CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4109|Reply: 10

Hadis Palsu Rejab, Syaaban

[Copy link]
Post time 3-9-2007 03:50 PM | Show all posts |Read mode
01/09: Hadis Palsu Rejab, Syaaban
Category: General
Posted by: Raja Petra
Minda Mufti

Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan RasulNya. Jika agama boleh direkacipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.

Dalam persoalan hadis, ramai di kalangan kita yang begitu tidak berdisplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis. Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya. Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani. Dengan itu apa sahaja yang mereka jumpai daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: 揝esungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2007 03:51 PM | Show all posts
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yangsederhana dan dihormati. Namun dalam masalah ini beliau agak tegaskerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Justeru itu hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklahdihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembalikepada agama yang tulen. Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal sepertiini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yangbukan-bukan. Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuatuntuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasakepada kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apayang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama. Agama kitarujukannya ialah al-Quran dan al-Sunnah yang dipastikan kesabitannyamengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammadbin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): 揗asih adapara penceramah yang tidak ada ilmu hadis, samada ilmu riwayat ataudirayah (mengenai teks hadis). Mereka hanya membaca hadis apa yangmereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadistersebut. Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalumereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islamtiada kaitan dengannya. Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah,memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi `Ulum waal-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-`Arabi,Kaherah)>

Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, mediaelektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadismemastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun initidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=7745
http://www.drmaza.com/

err.... kira ada kaitan tak dgn 'Selangor tetap Tarawih 20 rakaat'???

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=299697&extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by Acong at 3-9-2007 03:51 PM
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yangsederhana dan dihormati. Namun dalam masalah ini beliau agak tegaskerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah  ...

your signature..

"Pd akhir zaman akn muncul pembohong besar yg dtg kpd mu dgn membawaberita yg blm pernah kamu dengar & blm pernah didengar oleh ibubapa kamu seblmnya, krn itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar merekatidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim


Saya pernah dengar hadith tu (hadith akhir zaman). Juga dinukilkan dari kitab Fadhaail Amal (Sheikhul Hadith Muhammad Zakariyya Rah.A). Boleh sdr beri dlm bab mana kitab Sahih Muslim tentang hadith tu. Terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2007 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 3-9-2007 05:40 PM


Saya pernah dengar hadith tu (hadith akhir zaman). Juga dinukilkan dari kitab Fadhaail Amal (Sheikhul Hadith Muhammad Zakariyya Rah.A). Boleh sdr beri dlm bab mana kitab Sahih Muslim tentang  ...

yang mana? signature aku???

yang nie? >> " Pd akhir zaman akn muncul pembohong besar yg dtg kpd mu dgnmembawaberita yg blm pernah kamu dengar & blm pernah didengar olehibubapa kamu seblmnya, krn itu jauhkanlah dirimu dari mereka agarmerekatidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

aku copied dari tempat lain arr........

http://www.teratak-ilmu.com/modules.php?name=News&file=print&sid=35
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1318
http://tazkirahonline.blogspot.com/2004_05_01_archive.html

err..... ader org amik letak kat blog pulak dah?!
http://unleashyourself.blogspot.com/2007/06/sekadar-renungan.html


dapat dari emel pasal kiamat.......

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL

1.        Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda: " Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2.        Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3.        Bermaharajalela alat muzik." Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4.        Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5.        Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6.        Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7.        Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

8.        Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -  Riwayat Ahmad

9.        Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10.   Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11.   Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita." Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"  Sahih Muslim

12.   Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13.   Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

[ Last edited by  Acong at 3-9-2007 07:03 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2007 06:48 PM | Show all posts
kitab...... sedang mencari lagik..........
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 02:21 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by Acong at 3-9-2007 03:50 PM
Misalnya di tanahair kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Sya`aban maka hadis-hadis palsu mengenai mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: 揜ejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2007 02:26 AM | Show all posts

sambungan...

Berdasarkan kepada keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber-sumber hukum melalui Al-Qur抋n, al-Hadis dan keterangan para ulamak Salaf pula memberitahu kita bahawa di sana terdapat hadis-hadis yang sahih, hasan, mursal, marfuk, dhaif, dhaif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu seputar rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar dari landasan yang benar. Dalil-dalil yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Manakala dalil-dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan.

Manakala dalil-dalil yang palsu seharusnya ditinggalkan. Bahkan perlu diperjelaskan kekurangan dan kesannya terhadap mutu periwayatan, penghujahan dan amalan.

Terbukti juga kepada kita bahawa satu sanad dan satu pendapat belum baligh untuk dijadikan asas pemutusan sesuatu hukum. Apatah lagi untuk digunakan sebagai anjakan bagi memberi was-was atau menakut-nakutkan umat Islam melakukan amalan tambahan bagi mendekatkan diri kepada Allah.

Walhal, kita sendiri tidak berganjak kemana-mana dengan penghujahan dan kefahaman kita. Justeru, disamping penguasaan ilmu, kita perlu warak dalam mencari pendekatan dan membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Ini penting supaya kredibiliti kita terpelihara.

Dalam masa yang sama mampu memberi input membina untuk Islam dan umatnya. Sempena sepertiga rejab yang mulia. Renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkannya. Dan dimana pula keikhlasannya. Kalau kita tidak mampu melakukan kebaikan, kita perlu berusaha memahaminya. Jangan sesekali cuba menghalang kebaikan. Barangsiapa cuba menghalang mereka yang ikhlas melakukan kebaikan, memperbaiki amalan dan melatih diri menuju Allah, Allah juga akan menghalang perjalanan hidupnya.

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan lain-lain kebaikan di bulan rejab. Semoga amalan rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah. Pencarian hakikat rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. Insya Allah sinar keagungan rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

[ Last edited by  sayangpakwahab at 4-9-2007 02:27 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 03:02 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by Acong at 3-9-2007 03:50 PM
01/09: Hadis Palsu Rejab, Syaaban
Antaranya hadis: 揜ejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2007 02:54 PM | Show all posts
signature aku tu bukan hadis palsu kan????
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 06:45 PM | Show all posts

Reply #2 Acong's post

揜ejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 01:45 AM | Show all posts
Siapa-siapa pun boleh percaya apa yang dia nak percaya
Tiada paksaan kerana semua manusia tidak boleh dipercayai:re:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.237005 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list