CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: de?erci

Murid2 Kena Hukuman Di Sekolah-Latest: Hukuman Rotan dikuatkuasa semula

[Copy link]
Post time 29-10-2008 12:15 AM | Show all posts
alahai cikgu...cikgu..!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2009 06:55 PM | Show all posts
Hukuman rotan di sekolah dikuatkuasakan semula
06/04/2009


KUALA LUMPUR 6 April - Hukuman rotan di sekolah-sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah disiplin pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Beliau memberitahu Dewan Negara di sini hari ini bahawa perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu.

揔ementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan, dan kali ini kami akan keluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman itu,
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 10:18 PM | Show all posts
bagusla dilaksanakan semule

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 12:03 AM | Show all posts

Balas #1 de�erci\ catat

Dulu kalau kita kena rotan, mak bapak x marah guru..mak bapak marah kita lagi..
Sekarang ni..kalau guru rotan, mak bapak saman ciku tu balik..
Jadi..jangan salahkan sekolah kalau anak2 jadi setan...mak bapak yang salah...

Tapi..
Guru pulak jangan laa kalau dapat lesen rotan murid tu...rotan sampai cedera pulak..agak-agak laa...pukul untuk mengajar je laa yer..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 12:21 AM | Show all posts
debate yg x akan habis....pihak guru akan sokong guru...pihak yg pikirkan hak asasi akan sokong murid...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 12:27 AM | Show all posts
Sokong sangat... Tp jgn la smpi mdera...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2009 03:30 PM | Show all posts
Rotan = Disiplin?
Oleh Suliati Asri



ISU hukuman rotan di sekolah kembali menarik perhatian apabila ia dikatakan langkah terbaik mendisiplinkan pelajar bermasalah dan suka melanggar peraturan.


ISU hukuman rotan di sekolah kembali menarik perhatian apabila ia dikatakan langkah terbaik mendisiplinkan pelajar bermasalah dan suka melanggar peraturan.

Walaupun dulu ramai anggota masyarakat yang tidak menyokong hukuman ini dan lebih memilih sesi kaunseling, kini masyarakat merasakan ia jalan penyelesaian terbaik.

Jika mengimbau persekolahan zaman 60-an dan 70-an, jika guru merotan pelajar yang melakukan kesalahan, ia perkara biasa dan mendapat sokongan ibu bapa.

Murid atau pelajar sedar jika dirotan, ia adalah kerana kesalahan sendiri dan mereka tidak berani mengadu kepada ibu bapa kerana aduan itu tidak dilayan, sebaliknya mereka mungkin dirotan lagi.

Memang sakit apabila dirotan, tetapi kebanyakan pelajar yang pernah menerima hukuman itu, kini menjadi manusia berguna, memegang jawatan tinggi dan disegani masyarakat.

Malah, ada pelajar yang pernah dirotan berterima kasih kepada guru kerana mengambil tindakan berkenaan.

Tetapi, suasana kini berbeza kerana hukuman merotan dianggap ketinggalan zaman dan guru yang melakukan perbuatan itu mungkin menerima 'hukuman' ibu bapa.

Ada ibu bapa mengambil tindakan undang-undang, membuat laporan polis atau memukul guru yang merotan anak mereka.

Disebabkan takut dikenakan tindakan undang-undang, rotan hanya disimpan dalam laci meja dan akibatnya, pelajar semakin liar dan tidak terkawal.

Saban hari, ada saja kes membabitkan disiplin pelajar dilaporkan malah polis terpaksa campur tangan.

Rentetan daripada perkembangan itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi meminta Pejabat Peguam Negara membuat keputusan segera berhubung pelaksanaan hukuman merotan pelajar sekolah.

Beliau berpendapat sudah sampai masanya satu tindakan drastik dilakukan bagi menangani masalah disiplin pelajar sekolah.

" Peraturan sekarang yang melarang guru menyentuh pelajar menjadi kekangan utama melaksanakan hukuman rotan bagi mendisiplinkan pelajar.

"Justeru, bagi mengelak ibu bapa menggunakan saluran undang-undang terhadap guru yang merotan anak mereka, keputusan itu sangat diperlukan," katanya.

Katanya, pelajar tidak dihukum tanpa sebab dan ibu bapa perlu memahami guru merotan anak mereka bertujuan membendung mereka mengulangi kesalahan.

Dari segi kuasa merotan, hanya pengetua dan guru besar boleh melakukan, tetapi mereka boleh menurunkan kuasa itu kepada guru lain.

Bagaimanapun, hukuman rotan hanya boleh dilakukan selepas amaran bertulis dikeluarkan kepada pelajar.

Hukuman itu tidak boleh dilakukan di tempat terbuka, kesalahannya itu mesti direkodkan dan ada saksi ketika hukuman merotan.

Hakikatnya, boleh atau tidak hukuman merotan ini?

Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Wan Azreena Wan Jaafar, berkata kesesuaian hukuman rotan itu bergantung kepada usia anak atau pelajar.

Dari segi psikologi, bagi pelajar sekolah hukuman rotan pelajar adalah langkah terakhir, tetapi bagi murid sekolah rendah, ia tidak sesuai.


"Jika hukuman rotan dikenakan terhadap murid sekolah rendah, ia akan meninggalkan kesan negatif kepada mereka.

"arut di rotan pasti boleh hilang, tetapi parut di hati mungkin menjadi dendam," katanya.

Azreena tidak menolak kemungkinan, tindakan itu mengakibatkan murid murung dan tidak mahu ke sekolah kerana takut dirotan.

"Apa yang paling membimbangkan, mereka juga mungkin terdorong untuk menjadikan rotan itu sebagai hukuman kepada sesiapa yang mereka rasakan melakukan kesalahan.

" Pada usia sekolah rendah, otak mereka cepat menangkap apa yang dilakukan orang dewasa.

"Ia adalah satu perkembangan yang tidak sihat terhadap tumbesaran mereka," katanya.

Bagi pelajar di sekolah menengah, mereka mungkin boleh menerima hukuman berkenaan.

"Namun, kita juga perlu melihat, siapa yang merotan dan di mana ia dilakukan.

"Jika dilakukan pengetua atau guru disiplin dan dilaksanakan di tempat tertutup, ia tiada masalah.

"Bagaimanapun, jika yang merotan itu guru biasa dan dilakukan di khalayak ramai, mereka mungkin berdendam," katanya.

Emosi guru adakalanya tidak stabil dan tertekan. Jadi, jika guru biasa yang menjatuhkan hukuman, Azreena khuatir mereka akan memukul pelajar sekuat hati bagi menghilangkan tekanan itu.

Tetapi, itu tidak bermakna seseorang pelajar itu tidak boleh dihukum. Elak memukul di bahagian sensitif seperti muka, perut atau kepala.

Pukul pula jangan terlalu kuat, cukup sekadar memberi 'pengajaran dan peringatan' supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: "Suruhlah anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur." (Hadis riwayat Abu Dawud).

"Jika mahu memukul, lebih baik ibu bapa atau guru memukul anak dengan tangan kerana mereka dapat merasakan sendiri kesakitan dialami si anak," katanya.

Sementara itu, bapa kepada empat orang anak lelaki, Mohd Zaidi Syukri, 48, berkata beliau tidak ada masalah apabila anaknya dirotan kerana melakukan kesalahan.

"Jika hukuman itu boleh menyedarkan anak, kita patut menyokong, bukan membela anak yang melakukan kesalahan.

"Jika ibu bapa selalu membela, anak lebih berani melakukan kesalahan dan mungkin menconteng arang di muka kita nanti," katanya.

Menurut Zaidi, hukuman rotan bukanlah hukuman yang kejam kerana kesakitan dek rotan itu akan hilang juga.






yg dak sekolah menengah pangai  mcm lanun tak hengat tu... kasik ajer rotan..... biaq serik sikit!!!! tapi nak rotan pun.. jgn sampai cedera masuk ICU sumer..... cukup sbg amaran tentang disiplin depa tu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 04:51 PM | Show all posts
aku perna nampak cigu buat hukuman rotan di kelas sebanyak 50 kali rotan..tapi tak la kuat..lebih skit dari sentuh..memang tak sakit pun..asal mesej sampai kot..


dulu dulu la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2009 07:55 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 08:13 AM | Show all posts
berkesan ker rotan ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 08:53 AM | Show all posts
kalo kena rotan pun aku sokong sgt..padan muka budak budak sekarang...samseng!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 03:41 PM | Show all posts
Spare the cane, go for positive discipline methods

ACCORDING to Help University College's Department of Psychology adjunct professor Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, positive discipline techniques should be employed against aggressive students.
She suggests that teachers be trained in this discipline which eschews any form of violence in school, including violent disciplinary measures.

The certified trainer for Friendly Schools and Families Programme, an Australian government-sanctioned programme, says negative measures in disciplining children were contradictory to the nurturing roles that teachers should play.

She says caning is a short-term remedy for a problem with long-term implications on those being punished. A child punished in such a manner will have emotional and psychological scarring due to humiliation, ridicule and fear.

Dr Noran says studies have shown that children who experienced cruel treatment will retaliate and subject others to similar inhumane actions.
"Without realising it, we are modelling aggressive behaviour to children and, at the same time, sending the message that it is all right to do so. If we continue with corporal punishment, bullying will prevail. A vicious cycle of violence will continue.

"Studies have suggested that both bullying and corporal punishment are correlated with school truancy or school phobia."

The positive discipline technique is an ongoing educational process that uses non-violent approaches to encourage children to develop self-control and solve behavioural problems.

It encourages cooperation, mutual respect and responsibily, the three principles that are very much in line with the 16 moral values outlined by the Education Ministry.

"Our teachers need to be trained to use non-violent approaches such as the no-blame or shared concern method if we are serious about addressing bullying incidents."

Dr Noran says corporal punishment violates the right of the child to study in a safe and friendly environment, one of the implications of the Convention on the Rights of the Child, which Malaysia has ratified.




kalu ahli2 psaikologi  kebanyakkan MOSTI tak sokong rotan.......tapi kalu vote aku bajet...ramai  rasa patut ajer rotan samseng2 kg dusun yg kurang ajar nih... hah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 04:29 PM | Show all posts
elok lah dirotan...tunggu apa lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 04:44 PM | Show all posts
bagi muka sgt plajar ramai kurang ajar n tk hormt guru
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 07:44 AM | Show all posts
Rotan kaedah terbaik tangani disiplin pelajarOleh Norliza Abdullah

CADANGAN Kementerian Pelajaran melaksanakan semula hukuman rotan yang dihentikan pada 2006 dengan menggantikan kaedah kaunseling perlu dilakukan secara berhemah, termasuk berbincang dengan ibu bapa.

Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, Azam Mat Atan, berkata pelaksanaan semula hukuman itu selepas sesi kaunseling gagal dilihat paling berkesan bagi mendisiplinkan pelajar terutama peringkat menengah.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelaksanaannya perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk terlebih dulu memberi amaran pertama, kedua dan ketiga kepada pelajar terbabit sebelum memanggil ibu bapa.


“Kami di sekolah hanya akan melaksanakan hukuman rotan jika keadaan semakin kritikal dan disiplin pelajar membimbangkan.

“Setiap hukuman dilaksanakan mereka berkelayakan. Ia dilakukan guru disiplin dengan disaksikan ahli jawatankuasa disiplin sekolah. Setiap hukuman akan direkodkan,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau mengulas laporan akhbar ini baru-baru ini yang memetik Kementerian Pelajaran mengemukakan cadangan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengembalikan semula hukuman rotan sebagai tindakan akhir selepas sesi kaunseling gagal memulihkan disiplin pelajar.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Persatuan Persatuan Guru Malaysia, Jemale Paiman, berkata pihaknya yakin hukuman dilaksanakan sejak sekian lama itu kaedah terbaik menangani masalah disiplin pelajar.

“Saya yakin ibu bapa bersedia bekerjasama jika mereka dipanggil berbincang mengenai masalah disiplin anak mereka.

“ Perbincangan dua pihak ini penting supaya menemui jalan penyelesaian terbaik, seterusnya sekolah tidak perlu melaksanakan hukuman rotan,” katanya.

Sambil menjelaskan pihaknya sudah memaklumkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengenai cadangan kementerian itu, beliau berkata, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenainya boleh merujuk persatuan berkenaan di sekolah anak masing-masing.

Mengenai pelaksanaannya pula, Jemale berkata, hukuman itu perlu dilaksanakan dengan berhemah termasuk memanggil saksi, manakala guru diarah melaksanakannya mestilah berwibawa.

Katanya, bagi mengelakkan sebarang kesulitan, guru bertugas perlu merujuk pekeliling Kementerian Pelajaran berhubung perkara berkenaan bagi memastikan tindakan dibuat berdasarkan prosedur ditetapkan.



tak yah pikir 2-3 kali back and forth back and forth........ rotan ajer budak2 yg mmg tadak disiplin nih.. bagi kecut perut sket pada yg nak buat pangai tak semenggah.....  tapi jgn lak rotan sampai nak cedera.......  rotan tujuan nak mendidik  kekdah nyer  mate!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 09:18 AM | Show all posts
Cikgu sekarang ramai yg psycho sebab mungkin penat mengajar. Banyak paper work.
Tekanan, tiada sokongan rakan2 (mengajar sorang2)  dan tiada kaunseling.

Boleh rotan tapi hanya untuk kesalahan serius. Rotan untuk mengajar bukan menghukum.
Dan murid diterangkan kenapa dirotan.
Tampar sepatutnya diban kerana membahayakan,

Berbalik kepada isu asal, kalau dah ramai tak dapat hantar kerja rumah, mesti ada sebabnya. Bukan jadual waktu ke, masa terlalu singkat ataupun arahan salah diberi.

Hatta kalau sorang tertinggal buku ataupun ada alasan yang genuine, wajar ke dirotan?
Cakap kat dia esok hantar ke bilik guru. Habis cerita. tiada siapa teraniaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2009 09:19 AM | Show all posts
bila sebut hukuman rotan ni bunyinya tak cukup ngeri..apa kata tukar nama hukuman ini kepada hukuman sebat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 09:42 AM | Show all posts
mak bapak manje..

aku dulu kene mcm2 ngan cekgu..tahun 1998-1999..

bapak aku gelak jek..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 01:35 PM | Show all posts
Sebat untuk didikOleh Idris Musa




DARI dahulu lagi Islam dibenci, manakala umatnya dicerca. Malah, pada kaca mata Barat, orang Islam mempunyai keperibadian yang menakutkan, agresif dan ekstrem. Semuanya kerana perkataan Islam.

Belum pun pulih, imej Islam tercalar lagi dengan gambaran kononnya Islam mengamalkan kezaliman, penindasan dan tiada keadilan terhadap wanita seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32.

Kes model yang dijatuhi hukuman maksimum denda RM5,000 dan enam kali sebatan rotan selepas disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 kerana mengambil minuman keras terus menjadi polemik.

Tindakan Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987 nyata tidak disenangi sesetengah pihak.

Jika melayari laman blog, pelbagai pandangan berbeza mengenai kes ini. Ada blogger menganggap kes ini tidak terlalu serius berbanding kes Mat Rempit.

Ada pula mempertikaikan kewajaran menjatuhkan hukuman sebat terhadap umat Islam yang meminum arak, malah mendakwa kemungkinan hakim tersilap menjatuhkan seksaan.

Pendek kata banyak pihak berpendapat hukuman terbabit tidak adil, tidak saksama dan menindas wanita.

Tetapi, dalam masa yang sama, apakah campur tangan terhadap hukuman yang dijatuhkan itu adil sedangkan urusan agama di bawah bidang kuasa negeri?

Kadangkala kita malu kerana orang Islam sendiri yang jiwa Islamnya masih kosong menyindir, menempelak, memperlekeh dan mempertikaikan hukum Islam.

Bagi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), isu Kartika menjadi besar kerana pesalahnya wanita sedangkan sebelum ini ada pesalah dihukum enam sebatan, tetapi tidak dipolemikkan kerana mereka lelaki.

Presidennya, Mohamad Isa Abd Ralip, berkata masih ramai tidak faham mesej disampaikan hakim syarie itu.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan itu mampu membuka mata banyak pihak bahawa Islam serius mencegah kemungkaran.

" Prinsip hukuman dalam Islam adalah untuk memberikan pengajaran kepada pesalah dan masyarakat Islam membenci arak.

"Tetapi, tanpa disedari masyarakat diberikan kefahaman salah berkaitan pelaksanaan sebatan ke atas pesalah itu dengan menyamakan dengan pesalah jenayah sivil.

"Memang hukuman sebat bagi pesalah yang melakukan jenayah rogol, mengedar dadah dan liwat di mahkamah sivil amat menyakitkan kerana sebatan itu mengakibatkan luka luar dan dalam.

"Ia mengambil masa lebih sebulan untuk sembuh dan parutnya kekal selama-lamanya," katanya yang dipetik melalui portal persatuan terbabit.

Persoalannya, mengapa mahu membandingkan hukuman sebatan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil sedangkan kaedahnya berbeza?

"Inilah masalahnya, mereka tidak memahami undang-undang berkaitan Mahkamah Syariah, tetapi mahu bercakap mengenai undang-undang Islam," katanya.

Sebatan mengikut undang-undang Islam dilakukan dengan kekuatan sederhana dan selepas melakukan satu sebatan, pelaksana hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya (melibas).

"Kebiasaannya sebatan hanya meninggalkan kesan merah dan tidak memudaratkan sehingga mampu memecahkan kulit," katanya.

Hukuman sebat terhadap pesalah wanita pernah dilaksanakan di Aceh yang menguatkuasakan undang-undang separa syariah pada 2001.

Hukuman sebat sebanyak tujuh kali dilaksanakan terhadap empat pesalah wanita di khalayak ramai buat pertama kali pada Jun 2005.

Mohamad Isa berkata, umat Islam patut menyokong langkah pihak berkuasa membanteras arak, bukannya sesuka hati mencampuri sebarang keputusan Mahkamah Syariah.

Keputusan Mahkamah Syariah bersandarkan kepada peruntukan yang dibenarkan Perlembagaan Malaysia di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984.

Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Datuk Mahmud Zuhdi Abd Majid, berkata umat Islam keliru mengenai isu berkenaan.

Menurutnya, golongan yang mendakwa keputusan dan hukuman terbabit tidak adil perlu mengemukakan bukti, bukannya berkata sesuka hati mengikut emosi kerana ia memberi implikasi negatif kepada undang-undang Islam.

"Orang yang berkata hukum itu tidak adil, dia kena buktikanlah di mana yang dikatakan tidak adil.

"Undang-undang ini kita sudah bincang, luluskan dan diberikan contoh pelaksanaan sebat iaitu bukan sebatan keterlaluan seperti mahu membunuh orang.

"Jadi, saya hairan mengapa riuh rendah di sana sini mengenai hukuman sebat ini apatah lagi ia di bawah kuasa pentadbiran negeri, mengapa mahu campur tangan?," katanya.

Menurutnya, hal ehwal agama Islam di bawah bidang kuasa sultan dan selagi pihak istana berdiam diri, selagi itulah banyak pihak cuba mencampuri urusan berkenaan.

Beliau percaya kegawatan yang berlaku sehari dua ini sehingga mengundang pelbagai komentar semuanya disebabkan prejudis.

"Kalau kita kata prejudis, kita cuba lihat banyak kes lain misalnya kes curi yang kecil di pasar raya, tetapi hukumannya tidak kurang juga beratnya, kena penjara dan tidakkah itu tidak adil.

"Saya cukup kecewa dengan apa yang berlaku hari ini. Tak munasabah juga tiada kepakaran untuk melakukan pelaksanaan hukuman itu kerana jika mahu, semuanya boleh dilakukan.

"Ini semua menggambarkan tiada rasa simpati kita terhadap pelaksanaan undang-undang Islam.

"Kes ini menimbulkan tanda tanya sama ada kita mahu melaksanakan undang-undang Islam atau sebaliknya," katanya.

Beliau menjelaskan hukuman sebat menggunakan rotan itu adalah takzir sebagai pengajaran, bukannya penderaan dan jauh sekali penindasan seperti dimomokkan barat.

Menurutnya, dunia barat sentiasa mengganggu wanita, tetapi masyarakat tidak pula mempertikaikan, malah langsung tidak timbul pun soal keadilan dan kezaliman.

Islam sebagai agama wahyu adalah lengkap dan jika apa yang dilakukan itu mengikut al-Quran dan Sunnah, sepatutnya tiada pihak boleh mempertikaikan hukuman berkenaan.






rotan untuk didik kalu.... tapi tak ader ler sampai mencederakan.... setakat nak didik tu aku rasa  patut  sgt hah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 01:43 PM | Show all posts
dulu kesan sebat ni mcm battle scar...

skang kena sebat skit esoknya parent dtg sekolah siap bwk lawyer lg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.072284 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list