CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 44356|Reply: 47

Hantaran penyeri majlis perkahwinan

[Copy link]
Post time 22-8-2007 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Renjis-renjis: Hantaran penyeri majlis perkahwinanOleh Nor Affizar Ibrahim

Konsep hiasan perlu ada keserasian antara kedua belah pengantin

DALAM adat atau majlis pertunangan mahupun perkahwinan Melayu, membawa serta membalas barang hantaran, adalah satu kemestian antara kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Selain memenuhi adat tradisi dan syarat untuk mengikat dua hati yang ingin disatukan, berbalas-balas dulang hantaran antara kedua-dua pihak itu turut dianggap sebagai simbolik untuk mengukuhkan lagi perhubungan yang terjalin.

Barang hantaran adalah hadiah yang berupa wang atau mas kahwin dan biasanya diiringi barang lain seperti manisan, buah-buahan dan pakaian. Lebih unik dan istimewa, setiap barang hantaran itu akan digubah cantik serta penuh daya kreativiti sebelum diletakkan di atas dulang yang beralas cantik dan dihiasi indah.


Tiada had dalam menetap jumlah barang hantaran, tetapi kebiasaannya pihak perempuan akan menambah dua dulang lebih daripada pihak lelaki. Misalnya, jika pihak lelaki membawa tujuh dulang, pihak perempuan pula mestilah membalasnya dengan sembilan dulang.

Perunding dan penggubah barang hantaran perkahwinan, Rose Sury抯 dari Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan, Rosuri Abas, berkata pada masa kini membawa dan membalas barang hantaran bukan saja bertujuan melengkapkan adat budaya, tetapi juga menyerikan lagi acara yang dilangsungkan sama ada majlis pertunangan atau pun perkahwinan.


Beliau berkata, bersesuaian dengan arus perubahan moden, pemberian barang hantaran antara kedua-dua belah pihak pada masa kini tidaklah terlalu terikat dengan syarat dan adat yang telah ditetapkan sebelum ini. Sebaliknya, apa yang lebih penting kedua-dua belah pihak perlu saling muafakat dan berusaha memenuhi hati masing-masing ketika membawa dan membalas barang hantaran berkenaan.

揓ika dulu, pasangan sering ditekankan tidak membawa dan memberi barang hantaran dalam jumlah yang genap. Tetapi kini, soal jumlah genap atau ganjil bukan persoalan besar bagi kebanyakan pasangan. Begitu juga tambahan dua dulang lebih yang perlu diberikan pihak perempuan kepada pihak lelaki tidak lagi menjadi syarat utama.

揝ebab itulah kadang-kadang kita lihat hari ini, dulang hantaran yang diberi dan dibalas, sama banyak antara pihak perempuan dan lelaki. Mungkin ia lebih adil dan dapat memuaskan hati kepada kedua-dua belah pihak,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2007 10:22 AM | Show all posts
FAKTA:

Pemberian barang hantaran mengikut adat Melayu


Pada zaman silam ketika adat menghantar tanda dan adat menghantar mas kahwin dan belanja dilakukan oleh pihak lelaki, biasanya dibawa bersama cincin emas atau berlian. Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarung, selipar atau kasut, gula-gula, buah-buahan, dan sebagainya.


Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua keluarga. Sesetengah orang juga menyampaikan cincin dan hadiah yang lain dengan cara mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan.


Penerimaan cincin dan hadiah iringan secara tradisi bermaksud, penerimaan syarat perkahwinan yang berikut antara kedua-dua pihak;


Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik.


Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali kematiannya, gagal memenuhi tujuan pertunangan itu, maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan, harus dikembalikan kepada lelaki pada kadar sekali ganda, baik dari segi bilangan atau nilainya.


Di antara barang yang termasuk dalam kategori wajib bagi melengkapkan sesuatu hantaran adalah seperti berikut, dan hantaran tersebut akan turut sama diarak dengan mempelai sebelum bersanding.


Wang mas kahwin dan belanja (ada yang menyerahkan wang mas kahwin itu terus ke tangan isteri selepas selesai upacara akad nikah) yang diletakkan di dalam dulang atau batil bertudung diperbuat daripada perak atau tembaga putih.


Sebentuk cincin permata berbatu intan atau ber1ian yang diletakkan di dalam cembul atau kotak perak.


2 pasang kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan berkualiti, dilipat di dalam talam perak atau tembaga putih bertudung.


Beberapa jenis kuih juadah, yang setiap satunya diletak di dalam sebuah pinggan besar bertudung dan dihias beralaskan talam.


Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas atau talam ditudung.


Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap.


Satu atau dua perecik atau perenjis air mawar dan dua kaki dian atan lilin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 11:09 AM | Show all posts
setiap negeri?

barang hantaran dia berbeza ker?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 12:02 PM | Show all posts

Reply #3 Syd's post

yg aku pernah dgr org sebut.. serba berdiri.. serba menegak hua hua hua .. ap ayg berdiri apa yg menegak aku x tau
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 12:24 PM | Show all posts
Originally posted by redsentra at 22-8-2007 12:02 PM
yg aku pernah dgr org sebut.. serba berdiri.. serba menegak hua hua hua .. ap ayg berdiri apa yg menegak aku x tau



serba satu ~
maknanya salah satu dari cincin / gelang tangan / rantai / anting瞇/font]
tapi satu jer lah

serba berdiri ~
maknanya dari hujung rambut sampai hujung kaki
cincin + gelang tangan + rantai + anting

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 12:50 PM | Show all posts
kat bawah ni cth hantaran la









[ Last edited by  dilaOHdila at 26-8-2007 10:57 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-8-2007 01:05 PM | Show all posts
wahhhhhh

cantikkkkknyaaaaaaaa




oit..berapa lama buat semua nih?

berapa kos?

setiap dulang hantaran tuh ada beri maksud apa2 tak?

sireh junjung punye gambo ada?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 01:12 PM | Show all posts

Reply #7 Syd's post

sirih junjung ada nak ke nanti aku paste..

kos setiap satu bergantung pada bahan yg digunakan... lagi mau cantik lagi mahal la.. sebb ia juga bergantung pada material yg digunakan hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 01:40 PM | Show all posts
Sirih junjung... yg ni aku buat sendiri


yg ni aku jumpa kat dlm photobucket aku ...



ni gambar telekung yg telah dipermodenkan caranya


[ Last edited by  dilaOHdila at 26-8-2007 10:56 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 01:48 PM | Show all posts
hohohoho

sireh junjung mmg mcm2 jenis gubahan eh?

aku ingat sepesen jerk

cantiknya yang ada bunga warna pepel tuh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 01:50 PM | Show all posts
jap,
yang orang bawak waktu merisik/bertunang tuh?

lain kan?

kira tu event lain kan?

ada yang bawak bunga kekwa lah, gula sepeket lah

oh yea, aku nak tgk

tepak sireh

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 01:58 PM | Show all posts

Reply #11 Syd's post

aku x de pic tepak sirih

tu tepak tu tembaga.... ade yg jenis bekas sisih dedulu & moden.. tapi biasa memang tembaga

dlm tepak tu ada sirih, pinang, tembakau, gambir kapur & kacip.. ni tuk syarat je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 03:27 PM | Show all posts
ada lagi tak gambo2?

suka plak aku nengok nye

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 03:32 PM | Show all posts
bunga sabun ada tak orang buat hantaran?




[ Last edited by  dilaOHdila at 26-8-2007 10:56 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 03:52 PM | Show all posts
ni halwa apa eh?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 03:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2007 10:57 AM | Show all posts

Reply #15 Syd's post

it could be halwa kundur or halwa betik,.... memang org bvuat utk hantaran
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 11:02 AM | Show all posts

Reply #17 redsentra's post

kalau org dulu2 memang pandai buathalwa cam nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 11:11 AM | Show all posts

Reply #18 dilaOHdila's post

orang sekarang pun ada gak yang pandai Dila...
cuma demi menjaga kesihatan eloklah kurangkan makan halwa manis gini...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 02:28 AM | Show all posts

Reply #7 Syd's post

kalu guna epal merah menyala lagiiiiii cun+meriah.Plak tu kat tangkainya korang buh reben kecik kaler putih..bekasnya plak kenalah padan...jgn nmpak pucat mcm epal hijau tuh...aku memang suka bab2 hias brg hantaran nih.Teringin gak nak bukak bisness di masa2 lapang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.383782 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list