CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tun Hanif Omar (+ articles)

[Copy link]
Post time 21-8-2007 10:02 PM | Show all posts
peh ... banyak juga ko simpa koleksi tun hanif , syed ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2007 09:36 AM | Show all posts
karang sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 02:20 PM | Show all posts
syd, apsal ko paste THO's POV? byk nyer... and what do think of all the article?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 03:53 PM | Show all posts
Tun ni yg kata xjumpa larangan berjudi dlm AlQuran
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by tikusmondok at 22-8-2007 03:53 PM
Tun ni yg kata xjumpa larangan berjudi dlm AlQuran



agaknya dier main judi kot tu yg dier kat dlm quran takde larangan....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 06:35 PM | Show all posts

Reply #24 tikusmondok's post

kita mcm pernah dgr gak cerita tu....dan juga saham genting
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2007 06:36 PM | Show all posts
byknye haniff ni menulis...tgh fikir nak baca ke tak baca...malaslah
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 08:56 PM | Show all posts
Originally posted by tikusmondok at 22-8-2007 03:53 PM
Tun ni yg kata xjumpa larangan berjudi dlm AlQuran


dlm banyak2 views dia bagi, ni yg paling aku ingat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2007 09:48 AM | Show all posts
Apa sumbangan Tun Haniff basmi rasuah PDRM?


UCAPAN terima kasih saya kepada bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar kerana pandangan beliau yang berani mengenai kepincangan dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dewasa ini terutama mengenai perpecahan dalam pasukan dan 40 peratus pegawai polis yang menurut Tun, terlibat dengan rasuah.

Saya yakin kenyataan tersebut dibuat kerana kecintaan beliau kepada PDRM dan bukan kerana ada agenda-agenda tersembunyi.

Tun Haniff bagaimanapun terlupa bahawa budaya sesebuah organisasi bukan sesuatu yang boleh dibentuk dalam sekelip mata.

Ia terbentuk melalui peredaran masa apabila tindakan-tindakan individu dalam organisasi sama ada yang berbentuk positif atau negatif diterima sebagai satu norma dan akhirnya membeku sebagai sebahagian daripada budaya organisasi.

Tun telah mengetuai PDRM selama 20 tahun daripada 200 tahun umur pasukan. Ini telah menjadikan Tun Haniff, tokoh paling lama menjadi orang nombor satu sebuah pasukan polis di dunia.

Ketika beliau berada di puncak PDRM, apa agaknya yang telah beliau lakukan untuk membentuk pasukan polis Malaysia sehingga menjadi sebuah pasukan sebagaimana yang beliau kehendaki pada hari ini.

Kini beliau bersara dengan aman dan menjadi ahli lembaga pengarah beberapa buah syarikat tersenarai.

Baik atau buruk budi bahasa dan budi pekerti anak-anak adalah cermin kepada didikan dan asuhan yang telah mereka (anak-anak) peroleh semasa membesar.

Ia adalah cermin kepada budi bahasa dan budi pekerti ibu bapa yang telah membesarkan mereka.

Tun Haniff adalah bapa kepada PDRM selama tempoh 20 tahun. Apakah yang telah beliau lakukan sebagai seorang bapa untuk setidak-tidaknya mengurangkan jika tidak menghapuskan langsung budaya rasuah, salah laku dan salah guna kuasa dalam pasukan?

Apakah langkah-langkah yang telah beliau ambil untuk menjamin bahawa kepimpinan dan pengurusan PDRM hari ini terletak dalam tangan pegawai-pegawai kanan polis yang berdedikasi, bersih, cekap dan amanah, bukan mereka yang menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Saya teringin sangat untuk tahu apakah jasa-jasa terbilang yang telah Tun curahkan kepada warga PDRM semasa menjadi Ketua Polis Negara dahulu.

Jangan lupa Tun, bahawa pegawai tinggi polis yang Tun dakwa terlibat dengan rasuah hari ini, satu masa dahulu adalah pegawai rendah polis yang berada di bawah jagaan dan tunjuk ajar Tun sendiri.

Jika kami hari ini, adalah sebuah pasukan yang berpecah-belah, rasuah dan tidak cekap, itu adalah legasi yang telah Tun wariskan kepada kami.

Tun telah meninggalkan kami dengan kelemahan logistik, pengurusan dan keperluan tenaga manusia yang masih belum dapat diselesaikan sehingga hari ini.

Mengapa Tun tidak menghalang dan membasmi reput dalam pasukan daripada merebak semasa Tun berkuasa dahulu?

Pernahkah Tun membela dan melindungi integriti dan maruah kami? Pernahkah Tun melihat kepada hak, keperluan penugasan dan kebajikan kami semasa berkuasa dahulu?

Tun telah meninggalkan kami dengan sebuah rumah yang cantik dari luar tetapi telah teruk dimakan anai-anai dari dalam. Dan sekarang apabila Tun telah bersara dengan selesa, tuan mahu menikam kami dari belakang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2007 03:00 PM | Show all posts
Burglars break into former IGP Hanif Omar's house

By LOURDES CHARLES

SUBANG JAYA: Burglars broke into the house of former Inspector-General of Police Tun Hanif Omar in USJ 12 here and escaped with a DVD player and a bunch of keys.

No one was harmed during the 6.30am incident.  

According to Hanif, the burglar, or burglars, gained entry into his house via the bathroom window that was left unlocked by his maid.

"They entered the karaoke room and took a DVD player as well as a bunch of keys. They fled when my maid tried to enter the room,'' he said.

Hanif said the alarm did not trigger as it had been deactivated due to the renovation work on his house.

Several patrol cars including a K9 unit were seen at his house shortly after the burglary was reported.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:01 AM | Show all posts

Reply #29 Syd's post

suka aku baca...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:34 AM | Show all posts
* ARTIKEL di atas adalah penjelasan bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Haniff Omar terhadap surat pembaca di ruangan Forum Utusan Malaysia pada 23 Ogos 2007.

慠asuah bukan legasi saya
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:34 AM | Show all posts
Sambungan dari atas...

Sumbangan

Kalau lebih ramai anggota pangkat rendah dapat bantuan gigi palsu, cermin mata dan ubat-ubatan yang tidak dibekalkan oleh hospital, ini mungkin sebab dasar jimat cermat dan tidak boros saya menggunakan Tabung Wang Polis untuk merai tetamu-tetamu kehormat sehingga tabung berjaya mengumpul RM8 juta dalam tempoh 20 tahun di bawah saya tanpa sumbangan special services payment. Dan dengan kebenaran Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kewangan, saya menyalurkan RM750,000 kepada Persatuan Bekas-Bekas Polis Malaysia dan RM250, 000 kepada RESPA untuk kebajikan ahli-ahli bersara PDRM sebelum saya meninggalkan PDRM.

Apakah Maktab Rendah Sains Mara Polis tidak dihargai oleh anda dan warga polis masa kini? Itu pun legasi saya dengan sokongan padu Tun Ghazali Shafie, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Pengurusan PDRM dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada masa itu.

Di zaman Konfrontasi, KPN Tan Sri Claude Fenner telah menghantar kuih- muih kepada pasukan Polis Hutan dari Semenanjung yang bertugas di Sarawak menjelang tiap-tiap Hari Raya. Amalan ini dihentikan selepas tamatnya Konfrontasi pada 1966. Saya mengembalikannya mulai 1974 dan panjangkan manfaatnya kepada semua anggota yang bertugas pada Hari Raya. Tidakkah amalan ini diteruskan lagi sehingga tidak dikenangkan anda juga ataupun anda ingat lain ketua yang mengembalikan amalan ini?

Saya ingat banyak lagi yang boleh dihuraikan tapi memadai saya sebutkan PZ, kapal terbang dan helikopter, C3I, sistem komputer, persamaan gaji untuk anggota-anggota wanita yang dijuangkan dengan begitu tekun oleh Datuk Zakiah Laidin dengan sokongan padu kami semua, dan keistimewaan pasukan dalam skim gaji Suruhanjaya Mahathir di mana pasukan diletak mengatasi semua jabatan dan perkhidmatan kerajaan kecuali tentera.

Tahukah Baharuddin Idris keadaan zaman yang saya lalui? Negara tidak semewah sekarang ini. Pada tahun 1974, tiap-tiap jabatan kerajaan dikehendaki mengitar semula sampul-sampul surat dan kertas-kertas 憫taiping拻 terpakai dan mengambil lain-lain langkah berjimat cermat? Perdana Menteri Tun Abdul Razak inginkan kolam renang untuk Seri Taman yang kawannya menganggarkan boleh dibina dengan kos hanya RM56,000 tapi itupun difikirkan di luar kemampuan kerajaan. Apabila Tan Sri Abdul Rahman Hashim dibunuh oleh pengganas PKM pada Jun 1974, Perdana Menteri mengarahkan pembelian empat buah kereta saloon Mercedes berperisai untuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Turus Angkatan Tentera dan KPN. Enam bulan kemudiannya beliau meminta maaf kerana kerajaan hanya berkemampuan membeli dua buah sahaja.

Selain itu sepanjang perkhidmatan saya, pegawai dihantar atau dibenarkan mengambil kursus ijazah, diploma dan profesional sehingga ke luar negara. Ini termasuklah ke Wolfson College, Universiti Cambridge, dengan ihsan Tunku Ahmad Yahaya dan Sime Darby. Sebelum itu mereka terpaksa berhenti kerja. Latihan di maktab polis dipertingkatkan sejajar dengan perkembangan zaman. Diploma Sains Polis, siasatan secara forensik dan Kajian Strategik dengan bantuan universiti tempatan diperkenalkan. Buku Manusia dan Islam gubahan tokoh-tokoh terkenal Islam, Ghazalba dan Datuk Dr. Harun Din, diperkenalkan. Begitu masyhur pasukan sehingga mendorong 14 buah negeri menghantar pegawai-pegawainya menyertai kursus di Maktab PDRM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 09:20 AM | Show all posts
Tidak adil salahkan Tun Haniff gagal basmi rasuah

SAYA ingin menyentuh soalan Baharuddin Idris dari Kelana Jaya, Selangor yang bertanya 揂pakah sumbangan Tun Haniff basmi rasuah PDRM? yang disiarkan dalam Forum, Utusan Malaysia bertarikh 23 Ogos.

Saya rasa adalah tidak adil untuk seseorang menyalahkan seorang bapa dalam mendidik anak. Pandanglah kepada keluarga kita sendiri dan cuba kita imbas kisah Nabi Noh a.s. cuma segelintir saja yang mengikutinya menaiki bahtera. Keluarga dan anaknya sendiri ingkar kepadanya.

Meletakkan segala kepincangan yang diutarakan oleh Tun Haniff sebagai legasi yang Tun wariskan kepada PDRM adalah satu kenyataan yang agak emosional umpama meletakkan dosa yang kita buat untuk ditanggung oleh orang lain.

Memanglah PDRM kini terbela. Tetapi setahu saya perlakuan sumbang (rasuah) segelintir yang saya dan keluarga saya sendiri alami beberapa kali adalah di luar kemampuan seorang ketua untuk membanterasnya.

Saya sendiri pernah berkhidmat dengan sebuah agensi penguatkuasaan dan mempunyai kakitangan bawahan.

Sekalipun kita sudah kenal pasti beberapa pegawai yang melakukan perbuatan rasuah tetapi untuk memberkasnya bukan perkara mudah. Mereka ini hidup mewah. Sekarang pegawai-pegawai bawahan ini telah pun berpangkat.

Saya tidak mahu merumuskan setiap agensi kerajaan terdapat perlakuan rasuah atau lemah penguatkuasaan.

Tetapi akhir-akhir ini kita boleh baca, dengar dan lihat sendiri di sana sini ada kepincangan.

Biasanya bila satu-satu kepincangan sudah jadi parah, barulah minta ditambah anggota. Semasa api masih kecil tidak mahu dipadamkan, bila sudah merebak tambah anggota pun sudah tidak berguna lagi.

Untuk mengatasi rasuah sebenarnya terletak kepada individu itu sendiri. Seorang ketua kebiasaannya tidak mampu ataupun sanggup mengambil tindakan terhadap orang bawahannya yang melakukan rasuah.

Bukan senang seorang yang bertugas seperti Datuk Hassan Ibrahim atau seperti Datuk Harun Hashim,

Tetapi individu yang melakukan rasuah ini wajib diberkas dari semasa ke semasa. Oleh itu saya cadangkan diperkasakan BPR. Letakkan BPR di bawah Parlimen. Tidak di bawah JPM.

Setidak-tidaknya Perdana Menteri kita tidak dipersalahkan seperti Tun dipersalahkan.

Bila BPR sudah kebal siasat setiap laporan, sekalipun surat layang. Sesiapa yang mengamalkan hidup di luar kemampuan, maka boleh disiasat dan diambil tindakan.

Bukan susah hendak lihat seseorang hidup di luar kemampuan dan juga bukan susah hendak siasat dari mana punca pendapatan mereka.

Daripada menambah anggota jabatan yang pincang lebih baik tambah anggota BPR. Apabila BPR sudah perkasa, anggota pun sudah mencukupi, tidak usahlah BPR bayangkan hendak hapuskan rasuah 100 peratus, memadai ambil tindakan secara konsisten.

Siasat menyeluruh sama ada dari atas ke bawah atau dari kiri ke kanan atau pun dari depan ke belakang. 態ujur lalu melintang patah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 12:32 PM | Show all posts
rumah dia kena pecah masuk
Reply

Use magic Report

kimikasya This user has been deleted
Post time 9-9-2007 03:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2007 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 23-8-2007 09:48 AM
Apa sumbangan Tun Haniff basmi rasuah PDRM?


Tun telah meninggalkan kami dengan sebuah rumah yang cantik dari luartetapi telah teruk dimakan anai-anai dari dalam. Dan sekarang apabilaTun telah bersara dengan selesa, tuan mahu menikam kami dari belakang.



aku paling suker ayat nih..mesti si Baharuddin Idris nie dulu BM dia masa SPM A1..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 02:27 PM | Show all posts

Reply #26 magnus's post

entah kenapa dari dulu sejak tau dia chairman genting ...hilang respect
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 11:14 PM | Show all posts
tokei judi
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 02:36 PM | Show all posts
nilah manusia yang beratkan dunia jee....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.072114 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list