CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5620|Reply: 1

Seni kain Bugis dijadikan warisan Selangor

[Copy link]
Post time 24-7-2007 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Seni kain Bugis dijadikan warisan Selangor
23-07-2007 05:26:20 PM
SHAH ALAM:  Sebuah sekretariat Seni Warisan Selangor akan ditubuhkan bagi memelihara seni warisan diraja seperti kain telepuk supaya dapat dikenali oleh warga negeri ini dan diwarisi oleh generasi akan datang.
      

Pengerusi Lembaga Muzium Selangor Datuk Amzah Umar berkata pemeliharaan warisan tekstil yang berasal dari bangsa Bugis ini penting kerana ia boleh dijadikan sebagai identiti kebudayaan negeri Selangor.
      

"Negeri lain seperti Johor mempunyai identiti baju Teluk Belanga, Perak dengan kain tekat... jadi Selangor kita hendak usahakan satu identiti seperti itu melalui sekretariat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
      

Oleh itu, beliau berkata pihaknya telah meminta salah seorang kerabat diraja Selangor Tengku Puteri Datuk Seri Zahariah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai penasihat kepada sekretariat ini memandangkan kain telepuk ini merupakan pakaian kerabat diraja dan pembesar tertentu sahaja.
      

Kain telepuk ini diperbuat daripada kain halus dan ringan yang kemudiannya digerus iaitu dilicinkan melalui proses menggosok dengan siput "gerus" kain yang telah ditabur dengan lilin lebah bagi mendapatkan permukaan kain yang licin.
      

Seterusnya kain yang digerus itu akan ditekap dengan menggunakan perada emas yang telah dijadikan serbuk menggunakan acuan kayu yang diukir dengan motif geometri ataupun bunga-bungaan.
      

Seni telepuk ini dikatakan dibawa masuk oleh pedagang Bugis dari Sulawesi pada kurun ke-17 yang digunakan bagi pakaian diraja seperti tengkolok, baju kebaya labuh, samping dan baju serta kain sarung.
      

Tengku Zahariah yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata kain telepuk ini jika hendak diperluaskan pemakaiannya perlu diberi perhatian kepada bentuk bunganya bagi membezakan antara kerabat diraja dan rakyat biasa selain daripada cara pemakaiannya.
      

Jika hendak digunakan oleh orang kebanyakan motif bunganya tidak boleh memenuhi permukaan kain atau berbunga penuh dan warnanya tidak boleh sedondon atau satu warna sahaja kerana kain telepuk corak bunga penuh dan dalam satu warna hanya boleh dikenakan oleh golongan diraja sahaja.
      

Bagaimanapun, Amzah berkata telepuk boleh dijadikan identiti Selangor dan mungkin sesuai dijadikan pakaian rasmi istiadat tertentu di dalam negeri.
      

Muzium negeri juga akan menjadikan produk tekstil ini sebagai satu produk yang boleh dipasarkan untuk orang ramai selain daripada diperagakan oleh model pada acara tertentu bagi meluaskan lagi pengetahuan orang ramai mengenai kain telepuk ini, katanya. BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2007 05:20 PM | Show all posts
SENI TELEPUK


Seni telepuk adalah satu bentuk seni tekstil Melayu yang hampir pupus. Kewujudannya dianggarkan bermula pada kurun ke 17 atau 18 dan dipercayai dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Bugis dari Sulawesi.

Telepuk menurut sastera lama bermaksud bunga-bungaan dan lain-lain yang diperbuat daripada emas. Seni telepuk adalah proses menekap hiasan bunga menggunakan perada emas kepada kain sarung benang halus atau kain Bugis. Cara menghias kain ini menggunakan kepingan atau prada emas (serbuk berwarna emas) ang dilekatkan ke atas kain untuk diberikan motif. Kadangkala ada juga perada perak digunakan.

Biasanya telepuk digunakan bagi menghias kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar bagi perempuan dan samping ataupun kain persegi bagi lelaki yang dijadikan tengkolok atau setanjak terutama ketika istiadat perkahwinan. Kain telepuk jika digayakan dengan betul amat menarik kerana pancaran kilauan cahaya perada emas menampakkan suatu keunikan kepada fabrik dan pemakaiannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.236197 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list