CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: icelemontea

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

[Copy link]
Post time 12-9-2007 11:46 AM | Show all posts
niat masuk bulan baru (tak terkecuali menyambut bulan RAMADHAN al MUBARAK)

Al-Tirmidhi (3451) narrated from Talhah ibn 慤bayd-Allaah (may Allaah be pleased with him) that when the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) saw the new moon, he would say, 揫i]Allaahumma ahlilhu 慳layna bi抣-yumni wa抣-eemaan wa抣-salaamah wa抣-islaam. Rabbiy wa rabbuka Allaah (O Allaah, make the new moon rise on us with blessing, faith, safety and Islam. My Lord and Your Lord is Allah).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 12:00 PM | Show all posts
selamat menyambut ramadhan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 12:03 PM | Show all posts
DOA-DOA DALAM BULAN RAMADHAN


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hari Pertama

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua

"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga

"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima

"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

Hari Keenam

"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh

"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan

"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan

"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh

"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas

"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas

"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas

"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas

"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas

"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas

"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas

"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas

"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Hari Kesembilan Belas

"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu

"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga

"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat

"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima

"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam

:"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh

"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan

"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan

Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 03:05 PM | Show all posts
to all my LOVING friends! ...jangan lupa solat tarawikh,bersahur,berpuasa&berbuka puasa di sepanjang Ramadhan yg mulia ni ek :handshake: :kiss: :flower:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 03:05 PM | Show all posts
to all my LOVING friends! ...jangan lupa solat tarawikh,bersahur,berpuasa&berbuka puasa di sepanjang Ramadhan yg mulia ni ek :handshake: :kiss: :flower:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2007 04:55 PM | Show all posts
Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan. نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ 揝ahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2007 06:16 PM | Show all posts
to all my LOVING friends ...jangan lupa niat,solat tarawikh,bersahur,berpuasa&berbuka puasa di sepanjang Ramadhan yg mulia ini :handshake: :kiss: :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 06:19 PM | Show all posts
to all my LOVING friends ...jangan lupa niat,solat tarawikh,bersahur,berpuasa&berbuka puasa di sepanjang Ramadhan yg mulia ini :handshake: :kiss: :flower:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 07:07 PM | Show all posts

assalamualaikum

bismillahirrahmanirrahim.....

dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga bod borak yang beragama Islam....dan hepi raya in advance....

wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 12-9-2007 07:57 PM | Show all posts
gru merge thread neh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 08:30 PM | Show all posts
Selamat Berpuasa kepada semua warga BORAK!
Puasa nnt kurang borak kat luor nnt abis kering tekak
borak lam porem je ekkk

Semoga mndapat barakah dariNya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 08:36 PM | Show all posts
Assalamualaikum wbr..

hara mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. semoga amal murni kita di berkah yang Maha Esa. Amiiinn...

Mata terkadang salah melihat
Mulut terkadang salah berucap
Hati terkadang salah menduga
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada

Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih
Tidur kita menjadi ibadah
Amal kita di terima dan doa kita di ijabah

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan,
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan.
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang nota ini.

Sebelum cahaya mentari padam, sebelum ajal mendatang,
Sebelum pintu taubat tertutup, sebelum Ramadhan menjelang,
Mohon maaf lahir dan batin tersembunyi atau yg terang.

Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa org benar2 berpuasa.
Dan ibadah malamku, ibadah org benar2 mengerjakan ibadah.
Dan jagalah aku dari tidurnya orang yangg lalai.
Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam.
Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun dari pada segala dosa.

Taqqabalahu Minna Waminkum, Taqaballahu Ya Karim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 08:57 PM | Show all posts
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua warga BORAK..
bulan puasa ni,kurang2kanlah berborak..borak je kat porem x perabih liur

Semoga sntiasa mendapat Barakah dariNya..
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 12-9-2007 09:49 PM | Show all posts
selamat bercuti bagi negeri2 yang bercuti esok sempena kedatangan bulan ramadhan
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 01:02 AM | Show all posts
selamat berposa pada sume warga borak...
semoga posa tahun ini lebih baik daripada yg tahun lepas...

semoga dapat posa penuh.... kecuali bagi mereka2 yg tak dapat nak posa penuh.....

dan ingatlah.. jangan membazir ketika membeli juadah berbuka...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 05:25 AM | Show all posts
selamat berposa pada sume warga borak...
semoga posa tahun ini lebih baik daripada yg tahun lepas...

semoga dapat posa penuh.... kecuali bagi mereka2 yg tak dapat nak posa penuh.....

dan ingatlah.. jangan membazir ketika membeli juadah berbuka...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2007 05:25 AM | Show all posts
dan selamat bersahur pada yg tgh sahur
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 07:32 AM | Show all posts
Kepada Semua Forumer BORAK...AD nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan..Selamat Menjalani Ibadah Puasa..di Bulan Puasa ni..Kita Tingkatkan Prestasi(AMAL IBADAT)..Kurangkan Kontreversi..Hindarkan PROVOKASI..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 08:18 AM | Show all posts


salam ramadhan al mubarak.........:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 08:27 AM | Show all posts
Selamat menjalankan ibadah puasa dan jangan lupa sembahyang terawih tau kepada semua warga borak, tidak ketinggalan kepada
mod yang bertugas juga..
serta rakan2 yang turut memeriahkan bod borak ini sprt:
~Masarju~*~Siput_hello~*~Meesai~*~Nurin~*~Putri~*~Ice~*~Naz~*~Purple~*~Twin~*~ayushuhada~
~Ladybirdninja~*~Mambang kundang~*~Salju~*~Arifah~*Ralph~
DLL


[ Last edited by  icca at 13-9-2007 08:45 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.064555 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list