CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amiin_al_Kalam

Antara Ilmu Persilatan & Mistik

[Copy link]
 Author| Post time 23-8-2007 12:30 AM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 22-8-2007 10:25 PM
budak2 tomoi memang kerek2! jahat! kat sekolah kroit, budak2 ni blaja kat luar, sorang blaja..pastu balik dia ajar kat kawan2 dier..budak2 NAKAL!! abis kitorang kena buli! cait! sib baek orang ya ...


wat tak tahu jer...
kalau dorang nak 'menjual' ker apa ker ko tak yah la 'beli'...

dan kalau ko belajar silat... ko jgn la bagitahu kat saper-saper... nanti bila dorang tahu ko ada silat... mesti dorang ajak ko fight nyer... nak test power... biasalahhhh... budak-budak hingusan yg baru dapat ilmu memang mcm tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 06:09 AM | Show all posts
Originally posted by salimrock at 22-8-2007 20:57


belajar tak habis la, budak2 tomoi alor star kerek2 la...

sekrang wa menhabiskan masa dgn bermain snuker.....wa nak cabar budak2 tomoi tu main snuker....wakakakakakka




wa pernah d ...


Nasrul haq...hmmm... menggunakan tenaga batin.
Dengan empat tahap pernafasan.
Bermula dengan ko - korikulum di sekolah.
Oleh kerana di selewengkan oleh pelajar ( terlalu riak)
Maka ia diharamkan oleh  kerajaan di sekolah2.

Pukulan jarak jauh dengan pengumpulan dan pemusatan aura dalaman.
Masa tu hanya silat inilah sahaja yang menggunaka tenaga dalaman.
Amat sedikit mempunyai bunga persilatan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 09:18 AM | Show all posts

Nasrul Haq

Nasrul Haq - Bukan Ajaran Islam

oAsyraf Wajdi

(majalah DAKWAH, Mei 1978)

PERSIDANGAN Ketua-ketua Jabatan Agama Islam Negeri-negeri yang bersidang pada 11hb.April, 1978 bersamaan 2hb. Jamadil Awal 1398 di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Agama telah menerima dan mengkaji laporan Jawatankuasa Khas berkenaan Nasrul Haq. Persidangan pada hari itu telah mendapati bahawa ajaran Nasrul Haq adalah bukan daripada ajaran Islam. Bagi tindakan selanjutnya adalah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri, kerana tugas agama adalah di bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing.

Memandangkan beberapa kekeliruan yang timbul akibat penyalahgunaan perkataan seperti Khalifah, Naib Khalifah, Mahaguru dan sebagainya, maka Persidangan mengesyorkan supaya perkataan-perkataan tersebut tidak digunakan lagi sebagai gelaran kepada pemimpin, ketua atau guru bagi apa-apa pertubuhan jua pun.

Saudara Subki Latif dalam ruangan fokas akhbar harian Watan pada 14hb. April 1978 menimbulkan persoalan tentang tidak adanya keterangan lanjut tentang mengapa pertubuhan itu dikatakan bukan ajaran Islam:

    * Adakah ia boleh diamalkan oleh orang-orang Islam?
    * Apakah tidak berdosa orang-orang Islam yang menjadi anggotanya?
    * Mengapakah Seni Silat Gayong, Silat Lincah, Silat Cekak dan sebagainya tidak pernah dipertikaikan?

Untuk mengelakkan keliru dan untuk tidak menimbulkan perasaan curiga kepada Ketua-ketua Jabatan Agama Islam Negeri yang mengadakan mesyuarat pada hari itu khusus kepada jawatankuasa yang diberi tugas mengkaji berkenaan dengan Nasrul Haq itu maka perlulah lebih dahulu diketahui bahawa jawatankuasa khas itu bukanlah mengkaji pertubuhan Persaudaraan Nasrul Haq, tetapi apa yang dikajinya ialah amalan-amalan dan dorongan yang menyebabkan orang ramai menumpu perhatian kepada pertubuhan itu.

Untuk menjadi anggota pertubuhan itu tidak menjadi masalah. Kerana ia adalah merupakan pertubuhan belia atau pertubuhan kebajikan yang lain juga, tetapi yang menjadi masalahnya ialah amalannya di mana kononnya boleh memberi perkara luar biasa telah menimbulkan reaksi di kalangan masyarakat.

Jawatankuasa ini memberi perhatian yang utama kepada pertubuhan Nasrul Haq kerana ia bukanlah merupakan seni mempertahankan diri. Tidak ada nilai-nilai seni seperti silat-silat yang lain. Apa yang ada hanya gerak-gerak tubuh, tangan , kaki, kepala dan mata menurut cara-cara tertentu dengan bacaan-bacaan tertentu untuk melahirkan perkara-perkara luar biasa.

Tidak ada cara menepis, tumbuk atau mengelak tendangan musuh. Tidak juga diajar bagaimana hendak merebahkan musuh atau mematahkan lawan atau bagaimana cara menghantar tumbukan yang padu atau sepak yang padat dan sebagainya untuk merebahkan lawan.

Bacaan-bacaan yang tertentu itu pula ialah bacaan Al-Fatihah dan zikir-zikir yang dipergunakan bukan pada tempatnya dan bukan untuk ibadat, tetapi untuk mewujudkan perkara luar biasa yang berkenaan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa perkara luar biasa itu berlaku di gelanggang-gelanggang utamanya di hadapan khalifahnya. Hinggakan ia boleh berlaku kepada orang-orang 'a-si yang sering melakukan maksiat, bahkan boleh berlaku kepada benda-benda yang tidak bernyawa juga.

Kerana hebatnya perkembangan amalan Nasrul Haq ini maka ramailah orang-orang Islam menyertainya. Tetapi apabila perkara luar biasa itu tidak berlaku berpanjangan selain daripada di gelanggang dan di hadapan khalifah sahaja, maka timbullah desakan kepada Majlis-majlis Agama dan badan agama untuk menentukan amalan ini sama ada ia dari ajaran Islam atau tidak dan adakah ia boleh dijadikan alat untuk berdakwah atau sebagainya.

Pihak Jabatan Agama di negeri-negeri merasai bertanggungjawab untuk menyelesaikan keraguan orang ramai yang mendesak itu. Lalu ditubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji masalah yang berkenaan supaya hasil kajian itu boleh dibawa kepada jawatankuasa syariah atau jawatankuasa fatwa di negeri masing-masing menurut hemat jawatankuasa yang berkenaan di negeri-negeri.

Jawatankuasa Khas telah mengkaji beberapa aspek setelah mengadakan dua kali perbincangan dengan pihak penganjur Nasrul Haq pada 14hb. Januari dan 16hb. Februari, 1978. Sekali perbincangan dengan mufti-mufti seluruh Malaysia pada 7hb. Februari, 1978. Wawancara-wawancara juga telah diadakan dengan Jurulatih Kanan Nasrul Haq, Penasihat Nasrul Haq dan beberapa orang jawatankuasanya dan beberapa orang pegawai belia di Kementerian Belia sendiri.

Jawatankuasa ini juga telah mengkaji buku-buku, majalah, akhbar dan risalah-risalah yang telah diterbitkan berkenaan dengan Nasrul Haq termasuk pendapat ulama-ulama dari seluruh Malaysia.

Aspek yang dikaji di antaranya ialah asal-usul Nasrul Haq yang dikatakan berasal dari Minangkabau, Sumatera. Pengasasnya di Sumatera ialah Syeikh Musa Paradik. Jurusnya ditemui oleh Tuan Haji Johannes Cheoldi S.P. ketika menunaikan fardu haji di Mekah dan dipraktikkan di Gua Hira' dengan seorang teman yang datang dari Indonesia.

Ada pula pendapat yang mengatakan asal-usul Nasrul Haq ini berasal dari Pagaruyong dan dibawa ke Jawa Barat oleh Datuk Shah Bandar kemudian dipelajari oleh empat orang pendekar. Kemudian dipelajari oleh Aki Tasik yang berasal dari Suka Bumi. Tuan Haji Johannes dikatakan belajar ilmu Nasrul Haq ini daripada Haji Elias Sultan Sati, murid dari Aki Tasik.

Bentuk amalan (Nasrul Haq) ini terbahagi kepada dua, iaitu Rohani dan Jasmani. Perpaduan di antara Rohani dan Jasmani inilah melahirkan perkara luar biasa. Cara amalannya ialah setiap murid dikehendaki membaca Al-Fatihah sebanyak tiga kali. Kemudian baru memulakan jurus yang disertai dengan mengingatkan Allah. Tujuannya untuk mendapatkan kekuatan batin dan kekuatan luar biasa yang didakwakan sebagai maunah atau fadilat dari Allah. Jawatankuasa ini juga telah mengkaji masalah sumpah, bai'ah dan kesannya terhadap orang yang terlibat dengan amalan ini.

Jawatankuasa khas juga telah mengambil perhatian utama kepada kesan kuasa luar biasa yang menjadikan sebagai penahan dari suatu serangan itu boleh dipindah-pindahkan bukan saja kepada manusia Islam atau bukan Islam, bahkan boleh juga dipindahkan kepada apa-apa saja sekiranya khalifah atau guru menjuruskan atau memasukkan kuasa tersebut.

Hal ini boleh menimbulkan keliru tentang jenis perkara luar biasa itu, lebih-lebih lagi seringkali ia tidak memerlukan zikir atau apa-apa ayat lagi cuma memadai dengan jurus saja.

Di dalam gelanggang Nasrul Haq, khalifah-khalifah sering berusaha untuk memastikan kuasa luar biasa itu berkesan dan diisyaratkan pihak penyerang mesti berada dalam keadaan marah. Katanya, ilmu ini tidak berkesan atau tidak menimbulkan apa-apa jika penyerang tidak mempunyai perasaan marah. Hal ini meragukan kerana penyerang itu tidak semuanya berperasaan marah lebih-lebih lagi ketika menggunakan alat senjata moden.

Beberapa kekeliruan timbul lagi apabila ternyata banyak bukti yang menunjukkan bahawa amalan Nasrul Haq ini hanya dapat dilahirkan perkara-perkara luar biasa di dalam gelanggang, ketika menjalankan sesuatu latihan atau pertunjukan bersama khalifahnya saja. Tetapi apabila dicuba di masa-masa yang lain nampaknya tidak banyak berkesan lagi, bahkan tidak berkesan langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 09:19 AM | Show all posts

continued ...

Keputusan Jawatankuasa Khas yang diisytiharkan tempoh hari tidak bertujuan untuk menentukan halal atau haram kerana ia di luar tugas jawatankuasa yang berkenaan. Jawatankuasa itu hanya menggariskan sepuluh pandangan untuk dirumuskan sebagai keputusan atau kesimpulan. Antara rumusan-rumusan tersebut ialah:

    * Amalan Nasrul Haq mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa kepada pertentangan dengan akidah Islam.
    * Amalan ini pada peringkat awalnya cuba berselindung di sebalik ayat-ayat suci Al-Quran dan petikan hadis Rasulullah yang ada kaitannya dengan konsep mengingatkan Allah (zikrullah) dengan tujuan untuk mempengaruhi orang ramai supaya yakin dengan ajaran ilmu ini.
    * Penyelewengan di dalam ajaran ini mulai nampak apabila pemimpin atau khalifah ilmu ini telah mengakui bahawa ilmu ini boleh dipelajari dan memperolehi kesannya oleh orang-orang bukan Islam. Ini membuktikan bahawa amalan ilmu ini tidak lagi terikat dengan perkara zikir dan bacaan Al-Fatihah lagi.
    * Amalan Nasrul Haq boleh membawa suatu keyakinan kepada pengikut-pengikutnya bahawa mereka tidak perlu lagi menggunakan senjata untuk menentang musuh, malah memadai dengan berzikir sahaja untuk mendapatkan pertolongan daripada Allah.
    * Amalan Nasrul Haq tidak lagi memberi kesan yang baik dari segi dakwah, kerana mereka yang terlibat dengan ajaran ini mungkin sanggup melakukan perintah Allah dengan tujuan untuk mendapatkan kesan kuasa luar biasa yang terdapat di dalam ilmu ini sahaja, tetapi apabila mereka gagal mendapatkan kesan kuasa luar biasa tersebut, mereka akan kembali kepada peribadi mereka yang asal.
    * Membaca surah Al-Fatihah atau ayat-ayat suci Al-Quran adalah digalakkan, kerana membaca dan mengamalkannya adalah suatu ibadat yang semata-mata untuk mendapatkan keredaan daripada Allah. Tetapi jika dibaca dan diamalkan dengan tujuan untuk mendapatkan kekuatan luar biasa yang boleh dipertunjuk dan diperturunkan, maka itu bukan lagi ibadat. Bila perkara ibadat dilakukan bukan (dengan) tujuan beribadat, itu adalah mempersenda-sendakan ibadat dan dengan tidak disedari telah menipu diri sendiri dan Allah.
    * Kesan kuasa luar biasa yang terdapat dalam amalan ilmu ini bukanlah merupakan suatu perkara yang mustahil akan berlaku, kerana kesemuanya adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Tetapi jika kesan luar biasa itu berlaku melalui saluran-saluran yang kotor, sama ada gurunya yang bersifat kotor atau melalui saluran rohani-rohani yang kotor seperti jin, syaitan dan Afrit, maka hasilnya juga adalah kotor.
    * Untuk mengetahui atau menganalisis sesuatu perkara - amalan atau kepercayaan - itu benar atau salah, tidak semestinya memeluk atau memasuki terlebih dahulu perkara tersebut, seperti mana untuk menyatakan sesuatu agama atau kepercayaan itu benar atau salah adalah lebih penting mengkaji serta menganalisis terlebih dahulu sebelum mengakui, memasuki atau menyertainya. Tetapi untuk membuktikan sesuatu ilmu atau amalan itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar adalah tidak memadai dengan hanya mengemukakan alasan atau hujah yng berdasarkan kepada keterangan daripada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah bagi membuktikan kebenarannya yang hakiki.
    * Pemimpin Nasrul Haq sering mengakui bahawa mereka adalah jahil dalam soal agama dan bersedia menerima nasihat serta teguran daripada ulama, maka sudah sewajarnya pihak penganjur ilmu ini menerima dengan hati yang terbuka segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan di dalam laporan kajian ini demi memelihara kesucian akidah Islam dan demi menyelamatkan umat Islam di negara ini, khususnya pengikut-pengikut amalan ini supaya tidak menyeleweng dari iktikad atau pegangan terhadap ajaran Islam yang sebenar.

Walau bagaimanapun persidangan Ketua-ketua Jabatan Agama Islam Negeri-negeri pada hari itu menjunjung tinggi hasrat dan cita-cita Kementerian Belia dan Sukan terutamanya hasrat Datuk Abdul Samad Idris sendiri selaku menteri yang bertanggungjawab untuk menyerapkan iman dan menambahkan taqwa di kalangan belia-belia kita. Tetapi masalahnya mereka tidak mahu penyerapan itu melalui jalan yang boleh menimbulkan keliru.

Untuk itu mesyuarat mencadangkan kepada Datuk Abdul Samad Idris sendiri supaya Kementerian Belia dapat melantik seorang Koordinator dalam bidang dakwah untuk menggerakkan kegiatan-kegiatan agama di kalangan belia. Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan jabatan-jabatan agama di negeri-negeri telah memberi persetujuan untuk bekerjasama.

Untuk pengetahuan pembaca bahawa anggota jawatankuasa khas itu terdiri daripada YB Datuk Sri Haji Kamaruddin Mat Isa, Tim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Prof. Haji Abdul Jalil Hassan, Datuk Haji Abu Hassan Sail, Datuk Syeikh Abdul Mohsein Haji Salleh, Tuan Haji Ghazali bin Haji Abdullah, Tuan Haji Mohd.Talha bin Haji Abdul Rahman, Ustaz Haji Dusuki bin Haji Ahmad, Ustaz Mahsin bin Haji Mansor dan Ustaz Haji Ahmad bin Awang.



Source: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/etno/nasrul.htm
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 09:20 AM | Show all posts

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1329


     
                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
Kategori         :                 Akidah                        
Tajuk              :
                                                         Ajaran Nasrul Haq
               Isu :            
                                                                                                                           
            
               Fatwa              :            
               
                                                                           

                                          [table=98%,#000080]               
                    [table=98%,#ffffff]                     
                          [table=98%,#ffffff]                           
                                                                Denganini adalah dimaklumkan bahawa Fatwa yang telah dibuat dan diluluskanoleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 11(2) Enakmen PentadbiranHukum Syarak, 1977, telah disahkan oleh Majlis dan Fatwa tersebutadalah disiarkan di bawah ini mengikut seksyen 11(3) EnakmenPentadbiran Hukum Syarak Tahun 1977 sebagai berikut ;

Memandangkan ajaran Nasrul Haq bukan daripada ajaran Islam dan bolehmembawa pengikut-pengikutnya menyeleweng daripada akidah Islam yangsebenar, maka dengan ini:-
1. Sumpah yang terkandung dalam bai'ah Nasrul Haq hendaklah   dimansuhkan.
2. Ahli-ahli Nasrul Haq yang telah bersumpah dalam bai'ahnya hendaklah membayar kaffarah.
3. Perkataan khalifah hendaklah dimansuhkan.
4. Segala zikir hendaklah semata-mata kerana Allah.
5. Kegiatan berjurus hendaklah jangan dilakukan di Masjid-masjid di Surau-surau dan dikawasan/kawasannya.

                     
                  
            






Baca              : 433
Oleh :                       Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak                                                


[ Last edited by  herbivor at 23-8-2007 09:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 09:44 AM | Show all posts

Reply #81 Amiin_al_Kalam's post

camner lar tak kantoi..dah masuk kelab silat kat sekolah, gambar diambil ramai2 then masuk majalah sekolah..tapi kitorang memang wat bodo je kalau tersempak ngan diorang..kalau boleh jangan eye contact..:eek: ..

lagipun kroit masuk silat ni supaya dapat mempertahankan diriku yang tidak berupaya, keluarga yang disayangi, awek yang dicintai, negara tanah tumpahnya darahku, agama penunjukku, dan supaya silat warisan melayu tidak pupus..:@ berkobar-kobar semangat! huh! awek yang dicintai..hehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2007 10:40 AM | Show all posts

Reply #59 kroit92's post

hohoho... yolahh tuee....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 10:43 AM | Show all posts

Reply #87 anonymous's post

uih! betui! kenapa? tak percaya ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 10:54 AM | Show all posts

Reply #88 kroit92's post

hahhaaa tak caya aku... ko duk area mana..?? mana tahu aku kenal yg ngajo ko.. cos aku ader kwn yg jdi guru ni sorang...yg lain jd pembantu ajer... best campur2 ngan orang pelbagai2.. secadar berkongsi ceritaaa... tp yg slack sorang duaa. abis 1 perguruan yg kene.. itulah... biler blajar.. agama x diterapkan.. jdlah mcm nieee... asyik nak menyikuuu ajer... yg diajakknyer.. melayu jugaakk.. aiiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 11:00 AM | Show all posts

Reply #89 anonymous's post

mana bleh bagitau bebanyak..ni kan forum..bagitau cikgu jek..CIKGU SYUKRI..done..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by herbivor at 23-8-2007 09:19 AM
Keputusan Jawatankuasa Khas yang diisytiharkan tempoh hari tidak bertujuan untuk menentukan halal atau haram kerana ia di luar tugas jawatankuasa yang berkenaan. Jawatankuasa itu hanya menggarisk ...


woooooooooooo.... woooooooooooooooo... woooooooooooooooooooo... memang bahaya la silat Nasrul Haq nihhh....

bayangkan kalau silat ni diamalkan oleh org yg berjiwa kotor... contohnya mcm org yg kaki merosakkan anak dara org... kaki yg suka kacau bini org...iskkkkkkkkkkk

agaknya mcm mana ler org nak tentang dia...


tapi donwori la... tok guru aku pesan... walau ada segala apa ilmu yg dasyat kat atas muka bumi ni pun...kalau kita yakin pada ajaran ALLAH dan hati kita bersih belajar silat kerana hendak membuat kebaikan... insyaALLAH... TUHAN akan bersama kita bila kita dalam keadaan terdesak ketika di kepungi musuh...

ni aku ada satu citer nak citer kat korang... pasal sejarah aku punya silat.. ini tok guru aku citer la.. silat aku ni antara pantang larang dia... tak leh berzina... satu hari tu ada sorang mamat nih memang terer la dgn silat yg aku belajar ni...tok guru aku cakap kalau lima enam org lawan dgn dia blom tentu lagi yg lima enam org tu bleh menang...dia ni jahat... dia pi 'main' dgn bini org...sekali dia terkantoi... husband pempuan tu sedar yg dia tengah main dgn bini org... terus husband pempuan tu mengamuk... husband pempuan tu takde silat pun... tapi barangkali TUHAN nak tunjuk... mamat yg terer silat tadi kena belasah kawww...kawwwww di husband pempuan tu tadi... dlm pada kena belasah terus mati sebab kena tikam...

jadi lihat la... betapa gelapnya hati dia bila dia buat kejahatan... dgn org yg buta silat pun dia boleh kena tikam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 23-8-2007 09:44 AM
camner lar tak kantoi..dah masuk kelab silat kat sekolah, gambar diambil ramai2 then masuk majalah sekolah..tapi kitorang memang wat bodo je kalau tersempak ngan diorang..kalau boleh jangan eye c ...



baguss... bagusss... niat tu penting...

kalau niat belajar silat sebab nak cabar org...baik lupakan saja niat nak belajar silat... belajar menari zapin lagi bagusss...

apapun niat tu ler penting...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 02:08 PM | Show all posts

Reply #92 Amiin_al_Kalam's post

terima kasih..tarian zapin? teringin nak belajar..apakan daya, family pindah awal..saya asal Johor..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 02:46 PM | Show all posts
Menggunakan silat ni, aku teringat pulak peristiwa di Kelana Jaya 2 tahun lepas.
Aku menggunakan 2 kombinasi silat untuk menumpaskan peragut bersenjata.
Mereka 2 orang, badan besar dan tinggi.
Masa tu nak Deepavali.
Kalaulah peragut ni ( India ) tak tetak sorang brother melayu ni, aku tak ambik port.
Lepas kejadian tu, maka ramai jugak brother2 melayu yg tinggal kat apartment yg menyaksikan kejadian, nak belajar kat aku.
Aku cuma tersengih dan pergi dari situ. Malas lah nak soal jawab ngan pihak berkuasa. Serah pada polis dah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 02:46 PM | Show all posts

Reply #85 herbivor's post

nasruq haq tuh bleh pukul jauh2...moyang aku dulu mmg guru silat..tp cicit dia nieh mmg buta silat..nasruq haq nieh cam dlm hang tuah lawan abg puteri gunung ledang kan.. ..lagi satu, bapak aku ada citer..kalau nak tuntut ilmu dunia..ilmu akhirat jgn lupa tuntut sekali..sbb takut selamat di dunia jer, tapi kantoi kat akhirat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 02:54 PM | Show all posts
So belajar silat ni memang ada baik nyer, tapi bila perlu saja maka kita gunakan.
Periksa asal usul nya. Ilmu yg macam ni (persilatan), tidak di bolehkan riak dan takabbur.
Jurus2 yg di gunakan selalunya dalam pengajaran mengenali diri.
Bunga dalam persilatan adalah pembacaan gerak dan langkah musuh.
Buah dalam persilatan adalah menahan dan menyerang musuh.
Ingat...musuh sahaja.
Perdebatan yang membawa perkelahian bermakna lawan kita bukan musuh.
Maka ini adalah lari dari maksud persilatan yang sebenar.
Pernah tak lihat penggunaan silat pulut menewaskan musuh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2007 03:22 PM | Show all posts

Reply #96 rdzaccess's post

silat pulut utk pertunjukan majlis kahwin jer kan... bunga dia bukan main cantik lagi...

apapun aku percaya... silat pulut tetap ada buah-buah bisa yg tersembunyi yg ramai org tak tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 04:01 PM | Show all posts
silat pulut tak tau la.
nasik pulut , i tau.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 04:10 PM | Show all posts

Reply #90 kroit92's post

oohh aku x tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 04:11 PM | Show all posts

Reply #93 kroit92's post

johor mari kaa..??? mana tue?? batu pahat kaa... muar???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.062518 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list