CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 22873|Reply: 75

Kerajaan Kedah Pasai Ma. Percaya atau Tidak

[Copy link]
Post time 30-7-2007 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Korang sume mesti penah baca dekat forum ni pasal Kerajaan Pasai Ma yang dikatakan sebagai kerajaan siam islam yang tammadunnya telah dicilok oleh orang-orang thai. Banyak fakta-fakta dari blog Sejarah Negeri Kedahbanyak bercanggah dari apa yang kita belajar masa dekat sekolah dulu dan kadang-kadang memeningkan. Jadi apa pendapat korang semua ? Adakah dari apa yang dipaparkan kat blog ni betul atau merepek semata-mata?

Aku tak tolak semua yang tertulis kat blog tersebut dan aku tak pula terima bulat-bulat fakta2 blog tu.  Aku penah baca satu artikel dari University of Hawaii (ke Honolulu ?) tak salah aku yang menyatakan bahawa Kerajaan Kedah tua adalah semua kerajaan bangsa Mon-Khmer (Vietnam,Laos,Thai) dan bukannya Malayo-Polynesian. Orang-orang Mon-Khmer kedah walaupun telah diperkenalkan dengan bahasa dan budaya melayu (possibly selepas dijajah srivijaya) tidak mengangap diri mereka melayu, tetapi hanya menerima title 'Melayu' setelah memeluk islam sbb dekat Malaysia ni sudah jadi sinonim Melayu = Islam.

Tetapi dari blog tu juge, ade mention pasal perkataan Kedah Pasai Ma di sebuah batu nisan kerabat Aceh. adakah itu dah memadai sebagai bukti sbb dari segi sejarah kita tahu kan yang Aceh pernah menjajah Kedah dan Pasai (dan johor) sbb tu tertulis Perkataan Kedah Pasai Ma dekat nisan tersebut sbb kedua2 negeri adalah jajahan baru Aceh. Jadi apa kaitan nisan tu dengan kerajaan Kedah Pasai Ma yang blog2 ni duk perkatakan?

[ Last edited by  dCrook at 30-7-2007 06:09 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2007 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 30-7-2007 06:03 PM
Aku penah baca satu artikel dari University of Hawaii (ke Honolulu ?) tak salah aku yang menyatakan bahawa Kerajaan Kedah tua adalah semua kerajaan bangsa Mon-Khmer (Vietnam,Laos,Thai) dan bukannya Malayo-Polynesian. Orang-orang Mon-Khmer kedah walaupun telah diperkenalkan dengan bahasa dan budaya melayu (possibly selepas dijajah srivijaya) tidak mengangap diri mereka melayu, tetapi hanya menerima title 'Melayu' setelah memeluk islam sbb dekat Malaysia ni sudah jadi sinonim Melayu = Islam.


Sebelum tu, ingin sy jelaskan sesuatu di sini utk pemahaman saudara. Kajian membuktikan bahawa 2 rumpun bangsa terawal yg menduduki Asia Tenggara ialah rumpun Melayu-Polinesia & Mon-Khmer. Kedua-dua rumpun ini adalah bersaudara serta mempunyai hubungan yg rapat dan persamaan dari segi budaya dan bahasa.

Rumpun Melayu-Polinesia merujuk kpd penduduk pribumi Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Timor Leste dan Selatan Thailand serta suku kaum Cham di Vietnam dan Kemboja.

Rumpun Mon-Khmer pula merujuk kpd kaum Mon di Myanmar, Khmer di Kemboja serta beberapa suku minoriti lain di sekitar Indo-China, India dan China.

Sementara itu, suku Thai (Thailand) dan Lao (Laos) termasuk dalam rumpun Tai-Kadai. Ini bermakna orang Thai, Lao serta orang Bamar (kaum majoriti Myanmar) dan orang Kinh (kaum majoriti Vietnam) tidak ada kena-mengena langsung dengan rumpun Mon-Khmer.

Ini bermakna artikel yg saudara baca itu tidak betul dan tak tepat. Samada penduduk kerajaan Kedah-Tua itu adalah Mon-Khmer atau Melayu-Polinesia, itu bukan masalah kerana spt yg saya katakan sebelum ni, kedua2 rumpun tersebut adalah bersaudara.

Originally posted by dCrook at 30-7-2007 06:03 PM
Korang sume mesti penah baca dekat forum ni pasal Kerajaan Pasai Ma yang dikatakan sebagai kerajaan siam islam yang tammadunnya telah dicilok oleh orang-orang thai. Banyak fakta-fakta dari blog Sejarah Negeri Kedah banyak bercanggah dari apa yang kita belajar masa dekat sekolah dulu dan kadang-kadang memeningkan. Jadi apa pendapat korang semua ? Adakah dari apa yang dipaparkan kat blog ni betul atau merepek semata-mata?


Ada fakta yang betul & ada yang kurang tepat. Antara fakta yg betul ialah bahasa Siam dan Thai mmg x sama. Moyang aku sendiri orang Siam-Muslim & tau ckp Siam tapi dia x phm bahasa Thai. Suku Thai juga tiba di Asia Tenggara lebih lambat dari orang Kemboja dan Melayu. Jika kita tanya orang Thailand apa makna 'Siam', mereka xtau pun apa ertinya.

Aku pecaya mmg ada kebenaran yg tersembunyi mengenai kisah dlm blog tu. Penulis blog tu sendiri mendakwa dia mendpt semua maklumat tu dari kitab Hukum-Hukum Kedah. Ada beberapa orang sejarawan M'sia sendiri yg membuat kajian ttg kerajaan Kedah Pasai Ma dan mereka mengakui kebenarannya. Aku rasa sejarawan negara kita patut buat kajian yg lebih terperinci ttg hal ni la..

[ Last edited by  ijad_adiputera at 30-7-2007 10:18 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2007 09:33 AM | Show all posts

Reply #2 ijad_adiputera's post

Mungkin ada kesilapan sikit pasal bangsa Mon dengan Thai ni, terima kasih la sebab pointing out the mistake. Bahasa Thai macam yang kita tahu adalah sejenis bahasa Tonal, Bahasa Siam pon bahasa tonal jugak ke? atau sama macam bahasa melayu je?

Satu lagi, aku tak tolak semua yang ada dalam blog tu sbb banyak kerajaan di bahagian utara semenanjung yang penduduknya majoriti orang Mon. Sebab tu aku rasa ada jugak kebenarannya tetapi banyak juga fakta kat dalam blog tu yang agak bercanggah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 31-7-2007 09:33 AM
Bahasa Thai macam yang kita tahu adalah sejenis bahasa Tonal, BahasaSiam pon bahasa tonal jugak ke? atau sama macam bahasa melayu je?


Aku tak pasti sbb aku x brapa pandai ckp bahasa Siam. Lgpun masa aku ckp bahasa Siam, aku x pkir/perasan pun hal nih. Bru aku teringat!! Di Thailand, dikatakan ada 6 jenis dialek bahasa Thai. Antara keenam2 dialek tu, dialek Selatan adalah dialek yg plg sukar difahami oleh penutur2 dialek Thai yg lain. Maka, kemungkinan besar dialek Selatan ni adalah bahasa Siam yg asal & bukan bahasa Thai...

1 maklumat tambahan aku terlupa nk kasitau. Bahasa Thai, Lao, Viet dan Burma adalah dari kumpulan bahasa bertona (tonal language) manakala kedua-dua rumpun bahasa Melayu-Polinesia dan Mon-Khmer pula adalah tergolong dlm kumpulan bukan bahasa bertona. Maka, jelas menunjukkan bahawa rumpun Melayu-Polinesia dan Mon-Khmer adalah bersaudara...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 04:16 PM | Show all posts
for me...

nusantara neh sumanya bersaudara..

MELAYU
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 10:42 PM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 31-7-2007 09:33 AM
Mungkin ada kesilapan sikit pasal bangsa Mon dengan Thai ni, terima kasih la sebab pointing out the mistake. Bahasa Thai macam yang kita tahu adalah sejenis bahasa Tonal, Bahasa Siam pon bahasa t ...

ayu ada gak baca kat blog tu.... tp yg mana fakta dia yg bercanggah? konpius jugak bila baca banyak-banyak macam tu...

maaf, ayu tak dpt bezakan sbb baru bertatih bab2 sejarah ni... tp mcm banyak saja fakta yg boleh diterima kat blog tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2007 08:56 AM | Show all posts
aku pon ada jgak baca blog tu, tapi rumusan aku ialah 90% tulisan dlm blog tu ialah TIPU....... hampeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2007 12:32 PM | Show all posts
Agak-agak dalam cerita Anna And The King tu , Anna menari dengan Raja Siam Kedah Pasai Ma kot.. hehehehe..

Kalau tengok balik kat blog tu pon, rase macam kes orang nak mengaku dia waris takhta pon ade gak. Semacam kes orang yang mengaku waris sultan melaka dulu.

Aku tak berapa paham pasal istana jugra tuh.. setahu aku istana jugra dibina oleh Kesultanan Selangor pada abab ke-19 tapi dalam blog tu kata dibina pada abad ke 17.. 200 tahun lebih awal..peliknya.. kalo abad ke 17, kesultanan selangor pon tak wujud lagik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 12:39 PM | Show all posts
Setelah membaca laman blog tu.Saya menafsirkannya sebagai agak menarik dan boleh diperbincangkan.Terdapat banyak  fakta yang menimbulkan persoalan.Saya senaraikan beberapa fakta yang boleh di bahaskan.

a)Narai yang dikatakan Hang Tuah itu turut dikatakan orang yang sama dengan Tun Saban dan Sultan Iskandar Muda Thani dari Acheh.Sedangkan umum tahu bahawa ketiga-tiga orang tersebut adalah orang yang berbeza ,malah hidup di zaman yang berbeza.Hang Tuah atau nama sebenarnya Daeng Yahya hidup dizaman kesultanan Melaka.Iskandar Muda pula ialah raja Acheh di zaman kegemilangan Acheh.Tun Saban pula ialah bendahara negeri perak yang memberontak akibat anaknya diambil sultan Perak.Tun Saban telah berjaya ditumpaskan oleh Megat Terawih yang kemudian menjadi Bendahara Perak..Dalam artikel tentang Kedah pasai ma ini ada di ceritakan tentang Narai@ Hang Tuah telah berjaya membunuh Raja Bersiong atau dinamakan Tengku Sulaiman.Tentang ini saja telah mengelirukan ahli sejarah.

b)Dalam artikel ini juga dikatakan Kesultanan Melaka dan Acheh itu kecil dan berada dibawah empayar Kedah Pasai Ma.Nampaknya penulis artikel mahu melupuskan sejarah kegemilangan Melaka dan Acheh dengan meletakkan kedua-dua Kerajaan tersebut dibawah Ayuthia.Sedangkan umum sudah tahu Melaka dan Acheh pernah mencapai kegemilangan tersendiri.

c)Penulis artikel juga dilihat mahu membuktikan bahawa Bangsa Melayu tidak pernah mempunyai kerajaan Hebat kerana ditulis bahawa seluruh kerajaan melayu berada dibawah Ayuthia iaitu Kerajaan Siam Islam.Apa yang boleh dibanggakan oleh org melayu.Siam Islam berbeza dengan Melayu.Contohnya Jeneral Shondi sekarang.Mereka beraliran Syiah.

d)Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah di katakan antara Raja Kedah yang terawal.Dalam sejarah yang diterima sekarang,beliau merupakan seorang pendakwah Islam.Memang betul beliau telah membawa Islam ke Kedah lebih awal dari tahun 1136 spt yang di war warkan sebagai tahun Islam ke Kedah.Namun begitu pendakwah-pendakwah dari Hadramaut berasa bertanggungjawab untuk menyebarkan fahaman Ahli sunnah waljamaah ke Dunia Melayu.Maka datanglah Sheikh Abdullah Yamani lalu mengikis fahaman Syiah yang dibawa oleh pendakwah terdahulu spt Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein.Oleh kerana Ulama Ahli Sunnah pada waktu itu tidak menerima pakai langsung ajaran Syiah maka kedatangan Islam dicatatkan bersamaan dengan tahun kedatangan aliran sunnah wal jamaah.Keadaan ini juga berlaku ketika Melaka baru menerima Islam.Bila mendengar Sultan Melaka menerima Islam terus saja Sultan Pasai memerintahkan penasihat agamanya membawa Kitab ahli sunnah ke Melaka kerana bimbang Melaka menerima aliran selain ahli sunnah wal jamaah.Penerimaan Islam dari Hadramaut jelas terbukti kerana Mazhab yang kita pegang sekarang adalah Syafie.Sama dengan Mazhab yg digunakan di Yaman sekarang.

c)Perkataan Bujang iaitu penderhaka dalam bahasa siam kedah wujud dalam Bahasa melayu dengan maksud yang lain.begitu juga Gurun yang dikatakan berasal dari Ggherun atau gerun ,mempunyai maksud lain dlam bahasa melayu.dalam artikel itu dikatakan kedua tempat itu berasal dari Perkataan Siam Kedah.

d)Nama tempat iaitu Tualang di Kedah dikatakan berasal dari Tuan Nai Long.Namun yang lebih logik adalah perkataan tersebut berasal dari Pokok Tualang.Dan memang dahulunya Kawasan Tualang mempunyai hutan.Fakta Tualang berasal dari nama orang mungkin boleh diterima jika tempat yang bernama Tualang itu berda di pinggir laut di Alor Setar tetapi tidak.

c)Bahasa yang digunakan ketika itu dikatakan Bahasa Siam Kedah.Adakah ini boleh diterima.Jika dilihat di Kedah ketika ini bahasa ini dituturkan oleh orang Kedah yang asal keturunan datang dari wilayah Siam.Orang Kedah yang asal dari Kedah lansung tak boleh bertutur dalam bahasa ini kecuali mempelajarinya dari masyarakat Thai di Kedah.

d)Sultan Kedah terpaksa memohon bantuan British dari ancaman Siam pada 1700an.Kenapa pula Ayuthia yang dikatakan Islam itu mengancam wilayah sendiri.Pelik.

e)Tuan Syed Long Jaaffar atau Syah Alam yang Maha Mulia Sultan Jaafar dikatakan telah pergi melawat rakyatnya di Gurun dan disambut oleh org lelaki tanpa seorang wanita pun.baginda dikatakan di perdaya oleh Sultan Sungai Petani iaitu Sultan Abdul Hamid.Adalalah tidak logik seorang raja besar pergi melawat kawasan tanpa para pengawal seperti yang diceritakan dlm artikel itu.Dikatakan org yang menyambutnya telah memberkas Long Jaafar dan di bunuh dgn dipijak dengan gajah.

Kesimpulanya Fakta yang diceritakan dalam blog tersebut agak menarik bagi Tamadun Islam namun bukan bagi orang melayu.Tidak ada apa yang dapat dibanggakan oleh orang melayu kerana yang memerintah Ayuthia Kedah Psai Ma adalah Siam Islam.malah seluruh alam melayu diletakkan atau di hubungkait dengan Kerajaan tersebut.Empayar Kedah Psai Ma yang disambung dengan Empayar Moghul dalam peta blog tersebut juga menimbulkan keraguan.Takkan lah pihak penjajah dapat memesongkan semua bukti sejarah Empayar Kedah psai Ma.Takkan tak ada langsung catatan dari sejarawan atau Penulis dari wilayah Islam terutama Arab dalam bab ini.Jadi fikir fikirkanlah.adakah penulis blog ini syok sendiri?.entahlah .anda timbang timbangkanlah.Bagi saya .saya percaya Kerajaan Ayuthia itu Islam.Tapi tidaklah mempunyai empayar yang terlalu besar spt yg digambarkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 01:56 PM | Show all posts
bagus tulisan saudara..mmng saya pon tertanya2 kenape mereka tu buat atau semacam nak putar belitkan sejarah...... walaupun sejarah yg kita ketahui ini bikan 100% tepat, tetapi saya percaya hasil kerya sejarah mereka tu lagi 100% tak tepat......sangat janggal.... pun begitu, saya tak terkejut kerana walaupun nabi berkata bahawa beliau ialah nabi terakhir, tapi masih ada lagi Melayu yang mengaku nabi..... pembuat blog tersebut pula, saya rasa mcm kes " sultan melaka " hari tu ajer..........
Reply

Use magic Report

ChronoReaper This user has been deleted
Post time 1-8-2007 07:29 PM | Show all posts
Kita kembali ke sejarah Empayar Langkasuka ok? Settle.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 11:42 AM | Show all posts
aku selalu sebut pasaipa jer tak nah lagi sebut pasaima............
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 06:26 PM | Show all posts
YA nama kerajaan tu pelik .Ma" mungkin dari bahasa arab iaitu apa? 'Pasai' pula juga dari bahasa arab iaitu fasal yang disebut dalam dialek Kedah menjadi pasai.Adakah maksud Pasai Ma itu pasaipa atau fasal apa atau juga fasal yang mana.Jadi Sejarah kedah pasai Ma itu apa?.adakah Kedah fasal yang mana.Sejarah Long Jaafar terlalu baru untuk di putarbelitkan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 5-8-2007 06:26 PM
YA nama kerajaan tu pelik .Ma" mungkin dari bahasa arab iaitu apa? 'Pasai' pula juga dari bahasa arab iaitu fasal yang disebut dalam dialek Kedah menjadi pasai.Adakah maksud Pasai Ma itu pasaipa  ...




mmng pelik pon nama tu, kalu pasai tu aku rasa macam bahasa indon..... manakala ma tu plak sebutan dalam bahasa rg thai yang bermaksud anjing....... so kalu di campurkan, akan berbunyi "pasai anjing" .....ader saper yg leh transfer bahasa indon, "pasai" tu aper mender?...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 09:50 PM | Show all posts
byk blog pasai sjarah Kedah ni, blog ni ka yg hangpa dok kata tu

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 01:08 AM | Show all posts
senario kebelakangan ini memang ujud...terutama tentang sejarah pengembangan Islam dan sejarah kerajaan Islam. Masing2 cuba menengahkan  kawasan masing2...tapi pokoknya adalah lebih baik jika kita membuat kajian akan peranan tokoh pengembangan Islam kerana ia tidak dihadkan dgn sempadan. Jika mengikut sejarah kerajaan maka sudah tentu bersempadan...w/pun kedua faktor ini (tokoh dan kerajaan) berkait rapat.

Penyelewengan fakta dengan mengadakan cerita memang sudah ujud sejak dulu...demi kepentingan tertentu...tapi pada zaman moden sekarang kita patut berfikiran terbuka dan cuba membetulkan apa kesilapan yg telah berlaku....tujuanya satu supaya anak cucu kita tahu asal usul dan berpandu kepada fakta...walaupun ianya pahit...supaya iktibar peristiwa dahulu dapat dijadikan peringatan...kerana peradaban manusia itu berputar....

p/s : dan lagi...jangan lupa pada tok nenek kita...jalankan amanah itu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 10-8-2007 01:08 AM
senario kebelakangan ini memang ujud...terutama tentang sejarah pengembangan Islam dan sejarah kerajaan Islam. Masing2 cuba menengahkan  kawasan masing2...tapi pokoknya adalah lebih baik jika kit ...



Masalahnya kita sedang membicarakan kesahihan artikel ini.Percaya atau tidak.Bukan membincangkan tentang sejarah pengembangan Islam.Fakta yang dikemukakan oleh penulis artikel sangat mengelirukan terutama sekali bab orang yang bergelar Narai itu.Narai dikatakan orang yang sama dengan Hulubalang kanan diraja(Hang) Tuah,Sultan Iskandar Acheh dan Tun Saban.Sedangkan mereka itu orang yang berbeza.Hang Tuah adalah Hulubalang Kesultanan Melaka,Tun Saban pula adalah wakil atau gabenor wilayah Perak bagi Sultan Mahmud Syah.Beliau bertanggungjawab menjemput anak sultan Mahmud marhum Kampar untuk menjadi Raja Negeri Perak dengan bergelar Sultan Muzaffar Syah(Beting Basah).Tun Saban akhirnya memberontak(seorang diri)kerana membantah tindakan Sultan mengambil puterinya sebagai gundik.Tun Saban telah berjaya ditewaskan oleh Megat Terawis(keturunan wira adi golok iaitu ninja jepun yang memperhambakan diri kepada Hang Tuah).Sultan Iskandar Acheh pula ialah sultan Acheh.Tak ada kena mengena dengan Hang Tuah.Zaman baginda berbeza dengan Zaman Laksamana Ulung itu.
           Penulis Blog memang bijak mengaitkan fakta pada permulaan tulisannya namun menjadi perkara yang mengelirukan bila menghubungkaitkan terlalu banyak perkara.Mungkin ada diantara fakta yang beliau nyatakan itu benar.Namun cara beliau menceritakan sejarah secara teperinci itu memerlukan sokongan bahan seperti Tambo( salasilah yang ditulis atas kepingan tembaga) atau bahan-bahan sejarah lain selain dari hanya menunjukkan batu nesan yang sudah dikenali atau batu nesan yang tak dapat dibuktikan siapa pemiliknya secara jelas.
sekian wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 03:05 PM | Show all posts

Reply #17 sayapghaib's post

first time baca memang mengelirukan...maka perlu pengkajian dan pemahaman tulisan itu...saya sendiripun tidak habis baca kecuali bab Sultan Muhamad 1.....saya ada merujuk kepada tokoh sejarah Kelantan...dia memberi reksi awal ...itu bohong terutama bab long senik....w/bagaimanapun kita tak perlu cepat melatah.....buatlah perbandingan dan rujukan dengan sejarah2 yg telah terakam...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 04:12 PM | Show all posts
Bukan nak melatah,cuma menerangkan beberapa perkara yang sangat mengelirukan.Bagaimana Long Jaafar yang menguasai Larut itu boleh dikatakan sebagai Raja Kedah Pasaima.Bagaimana pula kawasan Tualang didaerah Pokok Sena itu dikatakan berasal dari perkataan Tuan Nai Long sedangkan itu nama sejenis pokok.Memang ada cerita benar yang diutarakan.Tetapi terlalu sedikit dan tiada perkaitan.Penulis artikel telah menunjukkan bukti-bukti seperti batu nesan yang boleh dipertikaikan kesahihannya.Tiada juga catatan ahli sejarawan dari China tentang kerajaan Kedah Pasaima ditemukan.Jika catatan tentang Sultan Muhammad 1 itu telah dikelirukan apatah lagi tentang Makam Parameswara itu.Namun Perkara terbesar ialah bagaimana Sultan Abdul Hamid bapa kepada Tunku Abdul Rahman itu dikatakan sebagai sultan sungai petani.Sejarah Sultan Abdul Hamid ditulis dalam artikel tersebut sebagai dalang kepada pembunuhan Long Jaafar.Sejarah Pemerintahan Sultan Abdul Hamid terlalu baru.Baginda adalah Nenda sultan Kedah sekarang.Namun sejarah baginda pun telah diputarbelitkan didalam artikel ini.Tunku Abdul Rahman juga disifatkan sebagai seorang yang telah memusnahkan beberapa bukti peninggalan Kedah Pasaima.Artikel ini boleh disifatkan satu dakwaan berat terhadap Institusi Kesultanan Kedah sekarang.Berbeza dengan tuntutan Tengku Ali di Terengganu yang memohon supaya diiktiraf sebagai seorang yang pernah menjadi sultan dan Tuntutan Tengku Ibrahim sebagai seorang waris sebenar tahkta Kelantan,dakwaan artikel ini terhadap Kesultanan Kedah sangat berat malah turut melibatkan seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra yang telah memimpin dan berjuang untuk mencapai kemerdekaan Negara ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 06:13 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 10-8-2007 04:12 PM
Tunku Abdul Rahman juga disifatkan sebagai seorang yang telah memusnahkan beberapa bukti peninggalan Kedah Pasaima...


Mungkin sbb ibu Tunku, cik manjalara adalah orang thai, jadi senang lah Sultan Abdul Hamid dan Tunku dipersalahkan. Diketahui Tunku sendiri boleh berbahasa Thai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.087831 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list