CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 0

IMAN dan perumpamaannya

[Copy link]
Post time 25-7-2007 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Iman adalah tapak kepada islam, sedang solat adalah tiangnya, Akhlak adalah perhiasannya.

Jika kita hendak membina bangunan1 tingkat, tapak perlu baik dan rata. Jika tapaknya lemah dan berlumpur, amat merbahaya. Jika dua tingkat lebih kukuh lagi tapak diperlukan, jika bangunan 50 tingkat, membina tapaknya sahaja lebih lama dari membina bangunan diatasnya. Selepas siap tapak, semua permukaan dikambus rata, dilihat seperti tidak ada apa-apa dibawahnya, selepas itu barulah bangunan 50 tingkat dapat dibina, kita dapati tapak tersebut mampu menanggung bebanan yang amat berat.

Begitulah dengan iman, yang mana ia adalah tapak kepada islam, dizaman nabi usaha tarbiah untuk membina iman sahaja mengambil masa kira-kira 10 tahun di mekah keatas para-para sahabat, yang mana pada masa itu ayat-ayat yang turun berkaitan tentang iman seperti hari kiamat dan perkara ghaib(Makkiyah). Pada masa itu tidak ada lagi perintah-perintah agama kecuali dakwah. Sehinggalah rasulullah saw diisra mikrajkan dan menerima perintah solat. Apabila perintah solat diterima para sahabat amat ghairah sekali, sehingga mereka rasa terkilan disebabkan solat yang diberi oleh Allah swt sebanyak 50 kali sehari semalam dikurangkan menjadi lima. Inilah iman para sahabat, iman mereka telah dibina dengan mantap, sehingga mereka mampu menanggung perintah-perinta Allah swt. Mereka sentiasa mencari2 dan menunggu2 perintah Allah dan seronok menjalankan perintah Allah, kenapa begitu?...ini kerana iman mereka telah dibina dengan kukuh dan tidak goncang lagi. Berbagai-bagai ujian-ujian berat yang mereka tempuh yang mana ujian ini pada hakikatnya adalah ujian bagi iman mereka, Saidina Bilal bin Rabah ra. ditindih dengan batu didadanya dan dijemur dipadang pasir, malam pula dicemeti sehingga orang yang mencemeti keletihan, semata-mata mereka menyeksa bilal supaya dia meninggalkan keimanan kepada Allah. Apabila telah diuji terbukti iman Bilal kukuh dan tidak goncang sedikitpun. Inilah perjuangan untuk membina iman.

Pada hari ini, bagaimana kita?, mampukan kita menanggung perintah2 Allah?, jika iman lemah, sememangnya tidak dapat nak tanggung perintah2 Allah, apabila kita diuji dalam berbagai situasi, contohnya majlis kenduri, perjalanan jauh, dalam situasi sibuk dan cemas, maka solat dengan semwenang-wenangnya ditinggallan sedangkan situasi itu hakikatnya adalah ujian, inilah ukurannya. Atas maksud tersebut tidak ada jalan lain lagi, usaha atas iman perlu dijalankan, sama kaedah dan jalannya dengan para-para sahabat, apabila kita buat pengorbanan atas satu perkara maka kita akan sayang dengan perkara tersebut, contoh kalau nak cari duit RM10.00 terpaksa pikul barang yang berat dan berjerih payah, kita tidak akan membazirkan duit tersebut, berbanding dengan anak2 orang kaya dengan duit RM10.00,

Cara untuk bina iman adalah dengan cara dan tertib yang sama, yaitu dengan perantaraan usaha dakwah, maksud dakwah adalah mengajak manusia kepada Allah, dipanggil da'i atau penyeru dalam bahasa malaysia. Dizaman sahabat mereka menjalankan usaha dakwah bersama2 nabi keatas orang kafir. Disinilah tarbiah iman mereka, mereka dibaling batu, dicemuh, dipulau, difitnah, dipandang rendah, dihina, diburu, dan yang pelik sekali Nabi saw sendiri dituduh oleh orang kafir sebagai gila. Jadi inilah sebenarnya tertib dan ciri2 STANDARD yang mesti ada dalam dakwah cara nabi, dan rasul2 terdahulu.

Jika kita lalu diatas jalan yang sama, kita akan jumpa perkara yang sama, rasa yang sama, dan dapat perkara yang sama, dan akhirnya akan sampai kedestinasi yang sama. .

Oleh itu marilah kita korbankan diri dan harta diJalan Allah untuk belajar-belajar buat usaha dakwah cara nabi. Luangkan masa 3 hari, 40 hari atau 4 bulan, kita perlu mengembara keseluruh dunia ini setiap tahun, tuntutan sebagai kalifah Allah dimuka bumi, untuk makmurkan muka bumi ini dengan orang-orang bertakwa kepada Allah.

Insyaallah...bagi nama siapa-siapa yang ada azam.!

[ Last edited by  kuman at 25-7-2007 12:55 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.293761 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list