CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hetfield

Di antara lancer gt,honda civic,mazda 3...mana korang mau tangkap??

[Copy link]
Post time 16-8-2007 09:10 AM | Show all posts
kalau civic tu jenis type-R, haku pilih civic, setakat civic 1.8, aper barang...

tapi kalau kena pilih antara 3 tu, haku pilih lancer, pas tu convert manual gearbox evo..

nota kaki : haku cukup tak suka bawak kete auto...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2007 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by woh_getoh at 15-8-2007 08:42 PM
haaa?? mazda 3 99k? rm138k la bro.. cuba check kat website link aku paste mazda tuh.. hehe.. mana dpt 99k..kalo 99k..skrang jugak aku kensel lancer gt aku huhuh...

1.6 pon dah rm119k.. 2.0 kal ...


betul la fakta yg kau ckp tu..aku based pada sorang forumner penah ckp kt cni

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=272174&extra=&highlight=mazda%2B3&page=2
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by woh_getoh at 15-8-2007 10:47 PM
kalo la bini aku tahu beribu riban abis beli mainan aku saja.. mau mogok dia nak gelang mas besau2..


normal lar tu bro, macam haku dulu.. layan main kete kontrol kat titiwangsa tu.. kalau tengok jumlah baper haku dah spend kat hobi takde pekdah tu (ni bini haku cakap), mau kene bebel tahap gaban punyer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 09:16 AM | Show all posts
tapi apa pon lancer memang ummmpphhhhh...nampak garang berbisa sapa dah test drive?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 09:17 AM | Show all posts
Aku cuma suka bawak kereta auto masa traffic jam aje


Originally posted by Fast-N-Furious at 16-8-2007 09:10 AM
kalau civic tu jenis type-R, haku pilih civic, setakat civic 1.8, aper barang...

tapi kalau kena pilih antara 3 tu, haku pilih lancer, pas tu convert manual gearbox evo..

nota kaki : haku c ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 09:51 AM | Show all posts
alamak fast.. hoby ngko mcm aku gak huhuh.. kete kontrol ada 2 bijik tu..tamiya satu HPI satu.. 2-2 kena overhaulin hehhe.. lama x start.. glow starter dah ilang ke mana hehhe..

hetfield: aku dah test dah lancer tu.. bagi aku ckp2 umphh la.. NA car.. japan made.. full nice leather.. suspension..yg penting aku suka aluminium engine.. tu yg bunyi kasar kalo ramp.. ramai org komplen engine lancer bising compared to civic.. mmg la woo.. civic tu ramai pompuan even kat KB ni..makcik2 pon own that car.. kalo lancer tu more maskulin la beb...

pickup.. masa from 0km/h tu agak slow n sluggish sket.. then masa rpm cecah 4000rpm.. baru mari.. setengah org rasa mcm vtec bukak.. maybe ni mivec bukak kot hehhe..tapi once gerak.. layan paddle shift.. gear 2-6 no prob at all.. tekan pegi..tekan pegi.. huhuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2007 10:15 AM | Show all posts
REPUTASI cemerlang Mitsubishi Lancer dalam saingan rali dunia sejak beberapa dekad lalu menjadikan jentera ini cukup disegani lawan.

Ia dinobatkan juara dalam sukan rali dunia pada 1973.

Lancer dikategorikan kenderaan sedan ekonomi sporty dan memiliki pemanduan cukup menyeronokkan.

Untuk versi rali, ia dibekalkan enjin berprestasi tinggi dengan sistem AWD bagi model Lancer Evolution (2003) dan edisi Ralliart (2004).

Kesinambungan reka bentuk dan prestasi menjadikannya cukup gah serta memaksa model Lancer melalui proses naik taraf pengeluarnya secara berperingkat supaya tidak ketinggalan zaman.

Kegilaan peminat terhadapnya menyaksikan Proton Wira yang acuannya diambil dari reka bentuk Lancer diubah suai menjadi 'EVO jadian'.

Selepas evolusi Lancer dengan perubahan DNA secara berperingkat, jurutera Mitsubishi Motors Jepun tidak pernah kekeringan idea untuk terus membangunkannya.

Untuk 2007 kehadiran Lancer 2.0 GT terus dicemburui pesaingnya disebabkan ia buah tangan menarik pengeluar Jepun buat peminat tempatan yang lama menantikannya.

Malaysia menjadi negara Asia pertama menerima kehadiran model terbaru berkenaan yang sebelum ini ia dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Detroit, Januari lalu.

Bagi menguji kehebatan Lancer terbaru ini, pengurusan Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd mengaturkan sesi pandu uji buat wartawan permotoran ke Cameron Highlands, baru-baru ini.

Dengan kombinasi laluan Persekutuan dan lebuh raya, ia menguji kehebatan jentera ini terutamanya dari aspek pengendaliannya.

Penampilan luaran jentera ini yang meminjam reka bentuk muncung jet pejuang ini begitu menyerlah, malah menjadikan Lancer cukup garang di jalan raya.

Rekaan lampu depan dan belakang bergaya serta garis tubuhnya mengiurkan mengubah wajah Lancer yang sebelum ini dipertingkatkan secara kosmetik.

Untuk bahagian dalaman, Mitsubishi memadankan dengan konsep hitam yang menjadikan ia eksklusif dan sporty. Walaupun ringkas, kualiti pembuatan dalamannya tetap hebat.

Ruang bahagian tempat duduk bersalut kulit serta kelegaan ruang dalaman bagi penumpang dan pemandu menjadikannya cukup selesa di sepanjang perjalanan.

Keadaan papan pemuka sederhana, sistem audio bertenaga, punat kawalan stereng serta mudah dikendalikan menjadikan pemanduan ke destinasi sungguh menyeronokkan.

Penulis yang memandunya secara berganti-ganti dari Kuala Lumpur ke Tanah Rata cukup teruja dengan prestasi serta pengendalian sistem gear di bahagian stereng yang menyeronokkan.

Padanan sistem gear enam kelajuan yang boleh dipandu secara automatik dan manual membolehkan pemandu mengawalnya menerusi stereng atau dalam keadaan biasa.

Kombinasi CVT serta INVECS-III (Sistem Kawalan Pintar dan Inovatif) berkenaan cukup membantu pengendalian kenderaan terutamanya ketika melayan selekoh mencabar dan memecut di jalan lurus.

Prestasi cemerlangnya turut dibantu sistem suspensi mantap serta cengkaman tayar lebar dengan padanan rim bersaiz 18 inci. Ia memberikan lebih cengkaman serta kestabilan dalam berkenderaan.

Dari aspek teknikal, Lancer 2.0 GT dipadankan dengan enjin 2.0liter DOCH dan MIVEC dengan blok aluminium yang ringan.

Enjin berkenaan mampu menghamburkan kuasa maksimum 114 kW(155PS) pada 6,000 rpm dan tork maksimum 199 N-m(20.3kg-m) pada 4,250rpm.

Dengan kuasa 1,998 cc ia memadai untuk sedan sport seperti ini dan kelajuan maksimum mampu dicapai jentera ini ialah 200 km/j.

Untuk keselamatan dalam pemanduan, jentera ini dilengkapi dengan beg udara keselamatan untuk pemandu dan penumpang depan, ABS, EBD dan Sistem Sokongan Brek.

Secara keseluruhan sport sedan terbaru yang diperkenalkan Mitsubishi Motor ini mantap dan bergaya.

Ia mampu menyaingi model lain di pasaran.

Dengan tawaran harga RM112,806.10 di atas jalan, tidak termasuk insurans, jentera ini mampu menghangatkan pasaran sedan sport bergaya untuk mereka berjiwa muda.

Sebagai pilihan model ini hadir dengan pilihan empat warna menarik iaitu Cool Silver Metallic, Medium Purpish Gray Mica, Red Metallic dan Black Mica.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 10:39 AM | Show all posts
rasa mcm nk sambar lancer GT ni le pulak..........lagi2 bila dh revised salary nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2007 11:21 AM | Show all posts
ade special interest rate x lancer gt ni cam honda?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 11:23 AM | Show all posts
xdo special sgt.. aku dpt 2.5% from maybank..  tapi aku dgr dah ada dah dealer up kan rege lancer ni..maklumla hot item in market.. dah tu siap2 undertable kalo nak keto cepat.. siot ah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by woh_getoh at 16-8-2007 11:23 AM
xdo special sgt.. aku dpt 2.5% from maybank..  tapi aku dgr dah ada dah dealer up kan rege lancer ni..maklumla hot item in market.. dah tu siap2 undertable kalo nak keto cepat.. siot ah..


wahh ko dah book ke?bila dpt ketenye...fuh syiok le

2.5% ok le tu...honda pon 2.88% kalo x silap


dp brp..monthly?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 11:36 AM | Show all posts
nanti boleh tukar jadi camni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 11:38 AM | Show all posts
hetfield.. dah book 1 minggu sblm launch.. kete dah ada kat showroom tu..tapi aku tangguh dulu sbb plat yg aku tender blom dpt.. hehhehe..
dp:16k.. loan 100k.. 9 thn.. bln2 dlm 1130...

yg bawah tu evo X tuh hehehhe.. ganazzz...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 11:43 AM | Show all posts
kenapa tak letak Civic 2.0??  sama lar CC dia dgn mitsu tu..  

btw, mitsu ni mcm volvo+aston kat muncung dia.. tak ori dah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 11:46 AM | Show all posts

Reply #33 woh_getoh's post

lancer gt enjin sama ngan evo x ni 4b11T..betul ke

adoi la sbln 1130 ke...dlm dilema aku dibuatnye

[ Last edited by  Hetfield at 16-8-2007 11:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 11:49 AM | Show all posts
mana TOYOLta??  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2007 12:44 PM | Show all posts
rasanya, better tunggu new model corolla altis .. nampak lawa .. masa preview kat china
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 12:48 PM | Show all posts

Reply #33 woh_getoh's post

getoh,

ko pakai keter lancer ni.. tapi ko cepat jemu kan??..
i believe ko kan convert ke evo 10 bagai..
then agak2 nak jual nanti.. bagitau laa member kat sini dgn spesel price...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 12:50 PM | Show all posts
perghhhh.....ganas gile evo X.......mcm nk mkn org
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 02:02 PM | Show all posts
tak kisah ler korang nak tangkap apa...jgn tangkap muat udoh ler...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.067822 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list