CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5697|Reply: 14

KELAB PENYOKONG BOLASEPAK MALAYSIA

[Copy link]
Post time 10-8-2007 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Aku rasa semua kelab2 penyokong bolasepak Malaysia, tak kira kelab penyokong Selangor ke, penyokong sarawak ke, penyokong Kelab PKNS ke, Kelab MU ke, CHelsea ke, Liverpool ke.... perlu bergabung membentuk KELAB PENYOKONG BOLASEPAK MALAYSIA.  
Dengan keahlian yang jumlah ratusan ribu, suara kita akan di dengar hingga di peringkat Parlimen. Kita boleh mendesak  FAM untuk melantik wakil dari Kelab Penyokong duduk di dalam Executive Commitee. dan lain-lain . Barulah kita boleh mencorakkan carta bolasepak kita.
So Fan club yang aktif macam chelsea,mu,liverpool , arsena dll mungkin boleh bergabung di bawah European League Fan Club ke..... kemudian dari situ korang boleh bergerak hingga menggabungkan semua fan club. Dengan cara ini aku rasa, banyak syrikat pun sanggup sponsor......!

common jom kita diskuss......
aku dah tak sanggup nak bilang ranking kita.............!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 10:01 AM | Show all posts
cadangan yang baik..tapi hakikatnya sesebuah negara itu tak perlu ada kelab penyokong kerana yang menyokongnya adalah seluruh rakyat negara tersebut..lihatlah betapa taksubnya penyokong-penyokong Itali, England, Brazil, Peancis yang sanggup menangis kalau pasukan mereka kalah...kelab penyokong hanya sesuai untuk pasukan club bukannya negara tapi jika tiada pilihan lain untuk memajukan bolasepak malaysia..mungkin juga perlu di wujudkan kelab penyokong...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by Hang at 10-8-2007 08:59 AM
Aku rasa semua kelab2 penyokong bolasepak Malaysia, tak kira kelab penyokong Selangor ke, penyokong sarawak ke, penyokong Kelab PKNS ke, Kelab MU ke, CHelsea ke, Liverpool ke.... perlu bergabung  ...


saya setuju..... kita kena pantau PENYAMUN dlm FAM... bukan takat bola sj.... sukan lain pun.... m'sia la bnyk PENYAMUN.....:@
yg kena samun kita la.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:48 AM | Show all posts
Bro Hang, klu tak silap aku, pada rancangan 360 minggu lps, ade segmen khas ttg senario bola M'sia. Ade satu kelab penyokong m'sia....aku tak ingat bahasa inggeris nya...mmg diorang komited gila nk pulihkn skuad kebangsaan. Aku tgk berbilabg bangsa jgk yg join tu, semua pki bju hitam. N diorang ade gi stadium masa Piala Asia ari tu...

Aku rasa klu diorang ade website/ alamat rasmi, kitorg leh join......kelab baju hitam ni cuma perlukan ramai lg org utk support diorang. Mgkn diorang kurang publisiti lg.
Ade sesspe kt sini yg tahu kelab nih..?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 12:06 PM | Show all posts

Reply #4 edmundo's post

ada website derang   -  http://www.blackparadeunited.com/
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 01:04 PM | Show all posts
dulu tahun 1982... peminat bola boleh tubuhkan Tabung untuk kutip duit nak taja live telecast world cup...!
kita perlu tubuh kelab untuk pantau FAM... ni..!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2009 02:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 07:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2009 08:25 AM | Show all posts
BUMP!

saya up kan lagi..hidup ultra malaya hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 11:27 AM | Show all posts
Azraai rasa terkejut
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmmetro.com.my

KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghalang Harimau Muda A bersaing dalam saingan Liga Super 2010 menimbulkan persoalan buat jurulatih skuad Bawah 21 tahun itu, Azraai Khor Abdullah.

Beliau yang terkejut dengan keputusan drastik badan induk bola sepak negara itu sehingga kini masih belum mendapat penjelasan rasmi daripada majikannya.

“Secara peribadi, saya memang terkejut. Saya memohon jawatan sebagai jurulatih Harimau Muda A untuk membimbing mereka dalam Liga Super sebab saya yakin pemain mampu memberi impak dalam saingan itu. Jadi, saya memang terkejut dengan keputusan FAM itu, tapi sebagai kakitangan, saya terpaksa akur.

“Saya belum mendapat sebarang penjelasan kerana Datuk Azzuddin Ahmad (Setiausaha Agung FAM) sudah berangkat ke Laos, mungkin dalam minggu ini juga saya akan bertemu dengannya,” kata Azraai.





Pada sidang media selepas mesyuarat Majlis FAM yang dipengerusikan Presiden, Sultan Ahmad Shah kelmarin, FAM memutuskan tidak membenarkan Harimau Muda A menyertai Liga Super musim depan. Pemain skuad itu akan dilepaskan beraksi bersama pasukan negeri dan kelab.

Harimau Muda B yang dibarisi pemain Bawah 19 tahun kekal dalam kancah Liga Perdana. Apa yang sukar diterima apabila pasukan di tempat kedua tercorot Liga Super musim lalu, Pahang yang sepatutnya bertanding dalam Liga Perdana musim 2010 dipilih menggantikan tempat Harimau Muda A.

Pada pandangan Azraai, langkah FAM itu kurang tepat kerana Harimau Muda A yang menjuarai Liga Perdana, musim lalu selepas hanya dibentuk selama dua tahun, harus kekal bersama dan bermain secara konsisten di peringkat lebih kompetitif.

“Ini menimbulkan tanda tanya apabila pemain Harimau Muda A diarah pulang ke negeri masing-masing. Adakah mereka akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama, kalau sebagai pemain simpanan saja, ia tidak memadai.

“Pemain perlu terus kekal bermain sebagai satu pasukan. Ini terbukti berkesan apabila mereka menjuarai Liga Perdana selepas beraksi bersama selama dua tahun. Malah apa akan terjadi dengan kontrak pemain yang akan tamat Mei depan,” katanya.

Azraai yang sebelum ini membimbing skuad Liga Super Kedah berkata, sesuatu harus dilakukan bagi memastikan pemain Harimau Muda A tidak disia-siakan kerana mereka adalah antara pemain yang bakal menggalas cabaran negara di Sukan Sea 2011.

“Mungkin kita boleh bawa Harimau Muda ke liga luar negara, seperti ke Singapura kerana pasukan itu mendapat tajaan Kementerian Belia dan Sukan. Mereka harus kekal bersama sebab sebelum ini sejarah sudah menunjukkan apabila pemain muda dibiarkan mewakili negeri, mereka gagal memberikan aksi berkesan,” kata Azraai.

p/s:kungfu up FAM.. sial PAHANG dpt main ihsan sultan diorg... :@
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 11:29 AM | Show all posts
come on up balik KELAB PENYOKONG BOLA SEPAK MALAYSIA...

sial FAM cam bodoh cam taik..

team Harimau Muda patut kekal bg coach Azroi pegang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 12:20 PM | Show all posts
kenape malaysia takde liga pasukan simpanan?
ke aku je tak tau?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 12:59 PM | Show all posts
12# pawangBuaya


ada piala presiden, piala emas raja-raja........... belum masuk lagi piala fam, liga perdana dan liga super.... kira banyak dah tuh...... tapi yg benar2 talented hampeh........
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 01:00 PM | Show all posts
11# aimanutd


betoi 3x......... takkan nak buat banner kat stadium or depan pejabat fam "pasukan haram mendapat ihsan fam"......
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 02:32 PM | Show all posts
14# jofizo

aku benci org tua tu pegang FAM x maju2 pon dr dulu lg.. :@

aku lg benci org2 FAM yg perasan eksekutif sgt konon2 memperjuangkan bola sepak Negara tp x berani nak angkat muka lawan presiden yg sux pakai autoriti sendiri..

aku lg anti KJ yg ckp poyo jer nak banned blk team Wanita dr main wakil negara sbb kalah kat sukan SEA.. come on pd pendapat aku kite perlukan liga yg benar2 kompetitif yg mencabar yg benar2 talent bersaing..

cth team Wanita xde liga khas buat diorg maka yg wakil negara kerat2 suku jer yg automatik wakil negara tanpa coach xde pilihan yg ram

then team berbakat cam HARIMAU MUDA yg patut diberi peluang bersaing dlm LIGA SUPER yg bakal dilatih oleh coach yg bagus azrai tp at the end alasan bangang diberi FAM...

PAHANG dpt main blk LIGA SUPER team HARIMAU MUDA dibubarkan sbb negeri2 xcukup player cam bodoh jer statement.. come on mane media massa kritik ler bola sepak negara.. sux..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.081432 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list