CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3734|Reply: 4

Bunuh bayi perempuan kerana wang hantaran

 Close [Copy link]
Post time 10-8-2007 11:23 PM | Show all posts |Read mode
Keluarga miskin, pertengahan di pedalaman India hapuskan janin selepas ketahui jantina kandungan

PEMBUNUHAN janin perempuan masih berleluasa di kawasan pedalaman India. Semuanya berpunca daripada kemiskinan dan sistem pemberian wang hantaran kahwin yang mahal hanya memberi gambaran bahawa pembunuhan anak masih berlaku di India yang progresif.

Dalam satu penemuan yang mengerikan beberapa minggu lalu, polis menemui 30 bahagian tubuh bayi dalam perigi lama yang sudah ditinggalkan berhampiran klinik bersalin di Nayagarh, daerah di timur Orissa, dan beberapa hari kemudian lebih banyak bahagian tubuh bayi ditemui bertaburan di pantai di negeri itu.

Kemiskinan hidup menyebabkan sesetengah keluarga di India, terutama di luar bandar, lebih suka anak lelaki daripada anak perempuan. Sistem pemberian wang hantaran kahwin yang diamalkan sejak turun-temurun, walaupun sudah diharamkan di India, dikatakan boleh memusnahkan sesebuah keluarga dari segi kewangan.

Mengikut sistem sosial itu, keluarga pengantin perempuan yang mengahwinkan anak mereka perlu membayar wang hantaran yang besar.

“Beban sistem pemberian wang hantaran kahwin ini memaksa keluarga untuk membunuh anak perempuan mereka. Amalan ini bukan saja tersebar luas di kalangan keluarga miskin, tetapi juga keluarga golongan pertengahan,” kata Umesh Purohit, pekerja sosial dengan kempen menentang buruh kanak-kanak kepada Bernama.

Kerajaan dan pekerja sosial mengakui bahawa faktor kemiskinan yang ditambah pula oleh sistem pemberian wang hantaran kahwin ialah antara beberapa alasan bagi amalan pembunuhan bayi perempuan di India.

Dalam tempoh 20 tahun lalu, perangkaan kerajaan menunjukkan lebih 10 juta kanak-kanak perempuan dibunuh oleh ibu bapa mereka sendiri.

Sesebuah keluarga dengan beberapa anak perempuan akan menghadapi kesukaran untuk mengahwinkan anak perempuan mereka kerana pemberian wang hantaran kahwin yang tinggi, satu adat yang cukup mahal di India.

“Ia satu putaran wang hantaran kahwin... anak muda kini bersifat tamak. Mereka meminta supaya dibelikan skuter, alat pendingin (udara), malah, peti sejuk. Kadang-kadang mereka mahu wang tunai juga.

“Beberapa tahun lalu di Nayagarh hantaran kahwin adalah kira-kira 50,000 rupee (RM4,500) hingga 70,000 rupee (RM6,250).

“Tetapi ia kini sudah meningkat kepada kira-kira tiga hingga lima lakh (RM27,000 hingga RM45,000). Bagaimana keluarga biasa dapat memberi wang sebanyak itu?” kata Purohit.

Sementara itu, seorang lagi pekerja sosial Binayak Swain, dari Orissa Alliance Against Child Rights memberitahu Bernama pembunuhan bayi di negara itu sudah meningkat selepas berlakunya ribut pada 1999 yang membawa banyak kemusnahan kepada negeri itu.

“ Pembunuhan bayi perempuan menjadi ikutan ramai sejak 1999 selepas negeri kami dilanda ribut yang besar. Kemiskinan meningkat terutama di kawasan pantai yang mana sistem pemberian wang hantaran kahwin masih menjadi amalan ramai. Perkahwinan menjadi semakin mahal bagi kebanyakan keluarga di sini,” katanya.

Lagi pula, katanya, mudahnya untuk mendapatkan peralatan diagnostik moden membantu keluarga untuk mengetahui jantina bayi mereka pada peringkat awal dan bayi perempuan adalah berita buruk buat keluarga berkenaan.

“Di kawasan pedalaman Nayagarh ada yang mengendalikan pusat diagnostik bergerak menggunakan van kecil. Mereka boleh mendiagnosis jantina bayi hanya dengan bayaran 500 rupee (RM44),” katanya.

Menurut pekerja sosial, lebih 12 rumah penjagaan persendirian dan klinik ultra bunyi ada di Nayagarh yang mempunyai nisbah jantina antara terburuk di Orissa, iaitu 901 wanita berbanding 1,000 lelaki.

Di Orissa yang mana lebih 40 peratus penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan, bukanlah satu-satunya negeri yang membunuh janin mereka ketika masih di dalam kandungan, malah negeri lain yang turut dilanda kesusahan seperti Rajasthan, Bihar dan Uttra Pradesh juga mempunyai rekod pembunuhan bayi yang membimbangkan.

“Secara tradisinya keluarga lebih menyukai anak lelaki daripada anak perempuan kerana anak lelaki dapat memberikan pendapatan kepada keluarga. Mereka dianggap kurang memberi beban daripada segi kewangan berbanding anak perempuan yang kebanyakannya buta huruf di kawasan luar bandar,” katanya. — Bernama

p/s - too bad....

[ Last edited by  enzo at 10-8-2007 11:24 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 11:48 PM | Show all posts
ade lagi kepercayaan cam nie ye
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:57 PM | Show all posts
masih wujud lagi manusia jahil di zaman moden
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2007 12:58 AM | Show all posts
ermm.. my opinion baby tu x bersalah n jgn r dibunuh hanya kerna budaya n adat yg merugikan.. sbnrnye bkn jer kat india tp kat sini gak hantaran kahwin mkn menjd2 maybe sbb nak mnunjuk2..    

rata2 kini hantaran kawin mencecah puluh ribu ringgit.. so dimana ltk nye nilai cinta adakah dinilai pd harta @ budi yg patut dipandang dahulu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 09:43 AM | Show all posts
Originally posted by zanna4eva at 10-8-2007 11:57 PM
masih wujud lagi manusia jahil di zaman moden



bagi bub, perkara mcm nie mmng wujud.. moden ato tak seseorang itu adalah berkait rapat dgn persekitaran.. mungkin kita kata kita sudah moden, tetapi bagi masyarakat di pendalaman spt itu, mungkin keadaan dan pemikiran mereka adalah 30 tahun masih di belakang  "kemodenan" kita... ini dapat disamakan dgn sesetengah kawasan pendalaman dimalaysia sendiri... pernah saya berpeluang melawat ke suatu tempat di pendalaman sabah... saya lihat keadaaan dan pemikiran mereka yang terdedah kepada persekitaran tersebut adalah bagaikan 10 tahun di belakang kita.... mungkin kita tak mengakuinya tetapi kita lihat bagaimana keadaan dan pemikiran sesetengah imigrant yg datang kenegara kita?.. andai mereka dari pendalaman, bagaimanakah pemikiran mereka and andai mereka dari kawasan bandar, bagaimana pula keadaan dan pemikiran mereka?... berbza daripada kita bukan... andai kita melangkah ke hutan2 tebal di kawasan amazon,  saya percaya masih ada masyrakat disana yang masih memakan orang... tapi kernyataannya, mereka juga hidup sezaman dgn kita di dunia moden ini...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.161165 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list