CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: labuu

Cam mana nak kilatkan kasut but sampai menyilaukan mata?

[Copy link]
Post time 20-9-2007 12:58 AM | Show all posts

Reply #19 labuu's post

yg ni kadang2 je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2007 01:01 AM | Show all posts

Reply #20 razhar's post

ko tak suruh dubuk kilatkan untuk ko ke? Dubuk kan suka berkawad macam ko......
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 01:03 AM | Show all posts

Reply #22 tangopapa's post

ntah le....pakwe rickky..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 02:24 AM | Show all posts

Reply #23 razhar's post

Aku tak plak ko layan gossip masa kilat kasut...sejak bila? sejak ko jumpa dubuk?....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 09:11 PM | Show all posts
Aku dengar geng TLDM lak guna cat meriam untuk kilatkan kasut hitam...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2007 03:22 AM | Show all posts
kalau guna toyol kasut rosak tak??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2007 03:07 PM | Show all posts

Reply #26 awang_askar's post

Klu 'toyol' tu tak bawa lari kasut lu, tak rosak.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:37 PM | Show all posts
Buat je mcm ape yg jurulatih ko ajar. Kalo nk shorcut jer, kang rosak plak kasut ko jugak yg kena...

Member2 ko pon same x leh kilat gak ke? Kalo org lain leh kilat apsal ko plak xleh kilat.... Ade something wrong la tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2007 04:27 PM | Show all posts
Guna ni

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 04:32 PM | Show all posts

Reply #29 powerwoot's post

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 03:53 AM | Show all posts
i boleh jalat sampai kilat untuk abg....mahu ke?? ha....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 09:05 AM | Show all posts
14# tangopapa

Kena lari berapa papan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 09:07 AM | Show all posts
20# razhar

Samalah, mengutuk skot perempuan dan jurulatih.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 07:12 PM | Show all posts
Salam

Otai-otai telah memberi penjelasan cara untuk kilatkan kasut dan memang kaedah tersebut lazimnya digunapakai oleh para anggota berseragam.

Walaubagaimanapun, saya ingin berkongsi sama pengalaman yang ada.

a) Kasut kawad

Semasa mengambil kasut dari stor Q, jikalau boleh cari yang semuanya di dalam keadaan licin. Standard adalah licin pada bahagian 'kepala' dan tumit.

Manakala pada bahagian dinding kanan, kiri dan 'leher' adalah menggerutu. Jikalau dibekalkan dengan jenis ini, maka kena gosok licin dengan cara membakar belakang sudu besi dan licinkan bahagian ini seolah diseterika.

Pada bahagian dinding agak mudah dilakukan akan tetapi sentiasa hati-hati untuk tidak memutuskan benang jahitan.

Pada bahagian leher kena lebih hati-hati melakukan proses ini sebab kulit disini biasanya agak nipis untuk memudahkan kasut tersebut dibengkokkan.

Kalau rasa agak mahir, layorkan terus pada lilin dan kemudian digosok dengan sudu besi bagi melicinkan kulit tersebut.

Kalau bernasib baik, kasut yang dibekalkan tersebut memang sudah licin pada semua bahagian.

Antara kasut kawad yang jadi rebutan dulu, adalah dari jenis Kulitkraf dan mempunyai tapak hitam (katanya lebih tahan, ladam dan paku tidak mudah tercabut)

b) Layer

Setelah permukaan kasut kawad licin, hendaklah dibuat layer (lapisan) kiwi pada permukaan kasut berkenaan. Layer ini dengan mencolek kiwi dengan jari dan sapukan mengikut jam pada kasut berkenaan terutama ke 'kepala' dan bahagian tumit. Tumpuan harus lebih pada bahagian yang mudah dilihat dan kemudian diikuti pada bahagian yang lain.

Semasa menggosok layer ini, pastikan ianya sekata dan sebaiknya lapisan tersebut dikeringkan dengan sebati. Elakkan layer ini menjadi habuk kerana ini akan mencalarkan layer tersebut.

Bagi anggota yang sudah biasa menggilap kasut, biasanya layer ini akan menutup benang-benang kasut dan memang tebal lapisan tersebut. Jikalau dibuat dengan teliti, maka ianya tidak akan mudah retak, cair, merekah dan sebagainya.

Lagi tebal layer ini, maka lagi mudah untuk menggilapnya nanti.

Cara nak tuang bagi kaedah ini, sapukan kiwi agak tebal dan kemudian layorkan ke api lilin. Pastikan semasa kiwi tersebut mencair, ianya akan membentuk lapisan sekata. Kaedah ini perlu dibuat dengan berhati-hati kerana kiwi ada minyak dan ianya akan terbakar, siap sedia untuk menghembus api tersebut untuk padam. Lebih baik dibuat di luar rumah/bilik/berek.

c) Kain

Kebiasaanya, anggota akan mengilat kasut menggunakan kain kuning. Ini adalah kain standard yang dibeli dari kedai yang ada jual kiwi berkenaan.

Bagi saya jikalau diberi kain kuning ini, akan direndam beberapa ketika untuk 'memutihkan' kain berkenaan. Ada ketika ianya dicukur sedikit untuk dibuang bulu.

Paling cun jikalau digunakan baju inner pagoda dan kain lampin bayi (bukan diapers, tapi kain lampin)

d) Mengilat

Semasa mengilat, pastikan permukaan kasut sudah licin 'digosok', kain seperti yang dinyatakan dan ambil tin kiwi yang lain. Kalau untuk buat layer gunakan kiwi dari tin besar, di dalam proses mengilat gunakan kiwi dari tin lain samada sederhana mahupun kecil.

Ketuk (di dalam keadaan tertutup) tin berkenaan tidak terlalun kuat mahupun perlahan atas lantai sehingga terbit minyak pada kiwi berkenaan.

Buka tin dan gunakan penutup untuk diisi air paip.

Balut selapis kain pada jari dan lebihnya digenggam.

Layorkan kain berkenaan pada kiwi yang sudah terbit minyak dan ambil sedikit air di dalam 2 ke 3 titik dan renjis pada permukaan yang ingin dikilat.

Jikalau layer berkenaan dibuat ikut jam, proses mengilat dibuat melawan jam.

Kalau tidak biasa, ikut jugaklah pusingan jam.

Buat dengan sabar sehingga terbit kilatan.

Semasa ini, hembus sedikit udara dari mulut dan menjadikan permukaan ini berwap. Teruskan kilatan dan jangan terlalu ditekan jari dan elakkan dari ianya tercalar.

Kalau proses ini menjadi, kilatan tersebut akan menjadi seolah cermin, bukan setakat boleh disikat rambut, celah gigi pun boleh kelihatan.



e) Advance

Kalau sudah mahir, lanjutan yang boleh dibuat adalah

1) Seluruh kasut dilicinkan contoh dikawasan lubang tali dan sebaginya. Kawasan ini juga dikilatkan
2) Tali kasut akan diseterika dan kemudian disapu lapisan kiwi.
3) Tumit dan lapisan tepi tapak kasut juga dikilatkan



Jalan untuk tuang paling ringkas, sapu sahaja apa yang dipanggil Kiwi Cap ''M"   (M untuk Malas).

Nasib la kalau kena, kalau tak 45 minit short & sharp, kena ukur keliling parade square sahaja. Paling tidak pun, tolak bumi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 10:08 PM | Show all posts
Kalau minyak pada kulit muka boleh diperah sampai kering boleh gak sapu kat kasut bagi kilat kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 05:57 PM | Show all posts


Selalu guna pencuci muka, tak de minyak

Kalau terdesak, apply je minyak rambut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2010 03:37 PM | Show all posts
jenama kiwi mmg sinonim ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
labuu replied at 29-7-2007 12:00 PM
Terima kasih berbanyaklah... tu lah yang jurulatih kawad kita orang ajar, tapi lambatlah nak kilatka ...

Bole x nak ajar yg cara spray tue caner?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 12:44 PM | Show all posts
tangopapa replied at 29-7-2007 09:45 AM
Bahan-bahannya:

Kiwi - wajib ada...

aku dulu, tak ada pulak pakai air2 ni
pakai lilin je
tapi tu pun komander kata kasut aku tak berkilat
nak berkilat macam kepala dia yg botak tu kut

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 08:56 AM | Show all posts
bolt replied at 31-1-2010 07:12 PM
Salam

Otai-otai telah memberi penjelasan cara untuk kilatkan kasut dan memang kaedah tersebut laz ...

detail betul tips ni! tima kasih!!
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.085009 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list