CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: snow^^

[MERGED] ALL ABOUT: Breech/Songsang

[Copy link]
Post time 30-12-2005 11:12 AM | Show all posts
assalamualaikum

semalam cik dee gi check dengan doc. dah almost 33 weeks right now.. semalam baby melintang... kepala dia kat sebelah kanan... dah 2 kali scan cam ni gak.. doctor cakap selalunya at 36 weeks baru dia stop berpusing. sebab 37 weeks onwards birth can actually happen already...

semalaman cik dee susah nak tido... risaukan baby yang melintang ni... ana sulung la katakan... doctor ada gak sebut kalau tak pusing kena c-sect...

anak mama syayang.... pusing ye... nanti dah dekat nanti kepala tu bagi dok kat bawah ok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


saayang79 This user has been deleted
Post time 30-12-2005 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by cik_dee_na at 30-12-2005 11:12 AM
assalamualaikum

semalam cik dee gi check dengan doc. dah almost 33 weeks right now.. semalam baby melintang... kepala dia kat sebelah kanan... dah 2 kali scan cam ni gak.. doctor cakap selalunya ...



cuba la jumpa ustaz2 mintak pendapat...
dulu sy ade mintak air...
tp ustaz tu siap pesan...."klu baby tak pusing jugak and kene operation, its ok...sbb skrg pon perubatan dah canggih,..jgn risau, kita bole ikhtiar je"
betul jugak kan...
skrg dah slamat pon...

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 02:51 PM | Show all posts
acik,
samela kite...hari tu baby dok songsang gak...tapi baru2 nie rasa dia asyik tendang kat atas jek...mcm dah pusing je . tapi tak pegi check lg..lg 2 minggu br checkup..hopefully betullah dia dah pusing..-amin..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 02:57 PM | Show all posts
tu lah pasal

ni nak balik kampung hubby this weekend nak tanya mother in law kot2 la ada ustaz / tukang urut yang boleh tolong.. cik dee seboleh2 tak nak urut takut la pulak jadik apa2...

because i feel kita kena ikhtiar jugak.. tapi kalau dia nak breech jugak nak buat camne.. cik dee pasrah ajer la... and doa everything selamat... baby sihat and sempurna, and mama dia pun sihat jugak... :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 03:20 PM | Show all posts
masa saya pregnant dulu mak mertua saya menakut-nakutkan saya pasal bernaka operate nie.Actually tak sakit pun.Dia punya kesan operate kecik dalam 3 inch je tak macam dulu satu line dari kanan perut ke kiri.Even dah lama2 tak notice pun scar dia sebab bukan berjahit mcm dia gam je.Jgn takut la.Insya-Allah ok.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 03:21 PM | Show all posts
Originally posted by saayang79 at 30-12-2005 01:11 PM



cuba la jumpa ustaz2 mintak pendapat...
dulu sy ade mintak air...
tp ustaz tu siap pesan...."klu baby tak pusing jugak and kene operation, its ok...sbb skrg pon perubatan dah canggih,. ...


comel nya baby.Baju tu mesti jenama disney.Baby saya ada satu gak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2005 08:12 AM | Show all posts
Originally posted by cik_dee_na at 30-12-2005 11:12 AM
assalamualaikum

semalam cik dee gi check dengan doc. dah almost 33 weeks right now.. semalam baby melintang... kepala dia kat sebelah kanan... dah 2 kali scan cam ni gak.. doctor cakap selalunya ...


cIK DEE SAMALAH NGAN sABB. Sabb rasa maybe sebab ni 1st baby, so nervous jugaklah nak mengahdapainya.

2 hari lps, Sabb balik kg. Ni hari ni baru smpi kl. Tulah usaha g ngurut. Tp x taulah. Tukang urut tu ckp biasanya maybe 2-3 hari maybe baby tu turn. KAdang2 boleh seminggu. Anyway, dia kata gak, dgn izin Allah lah.

Sabb bukan takut kena ceasor. Tp sebab dah dua thn berturut2 Sabb kena operate. So kalau bersalin pon operate rasa cam letih pulak. Ni bekas operate last yg kecik ni pon, still terasa lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2006 09:36 PM | Show all posts
masa mengandung anak kedua dulu.....kedudukan dia melintang....

masa tu dah 38 minggu.....dok kater biasa nyer dia tak pusing dah pasal dah ketat kan.....
kalu melintang plak mmg tak der cara laing la nak kuarkan bab kecuali operation....mak mertua suh pi urut...tp sayer tak berani....mak sayer plak buat solat hajat....hehehe

so sayer kena dok hospital tunggu masa nak operation.....tp tak sempat ngan tarikh tue...saya sakit nak bersalin.....alhamdulillah....time nak bersalin tu baby sayer pusing.....tp kaki masih kat bawah la.....

bila my gynae dtg .....dia cek.....dia kater no problem ...tak yah buat C section.....bulih bersalin biasa......sayer pon nmpk dok sayer konfiden...sayer pon konfident lah.....teran jelah.......nasib saye baik dpt gynae yg mmg terror bab assisted breech delivery nih.......kalu tak..sah2 dah kena operate ......

bersalin w/p kuar songsang...tp kejap jer.....kol 12t/hari masuk labour room...kol 12.10 dah bersalin dah.....mungkin juga sbb baby sayer tak besar sgt..2.95kg jer.....

skang ni Laila dah besar dah...dah 4 tahun dah.......orang kater baby yg lahir songsang bulih jadi bomoh tercekit tulang...yeker? mcm2 lah....

[ Last edited by  hairanaz at 13-5-2006 09:39 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2006 10:27 AM | Show all posts
baby kembara pun masih songsang walaupun sekarang dah masuk 33 minggu...cakap ngan mak ..dia punyalah risau..dia suh berurut tapi kat kl ni mana nak carik...pastu bila tanya pendapat mak saudara dan org2 berpengalaman..diorang cakap biar jer...setiap yang berlaku pasti ada sebabnya...Dr. ada cakap..klau songsang pun insyaallah leh beranak normal...macam hairanaz kot..tapi kena ada gynae yang terer  bab assisted breech delivery la...
hari2 bercakap ngan baby dan berdoa moga dia pusing dan dipermudahkan bersalin...baby ni bukan main aktif..penat kadang2 tuh..asyik menendang ja..dan gerak kiri kanan kiri kanan.. x nak plak dia turun ke bawah...emmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 09:20 PM | Show all posts
betul tu kembara...

tak ramai doktor yg berani nak handle kelahiran songsang..most of them nasihat kan kita buat c section jer....tp tu la...nasib saya mmg baik masa tue....

tp saya mmg tak setuju sgt la bab urut perut nih...taku lain pulak jadi nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 10:50 PM | Show all posts
salam sumer.

just to share experience and knowledge dgn kengkawan kat sini.
kalo tak silap saya, baby breech bermakna bole bersalin normal tetapi bukan kepala baby yg kluar dulu, tapi punggungnyer.
biras saya ada seorang anak dier yg babynyer kluar punggung dulu.
for me, kalo nak ikutkan mmg lah teruk rasa sakitnya.
by 8 cm cerviks dah buka bole teran utk kes normal.
tapi kalo baby breech, kena tunggu serviks buka 9cm to 10cm lah.
masa tu baru doc kasi green light utk meneran.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 08:48 AM | Show all posts
ni ler anak sayeryg kuar kaki dulu nih.....hehehe.....dah besar dah....

Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 1-8-2006 07:57 AM | Show all posts
one of my baby is was breeched. kaki dia kat pintu keluar. under normal circumstances the gynea kata would try for a normal delivery but becoz i had twins, gynea takut it will effect the other twin. thus... i c-sect je. senang...habis cerita!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by kembara at 30-7-2006 10:27 AM
baby kembara pun masih songsang walaupun sekarang dah masuk 33 minggu...cakap ngan mak ..dia punyalah risau..dia suh berurut tapi kat kl ni mana nak carik...pastu bila tanya pendapat mak saudara da ...


betul tu kembara....
kalau songsang jgn urut..meskupun aju kenal juga bidan yg mmg terror betulkan babby songsang nit.x berani ambil risiko..walaupun pernah berurut sbb baby terselit.kalau setakat nak belai2 perut tu bole la. sebab doktor pon bole pusingkan baby...dan puashati lepas doktor turn baby..pastu doktor scan..my 3rd. baby dulu pon songsang..2 kali doktor turn..masa 34 + minggu & 38 + minggu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 03:20 PM | Show all posts

Kandungan Songsang

Kandungan songsang - Ibu-ibu disyor fahami risiko kehamilan


Bukan semua kehamilan songsang memerlukan pembedahan Caesarean.

Oleh DR. SURAYA ARSHAD
(Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi)
(ksh_kuantan@hotmail.com)


APABILA seseorang ibu itu disahkan kandungannya songsang, dia akan berasa cemas. Banyak persoalan timbul.

Contohnya, kenapa kandungan saya songsang? Apakah kandungan saya ini normal? Bolehkah saya bersalin secara normal? Apakah komplikasi jika saya memilih untuk bersalin secara biasa? Mungkinkah masalah ini boleh berulang dan sebagainya.

Oleh yang demikian ada baiknya seseorang ibu atau bakal ibu mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang masalah yang mungkin timbul semasa mengandung.

Ini membolehkan mereka bertukar pendapat dengan para doktor yang menjaga kandungan mereka.

Boleh dikatakan masih ramai ibu yang bertindak secara pasif apabila berjumpa doktor iaitu mengikut saja apa kata doktor tentang kandungan dan menurut keputusan doktor tanpa banyak persoalan.

Ada juga ibu-ibu yang membuat keputusan yang bercanggah dengan nasihat doktor tanpa sebab-sebab yang kukuh dan sanggup mengambil risiko yang tinggi.

Ini mungkin disebabkan ada ibu-ibu yang tidak berinisiatif untuk membaca dan menambah ilmu atau adakalanya mereka mendapat nasihat daripada sumber-sumber yang salah.

Yang menyedihkan lagi, ada ibu-ibu yang mempunyai kedudukan sosial yang baik dan berpelajaran boleh mengambil tindakan dan keputusan yang bercanggah dengan nasihat doktor.

Kebanyakan wanita dari negara-negara maju seperti di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) biasanya mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai kehamilan sama ada melalui pembacaan, internet ataupun melalui kenalan profesional sebelum berjumpa doktor.

Oleh itu ibu-ibu di Malaysia disyor supaya mempunyai pengetahuan tentang kehamilan kerana ini dapat memberi panduan kepada mereka tentang kandungan apabila terpaksa membuat sesuatu keputusan kelak.

Kandungan songsang (breech presentation)
Insiden kandungan songsang adalah lebih kurang 20 peratus pada usia kandungan 28 minggu.

Bagaimanapun kebanyakan janin akan berpusing dan oleh itu insiden kandungan songsang pada usia cukup bulan (term) ialah cuma dua hingga tiga peratus.

Hampir 1/3 kandungan songsang ini tidak didiagnos.

Jenis-jenis kandungan songsang

- Enam puluh lima peratus ialah frank breech (kedua-dua kaki lurus di bahagian lutut)

- Sepuluh peratus ialah complete breech (kedua-dua kaki berlipat di bahagian sendi pinggul dan lutut)

- Dua puluh lima peratus ialah footling/incomplete breech (satu atau kedua-dua kaki terlipat di bawah punggung bayi).

Kandungan songsang terjadi mungkin disebabkan bentuk rahim yang tidak normal, ketumbuhan dalam rahim, bayi yang tidak normal, kandungan kembar, kandungan yang tidak cukup bulan (pramatang) atau secara kebetulan saja.

Menurut kajian, kandungan songsang mempunyai mortaliti dan morbiditi perinatal yang tinggi berbanding dengan kandungan biasa. ini mungkin disebabkan masalah prematurity (pramatang), congenital malformation, birth asphyxia dan trauma.

Dengan demikian cara pengendalian kandungan songsang adalah sangat kontroversi.

Di Eropah Utara dan AS, pemilihan pembedahan Caesarean untuk kandungan songsang disyorkan sebagai cara untuk mengurangkan masalah bayi.

Cara mengurangkan insiden kandungan songsang
Penggunaan kaedah postural. Kaedah knee-chest position (posisi sujud) sering diguna atau dinasihatkan diamalkan untuk mengurangkan insiden kandungan songsang.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan kaedah postural tidak memberi apa-apa kesan terhadap kandungan.

- Penggunaan kaedah urut (external cephalic version - ECV). Kaedah ini telah diamalkan sejak zaman Hippocrates sehinggalah ke zaman moden ini. Ia boleh dilakukan dalam kes-kes kandungan songsang yang tidak mempunyai komplikasi.

Sebelum melalui prosedur ini biasanya pakar obstetrik akan melakukan pemeriksaan dan penilaian bagi memastikan kandungan tersebut telah memenuhi kriteria yang membolehkan prosedur itu dijalankan.

Dalam enam kajian yang dijalankan, kaedah ini menunjukkan penurunan kadar pembedahan Caesarean dengan tidak menambahkan risiko terhadap bayi.

Namun, kaedah ini mesti dilakukan dalam keadaan yang profesional untuk mengelakkan komplikasi seperti:

- Ia harus dilakukan oleh profesional yang

terlatih dengan kaedah ini

- Ia harus dilakukan berdekatan dengan

kemudahan kecemasan supaya pembedahan

kecemasan atau Caesarean dapat dilakukan

jika diperlukan

- Mesin CTG/cardiotocograph (mesin untuk

melihat corak aktiviti jantung janin)

diperlukan

- Mesin ultrasound.

Di United Kingdom, ECV telah berjaya diperkenalkan dalam perkhidmatan hospital.

Walapun kejayaan yang tercatat dalam kajian cuma sekitar 46 peratus, prosedur ini telah membantu menurunkan kadar pembedahan Caesarean dengan begitu signifikan.

Kajian di AS pula menunjukkan kejayaan prosedur itu yang lebih tinggi iaitu 65 peratus.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan prosedur ECV seperti bilangan kandungan, jumlah air ketuban, paras songsang di atas pelvis dan sebagainya.

Jika prosedur tersebut dapat dilakukan dalam keadaan yang profesional, semua ibu yang mempunyai kandungan songsang yang tidak berkomplikasi pada usia kandungan 37- 42 minggu prosedur tersebut boleh disyorkan.

Pilihan antara pembedahan Caesarean atau kelahiran biasa

Sememangnya kelahiran biasa tanpa pemeriksaan dan penilaian yang teliti tidak digalakkan kerana ia terbukti menimbulkan banyak komplikasi dan membawa kepada mortaliti yang tinggi pada bayi.

Satu kajian pada tahun 1993 menunjukkan tiada perbezaan dari segi mortaliti bayi antara kelahiran pembedahan (planned cesarean) dan kelahiran biasa (planned vaginal delivery).

Bagaimanapun, terdapat sedikit penambahan dari segi mortaliti jangka pendek bayi yang dilahirkan dengan cara kelahiran biasa.

Disebabkan pengendalian kandungan songsang pada usia cukup bulan masih kontroversi, satu kajian yang besar telah dijalankan.

International Multicentre Randomised Controlled Trial telah mengkaji dan membandingkan kaedah kelahiran biasa yang terancang dan pembedahan Caesarean yang terancang bagi kandungan songsang yang telah cukup bulan dan yang tidak berkomplikasi.

Secara purata risiko kematian bayi (perinatal death) untuk kandungan songsang frank atau complete menunjukkan penurunan sebanyak 75 peratus dengan kelahiran pembedahan Caesarean yang terancang.

Namun, jika cara kelahiran biasa dipilih, ia terpaksa memenuhi beberapa kriteria dari segi pemilihan kes dan pengendalian kelahiran oleh pakar yang berkemahiran.

Sebahagian daripada kriteria untuk pemilihan kes bagi kelahiran biasa termasuklah:

- Frank breech atau complete breech sahaja

- Rongga pelvis yang normal

- Anggaran berat kandungan antara 2.5-3.5kg

- Kandungan tidak berkomplikasi.

Jika kandungan songsang tidak memenuhi kriteria tersebut, anda tidak digalakkan untuk memilih kelahiran biasa.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai kandungan songsang, mungkin artikel ini dapat memberi mereka sedikit sebanyak pengetahuan dan panduan.

Oleh itu buatlah satu keputusan yang bijak semoga puan akan berasa puas hati dengan keputusan yang diambil dan membuat keputusan yang tepat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 10:42 AM | Show all posts
aju,

ye ke Dr boleh turn the baby? ingatkan solutionnya... kena operate je klau dah songsang...orang kata klau lahir normal bby songsang ni lagik sakit dari biasa betul ker? risau nya...dah la anak sulung...semalam gi check up kat klinik kesihatan s.alam..nurse tu cakap tunggu sampai 36 week..sekarang dah 33 week...emm x kisah la operate ke normal ker..janji kembara dan baby selamat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2006 10:53 AM | Show all posts
su pong termasok dlm kategori breech nih..masa scan nampak ler kepala dia belah kanan perot su..kaki dia belah kiri..then posisi: tgh menonggeng..baik punyer menonggeng..
tapi su takde ler risau sangat pasal there's more weeks to go..
cuma yg tak bes nyer..mmg dr umo dia 3 bulan lebih itu arik dia breech..ajak main2 pong..dia still nak balik tempat dia yg breech tu..selesa gamaknyer..harap2 nnt dia nak la tuka lah ker real position punyer..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 04:24 PM | Show all posts

PENGALAMAN AKU - end of part 1...

baby aku breech dari awal aku peknen sampai laer disaat kelahiran...

extended breech kata doktor
lipat kajang kata tok bidan

aku request ngan dok nak bersalin normal. since dok yg assess aku masa tu kat hosp. kjaan, so, aku kompiden ler, proses kelahiran nanti ok...

mcm yg forumer kata, tak ramai doktor yg berani nak sambut baby breech. sebab too many risk kat baby, baby's head might stuck somehow. even sblm aku amik keputusan nak bersalin normal tu, 2-3 org dok yg tanya aku 2-3 kali tiap kali aku gi cek-up masa minggu2 terakhir. well, so, aku putuskan normal gak. dok pon ckp baby kecik je. tak payah takut. insyaallah tader pepe.

so, baby aku lambat kuar. terlepas EDD. dok cakap, kalu hari ke-7 pon aku tak sakit natural lagi, kena c-sec ler. well, maybe masa tu aku agak mentingkan diri sebab payah nak jaga diri kalu lahirkan baby cara c-sec. leceh sket. aku cakap kt dok, taper... 'i'll wait 4 the pain to come'.

by hari ke-6, aku start sakit perut dari pagi... aku slalu ada kontraction sejak masuk bulan ke-9, penah admit kt wad sebab contraction. tp tak besalin pon...dia saja nak acah2 je....so, aku ingat kali nie, sesaja je lah dia nak memain. so...bila dah petang, sakit makin datang. bila malam makin sakit. kol 11 mlm, aku gi spital. dok cakap masa tu dah bukak 5cm...since aku nk normal delivery, so dok said, it might take sometime to open till 10cm. why 10cm? coz baby extended breech akan kuar bontot dulu.  aku masa nie, tetiba ter lintas nak mintak ngan dok nak bersalin c-sec...aku cakap  kt dok aku tak berani nak bersalin normal. cuma silap aku, aku nie jenis tak  gheti nak insist.... apa doktor tu jawab, biau ler aku je yg ingat....

so, masuk bilik bersaliin, dok suh ler teran..mmglah payah...dok tu siap marah2 jerit2, melompat2 geramm sebab aku tak leh nak teran kuat2... sian kt baby..masa nie, seme org dah cemas.   so, dikisahkan ler, baby dah kuar... aku pon tatau bila... aku dah lesu gila. dah tak leh bukak mata dah. asik terlelap je... baby nyer head still kat dalam. aku hanya dgr ckp somi aku "mama, teran sikit je lagi..sian baby...kepala dia  tak kuar lagi"...masa tu hubby aku dh nangis... dan saat aku menaip nie pon, aku nangis...

masa tu, baru leraku leh bukak mata balik... aku teran... tapi tak leh wat pepe...dalam tak larat tu, aku nmpak ramai sgt nurse/dok kt labor rum aku nie... seme dok terjerit222, teran,, sikit je lagi...yg pegang kaki, lutut..aku tatau bper ramai...

tapi, baby still sangkut... aku dah tatau nak wat apa..aku jerit, "dah teran, tapi dah tak larat dah...."

then 1 dok sampai... dia datang nak forcepkan kepala baby... bila dia tarik forcep tu.. tak leh tarik ler plak..sebab, rupa2nyer forcep dorang blom pasang... 3 kali tarik baru bleh baby kuar... tapi kali terakhir tu ler, rentapan tu buat kepala baby sangkut kt dagu...
bila baby kuar, dia tak bernafas... tak nangis... tak de pepe pon..dorang berlari wat lari baby..aku tatau pon baby tu lelaki ke pompuan. ini anak ke-2 aku. masa yg 1st dulu, kuar je baby, nurse tunjuk kat aku baby tu... aku dah rasa pelik, apsal kali nie lain.. so, hubby aku follow ler baby... masa yg 1st dulu lepas mandikan baby, terus nurse bagi baby kt hubby, n suh aku susukan...tapi kali nie, lama aku tunggu...tak datang2...

lama tu, hubby datang... dia cakap, "papa tatau napa, tapi papa blom tgk baby lagi"....so, kitorang suspek ada mender yg tak kena... aku bajet sure lah sebab tak cukup oksijen. sebab stuk lama gak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by shah_jehan at 8-8-2006 04:24 PM
baby aku breech dari awal aku peknen sampai laer disaat kelahiran...

extended breech kata doktor
lipat kajang kata tok bidan

aku request ngan dok nak bersalin normal. since dok yg assess aku ...


What happen to your baby? continue lah story....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 05:00 PM | Show all posts
still kat labor rum. dok yg 1st sambut baby aku pon masuk... dia tanya kau napa amik risiko nak bersalin normal. aku jawab, aku ikut cakap dok.. aku tanya, dok cakap dia benarkan. dia yg lebih arif, dia yg lebih tau...tapi aku gak ada request nak bersalin operate, aku pon citer ler kat dia...so, dia pon terdiam. tapi, last2 dia salahkan aku gak.. iyalah aku amik kesalahan tu.. aku akui aku yg buat keputusan.

so, aku pon masuk wad.. baby aku kat Neonatal ICU. NICU... aku pegi tgk dia masa tu dah kira 12jam dia kat dunia. dia tak bukak mata. keras kaku. tak gerak cam baby2 lain kat NICu. dia duk dalam unit yg paling berat. kategori severe. so,,, masa tu, dia undergo treatment - morphin tuk tidokan otak dia. dan seme fungsi badan dia.- dopamine, sebab dia kena sawan. - hipotermic, lebih kurang aaa,  aku lupa le apa... nie tuk rehatkan dia gak...suhu badan dia direndahkan. cam kira hibernasi dah anak aku nie. wayar berselirat sana sini...dalm mulut, dalam idung, dalam mulut. kat kaki, tangan..sian dia..sian sgt2222...aku sampai pitam nengok kat dia. nasib baik hubby aku sempat pegang. kalu tak dah terjelupuk kat lantai.

so, bila aku dah kuar hospotal, anak au tak kuar lg... hari2 pon aku gi tgk anak aku nie. hari ke-2, aku jumpa pakar kat NICU nie, dia cakap, anak aku buat masa nie, peluang nak survive amatlah kritikal. since dia letakkan anak aku bawah severe brain damage. so he didnt expect much. dia suh aku balik, cakap ngan seme famili aku keadaan baby. and cakap jgn berharap sgt... dia suh bersedia tuk yg the worst. masa nie, aku tatak nak cakap apa dah... diam je aaaaaa.... tapi , still aku tanya dia, what if he can be a normal person... dia tgk aku... dia tarik nafas panjang2... "puan, puan bayangkan, otak baby nie kecik je.. then, 70% damage. we dont even know kat mana sel dia mati. masa kita tgk tadi, bleh dikatakan 100% brain dia bengkak...buat masa nie, payah saya nak cakap apa2.. kalu dia bleh survive pon, dia akan cacat. physical, mental. dia tak leh bernafas sendiri, as u can see urself. mesin yg bernafaskan tuk dia. pada rate yg paling rendah kita set nie pon dia tak leh nak ikut....maafkan saya puan, we'll see his progress within 2days. kita akan buang mesin pernafasan pada hari tu. and for ur knowledge, dia mmg tak de progress langung. kaki, tangan...even blinking...kita buat ler apa pon kat dia, sedut kahak dia, cucuk kaki dia ngan jarum, amik darah dia...dia tak wat pepe...not even a single cough..."....anak mama, bertahan ye. mama tau anak mama kuat...im not ready to lose u...

aku n hubby balik...sedih yg amat... END OF EP 2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.092236 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list