View: 11730|Reply: 67
|
Penjelasan gambar siswi muslim memegang babi & anjing
[Copy link]
|
|
Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & babi
Posted on Monday, August 27 @ 21:21:01 MYT by greenboc
Oleh Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kepada yang berkenaan,
Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.
Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.
Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram.Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?
Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.
Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan) sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun,bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan, adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya
Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara umumnya saya bersetuju dengan perkataan '砫esensitization ' |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan ' |
|
|
|
|
|
|
|
pegang anjing + babi boleh geli..... salam lelaki + perempuan tak geli pulak !!! |
|
|
|
|
|
|
|
pakai laa sarung tangan getah... kan lagi bagusss.. |
|
|
|
|
|
|
|
agak OK with the penjelasan
tapi haku tak akan...
aku ler.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus penerangan ini.. moga tiada salah faham lagi  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 pinguin's post
Susah nak samak tu...baik tak payah sentuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by relaxjek at 4-9-2007 10:07 AM 
pakai laa sarung tangan getah... kan lagi bagusss..
betul itu...aku sgt setuju dgn ko:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
punya la banyak getah kat malaysia ni, tak tahu apa itu sarung tangan getah ke? even kalau DR. nak check pesakit pun guna, ni binatang pulak |
|
|
|
|
|
|
|
emm isu kt sini bkn psl halal haram ke tak pegang menatang tuh...
org dh tau hukum hakamnye dr pelbagai segi..
tp cara derang tu berposing cam menunjuk pastu tersebar kt emel war war pada umum..x kisah lah sape yg sebarkan..lantak...
posing cam pegang pet tuceng je gamaknye  |
|
|
|
|
|
|
|
gambar student tu yang pernah jadi avatar kak makhluk kan ?  |
|
|
|
|
|
|
|
mak aku citer dulu masa dia belajar kat upm kalo masuk bilik air tgk byk lumpur dia taulah yg tu budak vet baru balik dr ladang babi bersamak..
lepas tuh ada kawan dia keje doktor haiwan kadang2 tuh kena rawat anjing gaks.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku geli binatang yg berbulu..... paling aku geli anak kuching ! Aku boleh lari 4 x 400meter klu anak kuching tu dekat. Mmg tak logik kan ? tapi itulah hakikat diri aku ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 4-9-2007 10:10 AM 
Susah nak samak tu...baik tak payah sentuh...
betul tu... tapi umtuk kes diatas.. terpaksa kot |
|
|
|
|
|
|
|
cara dia bergambar tu mcm bangga je boleh pegang babi...
hukum memegang memang la tak haram... tapi cara dia tu...
nanti budak2 tengok mcm syok je pegang babi.. depa pun nak peganag. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak mahu mempertikaikan apa-apa berkaitan niat atau pun riaksi wajah pelajar2 itu ketika mengambil gambar yang dibangga banggakan sangat itu. aku cuma terfikir kenapa meraka tidak memakai sarung tangan???. dan cuma bimbang jika mereka malas menyamak. itu sahaja keprihatinan aku sebagai saudara seagama dengan mereka. soal mereka membuat praktikal dan sebagainya yang berkaitan dengan pendidikan mereka tidaklah menjadi kemaslahatan kepada aku sbb aku pun pernah berpengalaman menuntut di U jugak......adehhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Tak banyak orang melayu kita yang jadi vet ni.
Ada motif lain orang yang siarkan gambar dia dalam web ni, tentang hukum tu dah panjang lebar dijelaskan cuma banyak yang tak boleh keluar dari tradisi... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by innova77 at 4-9-2007 10:30 AM 
cara dia bergambar tu mcm bangga je boleh pegang babi...
hukum memegang memang la tak haram... tapi cara dia tu...
nanti budak2 tengok mcm syok je pegang babi.. depa pun nak peganag.
ya, saya setuju bila tengok cara dia pegang dan siap berpossing. |
|
|
|
|
|
|
| |
|