CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matmin77

Proton Prototype (before launching model)

[Copy link]
Post time 29-5-2009 09:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 27-6-2009 00:45

Bangun model baru



Oleh Hatipah Ahmad



SELEPAS kejayaan model pelbagai guna (MPV) Exora, Proton Holdings Bhd (Proton) akan melancarkan model sedan baru yang kapasiti enjinnya melebihi 1.6 liter dengan kerjasama Mitsubishi dalam enam bulan kedua 2010.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir, berkata pengeluaran model baru dengan kuasa enjin lebih besar itu perlu kerana penting bagi Proton mengikut keperluan dan selera pelanggan.

Menurutnya, mulai tahun depan juga, Proton akan menawarkan beberapa model baru versi turbo kerana ia sentiasa memantau apa yang digemari pelanggan.

Program turbo Campro adalah bagi semua model yang akan kami keluarkan pada masa akan datang. Ini sebahagian daripada pembangunan teknologi kami dan bukan hanya di Malaysia, malah juga di negara lain.


Pemandangkan kami syarikat kereta global, kami perlu ada program yang boleh diterima di peringkat global dan turbo sememangnya menjadi perkara biasa di Eropah, katanya pada Persidangan Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, kelmarin.

Menurut Syed Zainal, program turbo dibangunkan keseluruhannya oleh Proton bersama Lotus.

Ini sebahagian pembangunan enjin kami dan sebagai sebuah syarikat kereta, kami perlu terus melakukannya,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2009 12:30 AM | Show all posts
Tanya Pakar: Mr Exora


Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my





Ketua Jurutera, Azlan Othman kongsi misi pengeluar MPV nasional

JENAMA Saga, Iswara, Wira hinggalah model terbaru kenderaan pelbagai guna (MPV), Exora - Proton terus memikat dan mencuri perhatian sektor permotoran dengan prestasi hebat model keluarannya dan harga kompetitif.

Faktor rekaan mesra pengguna dan harga mampu milik menjadikan jenama kereta nasional, Proton terus berdaya saing serta relevan di pasaran automotif. Selepas 25 tahun entiti ini dilahirkan, Proton terus matang dan berevolusi.

Apakah resipi kejayaan Proton hinggakan jenama ini mampu bertahan dalam pasaran kenderaan yang cukup berdaya saing?

“Faktor harga serta rekaan yang dekat di hati pengguna adalah antara resipi menjadikan Proton terus relevan serta mendapat sambutan pengguna.

“Jika dilihat pada harga, Proton cukup berdaya saing. Kita bertuah kerana hampir keseluruhan bahan mentah yang digunakan dalam proses pembuatan kereta Proton diperoleh di bumi sendiri.




REKAAN prototaip MPV Proton sebelum direalisasikan menjadi Proton Exora kebanggaan rakyat Malaysia.


“Selain itu, faktor kos tenaga buruh murah membolehkan kita mengeluarkan kereta pada harga berpatutan,” kata Pengurus Rekaan Jurutera Kenderaan, Bahagian Jurutera Proton, Azlan Othman.

Azlan yang juga memikul tanggungjawab sebagai Ketua Jurutera dan Pereka MPV Proton Exora, berkata persekitaran mencabar pasaran kenderaan mendorong Proton membangunkan kenderaan MPV sesuai dengan permintaan pengguna.

Beliau berkata, pelancaran model Proton Exora memenuhi impian keluarga besar berpendapatan sederhana untuk merasai keselesaan serta kualiti pemanduan kelas terbaik pada harga berpatutan.

“MPV Proton Exora lahir selepas tempoh penyelidikan 18 bulan termasuk melalui fasa kajian dan pembangunan (R&D). Kita juga mengumpul pendapat umum mengenai kenderaan yang memenuhi cita rasa pengguna.




“Sepanjang tempoh itu, banyak model, rekaan serta ujian dikendalikan tenaga kerja Proton sebelum munculnya rekaan MPV Exora seperti yang dilihat sekarang,” kata Azlan.

Pada harga serendah RM69,998 bagi kategori M-Line serta RM 75,998 untuk kategori H-Line, tiada apa yang lebih membanggakan selain peluang memandu MPV yang menjadi keluarga baru Proton ini.

Bersama XY - Tanya Pakar minggu ini, Azlan berkongsi misi dan visi Proton untuk terus mengorak langkah menjadi pengeluar kenderaan terkemuka dalam persekitaran pasaran automotif mencabar...

Boleh ceritakan serba sedikit perjalanan karier anda bersama Proton ?

Saya mula menyertai Proton sebaik saja menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1995 dalam bidang pengkhususan automotif rekaan industri.

Pengalaman lebih 13 tahun bersama Proton nyata memberi makna besar dalam karier saya. Ini kerana saya berpeluang mempelajari teknologi kejuruteraan Lotus selain bertanggungjawab mereka komponen Proton Waja.

Saya juga terbabit dalam proses pembangunan model Neo, Persona, Savvy dan terbaru Proton Exora.

Sebagai ketua jurutera di Proton, apakah agaknya cabaran menghasilkan rekaan yang dapat memenuhi kehendak pasaran ?

Tidak dinafikan pasaran kenderaan makin mencabar. Namun, Proton kian matang dan kami melakukan banyak proses kajian dan tinjauan di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Ini dilakukan bagi memastikan setiap model yang dipasarkan memenuhi cita rasa dan aspirasi semua pihak.

Bermula dengan Proton Saga pada 1985 hinggalah model MPV terbaru, Proton Exora. Apa komen anda mengenai perjalanan 25 tahun Proton dalam segmen pengeluar kenderaan terkemuka hari ini ?

Perjalanan panjang Proton cukup membanggakan kerana bermula daripada sebuah syarikat kecil, Proton kini menjadi pengeluar kenderaan yang jenamanya mula diperkatakan di seluruh dunia.

Tidak mahu sekadar menjadi juara di tempat sendiri, Proton mengorak langkah memasarkan model keluarannya ke luar negara. Bagi memastikan jenama 25 tahun ini berdaya saing, setiap model baru perlu mengambil kira cita rasa global. Ini bagi menimbulkan tarikan dan pesona kepada pengguna antarabangsa.

Boleh anda ceritakan sedikit proses pembangunan model MPV terbaru, Proton Exora ?

Proton Exora sepatutnya menjadi kebanggaan kita. Ini kerana kenderaan pelbagai guna ini dibangunkan dengan 100 peratus kejuruteraan tempatan.

Daripada banyak rekaan yang diperdebatkan pada peringkat awal sehinggalah dua rekaan prototaip terakhir, Proton Exora dibangunkan melalui proses penilaian dan kajian terperinci.

Adalah menjadi cabaran bagi kami kerana diminta menghasilkan kenderaan yang memenuhi cita rasa, dilengkapi kualiti bertaraf dunia, reka bentuk kompetitif dan mampu dimiliki siapa saja.

Tidak dapat tidak, anda pasti bimbang mengenai penerimaan awal pengguna terhadap Proton Exora. Boleh kongsi sedikit perasaan anda apabila kenderaan pelbagai guna ini mula dilancarkan ?

Semestinya (bimbang dengan reaksi pengguna)... Ini tidak boleh dinafikan kerana Proton Exora adalah model MPV pertama keluaran Proton. Sebagai pengeluar kenderaan, Proton perlu mengambil kira banyak perkara termasuk tidak keterlaluan dalam reka bentuk kenderaan hingga hilang tumpuan dan minat pengguna.

Alhamdulillah, hingga hari ini sebanyak 11,500 tempahan sudah diterima, sekali gus menjadikan pasaran terbaik bagi model keluaran Proton sekarang.


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 12:44 AM | Show all posts
Anda dan Proton tentu berbangga dengan sambutan baik terhadap Proton Exora ini bukan ?

Sambutan memberangsangkan diterima berdasarkan jumlah tempahan dan reaksi positif pembeli. Pelbagai inisiatif seperti penubuhan unit Customer Active Team (CAT) misalnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan rungutan pengguna terhadap kenderaan keluaran Proton.

Apa pandangan anda mengenai Proton Exora ?

Proton Exora adalah kenderaan MPV yang sangat kompetitif, luas dan selesa. Kenderaan ini juga mempunyai kos penyelengaraan yang rendah selain dilengkapi ciri kenderaan mewah dan berteknologi tinggi.

Tidak ramai tahu, banyak teknologi terkini diaplikasikan pada Proton Exora. Ini membuatkan kenderaan pelbagai guna ini begitu memikat setanding dengan model MPV sekelasnya yang dijual pada harga sehingga RM150,000.

Bagaimana anda melihat rekod cemerlang Proton selama ini ?

Sejak segala-galanya bermula hingga hari ini, banyak perkara dipelajari Proton terutama soal kehendak dan keperluan kenderaan bagi pengguna.

Mengambil contoh, model Juara yang pernah dipasarkan di Malaysia dulu. Umum merasakan model ini kurang mendapat sambutan di Malaysia sedangkan kenderaan ini menjadi antara model popular di Jepun ketika itu.

Cita rasa pemilik kenderaan keluaran Proton berkembang seiring usia syarikat. Bagaimana Proton merangka strategi supaya kekal relevan dalam industri automotif ?

Hala tuju Proton seperti yang anda lihat hari ini mampu memenuhi setiap segmen pelanggan. Kita sudah memiliki rangkaian segmen kereta kecil, sederhana dan sekarang kenderaan MPV yang memenuhi aspirasi keluarga besar.

Apa yang membanggakan, kita memiliki jenama kenderaan yang kuat, pasaran kukuh serta terus menyokong kepakaran kejuruteraan tempatan.

Melihat pasaran kenderaan hari ini, tidak terkecuali Proton berdepan saingan jenama lain di pasaran. Bagaimana Proton berdepan dengan cabaran dan persaingan hari ini ?

Ini sesuatu yang kompleks. Sudah pasti sebagai sebuah syarikat nasional, kita perlu bersaing dengan syarikat pembuat kenderaan besar seperti Toyota. Kita lihat julat pasaran kereta Toyota cukup besar berbanding Proton.

Namun, kreativiti dan strategi yang diterapkan bertujuan menyaingi kualiti dan nilai produk setanding dengan pengeluar kenderaan utama dunia yang lain.

Apakah strategi untuk membawa jenama Proton di pentas antarabangsa ?

Kita sedar Proton sendiri tidak boleh sekadar memberi tumpuan untuk pasaran kenderaan di Malaysia. Proton sentiasa merangka strategi melebarkan sayap di luar negara di mana ruangnya cukup besar.

Pasaran negara asing ini termasuklah China, India dan Timur Tengah yang memiliki jumlah penduduk lebih ramai dan pasaran berskala besar.

Proton juga giat memasarkan jenama seperti Proton Exora yang akan menembusi pasaran rantau Asia Tenggara termasuk Indonesia.


Info - Proton Exora

#  Enjin: 4-silinder Campro CPS dengan VIM 16 injap DOHC

# Kuasa maksimum: 125hp @ 6,500rpm

# Tork maksimum: 150Nm @ 4,500rpm

# Transmisi: 4-kelajuan auto

# Ciri keselamatan: 2 beg udara depan, ABS, EBD

# MPV tujuh tempat duduk itu yang didatangkan dalam dua varian iaitu jenis mewah dan pertengahan.

# Terdapat enam warna pilihan iaitu genetic silver (perak), tranquility black (hitam), haze blue (biru), solid white (putih), gaia blue (biru) dan pryite brown (coklat).

# Harga: RM 75,998 (H-Line), RM69,998 (M-Line)


Profil

Nama: Azlan Othman

Umur: 35 tahun

Tarikh lahir: 10 Jun 1973

Tempat lahir: Kuching, Sarawak

Tinggi: 180 sentimeter

Berat: 62 kilogram


- Berita Harian -



Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 05:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 28-7-2009 01:43

Waja Replacement Model



Test Mule








- Paul Tan -



Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 12:34 AM | Show all posts
2009 Proton Saga SE



# Proton Saga SE Manual - RM43,000
# Proton Saga SE Auto - RM45,500

    * Only two colours - brilliant red or solid white with a black finish roof top.
    * New front, rear (with faux diffuser design) and side skirts.
    * A new front grille with black finish.
    * Leather seats, door trim and steering wheel
    * Pearl white instrument cluster
    * Dark chrome air-conditioning vents
    * CD player with MP3 support




















- Paul Tan -



Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 10:53 AM | Show all posts
Isu kualiti: Proton dengar kritikan


Oleh JOHARDY IBRAHIM
johardy@utusan.com.my


TIDAK mungkin Proton melepas batuk di tangga bila mengadakan sesi randau dengan sembilan penulis dan wartawan terpilih bagi membicarakan serba-serbi Proton, minggu lalu. Tidak mungkin syarikat kereta nasional ini mahu mempengaruhi kosong atau ‘membeli hati’ waima menyedari kalangan wartawan yang hadir itu berpengalaman membuat liputan mengenai Proton bertahun-tahun lamanya, malah sedang atau pernah mengguna pakai produk yang dikeluarkan.

Keyakinan ini terbentuk apabila melihat barisan pegawai-pegawai kanan Proton dari Pengarah Urusan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir sehinggalah kepada pengurus-pengurus jabatan seperti Proton Edar, Pembangunan dan Penyelidikan (R&D), pemasaran, perhubungan awam dan perhubungan pelanggan serta seorang ‘Mat Salleh’ Jerman yang rupa-rupanya diimport dari BMW khusus untuk menguruskan aspek kualiti produk.

Di pihak penulis dan wartawan yang dijemput itu, meskipun maklum mungkin wujud elemen ‘mesra Proton’ namun ia tidaklah sampai ke tahap ‘embedded reporter’ seperti wartawan Amerika Syarikat yang menulis Perang Iraq!

Sekurang-kurangnya wakil media senang hati melihat pengurusan Proton menghormati peranan media yang tanpa teragak-agak mengkritik keputusan yang tidak digemari seperti isu menjalin semula hubungan dengan Mitsubishi Motors Co. yang dikhuatiri boleh menjerumuskan Proton kepada model-model ‘hampa’ seperti Proton Juara sekali lagi.

Sesi randau berkenaan dipecah kepada beberapa topik dari soal produk terkini syarikat kereta nasional tersebut, Proton Exora sehinggalah kepada pendedahan mengenai model-model yang sedang dirancang.

Kelompok media yang dipilih ini merupakan kelompok yang sama dipelawa melakukan uji pandu model prototaip Exora beberapa bulan sebelum pelancarannya pada April lalu. Sejak itu juga, beberapa siri ulasan pandu uji juga sudah diterbitkan dan tentunya menyentuh hebat mengenai isu kelemahan atau kelebihan Exora.

Sesi perbincangan itu tidak ada syarat atau sekatan. Apa sahaja yang tidak dirasakan tidak kena atau boleh dipertingkatkan lagi, dinyatakan secara terus-terang (malah panjang lebar) kepada semua pegawai Proton yang ada kena-mengena secara langsung dengan projek Exora.

Sesi ini tidaklah sama menarik berbanding sesi sebelah petang apabila pegawai-pegawai bahagian R&D mendedahkan lukisan-lukisan peringkat awal mengenai model-model yang akan dibina oleh Proton bagi tempoh lima tahun lagi.

Pendapat wakil media ditanya, kemudian dicatat untuk diteliti lebih lanjut. Ini mungkin pertama kali dalam sejarah sejak kewujudan industri automotif nasional, Proton benar-benar merapati dan menggunakan sepenuhnya maklum balas atau input daripada penulis atau wartawan automotif.

Selain itu, Proton membawa khas dua buah kereta untuk tontonan eksklusif iaitu edisi khas Proton Saga yang akan dilancar di Johor pada Selasa (hari ini) dan model pengganti Waja (tahap enjinnya ialah 1.8 liter dan 2.0 liter yang pasti menawan dan menggegar jiwa!).

Hal ini diperakui sendiri oleh pemerhati industri automotif tempatan, Chips Yap yang kini menguruskan laman web Motor Trader dan berpengalaman lebih 30 tahun, termasuk detik-detik kelahiran Proton pada 1982.

”Mengadakan sesi randau dengan penulis pemotoran tidak mungkin dilakukan oleh pengurusan sebelum Datuk Syed Zainal Abidin dan langkah yang julung kalinya oleh beliau ini wajar dipuji.

”Bukanlah kami ini pakar sangat untuk Proton berbuat begitu tetapi acara itu jelas menunjukkan beliau mahu mendapat input dari sumber berlainan bagi membantu dirinya dan pasukannya untuk membentuk hala tuju bagi Proton. Ini menunjukkan beliau tidak memikirkan dirinya seorang sahaja yang pakar dan semua orang lain tidak tahu apa-apa,” kata Chips.

Chips mungkin berpandangan demikian kerana pengalamannya dengan pengurusan Proton sebelum era Syed Zainal Abidin. Tatkala semua pihak memperakui kekuatan pengaruh Internet di mana ia menjadi platform orang ramai meluahkan kekecewaan mengenai kualiti produk, pengurusan sebelum ini bertindak untuk tidak mengendahkan Internet.

Syed Zainal Abidin tidak segan silu mengaku dirinya memang meneliti dan membaca luahan-luahan hati yang terpampang dalam Internet, sama ada laman web atau blog. Malah beliau menyediakan e-mel khusus untuk mendengar secara langsung luahan hati pengguna menerusi alamat e-mel blog.w.sz@gmail.com.

Bagaimanapun beliau telah meminta supaya aduan dikemukakan dahulu kepada unit perhubungan pelanggan iaitu i-Care di talian percuma 1-300-880-888 atau e-mel i.care@proton.com dan jika masih tidak puas hati, barulah memanjangkan kepadanya.

Tentunya ini mendapat reaksi positif daripada orang ramai, khususnya pelanggan-pelanggan Proton. Syed Zainal Abidin faham cabaran paling besar yang dihadapinya bukan semata-mata menyediakan produk yang menepati cita rasa rakyat tetapi paling kronik ialah persepsi negatif yang melekat pada jenama Proton.

Yang anehnya, persepsi ini hanya teruk melanda Proton sebagai kereta nasional tetapi jenama-jenama kereta lain yang mendapat status nasional pula terlepas bebas. Mungkin stigma ini didorong oleh pengetahuan orang ramai bahawa jenama-jenama kereta nasional lain hanyalah penukaran lencana kereta daripada syarikat Kia, Peugeot, Hyundai dan Daihatsu semata-mata, manakala Proton adalah sebuah produk yang dibina oleh rakyat Malaysia sendiri.

Pengetahuan sebegini ada positif dan negatifnya. Positifnya ialah ia secara langsung mengiktiraf bahawa kereta yang benar-benar layak menerima status kereta nasional ialah Proton sahaja, walaupun mungkin kerjasamanya dengan Mitsubishi akan mengembalikan skeptikal umum tetapi ia disifatkan suatu bentuk usaha sama yang tidak boleh tidak, terpaksa dilaksanakan dalam era globalisasi kini.

Aspek negatifnya pula ialah ia menunjukkan suatu bentuk gerakan merendah-rendahkan keupayaan anak Malaysia yang berlarutan dalam industri automotif. Anda mungkin perasan orang gemar mengetuk-getuk badan kereta Proton tetapi tidak pula berbuat demikian kepada kereta lain. Mungkin mereka mengharapkan badan kereta itu akan kemik sebab ‘ada orang kata ia diperbuat daripada tin milo’.

Dalam konteks ini, Syed Zainal Abidin kelihatan bersungguh-sungguh dan kesungguhan ini diterjemah sebagai satu kewajaran di mata orang ramai bahawa sebagai orang nombor satu Proton, usaha mengekal dan meningkatkan kualiti produk adalah keutamaan beliau.

Siapa lagi yang layak memberi contoh terbaik sebegini kalau bukan Pengarah Urusan Proton sendiri. Atas faktor ini juga bila timbul isu siapa yang wajar dijadikan ikon atau duta produk bagi Proton, penulis berkeras menyarankan agar Syed Zainal Abidin sahaja yang menjadi duta tersebut.

Ada yang berkata Syed Zainal Abidin wajar menguruskan wajah korporat sahaja dan biar peranan itu diberikan kepada selebriti tetapi silalah tanya Edaran Otomobil Nasional Berhad mengenai hasil pulangan pelaburannya setakat ini.

Syed Zainal Abidin mempunyai aura dan sehingga kini, berjaya meyakinkan bukan sahaja pemegang-pemegang saham syarikat tetapi lebih mustahak, warga Proton termasuk golongan kolar biru di kilang Shah Alam dan Tanjung Malim bahawa mereka memiliki pemimpin yang tahu apa hendak dibuat dan sedia pula mendengar maklum balas dari akar umbi.

Jika Syed Zainal Abidin berjaya mengembalikan keuntungan bersih kepada Proton menerusi penawaran model yang tepat dan juga menjalin pakatan strategik yang berkesan dengan entiti asing, mana tahu beliau mungkin diketengahkan ke bidang yang lebih berorientasikan rakyat pula menjelang 2012.


- Utusan Malaysia -

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2009 08:32 AM | Show all posts
2009 Proton Exora MT (M-Line)















- Paul Tan -



Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 08:54 AM | Show all posts
Proton Saga R3 (Track Version)








Sources : http://chinozie.blogsome.com/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2009 11:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 12-7-2009 16:42

2009 Proton Satria NEO S2000 R3 (Felda Rally Team)



















- Paul Tan -


Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 01:25 AM | Show all posts
2009 Proton Satria NEO S2000 R3 (Felda Rally Team)















Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 02:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 23-7-2009 11:40

2009 Proton Saga EV Concept


























Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 11:06 AM | Show all posts
design tuh dah wujud sebelum Gen 2 ada lagi... project sport car tuh dah cancel....
HangPC2 Post at 18-5-2009 06:20 PM


hang..
mike keja ngan proton ke?
tak ingat nak minta praktikal bhgn multimedia la..
leh ke?
lgpn minat la ngan perkembangan proton nih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 12:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 08:30 AM | Show all posts
20 pelanggan dilantik sebagai duta Proton setiap bulan


SHAH ALAM – Proton Holdings Berhad, akan melantik 20 pelanggannya sebagai duta kecil syarikat itu setiap bulan sebagai salah satu usaha untuk memantapkan jenama Proton dan mengubah tanggapan orang ramai terhadap syarikat itu.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, program yang diberi nama My Proton Journey ini membolehkan para pelanggan yang terpilih sewaktu membeli kereta, melihat bagaimana kereta mereka dibuat, dan juga merasai prestasi kereta tersebut di litar trek Proton.

“Kami tahu bahawa terdapat pelbagai aduan daripada pengguna Proton, dan kerana itu kami mengambil keputusan untuk melaksanakan program ini secara berterusan bermula bulan ini.

“Apa yang kami harapkan duta kecil ini akan menceritakan pengalaman mereka bersama kami kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan kawan-kawan mereka,” katanya.

Semalam, bertempat di Proton Center Excellence Complex, 15 pembeli Proton dari Lembah Klang dibawa melawat kilang pemasangan, menaiki Lotus dan Exora di litar trek Proton.

Syed Zainal berkata, setiap bulan mereka akan memilih secara rawak pembeli baru mengikut negeri untuk diraikan sebagai duta kecil Proton.

Menjawab pertanyaan media mengenai jumlah aduan yang diterima dari pelanggannya, beliau berkata, sejak Exora dilancarkan ia berkurangan pada kadar kurang dari 50 peratus.

“Dengan persekitaran ekonomi yang mencabar , kami di Proton sentiasa berusaha untuk mengukuhkan kedudukan syarikat dengan mempertingkatkan kualiti dari semua aspek.

“Dalam melakukan perubahan ini, ia akan mengambil sedikit masa dan saya yakin bahawa kami berada di landasan yang betul,” katanya.

Mengenai peningkatan jualan, Syed Zainal berkata, Proton telah mencatatkan sedikit peningkatan dalam jualan bagi separuh pertama tahun ini, dirangsang oleh pelancaran kenderaan pelbagai guna (MPV) barunya, Exora.

Tempahan Exora sehingga kini ialah sebanyak 15,767 unit dan yang telah dijual sebanyak 6,200 unit sejak ia dilancarkan Februari tahun ini.

“Bagi penghujung tahun ini, kami mensasarkan sebanyak 36,000 unit akan dijual. Manakala untuk sasaran jualan keseluruhan model ialah sebanyak 150,950 unit," katanya.

Mengenai pasaran Indonesia di mana Exora akan dilancarkan pada Jumaat ini, Syed Zainal berkata, sambutannya nampak menggalakkan jika dilihat daripada sesi dengan media minggu lepas.

Sementara itu, pengurus besar Proton Edar Sdn Bhd (bahagian jualan kereta), Sidik Abdul Hamid berkata, Proton berhasrat menjual kira-kira 500 unit Exora sebulan di Indonesia.        

Beliau berkata, jumlah itu dijangka meningkat di masa hadapan memandangkan Indonesia mempunyai pasaran MPV yang luas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 01:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 23-7-2009 11:16

2009 Proton Exora Prestige Concept (Turbo Prototypes)























Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2009 11:43 AM | Show all posts
2009 Proton Satria NEO R3 Clubsport (Road Legal)








































http://www.youtube.com/watch?v=C5vaSBb60dc



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2009 02:01 PM | Show all posts
HangPC2!  amboi.. hang promot sakan kat site2 forum indo.. bagus2... hang patut jadi duta rasmi proton. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 12:31 PM | Show all posts
HangPC2!  amboi.. hang promot sakan kat site2 forum indo.. bagus2... hang patut jadi duta rasmi proton. hehehe
cecari Post at 25-7-2009 02:01 PM


hu4..bg hyperlink..teman nak tgk gak hu4..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 02:34 PM | Show all posts
1138# dune1989

Hang baca je tau , jgn daftar... sbb kebanyakan org kat situ anti malaysia... kalau kita masuk lepas tu nak berdebat akan burukkan lagi keadaan. tu je.

http://www.kaskus.us/showthread.php?t=2161088&page=10
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 03:42 PM | Show all posts
wokey,kata2 mu akan ku ingat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.071143 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list