CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: seribulan

[Idea] apa itu...PREJUDIS

[Copy link]
Post time 18-5-2017 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Prejudis

Selalu terjadi bila berada di kalangan org yg tidak kt kenali atau yg kt tidak sukai.

Bole jadi timbul perasaan meluat, iri hati, cemburu, menyampah kalau tidak di bendung.
Boleh jugak menyebabkan kt malu sendiri kalau ape yg kt pikir itu tidak seperti yg terjadi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2017 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
sentiasa bersangka buruk terhadap orang lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
First opinion without further thinking maybe??
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 02:37 PM | Show all posts
Prejudis
Kepercayaan dan perasaan negatif mengenai kelompok etnik lain.
Prejudis tidak disuarakan secara terbuka.
Bersifat umum dan tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi.
Wujud berdasarkan satu imej mental, biasanya kurang memuaskan tehadap kumpulan etnik tertentu.
Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Prejudis, stereotaip dan diskriminasi saling berhubung kait
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 02:38 PM | Show all posts
Sikap prejudis seringkali melibatkan sikap individu kepada individu atau kelompok yang berlainan dari segi agama, etnik, jantina dan orientasi seksual. Ia adalah tindakan menghukum atau menilai tanpa bukti dan selalu didasarkan atas persepsi yang telah dibina terlebih awal. Kesan sikap prejudis di tahap individu boleh merosakkan sesuatu perhubungan manakala dalam skala yang lebih besar, ia boleh melibatkan keganasan dan peperangan. Tentu sekali sikap prejudis ini perlu dielakkan.

Beberapa langkah dilihat boleh membantu mengurangkan sikap prejudis dan diskriminasi. Langkah pertama ialah kita perlu kenal individu lain atas dasar peribadi sebelum mengambil keputusan untuk tidak menyukai mereka. Kita tidak akan menyukai semua orang tetapi perlu menghormati orang lain sebagai seorang individu dan meluangkan masa bersama-sama mereka sebelum membuat sebarang hukuman atau penilaian.

Kita perlu menyedari banyak cara sesuatu perkara boleh dilakukan.

Dalam langkah kedua, sikap prejudis boleh diatasi dengan melayan orang sebagaimana kita ingin orang melayan kita. Kita perlu berfikir bagaimana perasaan jika dilayan atas tindakan kita dan melihat sesuatu tindakan dari perspektif yang berbeza.

Langkah ketiga ialah kita perlu belajar mengenai budaya yang berbeza dan memahami perbezaan antara diri dengan orang lain. Pendidikan membolehkan kita membezakan sesuatu yang bersifat realiti dengan mitos. Semakin banyak kita belajar, semakin baik kita dapat menghubungkan diri dengan orang lain.

Langkah keempat ialah menghormati perbezaan yang wujud. Manusia perlu bersetuju untuk tidak bersetuju. Walaupun kita tidak menyukai orang lain, kita masih boleh menghormati pandangan mereka dan mesti menghargai hak mereka untuk membuat pilihan

Cadangan untuk mewujudkan Akta Hubungan Kaum amat perlu disokong untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan rakyat pelbagai kaum dapat hidup dengan harmoni.

Elemen-elemen asas seperti membuang sikap prejudis dan perasaan curiga sesama kaum, keikhlasan dan menghormati hak serta privasi sesama kaum perlu wujud dalam menjadikan Akta Hubungan Kaum ini satu kejayaan.

Hapuskan sikap prejudis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.056767 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list