CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cinta_ungu

How could an angel break my mothers' heart...

[Copy link]
Post time 4-10-2007 12:06 AM | Show all posts
Originally posted by cinta_ungu at 3-10-2007 06:01 PM


erk..lupe plak nak tanye..
ida ngan mak ida ade jumpe sape2 ke utk patahkan sihir org tue?
ke ade jumpe ustaz mane ke...
bleh share ngan kite...

mak kite kate mungkin gaks org tue main ...

mak CU dh lame dgn ayah CU , msti dh tau selok belok prangai ayah CU

cmtu gk mak ida, memule xmo caye mende2 ni

tp bile skali tu ayah ida cam baran sgt ---ayah ida jarang sgt mara2

mak gi jumpe ustaz, ustaz tu masok je dlm kete ayah ---mak ida bawak curik2 kete ayah

tros ustaz ckp seram sejuk, slongkar pnye slongkar, tjmpe tangkal bawah sit kete

ustaz tu pesan, die hnye ley bantu je tp yg lebey membantu hnyela diri mak ida sndri

sbb ni mslh fmly mak ida, lebey berkat kalo kiter sndri yg mtk tlg dr Allah

cube CU call yg posting kt atas ni ckp kt darul syifa, mane tau ley membantu

Ustz Harun Din pn ramai gk org carik die

ida phm maksud X waras tu, ayah CU skg bkn mcm diri die yg dulu kn

ida dulu smpi give up dh, xmo ckp ngn ayah lg kalo die kawen ngn pempuan tu

smpi kemuncak gk la, dh hampir cerai, tp berkat usaha mak ida, Alhamdullilah, kami skluarge ley tarik nafas lega

arap kejadian spt tu x berulang lg

waktu kejadian tu, ida spm, mende ni amat2 efek kt result spm ida, ayah x ley nk blame ida sbb x pat straight A

waktu tu ida teramat tertekan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2007 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by juju_amin84 at 3-10-2007 10:22 PM
g berubat..try cari ustaz harun din kt darul syifa' bangi x silap....
naper x mo bgtau kt abg pasal hal nih.....
as anak sulung, sptnya dier tau....
kalo dier lambt tau, lagi lah dier marah... ...

yer stuju sgt, patot bg tau kt abg CU gk

sbb dgn kehadiran die saat2 mcm ni, dpt mbantu mngurangkn kesedeyhan dhati mak CU

lambat laun die akan tau

jd baek bgtau sblm jd makin parah

ida bckp dr pngalaman pahit ida sndri

ade baeknye abg CU tau
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 02:54 AM | Show all posts
haiiii.... touching giler bila aku baca surat2 mak ko cinta_ungu....



aku nak bagi nasihat kat ko, aku xberapa nak reti...



so, aku nak tepek cerita touching yang mungkin boleh dijadikan sebagai panduan...


Touching giler....cite nie!!!...



Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung
beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah
lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah
hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang.
Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah
bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan
setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan.

Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan
air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis.
Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati
aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang. Dia
meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling
selesai.
Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang kukira
dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan
belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

More...


Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku
mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya
menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di kala itu
aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan
syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya,
bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik. Aku
mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri
kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi.
Cuma yang aku sedar, aku kasihankan
anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana Normi
cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda. Dan
akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.

Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada
jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah saudara
mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka.
Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya, cantik
dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri,
ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi rebutan
pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah
menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran.
Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah mengeluh
keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu.
Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini
terhadapnya. Segalanya cukup sempurna.

Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah.Semua
anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu Nurjannah
yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan
sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga
yang ajarkan.

Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurjannah.
Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin
Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk,
Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang. Setiap kali aku
pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di
ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke
pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup
bersamanya, Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu
juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.

Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh
kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku
di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus
tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing
turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi
isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah menasihati
aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya.
Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku
dengan Normi, madu Nurjannah.

Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala masalah
seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat, terlajak
perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun,
terpaksalah ditelan jua.

Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya
mata. Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang
sekali pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali,
kadang-kadang sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan
anak-anak.
Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya
sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk.

Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan.
Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan
kegemaranku.
Cuma yang amat aku terasa, aku ke! hilangan senyuman mesranya. Dia
pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai runcit
berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian
dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu. Lagipun Nurjannah
tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku
bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya
menggeleng kepala.

Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain.
Kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan
tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra,
mungkin kerana sudah jarang berjumpa.
Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurjannah.

Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara
gading. Terasa begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah menjangkau
dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor, Fariza
menjadi pensyarah, Fakhrul pula pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang
guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari
lagi. Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan
ibunya hadir di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan
aku tidak menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik oleh
Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak
pernah menunjukkan riak kurang senang padaku. Walhal sudah banyak
perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa
memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang
suami. Aku akui aku bukan seorang suami yang adil. Adil dalam
mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku tidak
menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang
nyata antara keduanya.

Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk
berlaku adil! Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak
lemak cili padi. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi
sepi. Fariza yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi
ke mulut. Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan
cerita. Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak
tawa Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari
kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di
samping Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat
berwarna jingga.

Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku dengan
Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah lengkap
diisi hampir terlepas dari tanganku. Aku terpempan. Terkedu. Hilang
sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah
aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah,
tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku
menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya. "Bang, lapan belas
tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani borang
permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh melakukannya sekarang,"
pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati. Rasanya
ingin gugur air mata lelakiku.

Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau
lakukan. Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah,
barang kali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi
orang yang dikasihi.. 'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana
sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah
hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah
rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun
kesabaran Jannah sudah tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri
derhaka apabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa,
mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa
sebarang riak api kebencian kepadaku.


~~cont~~
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 02:54 AM | Show all posts
sambung lagi........


~~cont~~



"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan
fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza
dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu
hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga makcik Normi, kan
ayah tak pernah tinggal makcik Normi sorang-sorang." "Jannah, abang tak
mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi," pintasku cuba
melerai kekusutan yang membelit diri. "Sejauh mana sekali pun abang
tinggalkan Normi, hati Jannah tetap terluka. Tanda tangan borang tu
bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi
pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.
Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah
isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah
hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari sejadah
yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.

Sesal dulu pendapatan.......sesal kemudian...ini lah jadi nye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2007 06:38 AM | Show all posts
uhhh...sedihnye citer tue...
thanx awak...
tp situasi mak kite mmg mcm citer dlm tue....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2007 06:42 AM | Show all posts
Originally posted by juju_amin84 at 3-10-2007 10:22 PM
g berubat..try cari ustaz harun din kt darul syifa' bangi x silap....
naper x mo bgtau kt abg pasal hal nih.....
as anak sulung, sptnya dier tau....
kalo dier lambt tau, lagi lah dier marah... ...


juju & ida...
my SIL pun tanye kite ari tue bleh x dia bgtau abg kite...
sbb dia rase x sedap laa abg x tau psl nie..
tp kan..kite dah tanye mak kite gaks..
dia x kasik betul bgtau abang...

lagipun abg kite mude lagi..mude belia tau...
pastu bz ngan keje...x sempat nak rehat..
dia bukannye keje kul 8 balik kul 5 cam kakitangan awam...

mak takut dia tension & nanti berselisih faham ngan ayah...
mak kite tanak suasana jadik bertambah tegang...

kite rase biarla mak kite je yg bgtau abg kite..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2007 06:46 AM | Show all posts
erm..darul syifa' yek...
okey..thanx yek juju...
nnti kite suh mak kite try g sane..
harap2 nye berhasil lah....

erk..ida,
girl tue pun pernah naik kete ayah kite..
tu yg mak kite hangin sgt tue...
takut nye kalo dia ade wat bkn2...

sbb ari tue dia ade anta msg ckp kat mak dia xkan lepaskan keluarga kitorang...
dia suh mak kite terima je ape yg berlaku sbb mak kite xkan dpt ubah ape2...

macam dia dah yakin sgt2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 12:14 PM | Show all posts

Reply #125 cinta_ungu's post

tetiba den terpikir satu idea... xtau la leh guna pakai ke, atau pakai buang, atau sewaktu dgnnyeeee...



y not, ekau print warkah yang den tepek tuh,

pastu ekau letak je kat tmpat2 yg ekau rasa ayah ekau akan nampak...


sure kalau dia baca kisah nih, siket sebanyak mayb dia akan terkedu...


mana lah tau kannnn... insya-Allah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2007 12:44 PM | Show all posts

Reply #124 kucing_montel's post

dah penah bace sebelum nie.
walau apa2 pun thanks sbb mengingatkan kembali pada cerita nie.

18 tahun tu makcik jannah tu boleh bersabar.
kalau aku, mungkin tidak
mensia-siakan kebahagian dunia selama itu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 12:44 PM | Show all posts
..................................
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by cinta_ungu at 4-10-2007 06:46 AM
erm..darul syifa' yek...
okey..thanx yek juju...
nnti kite suh mak kite try g sane..
harap2 nye berhasil lah....

erk..ida,
girl tue pun pernah naik kete ayah kite..
tu yg mak kite hangi ...


berlagaknya girl tu.
die belum kena lagik
langit tinggi rendah tu mcm mana.

sorry to say,
ingat senang ker kawin dgn lelaki yg jauh lebih tua?
mcm mak you and your dad, umur dari sekelompok yg sama
mesti dah boleh adapt to each other.
I ada kawan, mak die kawin dgn lelaki org jugak
jadik bini no 2.
tapi mak die lepas beranak 3 org, cerai dgn lelaki tu.
beza umur mak kawan I dgn ex-laki die jauh jugak lebih 10 tahun ada
Mak die mmg pesan dekat kawan I tu
jgn sesekali kawin dgn lelaki tua2 sgt. Jenuh pemikiran die tak sama mcm kita.
Umur girl tu dlm 27 kan?
tu umur masih berhua-hua lagik tu.
Meow sendiri umur 29 dah anak dua pun, still masih nak vogue da vass.
Sib baik jarak umur hubby tak jauh, die pun sama pattern.
Hubby pun tak kisah bangun malam2 buat susu anak,
org tua lebih baik la bangun malam buat sembahyang tahajjud kan?
larat ke dad u bile ade anak kecik2.
patut malula dgn anak2.

[ Last edited by  meow_tompok at 4-10-2007 12:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 06:28 PM | Show all posts

hrmmm...

pompuan nih pernh bercerai ngn laki dier ek....sb aper yer....blh wat analisis..
kalo laki dier diambil org, xkn dier xleh rasa aper yg mak ungu rasa...
ak rasalah kan ungu, ptnyer kan ko suh jerk mak ko wat helah....x yah layan abah ko..biar jerk..makan minum, pakai sumer biar dier buat sendirik..br dier tau lagit tu cerah ke renddah..
selama nih sumer dh ready....heheh..
mesti dier akan rase kekurgn sesuatu..kalo dier ader perasaan lah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by kucing_montel at 4-10-2007 02:54 AM
haiiii.... touching giler bila aku baca surat2 mak ko cinta_ungu....



aku nak bagi nasihat kat ko, aku xberapa nak reti...



so, aku nak tepek cerita touching yang mungkin boleh dijadi ...


ak rase ungu pt print benda nih bg kt ayah ko.....biar dier bc n renungkan.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2007 02:51 AM | Show all posts
Originally posted by juju_amin84 at 4-10-2007 06:28 PM
pompuan nih pernh bercerai ngn laki dier ek....sb aper yer....blh wat analisis..
kalo laki dier diambil org, xkn dier xleh rasa aper yg mak ungu rasa...
ak rasalah kan ungu, ptnyer kan ko su ...


erk...masalahnye mak kite takkan buat mcm tue...
sbb dia dah terbiase..
mustahil dia xnak layan ayah kite...
lagipun mak kite jenis yg mmg lembut ati...
tak tergamak kot dia nak wat camtue kat ayah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 01:10 PM | Show all posts

Reply #113 cinta_ungu's post

i means dia pernah tipu lah sebelum dia reveal yg dia ada affair ni..so dah lama dah ni..mcm mana sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 02:26 AM | Show all posts
Originally posted by cinta_ungu at 4-10-2007 06:42 AM


juju & ida...
my SIL pun tanye kite ari tue bleh x dia bgtau abg kite...
sbb dia rase x sedap laa abg x tau psl nie..
tp kan..kite dah tanye mak kite gaks..
dia x kasik betul bgtau abang. ...

kalo abg CU tau pn, elok dr mulut mak CU sndri

isk sedey tgk ayah CU

umo begini ptt pk akhirat dr bcinta

np la perempuan tu jahat sgt, x penah skali ke die terpk kalo die kt tmpt mak CU

saketnye hati ni bile dikhianati oleh org yg kiter syg? mungkin skg die rase bahagia

tp pcayela, kebahagiaan tu X kemane pn kalo cara yg die gunekn salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2007 02:31 AM | Show all posts
kalo ikut hati jahat, mau je ckp camni

AYAH DH TUA, PATOT PK NASIB AYAH MASE AKHIRAT

AYAH DH TUA, PERLU KE AYAH LUKA KN HATI MAK YG BKN AYAH KENAL SEHARI

AYAH DH TUA, X MALU KE AYAH BCINTA PD USIA BEGINI?

WAKTU MULE2 AYAH KAWEN MAK, AYAH BJANJI TUK JAGA MAK, TP KNP AYAH MUNGKIR SUME TU?

AYAH RENUNGKN SEDLM2 NYE, BKN SEHARI AYAH DGN MAK IDUP BSAME, ANAK AYAH DH BESA2, WAKTU BEGINI AYAH PTT TGGU CUCU JE BKN BINI BARU

USIA AYAH SKG NI PTT PK AKHIRAT, BKN IKUT RASE HATI

tp sume ni ida pendam je, mak ida x kasik ckp cmni wpn nk sgt2 ckp

biyo sedo byk2, mmg kurang aja tp kter wat tuk kebaikkn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2007 03:02 AM | Show all posts
perkembangan terbaru...

mak kite dah g jumpe satu makcik tue untuk berubat...
dia kate mmg girl tue dah gune something utk tarik ayah...
buat ayah semakin jauh dr kitorang...

girl tue jugak pakai something spy org sukakan dia..
makcik tue ckp girl tue dah buat kat ramai org...iskk..

so, sekarang nie makcik tue nak pulihkan semangat mak dulu...
kasik mak kuat & x lemah lagi..
mak kite pun dah kurus sbb dah xde selera makan...
pastu sambil2 tue dia tolong gak ayah..

patutlaa ayah kite cam lain je..
dulu kalo tepon kite sore dia happy je..
skang nie kalo call sore dia cam riso x tentu arah..

tapi taulah kite ayah kite x salah 100% dlm kes nie...
sbb girl tue ade gune mende lain utk buat ayah jadik camnie..

tapi lps jumpe makcik tue..mak kite kate ayah mcm dah kenal balik family dia..
selama bape bln dia kenal girl tue dia dah jarang berckp ngan anak2..
tapi dlm 2,3 ari nie dia dah mule ckp ngan anak2...

makcik tue suh selalu duk dekat ayah..borak2 ngan dia..
kasik dia rase blk suasana mcm dulu...
kalo kite x hiraukan dia nnti dia lg jauh dr kitorang sume..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2007 04:01 AM | Show all posts
anyway kawan-kawan sume...

terima kasih banyak2 laa yek atas sokongan korang...

sekurang2nye lega sikit perasaan aku bile dah luahkan...

kalo x rase cam mengong je pale otak nie..hehe...

thanks again ya korang....nie yg wat i sayang u lebih nie...!!~
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by cinta_ungu at 6-10-2007 03:02 AM
perkembangan terbaru...

mak kite dah g jumpe satu makcik tue untuk berubat...
dia kate mmg girl tue dah gune something utk tarik ayah...
buat ayah semakin jauh dr kitorang...

girl tue j ...

zaman skg ni mcm2

same cm mak ida, kne pulihkn diri sndri dulu

baru ley ubatkn ayah

yg penting jgn tglkn semayang

byk bdoa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.080283 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list