CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Gerhana Bulan Update: moon eclipse 1 Jan 2010 -

[Copy link]
Post time 16-12-2009 02:57 PM | Show all posts
Peluang saksi gerhana bulan 1 Januari depan




KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian gerhana bulan separa mulai 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari depan.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam, secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama, bulan melintasi bayang bumi.

Gerhana itu akan bermula dengan fasa penumbra pada 1.17 pagi waktu Malaysia tetapi ketika itu, kesan kenampakan gerhana tidak dapat diperhatikan kerana bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

“Gerhana yang jelas dapat dilihat ketika bulan memasuki bayang umbra bumi mulai jam 2.53 sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi,” kata kenyataan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2009 08:42 AM | Show all posts
101# amazed


zed -
kalau saya tak sempat nak update thread saya -
minta tolong aje awak update kan ye -

bukan kat sini aje - kat board history pun -
(kalau ada update news la...)

thanks eh -
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 11:06 PM | Show all posts
Peluang saksi fenomena bulan gerhana


Antara teleskop yang digunakan untuk mencerap fenomena bulan gerhana.

Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari ini.

Secara amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang bumi seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia.

Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.

Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.
Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.

Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 10:32 PM | Show all posts
Gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini

PUTRAJAYA: Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula jam 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada jam 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada jam 3.24 pagi.

"Gerhana ini dijangka berakhir pada jam 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari jam 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum," kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Berikutan gerhana yang berlaku ketika cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

"Program yang juga adalah anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam," kata Jakim. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 10:58 AM | Show all posts
Fenomena gerhana bulan separa tarik 1,500 pengunjung

KUALA LUMPUR: Keunikan gerhana bulan separa yang berlaku awal pagi ini menarik perhatian kira-kira 1,500 orang untuk bersama-sama berkumpul melihat kejadian itu di pekarangan Masjid Negara di sini.

Bagaimanapun, pemandangan fenomena itu sedikit terjejas ekoran keadaan bulan yang dilitupi awan.

Bagi membolehkan orang ramai membuat pencerapan, Agensi Angkasa Negara dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia dan Majlis Mufti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyediakan sebanyak 10 teleskop untuk mereka melihat fenomena itu secara lebih jelas.

Pengarah Pendidikan dan Sains Angkasa Azreena Ahmad berkata bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan kejadian itu, mereka boleh menonton siaran ulangan fenomena gerhana bulan separa itu menerusi laman web www.angkasa.gov.my.

Beliau berkata kejadian gerhana bulan boleh berlaku sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun.

Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama, bulan melintasi bayang bumi.

Bermula dengan fasa penumbra iaitu bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah pada jam 1.17 pagi waktu Malaysia, kejadian itu bagaimanapun belum menampakkan kesan gerhana memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap selain faktor keadaan langit berawan.

Gerhana, yang dijangkakan jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu bahagian bayang sangat gelap, yang turut digelar fasa gerhana separa pada jam 2.53 pagi juga tidak dapat dilihat.

Bagaimanapun, orang ramai daripada pelbagai kaum setia menunggu untuk melihat fenomena itu sejak 9 malam, tidak hampa dan sanggup beratur panjang untuk menggunakan teleskop melihat gerhana bulan penuh (maksimum) yang mula kelihatan pada jam 3.24 pagi.

Keadaan gerhana bulan penuh itu bagaimanapun hanya berlaku selama 29 minit sebelum bulan dilihat mula keluar daripada bayangan umbra bumi pada jam 3.53 pagi.

Gerhana dijangkakan terus berlaku sehingga 5.28 pagi namun fenomena itu tidak dapat disaksikan dengan mata kasar pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Selain fenomena gerhana bulan separa, orang ramai juga berpeluang melihat kemunculan planet Marikh dan Zuhal menerusi teleskop yang disediakan.

Pada jam 2.30 pagi, umat Islam turut menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Azreena berkata gerhana bulan separa juga dapat disaksikan di seluruh Asia dan Afrika.

Katanya, Pada 15 Januari ini, fenomena gerhana matahari dijangka berlaku.

"Sebenarnya, kita mempunyai perkiraan mengenai kejadian gerhana ini," katanya.

Turut hadir untuk melihat fenomena gerhana bulan separa itu ialah Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Sementara itu, Imam Masjid Negara Amru Al-Haz Adnan dalam khutbah khas gerhana bulan meminta umat Islam berdoa agar kejadian gerhana itu tidak memberi kesan kepada cuaca, serta kehidupan di dunia.

"Pada hari ini, kita berkumpul dengan sepenuh harapan agar doa rayuan kita diterima Allah. Semoga Allah memulihkan cuaca selepas gerhana bulan yang kita saksikan malam ini dan kita sentiasa dalam rahmat-NYA hendaknya," katanya.

Muhammad Nizam Shamsury, 26, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) ketika ditemui Bernama berkata pada awalnya beliau agak kecewa kerana tidak dapat melihat gerhana bulan pada dua fasa pertama sebelum ia menjadi gerhana penuh.

"Saya tunggu sehingga habis kerana saya nak tahu proses gerhana itu berlaku. Ini adalah pertama kali saya tengok gerhana cuma tadi saya agak kecewa sedikit kerana bulan dilitupi awan dan tidak dapat melihatnya," katanya.

Bagi Muhammad Ridhuan Che Alim, 27, kesempatan bercuti sempena tahun baru digunakan sebaiknya untuk datang melihat proses gerhana bulan.

"Saya tidak kisah tunggu lama kerana saya nak tengok sendiri macamana gerhana berlaku. Dulu saya tidaklah ambil kisah sangat mengenai perkara ini dan selepas menyaksinya saya mendapat ilmu baru.

"Walaupun agak kecewa kerana tidak dapat melihat dua proses awal kejadian gerhana, tetapi saya berpuas hati dengan penerangan yang diberikan Agensi Angkasa," katanya yang bekerja sebagai Pembantu Perangkaan. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 11:33 AM | Show all posts
dgr kater kaler biru bulan nanti yer ker?

sebab aper panggil blue moon hah...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2010 04:54 PM | Show all posts
About 1,500 stargazers gathered at the
National Mosque here in the wee hours of
Friday to witness a partial lunar eclipse that
lasted for 29 minutes. The eclipse started
at 1.17am when the moon entered the
Earth’s penumbra and started passing
the umbra at 2.53am.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 08:59 AM | Show all posts
Fenomena gerhana bulan separa
oleh AHMAD FADZIL ZAINOL ARIFFIN



Fasa penuh gerhana bulan ini dapat disaksikan pada pukul 3.24 pagi selepas fasa peratama pada pukul 11.00 malam semalam dalam program pencerapan gerhana bulan di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Lebih 1,500 pengunjung berkumpul di pekarangan Masjid Negara tengah malam tadi untuk melihat gerhana bulan separa yang bermula dari pukul 1 hingga 5 pagi ini.

Mereka melihat kejadian gerhana itu menggunakan 10 teleskop yang disediakan sempena Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa di masjid berkenaan.

Program itu merupakan anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Masjid Negara dengan sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Mufti Selangor dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Fasa pertama yang berlaku pada pukul 1.17 pagi dapat dilihat dengan jelas, bagaimanapun gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi tidak begitu jelas kelihatan akibat terlindung oleh awan tebal.

Fenomena itu dapat disaksikan kembali dengan jelas pada fasa ketiga pukul 3.46 pagi sungguhpun gerhana maksimum sudah melepasi waktunya.

Turut berada di pekarangan masjid itu ialah Pengarah Angkasa, Azreena Ahmad dan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad
Pengunjung juga berpeluang melihat planet Zuhal dan Marikh yang turut kelihatan pagi ini melalui teleskop.

Turut diadakan pada program berkenaan adalah solat sunat gerhana berjemaah dan ceramah berkaitan kejadian gerhana bulan.

Kali terakhir fenomena gerhana bulan separa dilihat di Malaysia adalah pada 17 Ogos 2008.

Bagi mereka yang terlepas menyaksikan fenomena itu, ia boleh ditonton semula menerusi laman web Angkasa di www.angkasa.gov.my.

Seorang pengunjung, Ahmad Kamal Hafis Kamarul Zamil, 18, dari Subang Jaya, Selangor, berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan fenomena gerhana itu kali ini.

"Saya datang ke ibu negara hanya untuk menyaksikan fenomena  ini tambahan pula pihak penganjur menyediakan teleskop bagi membolehkan pengunjung melihat sendiri gerhana bulan," katanya.

Bagi Abu Turab Malik Tassaduq Abbas, 21, dia sanggup menempuh kesesakan jalan raya dari rumahnya di Setapak untuk menyaksikan fenomena berkenaan.

"Walaupun mengetahui program ini agak lewat, namun ia amat berbaloi," katanya.

Sementara itu, seorang pensyarah, Raja Azlita Raja Abdul Rahman, 30, berkata, dia begitu terpesona menyaksikan fenomena itu secara langsung.

"Saya berasa satu kelainan yang luar biasa selepas melihat fenomena ini dengan mata saya sendiri," ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2010 09:26 PM | Show all posts
Eclipse thrills stargazers

      
   2010/01/02

   

KUALA LUMPUR: About1,500 stargazers gathered at the National Mosque here in the wee hoursyesterday to witness a unique New Year partial lunar eclipse.   The eclipse started at 1.17am when the moon entered the Earth's penumbra and started passing the umbra at 2.53am.

  However, due to cloudy skies, the first two stages were hardly visible  even when viewed using telescopes.

  The group was not totally disappointed as the clouds soon parted.

This provided a clear view of the partial lunar eclipse when it reached its maximum phase at 3.24am.

The  eclipse lasted for just 29 minutes before the moon completely passed through the Earth's umbra at 3.53am.
Phases of the partial lunar eclipse with the Parliament House in the background.


Apart from the eclipsed moon, the stargazers also had theopportunity to see the planets Mars and Saturn through their telescopes.

  At 2.30am, the Muslim stargazers performed the "solat khusuf" (lunar eclipse prayers) in conjunction with the phenomenon.

   Muhammad Nizam Shamsury, 26, said he was a little frustrated when he could not see the two earlier phases of the eclipse.  

  "I waited till the end because I wanted to know how the eclipse of the moon occurred.

"This is the first time I am actually seeing it," he said.

  For Muhammad Ridhuan Che Alim, 27, the opportunity to witness the eclipse was the best way to spend his New Year holiday.

"I did not mind the long wait because I was so thrilled to see for myself how an eclipse occurred. It's really something worth learning about.

"Even though I'm a little disappointed for not beingable to see the first two phases, the information provided by the National Space Agency (Angkasa) was sufficient," he said.

Angkasa Education and Science director Azreena Ahmad said those who had missed the opportunity to witness the partial lunar eclipse could view its recording at the agency's website www.angkasa.gov.my.


  She said the eclipse would occur at least twice a year and  on Jan 15, a solar eclipse was expected to occur.

The Grand Imam of the National Mosque, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, was also present to witness the lunar eclipse. -- Bernama



****************************************************************************************************


tak tengok pun lunar eclipse ni...  pi tengok sherlock holmes... keluar wayang aje dah pukul 12.05am...
nampak juga la fireworks and stuff.....terus balik rumah... tau ada lunar eclipse ... so buat gak la solat sunat
gerhana (tu pun lepas my sister sms tanya -- dah buat solat gerhana... eh - )
cantik ye... untung sesapa yang dapat tengok tu -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 01:25 AM | Show all posts
cuaca kurang baik malam tu .. tapi Alhamdulillah dapat gaks tengOk


ni masa 1st phase .. awan tebal dah mula mengover bulan


keadaan langit kat sini dari kol 1 - 4 am .. berawan tebal


max phase 3.33 am .. dapat gak tengok dalam 10min sblm awan tebal lagi

agak mengecewakan sbb cuaca kurang besh + kesihatan pun kurang besh
tapi ok aa .. dapat gak tengok daripada tak tengok langsung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 01:04 PM | Show all posts
dgr kater kaler biru bulan nanti yer ker?

sebab aper panggil blue moon hah...?
logy Post at 1-1-2010 11:33



blue moon tu jarang berlaku... jarang ler sangat... tu sbb bila perkara yang jarang2 berlaku kita panggey  once in blue moon....

contoh... aku jumpa pompuan yg lawa comey macam edora ex-aku tu... .... sangat ler once in blue moon.... TAK MOSTAHIL....tapi jarang ler bley berlaku, mate!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 08:15 PM | Show all posts
nice pic
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 07:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by WawaHarajuku at 18-1-2010 19:22

Post Last Edit by WawaHarajuku at 18-1-2010 19:06

Kepada sesiapa yg frust tak dapat tgk Gerhana bulan separa hari tuh..Jgn nagis ok!

Sbb ada lagi gerhana yg akan muncul thn neh...

26 june 2010 - Gerhana Bulan Separa
26 dec 2010  - Gerhana bulan penuh Sabah & Serawak ( Whoa! mesti cantik bulan waktu nie bila fenomena ni berlaku...Boleh jadi bulan berwarna jigga, merah atau coklat.)

So kawan2..Jgn lupa tulis date ni kat calender you all...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 07:13 PM | Show all posts
Bila you all dengar jek gerhana bulan akan berlaku..Satu perkara yg penting kena ingat ialah..Jauhi laut! Sbb tarikan graviti bulan/matahari sgt kuat masa ni bole menyebatkan banjir atau ombak besar....

Jadi xsalah kalo kita jauhi laut buat sementara waktu..Just for our safety!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 05:44 PM | Show all posts
salam

jangan lupa gerhana bulan separa - malam ni (7pm - 10.40pm)

orang2 yg tinggal kat sekitar shah alam, leh aa join program mencerap gerhana
malam ni kol 7pm - 10pm kat masjid SSAAS, shah alam
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 09:56 PM | Show all posts
subhanallah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.075899 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list