|
Issue Bahasa : Update- Jgn Terlalu Obses Protect BM : Najib (p6)
[Copy link]
|
|
Originally posted by love1975 at 20-8-2007 06:41 PM
memang betul...
bila orang melayu tak pandai english susah nak cari kerja ..
orang kata melayu tak tahu nak memajukan diri..
bila tak pandai bahasa ibunda mereka , (yg study oversea tu ana ...
a'aaa aku setuju..
kejap kene kate kekalkan kedaulatan bhse malayu begitu begini..pahtu kejap kate english lagi penting..mane satu betol ntahh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #89 love1975's post
spatutnya kita smua patut utamakan b.mlayu jek.. pastu sambil kuasai BI.
guna BI bila perlu jek.. tp apa2 hal kene ada sokongan krajaan. mslhnye kt krajaan sndiri suke pakai BI. cth paling mudah kalao aku wat tender ni ha.. x smua jabatan krajaan suh guna wat dlm BM. ada yg suh guna BI.. |
|
|
|
|
|
|
|
Guna bahasa Malaysia sepanjang September
Guna bahasa Malaysia sepanjang SeptemberKUALA LUMPUR 22 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat masa sekolah dulu, ada minggu bahasa Malaysia, ada minggu bahasa Inggeris. So kalau dalam minggu bahasa Malaysia tu, tercakap Inggeris, kena denda 5 sen satu perkataan. hujung minggu cikgu kutip, masuk tabung keceriaan kelas. Serupa jugak la masa minggu bahasa Inggeris, kalau tercakap Melayu ke gerenti kena penalti, pas tu duit kutipan masuk tabung keceriaan kelas. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak...habihlah watashi kena denda banyak2 sebab watashi asyik guna porkataan bukan BM je.....
ala....hangat-hangat taik cicakman je murika ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
September Bulan Bahasa dan Sastera Negara
KUALA LUMPUR 22 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 genUmi's post
tulah patutnyer sepanjang tahun... |
|
|
|
|
|
|
|
let's ponder about this! --
-----------------------------------------------------------------------------
Silap sendiri jika bahasa kebangsaan makin terpinggir
WALAUPUN sudah 50 tahun merdeka, masih ada pihak yang kelihatan masih janggal untuk menggunakan bahasa kebangsaan sama ada secara bertulis termasuk pada minit mesyuarat atau ucapan pada majlis keramaian. Bahasa Malaysia rojak masih berleluasa dan iklan pada papan tanda masih banyak menggunakan bahasa yang silap.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) bagai merelakan pencemaran pada bahasa kebangsaan apabila ia bebas dipasang di papan tanda merata tempat. Sari kata bahasa Malaysia di rancangan televisyen, yang seharusnya semakin baik selaras dengan usia kemerdekaan negara, bertukar sebaliknya. Penggunaan bahasa Inggeris terutama pada iklan bagaimanapun semakin ketara seolah-olah hanya mereka yang menguasai bahasa itu mempunyai kuasa membeli.
Apakah kita masih kurang yakin dengan bahasa Malaysia pada hal ia adalah bahasa asal dan perantaraan di seluruh nusantara kepulauan Melayu termasuk Singapura, Filipina, Brunei dan Indonesia. Selama ini bahasa Melayu memang menjadi bahasa pengantar di semua negara itu.
Sebagai contoh, rakyat Indonesia sama ada berketurunan Bugis, Jawa atau Acheh, menggunakan bahasa Melayu sekiranya ingin berinteraksi dengan orang lain di kepulauan Melayu ini. Mereka mengguna bahasa Melayu walaupun ramai pejuang kemerdekaan republik itu berketurunan Jawa dan dari pulau itu.
Sementara kita menyambut baik saranan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar kelmarin supaya menteri dan pemimpin masyarakat memberi keutamaan kepada penggunaan bahasa Malaysia sepanjang Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2007 yang bermula 1 hingga 30 September ini bagi memperkasakan bahasa kebangsaan dalam setiap urusan, kita berharap ia tidak seharusnya diperkasakan sepanjang BBSN saja.
Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan sepatutnya diguna pakai sepanjang masa kecuali untuk majlis yang dihadiri ramai rakyat asing. Usaha memperkasakan bahasa kebangsaan mesti disertai oleh semua peringkat masyarakat bukan hanya pelajar, pemimpin negara malah pemimpin syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta mereka yang terbabit dalam industri pengiklanan.
Kita berasa kecewa apabila iklan masih banyak menggunakan bahasa Inggeris. PBT harus lebih sensitif dan memberi penekanan kepada penggunaan bahasa Malaysia yang betul pada papan iklan di kawasan masing-masing. Sementara kita menyokong penguasaan bahasa Inggeris amat penting dalam era globalisasi kini, kita tidak mahu hakikat itu dijadikan alasan bagi pihak tertentu memperlekeh dan menghina bahasa kebangsaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Camni la.. bila dengar Samy Vellu punye hujah dalam BM , buat apa susah2 nak belajar BM. Dah berpuluh2 tahun what..ok what. Macam tu punye standard jangan la demand lebih2 lak. Yang seinchi tak akan jadi sekaki. Lagi pun Malaysia ni baru lah 50 tahun... masih terlalu muda..masih tercari2 samada nak guna BM or BI... last2 dua2 tak dapat. We got hundreds of years more to get it right. No Worries. |
|
|
|
|
|
|
|
a great article about bahasa malaysia --
-------------------------------------------------------------------------------
Kedaulatan bahasa mesti dipertahan
PROGRAM Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2007 selama sebulan mulai 1 September ini diharap menekankan keutamaan kepada penggunaan bahasa kebangsaan dan disokong oleh semua lapisan masyarakat.
Sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50 ini, usaha memperkasakan bahasa kebangsaan mesti diberi nafas baru dalam konteks yang lebih luas, merangkumi penguatkuasaan dan langkah susulan berterusan.
Umum sedia tahu, isu kedaulatan bahasa Malaysia sudah beberapa kali diketengahkan mahupun disuarakan sama ada di Parlimen ataupun menerusi media cetak dan elektronik. Namun, ia hanya sekadar bahan bicara dan kurang tindakan. Akhirnya, isu kedaulatan bahasa kebangsaan tidak diberi perhatian sewajarnya.
Perjuangan mendaulatkan bahasa kebangsaan bukan terletak di bahu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semata-mata, malah agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) harus memainkan peranan lebih besar supaya bahasa kebangsaan diletakkan di tempat sepatutnya.
Tun Syed Nasir pernah berkata bahawa tugas DBP adalah untuk memajukan, mengembang dan memperkayakan bahasa Melayu sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Oleh itu, tanggungjawab DBP sangat besar memikul amanah bangsa.
Realitinya, masyarakat hari ini belum sedar kepentingan penggunaan bahasa kebangsaan sehingga sesetengah orang lebih suka bercakap bahasa rojak.
Malah, ada beberapa pemimpin politik juga bercakap bahasa rojak setiap kali wartawan mengajukan soalan. Sepatutnya pemimpin mesti menunjukkan teladan dan budaya cintakan bahasa kebangsaan.
Sudah tiba masanya DBP diberi mandat sepenuhnya berkaitan penguatkuasaan bahasa kebangsaan. Penguatkuasaan sepenuhnya dapat membendung budaya penggunaan bahasa rojak pada masa depan.
Sekiranya pepatah Melayu 慏i Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita graduan Malaysia tak reti bahasa Inggeris because of dasar kita sendiri aplikasikan...Tapi cuba tengok pelajar pada 5 tahun akan datang. Mereka lebih reti cakap English than Malay...My friend yg mengajar kat sebuah sekolah dipedalaman bagitahu all student speking London...sampai seorang pegawai from semananjung bila tanya depa dalam BM pun mereka jawab in english..Di Sarawak..Pak Menteri dan Menteri Muda bila diinterview jarang bercakap in BM, rasa yg menteri Cina langsung tak reti sgt cakap Melayu..di DUN pun bila bersidang pun still guna English..sekarang ni kanak-kanak yg umur 4 tahun dah dihantar sekolah medium BI seperti Sinaran, Sri Keria..n 2 belum campur lagi tusyen English...nak salahkan ibu bapa tak boleh jugak coz dasar n aplikasi negara kita memang macam 2...sorang menteri kata BI penting, di menteri lain kata BM penting...cuba tanya Hishamudin mesti dia jawab English penting...n yg tak faham kenapa org masih memperkatakan apabila tidak pandai BI org 2 sebenarnya tak educated yg mana akal diukur dengan kefasihan berbahasa Inggeris yang mana mereka ni mempunyai kelompoknya tersendiri..jika kerajaann tak lakukan sesuatu utk memertabatkan bMelayu tak mustahil negara kita jadi London kedua untuk 10 tahun akan datang yang mana generasi baru ni tidak akan bbahasa Melayu biarpun dirumah..yang mana jiwa Inggeris menebal dalam jiwa mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
""...cuba tanya Hishamudin mesti dia jawab English penting...n yg tak faham kenapa org masih memperkatakan apabila tidak pandai BI org 2 sebenarnya tak educated yg mana akal diukur dengan kefasihan berbahasa Inggeris yang mana mereka ni mempunyai kelompoknya tersendiri..jika kerajaann tak lakukan sesuatu utk memertabatkan bMelayu tak mustahil negara kita jadi London kedua untuk 10 tahun akan datang yang mana generasi baru ni tidak akan bbahasa Melayu biarpun dirumah..yang mana jiwa Inggeris menebal dalam jiwa mereka...""
cukup setuju..apa yang penting ialah idea yang kreatif dan bukan nya bahasa. Kesannya dah ada sekarang, dimana para pengiklan lebih suka tajakan akhbar bahsa English sebab ramai pembaca. Yelah ramai yang nak baiki bahsa English maka kenalah beli akhbar bahasa English. Maka akhbar bahasa Malaysia terpingirlah..nanti jadi macam akhbar jawi.
Di Malaysia rasanya kita masih tercari-cari medium untuk menyatukan antara kaum. Jika Orang Melayu, Cina dan India berkumpul agak-agak bahasa apa yang digunakan..tentu bahasa Englishkan? Sedih jugak bila bahasa Malaysia diletakkan begitu rendah .malah bila ada orang yang berbual atau memberi bentangan kertas kerja dalam bahasa Malaysia dianggap kelas rendah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak bermaruah jika pinggir bahasa
Oleh Dr Ratna Roshida Razak
Generasi muda perlu cintai bahasa Malaysia bagi pupuk nilai jati diri bangsa
RAKYAT Malaysia baru saja menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara. Perayaan itu harus diingati kerana ia menggambarkan sebuah nikmat kehidupan yang perlu dihargai dan digunakan sepenuhnya demi merealisasikan kehidupan di dunia.
Bagi merayakan jubli emas kemerdekaan ini, semua premis perniagaan dan pentadbiran, rumah dan kenderaan turut mengibarkan Jalur Gemilang. Ternyata ini adalah usaha yang tidak boleh dipandang ringan demi menyemarakkan erti kemerdekaan.
Jalur Gemilang, nama yang diberikan kepada bendera Malaysia adalah simbol dan identiti negara yang merdeka. Berkibarnya bendera menunjukkan kemegahan negara. Di samping itu, ada satu perkara penting bagi identiti sesebuah bangsa dan negara yang merdeka iaitu bahasa.
態ahasa Jiwa Bangsa |
|
|
|
|
|
|
|
ye jgn malu guna bahasa malaysia...kan ada lagu tu...gunakanlah bahasa kebangsaan kita..marilah amalkan ramai-ramai ..bahasalah menyatukan kita semua..yakinlah bahasa jiwa bangsa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hiba bahasa Malaysia terus diperlekeh
BARU-baru ini saya serta beberapa orang rakan bercuti ke Jakarta, Indonesia menaiki pesawat tambang murah (AirAsia). Saya rasa kesal apabila anak kapal membuat pengumuman penerbangan cuma dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.
Kenapa tidak memulakan dengan menggunakan bahasa kebangsaan dan diikuti dengan bahasa lain? Adakah ini dikatakan pesawat tambang murah Malaysia? Agak terkebil-kebil saya yang kurang mahir berbahasa Inggeris memahami apa yang diumumkan.
Kemudian barulah anak kapal mengumumkan secara manual menggunakan bahasa Malaysia. Kenapa jadi begitu? Adakah susah hendak rakam menggunakan bahasa Malaysia atau malu?
Ketika di Jakarta pula, saya amat teruja dan kagum akan rakyatnya dalam menggunakan bahasa kebangsaan mereka. Sehinggakan jika dilihat dari belakang, saya sangkakan yang bercakap itu orang Melayu Indonesia tetapi salah sangkaan saya. Rupanya mereka kaum Cina Indonesia. Yang mengagumkan lagi, semua keturunan Cina di sana amat fasih berbahasa Indonesia. Amat berbeza sekali jika dilihat di negara kita terutama di Kuala Lumpur.
Malu saya apabila mengenangkan kemerdekaan yang kita sambut kali ke-50 tetapi penghayatan mengenai bahasa kebangsaan semakin dilupai.
Apabila dilihat pula para pemimpin Kabinet serta pemimpin rakyat Indonesia ditemu ramah oleh media mereka, pemimpin-pemimpin ini amat fasih berbahasa kebangsaan mereka malah mudah difahami serta dapat memberikan penerangan yang jelas untuk rakyat mereka.
Tetapi di negara kita, kadang-kadang susah untuk kita fahami apa yang dikatakan oleh pemimpin, ditambah dengan pelat serta bahasa rojaknya.
Saya minta pemimpin kita membuktikan kecintaan dan sayangnya mereka kepada negara ini, bermula dengan bercakap menggunakan bahasa Malaysia yang betul.
Jika percakapan serta pertuturan tidak difahami, bagaimana pemimpin ingin menyampaikan hasrat, rancangan serta penerangan kepada rakyat?
Apa gunanya kalau sudah 100 tahun merdeka tetapi anak cucu kita langsung tidak fasih berbahasa Malaysia. Ingat semula slogan Kepimpinan Melalui Teladan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
pemimpin kat malaysia sendiri bila ada mesyuarat parlimen hardly
nak cakap bahasa malaysia - macamana dia nak expect public nak
uphold bahasa malaysia -- |
|
|
|
|
|
|
|
pak lah ni BM dia ok ke???? |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah nasib bahasa kebangsaan kita
Apakah nasib kita. diketawakan bangsa lain??? apalah nak jadi dengan negara kite??? saye harap dapat lah kita bincang elok elok benda ini demi kebaikan bersama
Hiba bahasa Malaysia terus diperlekeh
BARU-baru ini saya serta beberapa orang rakan bercuti ke Jakarta, Indonesia menaiki pesawat tambang murah (AirAsia). Saya rasa kesal apabila anak kapal membuat pengumuman penerbangan cuma dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.
Kenapa tidak memulakan dengan menggunakan bahasa kebangsaan dan diikuti dengan bahasa lain? Adakah ini dikatakan pesawat tambang murah Malaysia? Agak terkebil-kebil saya yang kurang mahir berbahasa Inggeris memahami apa yang diumumkan.
Kemudian barulah anak kapal mengumumkan secara manual menggunakan bahasa Malaysia. Kenapa jadi begitu? Adakah susah hendak rakam menggunakan bahasa Malaysia atau malu?
Ketika di Jakarta pula, saya amat teruja dan kagum akan rakyatnya dalam menggunakan bahasa kebangsaan mereka. Sehinggakan jika dilihat dari belakang, saya sangkakan yang bercakap itu orang Melayu Indonesia tetapi salah sangkaan saya. Rupanya mereka kaum Cina Indonesia. Yang mengagumkan lagi, semua keturunan Cina di sana amat fasih berbahasa Indonesia. Amat berbeza sekali jika dilihat di negara kita terutama di Kuala Lumpur.
Malu saya apabila mengenangkan kemerdekaan yang kita sambut kali ke-50 tetapi penghayatan mengenai bahasa kebangsaan semakin dilupai.
Apabila dilihat pula para pemimpin Kabinet serta pemimpin rakyat Indonesia ditemu ramah oleh media mereka, pemimpin-pemimpin ini amat fasih berbahasa kebangsaan mereka malah mudah difahami serta dapat memberikan penerangan yang jelas untuk rakyat mereka.
Tetapi di negara kita, kadang-kadang susah untuk kita fahami apa yang dikatakan oleh pemimpin, ditambah dengan pelat serta bahasa rojaknya.
Saya minta pemimpin kita membuktikan kecintaan dan sayangnya mereka kepada negara ini, bermula dengan bercakap menggunakan bahasa Malaysia yang betul.
Jika percakapan serta pertuturan tidak difahami, bagaimana pemimpin ingin menyampaikan hasrat, rancangan serta penerangan kepada rakyat?
Apa gunanya kalau sudah 100 tahun merdeka tetapi anak cucu kita langsung tidak fasih berbahasa Malaysia. Ingat semula slogan Kepimpinan Melalui Teladan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Dunhill.'s post
biasa lah tu...kat malaysia neh orang melayu pon xreti cakap melayu...
tapi dorang mengaku dorang orang melayu...xpaham btol aku... |
|
|
|
|
|
|
| |
|