heheheh.. malam tu jugak mak dia call aku balik konon nak explain itu n ini.. konon nak kaber anak dia.. padahal aku tau, mak dia ni jenis tak terima kalau anak dia salah...

kalau la aku or adik beradik pecah tembelang macam ni, mau kena bedal setengah mati ngan mak pak aku.. pastu, bapak aku pasti jumpa cikgu suruh tambah lagi hukuman.. hohohohoho...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2007 01:27 AM | Show all posts

Reply #88 nenekglamer's post

thats right. thats make we MANUSIA right now. its all about DISIPLIN.  KALU kene sket pun takleh, jadi la kes anak ku sazali
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 01:27 AM | Show all posts
Originally posted by putrisakura at 21-7-2007 01:19 AM


psstt... nti ade yg cakap hang tak ikut etika

standart la kalu jentik ke, lempang ke, rotan ke, kalu da jahat sgt kene jela terima. lain la kalu anak2 tu baik, takde nye cikgu nak lempang.


hehehe dont worry, aku sangat2 ikut etika..

Bebudak dah faham sangat ngan cara aku.. tak de nak marah.. tak de nak bebel... tapi kalau aku dah cakap putih.. maka putih.. tak de berganjak2 lagi.. toksah nak kipas2 or pujuk2 aku.. mmg tak jalan la... basically, aku ni keras dalam lembut...  

yg dah biasa jadik student aku akan faham cara aku...  

aku rasa so far, lebih senang mengajar di Universiti.. tak perlu pening kepala dengan kerenah budak2

eh off topic pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 01:39 AM | Show all posts

Reply #90 nenekglamer's post

kaedahnye kalu time sekolah dah tak leh kene tegur, pemalas plak tuh, ade harapan ke nak jadi student U?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 06:45 PM | Show all posts
200 pelajar perempuan direndam dalam kolam kotor
21-07-2007

SIBU:  Kira-kira 200 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini dipaksa masuk ke dalam kolam ikan yang kotor selama sejam, gara-gara seorang daripada mereka membuang tuala wanita yang telah digunakan dalam mangkuk tandas.

Pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkata Lima itu didakwa telah dipaksa masuk ke dalam kolam di dalam kawasan sekolah itu mulai pukul 4 hingga 5 petang Rabu lepas oleh seorang warden wanita.

Warden tersebut mengawasi para pelajar sambil memegang payung di tengah hujan.

Beliau juga didakwa telah memberi amaran kepada pelajar untuk tidak memberitahu sesiapa tentang hukuman tersebut.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, yang turut mengelola kantin sekolah berkenaan, menyaksikan kejadian tersebut dan kemudian menghubungi sebuah akhbar tempatan untuk mendedahkan perkara itu.

Menyifatkan hukuman itu sebagai keterlaluan, Kiu berkata beliau akan berbincang dengan ibu bapa pelajar yang tinggal di rumah panjang berhampiran sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Sementara itu apabila dihubungi Bernama, seorang pegawai sekolah itu mengesahkan kejadian tersebut.

Sumber itu berkata pelajar dihukum kerana mereka beberapa kali melakukan kesalahan yang sama sebelum ini.

"Warden tersebut mengambil keputusan menghukum pelajar apabila tiada seorang pun daripada mereka mengaku melakukannya. Ia bukan murah untuk membaiki mangkuk tandas apabila tersumbat.

"Sebenarnya para pelajar itu baru sahaja habis membuat kerja biasa mereka membersihkan kawasan sekolah sebagai sebahagian kempen kebersihan sekolah," katanya.

Pegawai tersebut berkata air kolam ikan itu tidak sekotor sebagaimana didakwa kerana ia sering digunakan untuk program membentuk siasah diri pelajar.

Pegawai Pelajaran bahagian tidak dapat dihubungi untuk memberi komen

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kempen kebersihan sekolah - tapi kebersihan diri pun tak jaga
kenapa buang tuala wanita dalam toilet bowl  sedangkan
baru aje bersihkan kawasan sekolah sempena kempen kebersihan -
walaupun saya rasa too much duk punish duduk dalam kolam tu
tapi it is not a matter of life and death -  budak2 tu kena ajar
juga camana nak uphold cleanliness --  semua nya nak salahkan
pihak sekolah or warden - tapi  diri sendiri pun kena tengok dulu
mak pak pun should look deep into this -- your kids not always
right  - and if there's some punishment as long as not injured
and not a torture that can hurt minda -- let them --
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 07:52 PM | Show all posts
Denda dalam kolam 'keterlaluan, bahaya'
21-07-2007

KUCHING:  Tindakan warden sebuah sekolah di Sibu, bahagian tengah Sarawak yang mendenda 200 pelajar perempuannya dengan mengarahkan mereka berendam di dalam kolam ikan selama sejam pada petang Rabu lalu adalah "keterlaluan" dan "membahayakan", kata presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Ghani Bina.

Beliau berkata walaupun pada dasarnya usaha mendisplinkan pelajar adalah baik, namun pendekatan yang digunakan bertentangan dengan garis panduan berkaitan displin pelajar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

"Ia keterlaluan dan boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar-pelajar itu," katanya semasa diminta mengulas insiden yang dilaporkan akhbar tempatan hari ini, ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas satu laporan akhbar tempatan berhubung pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima sekolah itu, yang didakwa didenda masuk ke dalam kolam ikan selama sejam mulai pukul 4 petang di tengah hujan pada hari Rabu lepas oleh seorang warden wanita, yang mengawasi mereka sambil sambil memegang payung.

Pelajar itu dikatakan didenda selepas seorang dari mereka dituduh membuang tuala wanita yang sudah digunakan ke dalam mangkuk tandas, dan menurut laporan akhbar, insiden denda itu disaksikan oleh pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Jimmy Kiu yang kemudiannya mengambil beberapa gambar.

Mengulas lanjut, Ghani berkata bagi bersikap adil kepada kedua-dua pihak, siasatan terperinci perlu dijalankan dengan segera memandangkan isu ini sudah dihebahkan secara meluas di media tempatan.

"Buat masa ini jangan menuding jari pada mana-mana pihak dulu, siasat dengan segera kerana kadangkala manusia ada buat kesilapan walaupun niatnya betul," katanya

-----------------------------------------------------------------------------------------------

exactly! - find out why those students be punished
and whether it is dangerous and whether the punishment
was stiffed  etc etc...  -

although frankly i feel the punishment ain't severe at all
and just dibesar2kan -   but we shall see the result of the
nvestigation regarding this matter -
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 08:28 PM | Show all posts
Cikgu nie sebenarnya ramai yg. bodoh.., tak guna akal...., ikut perasaan and takde logikal thinking......,pentingan diri sendiri.... aku rase lah cikgu sekarang tak ikhlas nak mengajar bukan macam cikgu dulu2..,nak gaji jer.., maybe diorang pilih cikgu sebab kene reject from other course masa belajar  dulu or takde pilihan terpaksa jadi cikgu......, koment aku ni bukan untuk semua cikgu... , ada yang very2 OK....

aku setuju kalau nak belasah student yg. ada masalah disiplin teruk tapi setakat tak buat keje sekolah, tak bawak buku... tak perlulah hantuk2 kepala...., kakakkah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 08:37 PM | Show all posts

Reply #94 fibo's post

cuba ko duduk sehari je kat skolah... aku rasa ko akan dapat pengajaran camne suasana, tekanan, emosi yg cikgu skrg hadapi...im not defend the teachers...tapi sesuatu benda tu mesti ada msabatnya...tgk la teens ari nih.... lg byk benda mengarut dr benda elok yg doorg buat...

jgn nak smkan dgn cikgu dl2...teen zmn intenet ni ada bejuta2 sikap yg kita akan dapat heart attack..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 08:38 PM | Show all posts
Hisham to look into slapping case

RANAU: The Education Ministry will investigate the slapping of 22 primary school pupils for failing to turn in their homework.

Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said: 揟his is a serious matter as it involves the discipline of teachers.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2007 08:40 PM | Show all posts

Reply #91 putrisakura's post

aku setuju ngan ko....ada jugak yg g sek skdr nak penuhi ms lapang...mak bapak suruh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 08:44 PM | Show all posts
kalau ikut pekeliling sekarang ni, usahkan nak tamparr, tibai, sepak tendang semua tu, jeling budak pun tak boleh. jadi apa peranan cikgu bila nampak budak-budak ada buat salah. setakat nak marah tu, biasalah bukannya bebudak tu takut pun. jadi sekarang ni jangan salahkan cikgu kalau anak2 depa  tu kurang ajor
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 08:48 PM | Show all posts

Reply #94 fibo's post

cuba ko buat kajian sbb apa cikgu2 sekarang ni terlebih emosi? jangan cakap ikut sedap mulut aje. itu satu fitnah kalau ko ckp benda yang tak betul.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 08:55 PM | Show all posts

Reply #98 lizawpl's post

betol kan....cikgu dah ilang kredibiliti...so murid2 tak heran pong ngan cikgu....
tu yg budak2 skrg jadi cam apa ja...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.063222 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list