CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2901|Reply: 0

Tahap Kemalangan Jalanraya dan Jenayah di Malaysia

[Copy link]
Post time 15-8-2007 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Tumpang lalu Tuan Moderator
           Hanya untuk berkongsi pendapat dan fikiran untuk sama-sama membantu menangani masalah Tahap keselamatan penggunaan jalanraya dan kesan jenayah yang semakin serius      sejak mutakhir ini.
          Baru ini negara dikejutkan dengan kemalangan bas Ekspress yang telah membunuh seramai 20 orang sekali gus, tragedi ini amat sungguh menyayat hati kita semua, dari kesilapan seorang pemandu kenderaan awam yang telah di pastikan mempunyai rekod yang amat buruk, tetapi masih dibenarkan untuk memandu dan membawa penumpang di atas jalanraya.
            Menurut Berita Utama TV3 kelmarin mengenai komen Ketua Polis Negara, siasatan akan dibuat terhadap Jabatan Polis Trafik, kenapa orang sebegini masih dibenarkan memandu, dan beliau menyarankan supaya sistem point atau demerit dilaksanakan semula. Memang tidak disalahkan pada Takdir, sedangkan perkara ini kita boleh elakkan dari peringkat awal lagi, tetapi yang menjadi  persoalan di sini ialah:
            1.    Tahap penguatkuasaan Pihak berwajib untuk terus melakukan waran tangkap setelah dipastikan pemandu itu telah mempunyai hingga 2 waran tangkap dikeluarkan. Mengapakah ini tidak dilaksanakan? Berdasarkan pengalaman belajar di Eropah ia tidak berlaku sedemikian rupa, yang mana apabila perintah mahkamah dikeluarkan ia amat cepat dilaksanakan.  Apakah pihak keselamatan kekurangan aggota untuk melaksanakan penangkapan?.
            2.     Apakah sistem point yang pada dahulunya diperkenalkan dan dibincangkan di peringkat kabinet, tetapi tidak dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak berwajib, hanya hangat tahi ayam sahaja, bila kisah kemalangan ngeri berulang baru ia diperkatakan semula.
            3.      Mutakhir ini kesan jenayah yang melibatkan PATI amat membimbangkan ini banyak dilaporkan oleh pihak Ketua balai Polis di seluruh negara, tetapi apakah tindakan pihak berwajib menangani masalah ini?. Tidak perlu kita mempunyai senjata dan perlatan perang yang amat canggih sekalipun, tetapi negara kita amat mudah dibolosi yang memudahkan disabotaj oleh PATI jika berlaku konfrontasi dengan negara mereka. Perkara ini terlalu amat membimbangkan, dengan kemasukan PATI yang tidak terkawal. Apakah Pasukan Keselamatan kita tidak melihat ini suatu ancaman yang begitu serius?, sehinggakan rakyat tempatan sendiri mengeluh resah dan tidak merasa selamat hidup di negara sendiri? Sekian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.079176 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list