CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

JPJ: Latest: JPJ Tapis Sebelum Beri Lesen Pada Orang Asli - Discrimination?

[Copy link]
Post time 16-8-2007 07:18 AM | Show all posts
6 tindakan serta-mertaOleh Wan Hazmir Bakar

Kabinet mahu pastikan pengangkutan awam lebih selamat

PUTRAJAYA: Penggantungan serta-merta permit syarikat pengangkutan awam yang terbabit dalam kemalangan maut adalah antara enam tindakan segera yang diluluskan Kabinet semalam, bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam, terutama bas ekspres, lebih selamat.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy , berkata Kabinet bersetuju semua enam tindakan itu dilaksanakan serta-merta berikutan nahas jalan raya terburuk yang mengorbankan 20 orang di Kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping, Isnin lalu.


Dalam nahas jam 4.40 pagi itu, sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Melaka ke Alor Star bersama 29 penumpang, terbabas dan melanggar penghadang lebuh raya sebelum terhumban ke dalam parit serta merempuh bongkah batu di situ.

Rempuhan itu menyebabkan bas berkenaan terbalik dan bumbungnya tercabut. Siasatan awal polis juga mendapati pemandu bas berkenaan, Rohizan Abu Bakar, 38, yang turut terbunuh dalam nahas itu, mempunyai 15 kesalahan trafik termasuk dua waran tangkap.


Chan berkata, tindakan itu adalah antara beberapa perkara yang terkandung dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya 2005-2006 yang dirangka kementeriannya untuk dilaksanakan secara berperingkat.

"Akan ada lebih banyak program keselamatan akan dilaksanakan satu demi satu selepas ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Menjelaskan mengenai pelaksanaan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran yang dirangka di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, beliau berkata, ia menggariskan beberapa panduan bagi majikan untuk memastikan keselamatan pekerja ketika bertugas.

Katanya, kod amalan keselamatan yang kini diguna pakai syarikat multinasional seperti Shell dan Exxon Mobil itu, juga melindungi pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung ketika pekerjaan itu dijalankan.

揑ni bermakna semua syarikat pengangkutan awam dikehendaki merangka dasar dan program 'self-regulatory' atas dasar mengutamakan keselamatan seperti yang diamalkan industri pengangkutan udara, termasuk sistem pengambilan dan pengujian pemandu,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2007 09:18 AM | Show all posts
kat dalam Mykad kan buleh letak byk info..(JPN insider yg bagitau)..

sume lesen pemandu buleh store kat dlm mykad..  permit pun buleh..  yg paling best, org tak buleh forge data in the chip..



just need enforcement to do enforcement..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 09:43 AM | Show all posts
Originally posted by de?erci at 16-8-2007 07:18 AM
6 tindakan serta-mertaOleh Wan Hazmir Bakar

1 - Penggantungan serta-merta permit syarikat
2 - Menggantung permit bas yang gagal pemeriksaan Puspakom tiga kali berturut-turut
3 - Melaksanakan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran bagi pengurusan kenderaan komersial
4 - Bumbung kenderaan komersial baru akan dibina mengikut garis panduan R66 ECE (Suruhanjaya Ekonomi Eropah)
5 - Menambah baik sistem penghadang jalan di seluruh negara
6 - Melaksanakan kursus kecekapan tambahan untuk pemandu komersial



Dah terlambat.....    nyawa dah byk melayang baru nak bagi tindakan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 09:52 AM | Show all posts

Reply #23 Lina66's post

Betul tu...dah 19 nyawa penumpang melayang baru nak di ambil tindakan....tapi setakat mana penguatkuasaan undang2 terbaru ni...tak tahu ler tapi rasanya hangat2 taik ayam jer. Lepas 5-6 bulan..undang2 ke mana...penguatkusaan pun entah kemana. Nanti kalau accident lagi...mula la tunjuk sana sini. Silap sendiri tak nak mengaku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 03:27 PM | Show all posts

Didik nilai Islam kepada pemandu

Didik nilai Islam kepada pemandu
16-08-2007 03:10:47 PM
KUALA TERENGGANU:  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dicadang supaya mewujudkan slot khas yang menekankan tentang disiplin di jalan raya berlandaskan nilai-nilai Islam dalam sukatan pelajaran kursus memandu bagi mengelak berlakunya lebih banyak kemalangan maut.

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika membuat cadangan itu berkata pemandu yang cuai sehingga menyebabkan kematian adalah sama seperti membunuh tanpa niat, yang juga merupakan satu kesalahan besar dalam Islam kerana ia susah hendak diselesaikan.

"Bagi bukan Islam, mungkin diadakan kursus-kursus berkaitan moral. Kursus-kursus seperti ini tidak pernah diadakan oleh JPJ," katanya kepada pemberita selepas membentangkan dua kertas kerja pada program Munaqashah Fikru Al-Islami Siri Kelima, bertajuk "Keluasan Menerima Pendapat, Keperluan Muslim Moden" dan "Mudahkan Pendekatan Islam, Jangan Eksklusifkannya" di sini hari ini.

Dr Mohd Asri diminta mengulas mengenai kemalangan bas ekspres di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang, Taiping awal pagi Isnin lepas, yang disifatkan sebagai nahas jalan raya paling buruk dalam sejarah negara, yang menyebabkan 20 orang maut, lapan cedera parah manakala seorang cedera ringan.

Beliau berkata pemandu di negara ini sebenarnya kurang bersopan apabila berada di atas jalan raya dan keadaan itu menunjukkan bahawa mentaliti rakyat negara ini masih lagi mundur.

Sehubungan itu, beliau berkata semua pihak perlu mencari jalan bagi mengatasi masalah itu dan tidak membiarkan perkara itu berterusan.

BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 03:48 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Tampal sticker 'Islam is great' pastuh triple park tgh2 jalan depan mesjid pd ari jemahat?


jgn buat malu Islam dek pe'el tak semenggah pemandu malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2007 04:04 PM | Show all posts

Reply #2 kabukiman's post

hehe..nak didik macam islam hadhori ke isle PAS...bukan apa, nanti banyak pulak sticker di tampal di bas.............lambang islam.
Reply

Use magic Report

katak_gemok This user has been deleted
Post time 16-8-2007 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by kabukiman at 16-8-2007 03:48 PM
Tampal sticker 'Islam is great' pastuh triple park tgh2 jalan depan mesjid pd ari jemahat?


jgn buat malu Islam dek pe'el tak semenggah pemandu malaysia



Cerita pasal double parking tepi jalan pada hari jumaat, saya teringat akan arahan yg dikeluarkan oleh IGP Tun Hanif semasa dia berkuasa dulu2. Dia beri arahan pd suma traffic police utk jangan2 takut2 dan malu2 utk keluarkan saman pada mana pengikut Islam yg parking kereta sesuka hati tepi jalan ketika sumbangyang Jumaat. Katanya pengikut2 ajaran Islam juga tidak terkecuali dan perlu patoh undang2 jalan raya meskipon ingin beribada pada tuhan allah. No exception when it comes to law.

Tun Hanif kemudiannya petik kata2 Jesus yg masyhur iaitu "Render to Caesar what belongs to Caesar and to God what beloongs to God". Hati beliau begitu mulia and tulus.

Sayangnya bila ada IGP baru ambil alih, turus keluarkan "unwritten" instruction yg kata tak perlu saman org yg double parking hari jumaat kunonnya nak jaga hati org islam....allahu aklam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2007 04:55 PM | Show all posts
Originally posted by kabukiman at 16-8-2007 03:48 PM
Tampal sticker 'Islam is great' pastuh triple park tgh2 jalan depan mesjid pd ari jemahat?


jgn buat malu Islam dek pe'el tak semenggah pemandu malaysia

Itu bukannya apa uncle kabu.....nak bagi tunjuk kat orang ugama lain betapa hebatnya Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 05:16 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 16-8-2007 03:27 PM
Didik nilai Islam kepada pemandu
Beliau berkata pemandu di negara ini sebenarnya kurang bersopan apabila berada di atas jalan raya dan keadaan itu menunjukkan bahawa mentaliti rakyat negara ini masih lagi mundur.


tau tak pe...

suruh JPJ bagi khutbah terus kan bagus pada pemandu2 baru dan lama...
Reply

Use magic Report

katak_gemok This user has been deleted
Post time 16-8-2007 05:18 PM | Show all posts
Kena didik nilai islam baru driver jadi baik dan bersopan kah?? Nilai nilai agama lain spt Buddhism tak boleh kah?? Kena Islam juga kah??
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 05:39 PM | Show all posts
...setiap kali ada kemalangan besar, beruk-beruk ni melompat-lompat mengeluarkan cadangan-cadangan yang sepatutnya telah dilaksanakan dan dipantau berpuluh-puluh tahun dulu...
...dan lembu-lembu penyokong mereka akan mengangguk-angguk
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 09:20 AM | Show all posts
Ministry to act against firms with bad track record

SERDANG: Only a bus company with a bad track record will have its entire fleet grounded and all permits suspended if one of its buses is involved in a serious road accident, Transport Minister Datuk Seri Chan Kong Choy said.

He said the relevant authorities would soon draw up detailed guidelines and also engage the industry in dialogue before implementing this.

揥hat is important is that we want to send a strong message that everyone, especially public transport operators, has to be very serious about safety.

揑n fact, I commend the Commercial Vehicle Licensing Board (CVLB) for grounding the fleet of the bus company involved in the (Taiping) accident until a comprehensive audit is carried out,
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 10:54 AM | Show all posts
apa kata hadkan perkhidmatan bas ekspress untuk perjalanan jauh tu sampai pukul 1 pagi saja; ini boleh mengelakkan dari pemandu yang mengantuk bila membawa bas tengah2 malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by freebird at 16-8-2007 04:39 PM
...setiap kali ada kemalangan besar, beruk-beruk ni melompat-lompat mengeluarkan cadangan-cadangan yang sepatutnya telah dilaksanakan dan dipantau berpuluh-puluh tahun dulu...
... ...




dulu ada sekor beruk cadangkan kotak hitam, lepas tu lampu had laju, kemudian ada sekor lagi beruk dipaparkan no talian hayat kalau ada masaalah pada kenderaan tersebut, cadangan yang macam ni barulah kita boleh panggil retorik semata-mata, yang hairan tu kenapa seorang pemandu ada 15 kesalahan jalan raya boleh memandu lagi, apa polis dan JPJ buat ? besok kita jangan marah pulak bila ada orang buat lagu kutuk polis kalau macam ni kualiti sistem penguatkuasaan kita, sekarang ni ada orang cadangan digantung perkhidmatan bas untuk syarikat yang terlibat kemalangan, kalau macam tu bayangkanlah kalau bas syarikat besar seperti transnasional mengalami kemalangan adakah perkhidmatan syarikat itu digantung, kalau betul digantung, kenapa hanya meliputi untuk bas saja, macam mana pula dengan lori, kita sudah lupa sebuah lori kontena melanggar kereta di tol dekat changloon, apa cerita pasal kemalangan tu senyap saja, kalaulah syarikat bas dikenakan tindakan sepatutnya syarikat lori pun tidak boleh terkecuali, sumber kemalangan pun banyak datang dari lori, membuat keputusan biar adil jangan hanya ikut bermusim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2007 09:22 AM | Show all posts
Demerit Kejara sebaik kena saman
Oleh Abdul Razak Raaff


KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, untuk membolehkan pesalah trafik yang melakukan kesalahan mengikut 18 kategori dalam sistem Keselamatan Jalan Raya (Kejara), dikenakan mata demerit serta-merta

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, berkata pindaan itu bertujuan meningkatkan keberkesanan sistem Kejara dalam memastikan semua pemandu sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas.

Katanya, ia juga dibuat untuk memastikan semua pesalah trafik yang melakukan kesalahan berat dikenakan tindakan tegas termasuk tidak dibenarkan memperbaharui, digantung atau ditamatkan lesen memandu mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2007 04:26 PM | Show all posts
Banyak bas guna badan kimpal
Oleh Hardi Effendi Yaacob


KUALA LUMPUR: Hampir 50 peratus daripada jumlah keseluruhan bas awam, termasuk bas ekspres di negara ini didapati tidak selamat kerana menggunakan badan bas dikimpal yang menyebabkan strukturnya tidak kukuh, berbanding model import sepenuhnya (CBU) atau pemasangan tempatan (CKD).

Jurucakap bahagian Teknik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, kebanyakan bumbung bas terbabit tidak disambung terus ke platform yang boleh membahayakan nyawa penumpang sekiranya berlaku kemalangan dahsyat.

Kebanyakan bas memang menggunakan casis dan enjin dari luar (negara), namun masalah utama ialah badan dan bumbung bas dibina tidak mengikut piawaian keselamatan atas alasan untuk menjimatkan kos,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 07:56 AM | Show all posts
'Kemalangan berlaku sebab agensi penguatkuasa lemah'
20-08-2007

KUALA LUMPUR:  Kemalangan ngeri yang membabitkan bas ekspres sehingga meragut 22 nyawa di Bukit Gantang, Perak Isnin lepas mungkin dapat dielakkan sekiranya kelemahan dalam sistem penguatkuasaan yang membabitkan agensi-agensi seperti Puspakom sejak beberapa tahun lalu, dapat dikenalpasti dan diatasi, kata Pengerusi Yayasan Inisiatif Tindakan Sosial Tan Sri Robert Phang.


Beliau berkata kelemahan dalam sistem penguatkuasaan undang-undang merupakan antara sebab berlakunya kemalangan jalan raya.

"Berdasarkan statistik polis, kirakira 18,834 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan di Malaysia sejak tiga tahun lalu dan ia jelas menunjukkan bahawa sistem penguatkuasaan di Malaysia sangat lemah sehingga memberi kesan negatif dan membahayakan semua pengguna jalan raya," katanya.

Phang berkata demikian pada persidangan akhbar mengenai tragedi kemalangan bas ekspres yang berlaku pada pukul 4.30 pagi itu, apabila bas berkenaan terlanggar penghadang di Lebuhraya UtaraSelatan sebelum terjunam ke dalam parit sedalam lima meter.

Sehubungan itu beliau meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom memberi penjelasan secara terperinci mengenai kemalangan itu kepada orang ramai, di samping melihat perkara tersebut dengan lebih serius.

Phang seterusnya meminta supaya masalah penguatkuasaan dapat diselesaikan dengan segera, dan pihak terbabit tidak menuding jari kepada orang lain, yang akhirnya hanya akan meninggalkan persoalanan tentang siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap tragedi ini.

Phang yang juga ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia berkata JPJ mesti bersikap telus dengan mengakui kelemahan-kelemahannya.

Beliau seterusnya meminta Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy supaya menyelesaikan masalah itu dengan segera kerana ia membabitkan nyawa manusia.

Selain itu menurutnya beliau mempunyai bukti-bukti mengenai penyelewengan yang berlaku dalam JPJ, dan beliau akan menyerahkannya kepada Badan Pencegah Rasuah tidak lama lagi.

Selain itu, Phang berkata beliau merancang untuk menganjurkan debat umum mengenai masalah sistem penguatkuasaan serta keselematan jalan raya, dan akan menjemput tokohtokoh terkenal menganggotai barisan panelnya, tidak lama lagi

----------------------------------------------------------------------------------------

basically memang sebab penguatkuasaan undang2 yang lemah yang menjadi
punca utama kemalangan jalanraya --

kalau undang2 dijalankan dengan sempurna - such as speeding mesti kena saman -
rasuah tak ambil, motorist yang tak pakai helmet  di saman,  pemandu tanpa
seatbelt kena fine,  rear seatbelt and carseat for babies mandatory  and
all those rules kena follow cow cow -  meaning kalau tak follow rules  - memang kena
saman no question ask -- mesti ramai yang akan ikut betul2 undang2 ni
hence, can reduce the accident --- nak2 yang memang sokmo speeding and  
as well as DUI -  

lagi satu kereta, bas, lori yang dikeluarkan tu  dapat green light dari puspakom  
after thoroughly inspection bukan dok inspect macam kambing - main belasah
semua lulus -  dan dan yang dah 20 tahun punya bas pun masih beroperasi di jalanraya --

therefore - bottom line - penguatkuasaan undang2 sangatlah penting dalam
memastikan kadar kemalangan jalanraya berkurangan  ( i mean ajal maut ditangan tuhan
janganlah pulak people expect  dah kuatkuasakan  - tak ada langsung kemalangan -
thats just absurd )-  but i believe the rate gonna decrease given all the procedures
are implemented
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 08:22 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Td kat TB3.........deme jemput Ketua Pengarah PUSPAKOM.
Di antara kata kata nya ialah..........

"Tak bley ler nak harap JPJ, PUSPAKOM etc berada di setiap tempat setiap masa.........."

"Ia lebey kepada SELF REGULATION/REGULATORY..........sendiri punya kenderaan , sendiri laa kena buat maintenance!"

Kalau ini lah ALASAN seorg Ketua Pengarah............teman ghaser, kita tak perlu laa kasi dier GAJI TINGGI.
Tukang sapu sampah pung bley jadi Ketua Pengarah kalau g2.

BUKAN lah kiter nak harap Pihak Penguatkuasa berada di setiap persimpangan!

Kita pung tahu...........deme busy sokmo.
Busy dgn makan makan.........
Makan kat hotel.....
Makan tepi jalan.....
Makan atas jalan.......
Makan $$$ pung banyak gak.

Yang kita harapkan ialah.............Penguatkuasa ini hendak lah memastikan PEMANDU2....TERGHASER akan kehadiran deme.
Penguatkuasaan hendak lah sampai ke tahap SELF REGULATORY!!!!

TAPI kalau Ketua Pengarah punya AKAL sejengkal cam g2................susah laaaaa

Nak sampai ke tahap SELF REGULATORY...........perlukan bbrp langkah.
1. Penguatkuasaan
2. Hukuman yg berat/tegas dan cepat (di hadap ke mahkamah)
3. Kursus secara berjadual

Di antara AGENSI yg terlibat ialah:
1. POLIS/PDRM - saman tanpa mengira darjat, pangkat, umur
2. JPJ - saman pada pelbagai kesalahan (lampu signal yg berlainan warna, unauthorised modification etc)
3. PUSPAKOM - pemeriksaan yg tegas
4. Kementerian Pengangkutan
5. Mahkamah - utk mempercepatkan hukuman

Dan last sekali................... JANGAN MAKAN RASUAH semasa bertugas!!!

Wsalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 08:31 AM | Show all posts
Errr kotak Hitam mana??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.079675 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list