CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6624|Reply: 22

Cadangan Naik Taraf Maktab Polis Kepada Universiti

[Copy link]
Post time 23-8-2007 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Cadangan Naik Taraf Maktab Polis Kepada Universiti


KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras di sini akan dinaikkan taraf menjadi sebuah universiti atau kolej universiti, kata Timbalan Pengarah Pengurusan (Penyelidik dan Perancangan) Datuk Benjamin Hasbie.

Beliau berkata pelbagai aspek sedang dikaji bagi memastikan polis juga mempunyai universitinya sendiri.

"Kita masih berusaha untuk ke tahap universiti atau kolej universiti, namun masih di peringkat kajian dari segi kedudukan universiti itu nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas komandan maktab itu di sini hari ini.

Benjamin berkata kemudahan yang sedia ada di kolej itu seperti bidang pengajian sudah bertaraf universiti, namun pihaknya masih membuat perbandingan dengan universiti tempatan dan antarabangsa sebelum menentukan taraf universiti itu kelak.

"Ini termasuk dalam pelan strategik lima tahun PDRM bagi membekalkan anggota-anggota PDRM yang lebih praktikal dan berilmu," katanya.

Ketika ini, Maktab PDRM mengendalikan kursus Sarjana Sosial, Sarjana Sains Kesihatan, Diploma Siswazah Sains Kepolisan dan Diploma Sains Siasatan secara usahasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Beberapa kursus turut melibatkan peserta negara asing seperti Kursus Pegawai Kanan Polis yang dijalankan bersama antara negara-negara Asean (JASPOC), Kursus Pengurusan Tinggi Pegawai Polis Bangladesh, Kursus Penyeludupan dan Kecurian Kenderaan yang dijalankan secara bersama dengan polis Thailand dan Kursus Perintah Tinggi Polis Antarabangsa.

"Maktab ini harus dijadikan sebagai hub bagi pengajian kepolisan bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah antarabangsa," katanya.

Komandan maktab, Datuk Mohd Amin Abdullah, 56, bersara wajib hari ini selepas berkhidmat dalam pasukan polis selama 37 tahun. Beliau diganti oleh ACP Abdul Wahab Embung.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 03:45 PM | Show all posts
tak payah laaa... buat twinning pon dah cukup. scotland yard pon takde universiti. FBI pon ada academy je....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 03:48 PM | Show all posts
Sokong, tak payah nak buat universiti.  Cuba terapkan profesionalisme ajer, dan perhatian kepada tugas.  Tengok siri Cops dalam TV dah cukup macam mana Polis US, walaupun tak de mana degree pun nampak porfesional jalankan tugas pun cekap.  Sampai bila le rakyat nak pi balai polis buat macam dek ajer!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 04:05 PM | Show all posts
memang tak payah sangat, universiti tu serve pada all level rakyat malaysia yg berkelayakan dan berkemampuan. Takkan nak wujudkan U pada organisasi polis yang tak seberapa bilangannya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 05:35 PM | Show all posts
What for?? Lebih baik guna resources tu untuk meningkatkan kebajikan dan perkhidmatan polis
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 12:03 PM | Show all posts
MPDRM ni dulu asalnya kat Kuala Kubu Bharu(KKB), pass tu pindah kat Cheras..
aku merasa dok kem kat 10 tahun.. yang aku tau khursus yang di tawarkan
macam Diploma Sains Kepolisan dan ASEANAPOL punya course..kalu depa nak upgrade  jadik University bagus gak sebab MPDRM kat cheras tu facilitiesnya antara
terbaik la kat rantau ni ,kursus Forensik pon ada kat situ ala2 CSI

polis kat Canada & US majoritinya ada degree beb..from there comes
profesionlism, n good brains and the pay is good too..

sempat jugak sembang2 dengan special ops punya 'main brains' police kita
pendek cerita polis kita ni among the best in the world man!! mau tidak , 24 jam
training je kerjanya ,antar seluruh dunia la buat training... tapi tak termasuk GD2
yang kat balai tuuhh..kat balai tu different story!! Datuk Musa Hassan dulu pun antara tenaga pengajar kat ..MPDRM KKB.. he's a nice guy ..masa aku kawin pun
dia dtg..

kat depan MRDRM KKB tu plak ada kem Comando Para 22 ..  (sebelum pindah ke JB) banyak gak member2 RGK ni.. padang kawad MPDRM ni selalu comando guna buat tempat training abseiling dari NURI, kadang2 komando dari NZ, Aussie n US
pun joint gak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2007 12:08 PM | Show all posts

Reply #2 tin's post

Kena rujuk balik.....

UPNM dulu asal ATMA, twinning dgn UTM, pastu jadi U sendiri. Elok buat camtu pd MPDRM. Aku selalu dengar org kata APR PDRM tak cekap buat keje pasal lulus SPM je. Jadi kalau betul pendidikan tinggi boleh menjadikan diorang cekap, jadikan U. Aku sokong! APR semua kena masuk cawangan UPDRM (buat kat PULAPOL) masa rekrut, dok situ 3 tahun belajar sampai dpt diploma. Insp dan Kadet ASP masuk UPDRM buat ijazah. Kata nak ramaikan grad kat Msia ni.

TUNGGU APA LAGI!!!!!!!!!!!!!!!!! :@
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 12:16 PM | Show all posts
MPDRM lama kat KKB tu sedang diupgradekan jadik
Maktab Polis Pangkat Rendah .. khursus yg ditawarkan tak tau la plak .. harap2 bukau course paw mengepaw!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2007 03:18 PM | Show all posts

Reply #6 malberi8's post

masalahnya ada byk cara yang lebih menjimatkan.

kebykkan pegawai polis kan ada degree atau diploma.

untuk kursus lanjutan tu boleh dilaksanakan dgn menubuhkan lebih byk pusat latihan atau maktab cawangan.

nak buat degree, boleh buat program twinning dgn IPTA atau IPT luar negara.

kenapa perlu univ polis?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 03:58 PM | Show all posts

Reply #9 tin's post

Maktab Polis ni dah lama ditubuhkan..(tak ingat thn bila)sejak zaman orang puteh
lagi..dan kursus2 yg ada pon banyak berkait dgn bidang kepolisan (UPNM khursus bidang ketenteraan) dan dari pengamatan aku (mak aku dulu operate kantin kat MPDRM KKB) banyak pegawai2 dari negara lain seperti Brunei, Thailand, Singapore,
dan negara2 kepulauan pasific (depa pakai kain macam skirt) yang datang mengikuti kursus2 yg disediakan.. kesimpulannya course2 yang disediakan tu semestinya bertaraf tinggi jika tak tidak mungkin negara2 lain nak antar sr. police
officer depa ambik course kat sini.. mungkin kursus2 in tidak ada di negara depa..

twining programe? untuk course apa?

contoh IPTA mana conduct kursus ni Diploma Siswazah Sains Kepolisan dan
Diploma Sains Siasatan .. dalam polis ada ramai lecturer2 yang berkaliber, depa bukan bole cite
fasal teori saja, pengalaman service dlam polis pon banyak...masa KPN kita awal2 joint police,
dia under cover jadik penarik beca tau ... lepas tu dia blajar lagi dan jadik lecturer kat MPDRM..
anggota2 PDRM ni dihantar ke luar negara untuk mendapatkan ilmu kepolisan yg terbaik ...jadik tidak
hairanlah negara2 Asean menghantar anggota mereka untuk blajar kat sini..

Yang saya kesal ialah sepatutnya MPDRM tidak perlu dipindahkan dari KKB ke Cheras satu pembaziran kerna di MPDRM KKB sendiri masih ada banyak kawasan atau tanah yg boleh dibangunkan untuk pembesaran MPDRM dan KKB mempunyai persekitaran yg paling sesuai untuk pembelajaran...

bukanlah salah kita bila memandang rendah akan keperluan atau keupayaan polis
kita, kita ni sering dengar banyak salah laku atau masaalah disiplin oleh anggota polis
especially yang berlaku dibalai2 polis..tapi tak semua macam tu...


p/s pernah jumpa US punya Narkotik bagi short course kat MPDRM...2 orang.. kedua2 badan cam 'malik noor'
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 04:48 PM | Show all posts

Reply #10 malberi8's post

wa kasik satu contoh,

wa dengar Kastam ada satu akademi pusat tapi ada beberapa akademi cawangan di seluruh negara.

pastu depa buat satu program kastam peringkat sijil sampai ke PHD dgn UUM. untuk course tu, ramai lecturer diambil daripada kalangan pegawai kastam sendiri.

kenapa tak ikut macam kastam buat?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 09:48 AM | Show all posts
kita pun tak tau kedudukan universiti itu camne.. kalu setakat MPDRM Cheras  
yang sedia ada dikekalkan rasanye takdelah pakai duit banyak.. tapi kalu nak
bukak kampus universiti baru kat tempat lain itu baru membazir namanya..
samalah kalu nak pi bukak cawangan akedemi atau cawangan university kat 5-6
tempat lagilah membazir ..

buat masa ni PDRM pun ada antar pegawai2 ikuti kursus2 ke peringkat tinggi di
IPTA dlm negeri, depend on the course available la..

kastam anggota tak ramai macam PDRM tapi akedemi cawangan ada seluruh
negara ..bagi saya tak brapa efficient la, waste of money , nak maintain kos jugak woo...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 12:39 PM | Show all posts

Reply #11 tin's post

UPNM tu pun membazir jugak...yg keluar drpd situ pun kelekang-kelekung jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 06:42 PM | Show all posts
maktab teknik dan sekolah latihan dan pusat latihan tak sama ke beb..??
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 10:28 AM | Show all posts
Pada pendapat aku ada lebih baiknya maktab polis tersebut di naik taraf. untuk makluman terdapat banyak pusat latihan polis sebenarnya di malaysia ni.. umpamanya... di Pulapah Bahau, Pulapol KL, maktab Teknik Polis Bakri, Sekolah Latihan Memandu, Pusat latihan PGA Ipoh, Maktab SB, Maktab Jenayah dll... so pendapat aku apabila dinaik taraf Maktab Polis Cheras kepada Universiti so... peluang tempat untuk membuat pengajian lanjutan amat mudah... terdapat berbagai sylibus pengajian dapat di ujudkan inilah peluangnya untuk meningkatkan pengetahuan anggota dan Pegawai Polis janganlah nak dibandingkan dengan scotland yard dan CIA. mereka lebih advance tetapi hendaklah dimakulmi mereka juga ada berkursus ditempat kita..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 10:35 AM | Show all posts
Maktab Teknik - Pengajian teknikal i.e Automotif dan sebagainya, Sekolah Latihan - Kursus-kursus dalaman, Pusat Latihan - Pengkhususan kepada Latihan Asas Pegawai dan Anggota... sikit lebih kurang ler yang aku tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2007 12:14 PM | Show all posts
pusat latihan technical , pusat latihan asas police, maktab jenayah.. semua nya
fungsi berlainan & tahap akedemik pun lain2 .. universiti lain gak le standardnya .. bukannya semua sama.. Polis kita ada gak pi jalani kursus2 dengan CIA, FBI.. diorang pun banyak blajar dengan polis kita..

cuma bezanya polis2 kat negara barat tahap akedemiknyanya tinggi.. tu je.kita
pun sekarang ni takat SRP tak lepas dah jadik polis..tak macam dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 07:52 PM | Show all posts

Reply #17 malberi8's post

tahap akademik yang tinggi.....

point of entry..... kena wajibkan ijazah sarjana muda bagi pegawai dan APR wajibkan SPM dengan gred yang bagus
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 02:35 AM | Show all posts
tunggu taun depan aaa... nak join inspektor kena ada degree. takat diplome jadi sarjan aaa... konstabel kena ada SPM. utk jadi ASP sori aaa ....tak laku kalu fresh yg ada degree je...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 10:29 AM | Show all posts
kat malaysia wujud macam-macam universiti....

aku rasa wajar jugak...

kan ATM dah ada U tentunya PDRM pun tak bole kalah musti ada U...

tubuhkan aje jgn bersetubuh da....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.086552 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list