CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

JPJ: Latest: JPJ Tapis Sebelum Beri Lesen Pada Orang Asli - Discrimination?

[Copy link]
Post time 28-8-2007 09:10 AM | Show all posts
in the Sun today :-

293 bus firms fail to settle 70,000 summonses
by Charles Ramendran

KUALA LUMPUR (Aug 27, 2007): Traffic police have given 293 bus companies two weeks to settle about 70,000 in outstanding traffic summonses amounting to millions of ringgit.
Federal traffic police chief SAC II Hamza Taib said after the deadline, police will take stern action, including issuing arrest warrants on owners or company directors.

He told a press conference in Bukit Aman today that from 1999 to this year, police issued 114,339 traffic summonses against buses nationwide. Of that number, only 44,499 were settled.

Among the bus companies with the highest number of summonses are Transnasional Ekspress Bhd (1,439) and Sykt Kenderaan Melayu Kelantan.

After the deadline, police will go knocking on the companies' doors. If that fails, arrest warrants will be issued against those managing the companies.

Although Hamza declined to say how much the fines for the unsettled summonses totalled up, it is believed to run into more than RM10 million.

Under the Road Transport Act, there are provisions to act against the owner, director, secretary or manager of a transport company if their drivers fail to settle summonses.

The authorities are taking a stern stance on bus companies following the country's worst bus crash on Aug 13 when 22 people were killed in Bukit Gantang on the North-South Expressway.

A multi-departmental 24-hour operation codenamed Ops Bersih was launched on Aug 22 to weed out, among others, buses without permits, and bus drivers who drive under the influence of drugs.

To date, two bus drivers, two lorry drivers and four drivers of private vehicles have been tested positive for drugs. The operation will end on Wednesday (Aug 29).

ayoyo.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2007 09:20 AM | Show all posts
kesian gak pada yg bergantung pada pengangkutan awam untuk bergerak.... tp lebih baik sakit dahulu dari susah kemudian.. memang patut diajar skit kompeni bas nih.... dr kaunter sampai ker drebar penuh dgn samseng walau bukan semua.. aku dah naik bermcm2 kompeni bas.... memang bleh bilang jari yg bebetul berhemah

kebanyakkan yg aku jumpa ok kebanyakkan pakcik2 tua yg bawak... kira otai kot, tak tau plak memang dia berhemah atau mata dah kabur sbb tuh bawak slow

yg 30-40 tahun nih memang kebanyakan bas mcm bapak dia punya... tengking2 orang... bawak cam pelesit... skang tau plak lari bila ada operasi.. samseng dah kecut gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 10:10 AM | Show all posts
KAT MALAYSIA NIE BILA DAH JADI SATU-SATU BENCANA BARULAH DIBUAT ROADBLOCK LA SAMAN LA.   KALAU TAK DOK DIAM AJE.  LEPAS BAS TERBALIK BARULAH NAK CHECK SANA SINI..........................
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 10:27 AM | Show all posts
Rayu beri kelonggaran
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


GEORGETOWN: Pengusaha bas ekspres merayu pihak berkuasa memberi sedikit kelonggaran kepada pemandu yang memiliki banyak saman trafik supaya mereka dapat terus menjalankan tugas demi mencari rezeki untuk keluarga.

Penyelia Eagle Express di sini, Damanhuri Ismail berkata, kelonggaran itu diharapkan dapat diberikan kepada pemandu terutama ketika musim perayaan akan datang.

Menurutnya, tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan pemandu dalam 'Ops Bersih' secara tidak langsung memberi masalah kepada pemandu dan pengusaha bas.

Beliau berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali memberhentikan operasi kerana kebanyakan pemandu takut untuk memandu lantaran bimbang akan disaman, sekali gus menambahkan bilangan saman sedia ada yang perlu dijelaskan.


"Pemandu tidak mahu memandu kerana penguat kuasa JPJ terlalu tegas terhadap mereka dan ini turut memberi masalah kepada penumpang.

"Kita tidak dapat melakukan apa-apa apabila pemandu enggan bekerja selain memberhentikan operasi," katanya ketika ditemui di Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong di sini, semalam.

Eagle Express, milik syarikat Freebury Sdn Bhd mempunyai enam bas yang mampu membawa 30 penumpang serta enam pemandu setiap bas. Syarikat itu mempunyai permit perjalanan Pulau Pinang-Ipoh dan Lumut.

Syarikat berkenaan terpaksa memberhentikan operasi sejak Sabtu lalu apabila seorang pemandunya ditahan sehari sebelum itu.

Sementara itu, Pengurus Konsortium Bas Ekspres, Albert Chew, berkata pihak penguat kuasa JPJ sebenarnya mengeluarkan saman berulang terhadap kesalahan dan pemandu yang sama.

Menurutnya, tindakan itu agak keterlaluan hingga menyebabkan perjalanan tidak lancar kerana setiap sebuah bas berdepan lima kali pemeriksaan bagi perjalanan Pulau Pinang-Kuala Lumpur.

Katanya, bas yang sudah diperiksa atau disaman JPJ tidak perlu melalui proses sama di lokasi lain dan memadai dengan mengeluarkan notis pengesahan pemeriksaan.

"Usah mengambil tindakan terlalu drastik. Kami sudah hilang 30 peratus pemandu sedangkan ada lebih 100 bas dan hari ini (semalam) saja lapan pemandu tidak datang kerja," katanya.





wa rasa bukan masalah nak kasi tak kasi kelonggaran tapi nakke meka semua ni bertanggungjawab kalau apa2 berlaku ; kemalangan dsbnya bila drivers ni yang pandu  -  ha! lu nak tanggungjawab ke?? apalagi kalau sampai libat ramai nyawa melayang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2007 07:10 PM | Show all posts
Lesen sementara untuk atasi kekurangan bas ekspres
28-08-2007

PUTRAJAYA:  Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan mengeluarkan lesen sementara kepada syarikat bas ekspres untuk menggunakan bas sekolah atau bas pekerja sempena cuti sambutan Hari Kemerdekaan minggu ini.


Pengerusi LPKP Datuk Markiman Kobiran berkata pengeluaran Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk syarikat bas ekspres adalah langkah sementara bagi mengatasi kekurangan perkhidmatan bas ekspres.

Ekoran tindakan tegas pihak berkuasa terhadap pemandu bas ekspres baru-baru ini, sesetengah syarikat membatalkan perkidmatan kerana ketiadaan pemandu.

"Sebagai langkah sementara bagi mengatasi masalah ini, LPKP membenarkan syarikat bas ekspres memohon LPS dengan syarat-syarat tertentu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Markiman berkata usia bas sekolah atau bas pekerja yang hendak digunakan sebagai bas ekspres harus tidak melebihi 10 tahun, mempunyai cukai jalan dan insurans yang sah serta lulus pemeriksaan Puspakom.

Selain itu, katanya penjualan tiket perjalanan mestilah atas nama syarikat bas ekspres dan caj tambahan sebanyak RM3 dibenarkan ke atas harga tiket.

Kami juga mahu meningatkan semua pengusaha bas ekspres bahawa mereka tidak boleh memberhentikan perkhidmatan tanpa kebenaran LPKP walaupun dengan memulangkan tambang tempahan tiket kepada pelanggan, katanya.

"LPKP juga memberi kelonggaran terhadap penggunaan bas ekspres syarikat lain bagi perkhidmatan di laluan-laluan yang diluluskan kepada syarikat bas ekspres yang memohon LPS tersebut," katanya


-----------------------------------------------------------------------------------------------

lesen sementara okay lagi  provided -- the buses are in good condition -
the drivers  are not those who are still pending all those summons and fines -

just cuz wanna get extra profits in conjuction with raya - nanti main belasah
semua  masuk!! ---  lets hope that banyak nyawa spare   during this coming
holidays  and that LPKP jangan bagi lesen sewenang wenangnya even for
temporary --

and JPJ will take a swift action regarding this matter -
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 08:42 AM | Show all posts
skarang nih pengusaha bas and driver plak komplen sebab penumpang komplen kat dorang sebab satu trip kekadang smp 3 tmpt JPJ buat operasi cek mende samer.. smp lewat smp ke destinasi..

perlukan aku marah penumpang2 ini? buat operasi salah.. komplen lambat.. tak buat bising.. itu ini.. tapi sume tau la kalo dorang nih wat operasi.. sebijik bas tuh baper lamer dorang check..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2007 08:53 AM | Show all posts
70,000 saman...   ish ish ish..

nampak gaya nya, saman menyaman bukan lah cara yg produktif utk mengurangkan driver bawak laju dan tak selamat..

kerajaan must do something here...  after 3 samans for each bus, the bus should be barred for a year!   
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 09:08 AM | Show all posts
isk... isk... ramai pemandu bas bermasalah... patut kerajaan ambil tindakan sejak dahulu lagi.

p/s susah betul nak potong bas kat highway walaupun dah bawa 110km/j kecuali waktu naik bukit:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2007 01:01 PM | Show all posts
Tiga drebar lori,bas guna pil kuda
Oleh Sulaiman Salleh


SEREMBAN: Pil kuda dipercayai antara dadah yang menjadi pilihan pemandu bas dan kenderaan berat untuk perjalanan jauh bagi meningkatkan stamina dan menghilangkan rasa mengantuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Pemangku Superintendan R Ravi Chandran, berkata dalam Operasi Bersih yang dijalankan secara bersepadu dengan pihak penguat kuasa lain, jabatannya mengesan seorang pemandu bas dan dua pemandu lori kerana disyaki mengambil pil kuda.

Katanya, pil kuda menjadi pilihan pemandu bas dan kenderaan berat yang mengejar trip untuk mendapat pendapatan lebih.

"Sebiji pil kuda yang dimakan oleh seseorang boleh memberi kesan luar biasa untuk tempoh enam hingga lapan jam seperti mampu berjaga walaupun kurang tidur," katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, Ravi berkata, pil kuda boleh memberi kesan sampingan seperti pemandu terbabit akan bertindak luar daripada kawalan seperti memandu laju tanpa menghiraukan nyawa penumpang


Sebiji pil kuda dijual pada harga RM25 hingga RM40 dan mampu dibeli oleh pemandu berbanding upah perjalanan yang bakal diperoleh," katanya.

Sehubungan itu, Ravi berkata, pihaknya memberi amaran kepada pengedar pil kuda supaya menghentikan kegiatan haram itu.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri ini sedang menjalankan operasi besar-besaran bagi mengelakkan pil itu digunakan oleh pemandu bas dan kenderaan berat lain.

"Usaha itu mulai menampakkan hasil apabila terdapat pengedar pil kuda ditahan kerana disyaki menjualnya kepada pemandu bas dan kenderaan berat di negeri ini," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menumpu penjualan pil kuda kepada pemandu kenderaan berat yang menggunakan jalan persekutuan dan bandaran.

"Kami sedang merancang satu tindakan yang paling berkesan untuk menghapuskan pengedaran pil kuda di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, permintaan yang tinggi daripada pemandu kenderaan terbabit juga dipercayai menyebabkan pengedar pil kuda bertindak giat menjualnya.

"Kerjasama daripada pemandu bas serta kenderaan berat lain diperlukan untuk membanteras kegiatan haram itu," katanya.

Ravi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pengedaran atau penjualan pil kuda diminta melaporkannya kepada polis untuk tindakan segera.

"Usaha membanteras kegiatan haram itu memerlukan kerjasama daripada semua pihak," katanya.




wooo    wa ingat pil kuda nak kuatkan tenaga sex wa   rupanya supaya tak ngantuk bila memandu ; tapi memang bahaya bagi drebar drebar ni makan pil pil yang berunsur dadah macam tu;  kalau makan pil kuda nafsu macam kuda  wa nak order 100 la!! hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 09:00 PM | Show all posts
dengarnya nak cari driver pun susah
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 07:39 AM | Show all posts
JPJ: Ramai lagi pemilik bas keras kepala
29-08-2007

KEMAMAN:  Biarpun pelbagai amaran dan tindakan penguatkuasaan telah diambil, tetapi masih ramai pengusaha bas ekspres dikesan terus melakukan pelbagai kesalahan.

Ini terbukti apabila dalam tempoh lapan hari sejak "Ops Bersih" dijalankan di 16 lokasi di seluruh negara, sebanyak 77 kes bas ekspres tidak mempunyai pemandu kedua telah dikesan.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah memberi amaran keras dengan menyatakan setiap bas ekspres yang melakukan perjalanan melebihi 300 km atau melebihi empat jam perjalanan wajib mempunyai pemandu kedua.

Pengarah penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Salim Parlan berkata masih ramai pemilik syarikat bas berani melakukan kesalahan dengan membenarkan hanya seorang pemandu meneruskan perjalanan.

"Mereka ini masih berdegil dan tidak serik dengan tindakan tegas yang kita ambil.

"Mereka berani mencuba-cuba walaupun mereka tahu kita melakukan operasi di merata tempat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di "Ops Bersih" di Stesen Pemeriksaan Kenderaan (SPK) di Kijal di sini hari ini.

Salim memberi amaran bahawa pemilik bas ekspres tidak boleh terlepas daripada tindakan penguatkuasaan walaupun cuba menggunakan jalan lama.

Katanya sepanjang tempoh operasi itu, sebanyak 80 kes penyalahgunaan dadah termasuk 17 pemandu bas selepas pemeriksaan ke atas 753 pelbagai jenis bas.

Selain pemandu bas, kes penyalahgunaan dadah juga termasuk 10 penumpang bas, pemandu lori (14), kelindan lori (6), pemandu kereta (17), penumpang kereta (3) dan dua pemandu kereta sewa.

Katanya sebanyak 4,588 pelbagai jenis kenderaan telah diperiksa dengan 1,931 kenderaan telah dikenakan tindakan.

Dari jumlah itu, katanya, sebanyak 2,486 saman telah dikeluarkan termasuk 703 kes kesalahan bas ekspres melanggar syarat permit serta beroperasi di luar kawasan, 599 lebihan muatan (lori) dan 206 kesalahan lesen memandu.

Memandangkan jumlah kesalahan yang dikesan, "Ops Bersih" yang sepatutnya berakhir esok, akan diteruskan sehingga seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri Oktober ini, katanya.

Salim berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan seperti pengusaha bas hendak memboikot perkhidmatan atau ramai penumpang terkandas.

"Kita nak pastikan kadar kemalangan jalan raya dan jumlah kemalangan maut dapat dikurangkan," katanya.

Operasi bersepadu mulai 22 Ogos lepas itu membabitkan antara 1,200 hingga 1,500 anggota penguatkuasa JPJ dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Imigresen.

Salim berkata pihak JPJ tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan kepada LPKP supaya menarik balik lesen syarikat bas yang didapati banyak melakukan kesalahan sepanjang operasi itu




skrg bolehla keras kepala nanti dah kena langgar accident badan keras  baru tahu padahnya!  wa memang bengang dgn pemandu bas yang degil macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 11:05 AM | Show all posts
JPJ Principles

TO improve the quality of service to the public, JPJ has outlined some principles to be implemented, such as:

> Simple and accessible service: JPJ services have to be simplified in the aspect of procedures, documentation and required information.

> Quick and effective service: JPJ services should be carried out in a quick, efficient manner, particularly in the aspect of costing as well as the fulfilment of customer needs.  

The employment of neat and simple procedures, as well as usage of ICT, should be widely used in the effort to simplify and facilitate daily tasks.

> Services that fulfil requirements of the law: JPJ services must always comply with laws and regulations that pertain to their services.  

Lawful and corrective measures must always be taken on matters that do not comply with lawful requirements.

> Integrity and consistency of service: JPJ services must always have integrity and consistency at all times. Active and ongoing efforts to curtail violations and wrongdoing should be implemented.

> Proper, accurate and secure information: JPJ services should always ensure that information kept and disseminated is proper and accurate. Information must be kept securely for the purpose of reference and customer transactions.

> Service that is courteous and friendly for the customer: JPJ services must always make customer relations a priority. This is done through the concept of being 揷ustomer-friendly
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2007 05:25 PM | Show all posts
Operasi JPJ di stesen bas ekspres bermula Isnin
31-08-2007
  
TAPAH:  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka pejabat tetap di 30 buah terminal bas ekspres utama di seluruh negara kecuali Kelantan bagi membuat pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan mulai Isnin ini serentak dengan pelancaran Ops Bersih 2.

Pengarah penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Salim Parlan berkata pemeriksaan tetap di terminal bas itu akan dapat mengatasi masalah kekurangan anggota penguatkuasa, mencegah pemeriksaan berulang kali serta tidak menjejaskan jadual perjalanan bas ekspres yang telah menimbulkan rungutan pengusaha dan pengguna.

"Langkah itu adalah antara kaedah yang diperkenalkan setelah mengkaji kelemahan yang dikesan dalam pelaksanaan Ops Bersih 1 bermula 22 Ogos lepas," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Ops Bersih 1 di Kawasan Rehat dan Rawat Tapah Selatan dekat sini malam tadi.

Beliau berkata pemeriksaan tetap itu menggantikan kaedah statik atau sekatan jalan raya di 16 lokasi dalam Ops Bersih 1.

Salim berkata melalui kaedah itu, pemeriksaan akan membabitkan bas yang akan memulakan perjalanan keluar saja.

Walaupun kaedah statik dihentikan tetapi penguatkuasaan secara rondaan dan pemeriksaan secara rambang akan dijalankan di semua laluan utama bagi mengesan bas yang mungkin dapat mengelak dari pemeriksaan di terminal, katanya.

Beliau berkata terminal-terminal yang akan dikenakan pemeriksaan tetap itu ialah:

- Terminal Bas (TB) Bukit Lagi, (Perlis);
- TB Shaab Perdana, Alor Star (Kedah);
- TB Sultan Abdul Halim, Butterworth; dan TB Sungai Nibong (Pulau Pinang);
- TB Medan Gopeng, Ipoh; TB Kamunting, Taiping; TB Lumut; dan TB Teluk Intan (Perak);
- Hentian Puduraya, Jalan Duta, Jalan Pekeliling, dan Putra (Kuala Lumpur),
- Hentian Kepayang, Seksyen 7 dan Jalan Reko Kajang (Selangor).
- Terminal One, Seremban (Negeri Sembilan);
- Terminal Melaka Sentral, (Melaka);
- Terminal Larkin, Kulai, dan Muar (Johor);
- Terminal Makmur, Kuantan dan Terminal Bas Raub (Pahang);
- TB MPKT Kuala Terengganu (Terengganu);
- TB Kuching, Sibu dan Miri (Sarawak);
- TB Inanam Kota Kinabalu, TB Tawau, Keningau dan Sandakan (Sabah).


Salim berkata pemeriksaan tetap tidak dapat dijalankan di terminal bas Kota Baru kerana kawasannya tidak sesuai tetapi pemeriksaan akan dijalankan di jalan keluar utama.

Mengenai Ops Bersih 1 yang berakhir tengah malam tadi, beliau berkata sepanjang tempoh operasi itu, sebanyak 19 pemandu bas dan 19 pemandu lori adalah antara 114 kes penyalahgunaan dadah yang dikesan.

Jumlah bas yang dikesan tidak mempunyai pemandu kedua pula ada sebanyak 81 kes.

Katanya sebanyak 18,245 pelbagai jenis kenderaan telah diperiksa dengan 2,250 kenderaan telah dikenakan tindakan.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 3,036 saman telah dikeluarkan termasuk 823 kes kesalahan bas ekspres melanggar syarat permit serta beroperasi di luar kawasan, 756 kes lebihan muatan (lori) dan 346 kesalahan lesen memandu.

Operasi bersepadu mulai 22 Ogos lepas itu membabitkan antara 1,200 hingga 1,500 anggota penguatkuasa JPJ dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), dan Jabatan Imigresen.

Salim juga berkata sepanjang tempoh Ops Bersih 2 sehingga 30 September depan, JPJ akan mengurangkan sebanyak 50 peratus bilangan calon yang akan menjalani ujian memandu kerana pegawai-pegawai penguatkuasa yang mengendalikan ujian itu akan dikerah membantu operasi.

Beliau mengulangi amaran, JPJ tidak akan bertolak ansur dalam menguatkuasakan undang-undang.

"Kita tidak akan tunduk kepada ugutan pengusaha bas untuk mogok atau henti operasi...

"Tiada kompromi jika langgar peraturan, biarlah hanya tinggal syarikat yang bersih dan genuine dalam industri kerana matlamat utama kita adalah untuk mengurangkan kemalangan," tegasnya

----------------------------------------------------------------

let's hope this will make a hella lots of different in the rate of accident
involving express buses --
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 05:29 PM | Show all posts
Dah byk kali
rasenye
JPJ nak 'bermula'
tp tak tau ape yg
'bermule'
sbb bas makin byk yg bas tue
saman makin banyak tak berbayar
driver pun masih byak yg 'lalok'
yg menjadi mangsa
pengguna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2007 06:20 PM | Show all posts

Reply #94 asamfish's post

macam hari tu saya ada post -
baru aje depa nak mulakan ops bersih ni
ZAP! - 2 bijik bas express  involved in accident --

depa ingat accident tu ada masa2 dan tempat2
yang tertentu , eh

*nanti bulan puasa nak raya ada satu lagi nama ops sikap
yang tak pernah turun stats accident dia eventhough ada benda
ni annually  --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2007 06:50 AM | Show all posts
JPJ tidak tunduk ugutan mogok pengusaha bas ekspres
Oleh: ZAINI RABAN

TAPAH 31 Ogos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2007 08:12 AM | Show all posts
Penumpang merusuh bas ekspres tak sampai


SUNGAI PETANI: Lebih 100 penumpang bas ekspres yang menyedari ditipu apabila bas ke beberapa destinasi tidak muncul selepas menunggu lebih tiga jam bertindak memecahkan cermin kaunter tiket di Stesen Bas Ekspres Jalan Pekan Lama, di sini semalam.

Penumpang berang apabila wakil penjual tiket di kaunter tidak muncul sejak pagi semalam, dipercayai menghilangkan diri.


Berdasarkan tiket yang ditunjukkan penumpang terbabit, ia adalah perjalanan untuk bas Cepat Ekspres, Triton, Ekspres Kejora, Ekspres Kesatuan dan Eagle Ekspres bagi destinasi ke Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Seremban, Kota Bharu, Temerloh, Kuantan, Kuala Terengganu, Kajang dan Shah Alam.

Ia membabitkan perjalanan jam 9 pagi, 10.30 pagi, 12.30 dan 1 tengah hari serta jam 2.30 petang. Mereka dikatakan membeli tiket daripada wakil syarikat bas ekspres terbabit, seorang lelaki sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun penumpang yang tiba di kaunter itu seawal jam 8 pagi untuk membuat pengesahan tiket terkejut mendapati wakil penjual tiket tiada di situ.

Mereka bertambah berang apabila diberitahu oleh pemandu bas ekspres syarikat terbabit yang singgah di perhentian berkenaan bahawa tempat duduk sudah penuh.

Seorang anggota tentera, Mohamad Nizam Abdul, 21, dari Kem 8 Briged Desa Pahlawan Kota Bharu, Kelantan berkata, ketika sampai di kaunter jam 9 pagi beliau mendapati orang ramai berkumpul untuk membuat pengesahan tiket, tetapi wakil penjualnya tiada.

"Saya sepatutnya menaiki bas jam 10.30 pagi ke Kota Bharu tetapi bas tidak muncul walaupun menunggu beberapa jam. Saya kerugian RM28 dan terpaksa mengeluarkan belanja lain untuk pulang ke kem kerana bertugas tengah malam ini," katanya.

Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang hanya mahu dikenali sebagai Tini, 25, berkata, beliau sepatutnya menaiki bas ke Seremban jam 11 pagi.

"Saya terpaksa membeli tiket daripada kaunter berkenaan kerana tiket di kaunter lain sudah habis dan tidak menyangka lelaki terbabit menipu kami," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta pihak berkuasa berbuat sesuatu bagi memastikan wakil penjual tiket tidak mengambil kesempatan menipu orang ramai.

Semua penumpang yang tertipu membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

Sementara itu, beberapa jurucakap syarikat bas yang dihubungi di Alor Star memberitahu mereka tidak mengetahui masalah berkenaan dan penumpang yang membeli tiket melalui wakil sah tidak menghadapi kesukaran.

Pada Ahad lalu, keadaan di stesen bas itu kecoh apabila lebih 50 penumpang, termasuk penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) gagal menaiki dua bas yang sepatutnya mereka naiki untuk ke Johor Bahru.

Bagaimanapun, masalah itu dikatakan berpunca daripada kekurangan bas berikutan Ops Bersih yang dilancarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).




bas express ni memang cari na'as dah lama banyak saman tak bayar skrg menipu penumpang pulak; wa rasa tahun ni punya raya mesti interesting punya bila banyak bas express yang mengada ngada nak mogok bagai
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 08:25 AM | Show all posts
JPJ tak layan ancaman mogok pengusaha bas
Oleh Azman Mahmood dan Hussain Said

PORT DICKSON: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tidak akan tunduk dengan ancaman pengusaha bas ekspres yang mahu melancarkan mogok berikutan tindakannya melaksanakan Ops Bersih II di seluruh negara mulai hari ini.


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ahmad Mustapa Abdul Rashid (gambar), berkata matlamat utama Ops Bersih II ialah menjamin keselamatan penumpang pengangkutan awam terutama bas ekspres, dengan memastikan semua pihak mematuhi peraturan.

揔ita akan tetap jalankan Ops Bersih II sehingga 30 September ini dan ia akan disambung dengan Ops Sikap sempena Aidilfitri. Ancaman syarikat bas untuk mogok bukan isu,
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 11:23 AM | Show all posts
Bus drivers: Publicise details of summonses

IT was reported that almost 70,000 summonses issued to bus drivers are outstanding.

Similar statistics are provided after every major road accident. Here again, the culprits have been given another two weeks to settle the summonses, failing which the employers will be hauled up.

It is further stated that chief executive officers, managing directors, company secretaries and even board members are in the police抯 sight.

Federal traffic chief SAC I Hamza Taib said police would go after employers, no matter who they are.

He said police had identified 293 big and small bus companies with summonses and that if they failed to settle them, police would come looking for the employers.
I hope the police and other authorities are serious in their announcement. The police should publicise the action taken and the media should publish the details with a score card of summonses settled.

The names of those who do not settle summonses should be published for all to know how these VVIPs are setting a bad example for the public.




wa rasa mmg kena publicised supaya company aware yang drebar drebar tu cikai punya drebar yang banyak kena saman
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 11:55 AM | Show all posts
81 bas ekspres tiada pemandu kedua
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM

PORT DICKSON 2 Sept.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.078041 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list