CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9407|Reply: 42

Safety, Health and Enviroment

[Copy link]
Post time 27-7-2007 07:31 PM | Show all posts |Read mode
Jom kita bincang- bincang  mengenai isu-isu berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. PERKESO dll.

Mana - mana forumer yang didalam bidang nie boleh la berkongsi pendapat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2007 09:14 PM | Show all posts
Assalamualaikum ranger,

Safety Health n Enviroment baru di sedari akan kepentingan nya dewasa ini olih sebahagian rakyat Malaysia.
TETAPI...........ia masih di katakan sebagai suatu beban terhadap Pentadbir aka Employers.

Silap faham tentang hala tuju SHE membuatkan kebanyakkan syarikat enggan melaksanakan nya.
Mereka merasakan SHE hanya membuang masa dan juga $$$.

Teman terangkan sedikit mengenai KONSEP Safety, Health n Enviroment.

SAFETY adalah sesuatu yg  kita dapat LIHAT di depan mater.
Seperti membawa kereta dgn laju.
Ataupun makan racun.
Ataupun terkena kejutan letrik.
Mengawal jentera....

HEALTH adalah sesuatu yg akan berlaku di masa hadapan ataupun mengambil masa yg lama utk menunjukkan kesan nya.
Seperti penggunaan sabun dari Kimia LAS or BAS.
Ataupun penggunaan CLOROX tanpa memakai sarung tangan.
Ataupun memakan sayur sayuran yg di sembur dgn racun serengga yg melebihi had nya.(sukatan)
Ataupun bekerja or hidup bersama dgn oghang yg menghisap rokok.

Perubahan kepada Enviroment ataupun ALAM SEKITAR adalah sesuatu yg kita tidak dapat tidak......akan menyebabkan kehidupan kita akan berubah.

Sebab itu......ketiga tiga FAKTOR di atas adalah mempunyai KESAN kpd kita.

Wsalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2007 10:09 PM | Show all posts
Ramai pekerja tak tahu kewajipan majikan terhadap pekerja.

Bukan sahaja majikan aje yg rasa HSE nie membebankan. Pekerja pun sama juga. Bila HSE lalu bermacam sumpah seranah dihambur dalam hati.

Tapi bila apa-apa terjadi pada pekerja kat HSE Unit la depa mengadu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 10:46 PM | Show all posts
Originally posted by ranjer at 27-7-2007 10:09 PM
Ramai pekerja tak tahu kewajipan majikan terhadap pekerja.

Bukan sahaja majikan aje yg rasa HSE nie membebankan. Pekerja pun sama juga. Bila HSE lalu bermacam sumpah seranah dihambur dalam ha ...



Betul haper yg di katakan olih Sifu teman ari tu.
Pekerja ini bley di bahagikan kpd 3 jenis kumpulan.
1. Believers
2. Followers
3. OTAI

Paling masaalah ialah OTAI. (oghang lamer)
Konon konon ler deme jer TAHU SEMUER HAL.
Al maklum laaa.............banyak pengalaman.
Semuer nak buat SHORT CUT jer.

CONTOH nya di dalam BEKERJA.
Setiap bidang.....ada S.O.P. (Standard Operating Procedure or Safety Operating Procedure) sendiri.
Seperti sektor memandu.
S.O.P or SAFETY MANUAL nya ialah:
1. Mesti ada LESEN yg SAH
2. LESEN yg telah di tentukan
3. LESEN yg masih valid/hidup
4. Pemandu yg berpengalaman
5. Pemandu yg tidak ada rekod kemalangan yg serious
6. Tiada ada rekod jenayah
7. Tiada rekod menagih dadah ataupun arak dan yg sewaktu dgn nya
8. Tidak mengamalkan pemanduan yg merbahaya
9. Penyelengaraan kenderaan mengikut jadual
10.Kenderaan yg SAH
11.Kenderaan mempunyai dokumen yg SAH/LENGKAP

Actually, ada banyak lagi SAFETY MANUAL utk sektor memandu ini.

Persoalan nya sekerang.
Kenapa hendak di adakan SAFETY MANUAL or S.O.P. ini??
Kebanyakkan OTAI merasakan ini adalah soal REMEH TEMEH sehingga lah mereka sendiri terlibat di dalam kemalangan.
Semasa itu..........kerugian telah pun terjadi.

Benar seperti kater miker, ranger

Pekerja sebenar nya TIDAK TAHU or TIDAK AMBIL TAHU.

Wsalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 09:09 AM | Show all posts
kalau di US, majikan tak berani abaikan element SHE ni.  seperti menjemput para pekerja untuk menyaman diorang.  dah la budaya saman-menyaman cukup popular di sana kerana ianya satu cara untuk orang nak cepat kaya    pencurii pun boleh saman company yang jadi mangsa curian atas alasan takde manhole cover sampai buatkan dia jatuh cedera semasa mencuri  

tapi jangan pandang negatif.  sepatutnya di malaysia pun sebegitu tapi dari segi prihatin terhadap isu SHE.  kita sebagai para pekerja sepatutnya jangan ambik mudah.  silap-silap nyawa sendiri jadi galang-ganti.  

profesion SHE juga merupakan satu profesion yang bakal mengundang banyak income kerana tidak cukup ramai specialist lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 28-7-2007 09:09 AM
kalau di US, majikan tak berani abaikan element SHE ni.  seperti menjemput para pekerja untuk menyaman diorang.  dah la budaya saman-menyaman cukup popular di sana kerana ianya satu cara untuk or ...


Satu perkara yg hendak teman sampaikan.

Doktor dan juga Safety Officer mempunyai matlamat yg sama.
Yakni utk MENYELAMATKAN NYAWA.

Tetapi beda nya ialah:
Doktor menyelamatkan nyawa selepas seseorg terlibat di dalam kemalangan or sakit.
Safety Officer menyelamatkan nyawa oghang SEBELUM terjadi kemalangan.

Untung sungguh majikan di Malaysia ini.
Kerana pekerja masih tidak sedar dan tidak mahu tahu perihal HAK mereka yg telah di wartakan kerajaan.

Ada satu ketika, teman ada syorkan di pisah tempat bekerja seorg pekerja ini.
Ini kerana dier adalah NON SMOKER dan bekerja di dalam bilik SMOKER.

Majikan setuju tetapi dier pulak yg takmo pindah.!!!
Kui kui kui
Dier dan bos nya ghaser yg teman nie hanya menyibuk.
Biler teman ceghiterkan perihal KESIHATAN yg akan effect dier di hari kemudian, dier masih berdegil.

Ini di antara perbualan kami.

Nice : aku tak dapat untung haper pung kalau kamu pindah or tidak. Tapi aku khuatir kamu di masa hadapan bley dapat cancer paru paru ataupun penyakit yg berkaitan dgn asap rokok.
K : Tak apa...........saya ada ambik insuran.
Nice : Cukup ker insuran tu utk cover bayaran hospital nanti?
K : Cukup............saya ambik 2 insuran lagi.
Nice : Katakan lah insuran tu tak dapat cover bayaran hospital dan juga rawatan. Kat mana kamu nak cari $$$ ??

Ayo yo yo yo ini lah mentaliti pekerja yg kita akan hadapi.
KESIHATAN diri sendiri pun tak bley nak fikirkan.

Adakah dier fikirkan siapa yg biayai persekolahan anak2 nya biler dier sudah sakit nanti?

[ Last edited by  niceghost2005 at 2-8-2007 07:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2007 09:24 PM | Show all posts
SHE adalah hak kita sebagai pekerja, bukan beban kita.  jangan ingat perkara buruk hanya terjadi kepada orang lain.  bila dah terkena baru nak menangis.  apatah lagi, berapa ramai sahaja yang ambil polisi insuran untuk biayai kos perubatan pekerjanya?  yang ada pun, biasanya ada limit up to beberapa ribu ringgit sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2007 09:18 AM | Show all posts
"Ada satu ketika, teman ada syorkan di pisah tempat bekerja seorg pekerja ini.
Ini kerana dier adalah NON SMOKER dan bekerja di dalam bilik SMOKER.

Majikan setuju tetapi dier pulak yg takmo pindah.!!!
Kui kui kui
Dier dan bos nya ghaser yg teman nie hanya menyibuk.
Biler teman ceghiterkan perihal KESIHATAN yg akan effect dier di hari kemudian, dier masih berdegil."

NG...

Dalam kes nie baik miker dptkan pengesaha drpd "mangsa" tu yg dia tak nak berpindah dari tempat tu.

Satu lagi sekarang nie dah di implement Indoor Air Quality Indeks, dah x boleh nak merokok dlm office kecuali ditempat yg disediakan.

Kalau kawasan tu menggunakan air cond, satu opis akan terkena effect dia sbb asap rokok tu akan disedut oleh air cond dan akan direcycled balik.

Teman juga ada dua kes yang sama tapi berlainan mentaliti.

Kes back pain ( slip disc ).

Sorang teman dah refer kes dia ke PERKESO utk back pain program. Dan sekarang ni menunggu laporan drpd Occupational Doctor. Alhamdullilah rakan nie setuju utk teman refer kes nie.

Sorang lagi, seorang MANAGER. Teman dah advice dia tapi dia kata tak yah. Teman pun tak leh nak buat apa. Cuma la nie teman dok pressure dia utk buat surat yg mengatakan dia tak perlukan bantuan.

Pernah terjadi beberapa thn dulu masa teman audit di salah satu stesen janakuasa. Ternampak la soorang OTAI tgh mencuci tangan dgn diesel. Teman pun ckp la gan dia bahaya cuci pakai diesel. Dgn selambanya dia menjawap

" AKu dah kerja nie ko dlm perut mak ko lagi, ko apa tahu"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 04:24 PM | Show all posts
BEnar........ranger.

OTAI yg sebegini........yg selalu membawak masaalah kpd Safety Officer.

Pagi tadi ujan lebat.
Teman pung keluar bekerja jam 0815 td.

Sampai di simpang hadapan........tengok jammed.
Kat situ.........ada sorang pemandu motosikal terbaring di jalanraya.

Ghoper nyer ada satu kereta membuat U-turn di situ.
Dier sangka bley lepas........tup tup datang motosikal.
Terus di rempuh sisi pemandu.
Tayar tercabut ke bawah kereta.
Topi keledar tercabut. (krn tak ikat tali)

Darah mengalir dari mulut nya.
Teman pun teringat akan First Aid yg di pelajari.
Terus teman berhenti dan mendekati mangsa.
Teman suruh oghang ramai memberi ruang utk mangsa.
Bertanya keadaan nya.....
1. kaki kiri sakit/tak dapat bergerak, kelihatan patah di peha dan dislocate
2. bahu nya pun sakit, nampak mcm patah bahu
3. teman tanya adakah dier rasa sakit sekira nya menarik nafas.(utk mengetahui sekiranya ada kecederaan dalaman or tulang rusuk)
4. ambik no. telepon waris n tempat kerja
5. suruh oghang tepon ambulan/polis

Selepas 30 minit, ambulan datang.
Di dalam proses utk mengangkat mangsa....tetiba meluru seorg tuer.
Lalu di peluk dan cuber di angkat mangsa.
Meraung raung mangsa........menahan kesakitan.
Ghoper nyer ayah nya lalu di situ..........dan terkejut melihat anak nya terbaring di jalan raya.
Teman suruh 2 oghang utk memegang ayah nya.
Pihak ambulan pun datang membawak stretcher........

Dan memang SAH, tulang peha nya patah serta dislocated di bahagian punggung nya.

LESSON LEARNED:
1. senantiasa memakai tali keledar dgn sempurna
2. bawa lah dgn kelajuan yg selamat
3. memotong dgn cermat
4. senantiasa mengamalkan pemanduan yg selamat serta berhemah
5. senantiasa ada no. telepon yg penting spt POLIS, HOSPITAL, BOMBA etc
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by ranjer at 30-7-2007 09:18 AM
NG...

Dalam kes nie baik miker dptkan pengesaha drpd "mangsa" tu yg dia tak nak berpindah dari tempat tu.

Satu lagi sekarang nie dah di implement Indoor Air Quality Indeks, dah x boleh nak merokok dlm office kecuali ditempat yg disediakan.

Kalau kawasan tu menggunakan air cond, satu opis akan terkena effect dia sbb asap rokok tu akan disedut oleh air cond dan akan direcycled balik.
..


BENAR ranger,

Insyaallah.....akan teman lakukan secepat mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 04:27 PM | Show all posts
kepada yang bekerja di pejabat, jangan ingat tiada isu HSE pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 07:29 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

30hb Ogos 2007
- attending HSE Workshop

One company buat presentation.
Ia mengenai disc utk grinder.
Deme dapati bahawa disc tersebut akan berkecai pabila terkena air.

LESSON LEARNED: (from the presenter)
1. no proper storage
2. tak bley kena air
3. house keeping

Tapi pada pendapat teman, kita perlu melihat luar dari skop ini.
1. how abt the training given to the user/grinder?
2. where is the supervisor? (person-in-charge)
3. the chart stated that 30% of the problem comes from house keeping, what is the action taken by the management?
4. why is the S.O.P. are not followed? (assuming that the company have the S.O.P.)

Any comments?

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 12:23 AM | Show all posts
Hari tu dlm e-group kolej saya ada org letak advertisement nak cari safety officer. Ada yg tanya pakai SPM boleh tak, kan nak keja PAK GUARD je. Adoi...memang le kat M'sia ni org tak tau sgt psl ESH.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 07:58 AM | Show all posts
Originally posted by smeetasmitten at 3-8-2007 12:23 AM
Hari tu dlm e-group kolej saya ada org letak advertisement nak cari safety officer. Ada yg tanya pakai SPM boleh tak, kan nak keja PAK GUARD je. Adoi...memang le kat M'sia ni org tak tau sgt psl ESH.


Kebanyakkan deme ghaser SAFETY OFFICER itu adalah Pegawal Keselamtan ataupun Penyelia Keselamatan = JAGA or PAK GUARD

No hal..............smeetasmitten.
PAK GUARD dgn gaji RM7k to RM9k

Kui kui kui kui kui
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 08:47 AM | Show all posts
sedih jugak tengok orang-orang kat malaysia ni masih lembab pasal isu SHE ni.  tengok la sambutan kat thread ni pun  
sedangkan kalau dikaji kebanyakan kes-kes kematian/kecederaan, ianya dapat dielakkan kalau diorang ambil langkah pencegahan awal.  apa boleh buat, kesedaran SHE tu tak ada.
mentaliti 'ini tak jadi kat aku, cuma jadi kat orang lain aje' tu patut dibuang.


isu karier:  
ada member sorang ni, cuma berbekalkan recognition dari niosh je.  gaji?  ehehehehe basic aje dah RM10K.  ni construction company aje.  sekarang, dia dah kerja dengan satu oil & gas company.  hu hu hu, tak payah cakap la.  lebatttttttt gajinye..
sekarang ni, sapa yang tahap consultant (dengan kelayakan paper sekurang-kurangnya Masters) memang hidup senang le.  di UKM pun dah ada program untuk tahap PHD.  sapa-sapa yang dah lepas tahap ni, memang berebut-rebut le consultant companies nak ajak kerja dengan diorang.  gaji, tak tau la berapa puluh ribu.  jangan hairan pulak.  ingat companies macam neville clark tu bayar cikai je ke  
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 09:08 PM | Show all posts
company cat keje nih baru je nak implement SHE..susah giller rupanya nak  buat benda nih..lagik2 company cat keje ni dr segi hazard teramat lah berisiko... cat pernah jadi one of the comitee..woh..susahnya..keje byk..
and appoint consultant pon mahai giler...but benda nih amat penting..dan satu cabaran juga nak wat safety awareness among staff...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2007 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by pentium_catz at 3-8-2007 09:08 PM
company cat keje nih baru je nak implement SHE..susah giller rupanya nak  buat benda nih..lagik2 company cat keje ni dr segi hazard teramat lah berisiko... cat pernah jadi one of the comitee..woh ...


Sebab tu deme gajikan SAFETY OFFICER.
Salah satu tugas nya adalah utk CREATE safety awareness among the workers.

Safety n Health Commettee juga perlu pergi kursus.
Di antara nya ialah Incident Investigation dan juga Safety.
Ia adalah ASAS utk SHC agar tahu camana nak investigate dan membuat laporan.

HAZARD ada di mana mana pentium.
Dan apa yg perlu..........CARA/KAEDAH yg kiter perlu ambil utk merendahkan risiko nya.

Seperti kereta.....ia adalah hazard juga.
Tetapi kiter perlu gunakan nya setiap hari.
So bagaimana utk merendahkan risiko menaiki/menggunakan kereta??
1. mematuhi undang2 jalan raya
a. pakai tali pinggang keledar
b. memandu dgn kelajuan yg selamat
c. memberi isyarat biler hendak memotong/membelok
d. etc
2. memandu dgn berhemah
3. berkeadaan waras pabila memandu
4. kalau mampu, beli ler kereta yg ada ciri2 keselamatan seperti ABS, AIR BAG etc

Jangan plak pi TAMBAH hazard seperti:
1. memandu kereta sambil meletak anak di atas riba
2. memandu dgn keadaan mabuk or di pengaruhi dadah
3. memandu di dalam keletihan
4. tukor ke steering sport
5. tukor ekzos yg tidak di sahkan (lain perkataan....modify tidak mengikut piawaian)
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 10:33 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

SEkali lagi negara di gemparkan di awal pagi dgn kemalangan yg meragut 20 nyawa.
Dan sekali lagi............
Pelbagai bagai saranan dan pendapat di keutarakan.

Tetapi kemalangan tetap meningkat tahun demi tahun.

Buat permulaan, satu jawatankuasa telah di tubuhkan utk membuat siasatan.

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 10:27 PM | Show all posts
niceghost keje dalam bidang EHS ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by decent_sho at 15-10-2008 10:27 PM
niceghost keje dalam bidang EHS ke?


u SHO co apa?

main bisnes apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.146788 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list