CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12224|Reply: 10

AD Resort

[Copy link]
Post time 8-9-2007 02:23 PM | Show all posts |Read mode
saya nak tanya fuel consumption antara nissan ad resort dgn proton waja , mana lagi save   kod enjin ad resort B13 DOHC 16 valve(Teksi Genting punya enjin) betui ka, proton waja S4PH DOHC 16valve Campro..110hp ..nissan tak tau berapa hp dia.Maafkan saya kalau tersilap info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


blackfrontier This user has been deleted
Post time 8-9-2007 02:30 PM | Show all posts

Reply #1 Hornbill's post

dah betu la tu... fuel consumption dia - waja lebih sket kot...
OR aku ada pakai ad resort ni, 1.6 manual. minyak jimat ape..
senang nak bawak barang, boot dia besar.. dan senang nak modified kasi ranggi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 04:47 PM | Show all posts

Reply #2 blackfrontier's post

Tu ler pasal ..kalau dpt yg wingroad tu lagi best ,,balik kampung puas hati beb, heheh atas bumbung boleh letak barang .. spare part pulak mcm mana bro ok ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 04:49 PM | Show all posts
nissan kan memang terkenal ngan seb minyak..
waja lax memang terkenal ngan mencekik minyak..
macam gen2 gaks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 05:26 PM | Show all posts

Reply #4 jezz12's post

Waja ngan gen2 cekik minyak ker sorylahh wa tk pernah lagi ada kereta proton, sekarang nie pun p2 kenari jer.. itu pasal mau serbey dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 09:41 AM | Show all posts
Kat Malaysia niee ada tak kereta nissan punya kelab ..kalu ader kasilerr info
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2007 04:17 PM | Show all posts

jimat dan ketahanan enjin.

jimat tu jimat,enjin pun tahan,spare-part takde masalah...baru lama semua ada.enjin nissan ni memang terkenal dengan ketahanan mendaki bukit,tengok teksi genting...semua nissan je.bentuk biasa la dah agak lama tapi kalau nak pueh hati convert california...fuh malatop beb.




dah convert.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 04:26 PM | Show all posts
Kat Malaysia niee ada tak kereta nissan punya kelab ..kalu ader kasilerr info

Hornbill!
hahh baca sampai muntah.....hu huh hu huh...

MODIFIKASI
Modifikasi pada kereta AD Resort ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian:
1. Luaran
2. Dalaman
3. Enjin


Kebanyakan ahli kelab Edisi lebih menumpukan perhatian terhadap luaran berbanding dengan dalaman maupun dari segi enjin. Oleh kerana model ini merupakan model Wagon jadi segala modifikasi hendaklah juga diambil dari model Wagon contohnya model WingRoad dari Jepun. Selain daripada model wagon, ada juga modifikasi yang diambil dari model Nissan B13 dan B14.Disini ahli menitikberatkan modifikasi asal(original) spesifikasi bukannya "custom". Segala modifikasi memerlukan ketelitian dan kesabaran bagi menghasilkan mutu yang baik biarpun dari segi kecantikan mahupun keselamatan. Oleh kerana kelab Edisi ini lebih cenderung kepada kekeluargaan seperti yang telah diperkatakan di bahagian pengenalan, maka ciri-ciri keselamatan pemandu dan juga penumpang harus diambil berat.

Terlebih dahulu, kita akan memperkatakan tentang modifikasi luaran. Bahan utama yang sering diubah oleh ahli-ahli kelab Edisi adalah bumper hadapan, di mana bumper model jenis B13 telah mendapat perhatian yang begitu serius. Bumper Nissan model B13 akan kelihatan seperti di bawah ini setelah di tukar. Keterampilan 'sport lights' lebih menampakkan Nissan AD Resort ini lebih garang dan berbeza dari model asal. Di tambah pula dengan 'lip' depan yang boleh di ambil dari berbagai-bagai jenis kenderaan. Contohnya, ahli kelab di bawah ini menggunakan 'lip' model Nissan Bluebird model U12.Ada juga ahli yang menggunakan 'lip' VR4, SM4 dan sudah semestinya 'lip' asal 'bumper' B13.
Selain daripada bumber hadapan kereta model AD Resort yang telah diganti, terdapat juga ahli-ahli lain yang lebih kreatif dengan menukarkan 'grill' hadapan dengan jenis AD Resort dari Jepun atau lebih dikenali dengan model Y10. Selain daripada itu terdapat juga 'grill' dari jenis Pulsar. Bagi menampakkan lagi kelainan pada kenderaan AD Resort yang asal, terdapat juga ahli-ahli kelab Edisi ini yang telah menukarkan bonet hadapan dengan bonet Pulsar seperti di bawah ini:

Sekarang kita akan berbincang mengenai modifikasi dari bahagian tepi kereta AD Resort ini. Selain daripada menggunakan 'skirting' asal kereta Nissan model B13. Bagi 'skirting' model B13 terdapat 2 jenis, iaitu jenis lurus dan jenis yang mempunyai lidah penghujung 'skirting' itu. Contoh boleh dilihat seperti di bawah ini yang menggunakan jenis lurus:


Bagi menampilkan perbezaan bagi kenderaan asal AD Resort ini dengan model yang telah dimodifikasi adalah di bahagian belakang. Ramai yang telah keliru dengan penukaran bonet belakang kenderaan ini yang diambil dari model California. Model ini hanya terdapat di Jepun dan dibawa masuk dari kedai-kedai potong yang terdapat dimerata tempat ki Lembah Klang. Dengan adanya bonet belakang yang berbeza ini telah menampakkan lagi model AD Resort ini bukan sahaja kenderaan Wagon tapi ianya masih boleh bersaing dengan kenderaan-kenderaan Saloon yang lain. Dengan terdapatnya tulisan CALIFORNIA dibahagian atas 'plate number' telah menambah 2 lagi lampu yang asalnya digunakan bagi lampu 'reverse'. Lampu yang terdapat di atas 'plate number' telah diubahsuai agar ianya menyala sekiranya lampu kecil dipasang terutamanya di waktu malam atau gelap. Terdapat juga ahli yang telah menukar 'wiring' kepada bentuk asal di mana lampu-lampu tersebut di jadikan sebagai lampu 'reverse'.
Dengan penambahan spoiler kepada bonet CALIFORNIA ini lagi menampakkan kemantapan AD Resort. Sebarang spoiler boleh digunakan mengikut citarasa individu. Selain daripada menggunakan spoiler asal model CALIFORNIA, terdapat juga spoiler Mazda B8,Pulsar, Charade, Mitsubishi dan Honda digunakan oleh ahli-ahli kelab Edisi. Namun sedikit modifikasi dan mungkin juga 'fiber glass' di perlukan bagi menjadaikan spoiler-spoiler tersebut boleh dipasang di bonet CALIFORNIA.
Bumper belakang bagi model asal AD Resort ini masih digunakan dan jarang sekali ahli membuat sebarang modifikasi. Namun, penambahan 'lip' di bahagian belakang lebih menampakkan bumper belakang menjadi lebih labuh dan lebar. Terdapat dua jenis modifikasi yang boleh dibuat:

1. dengan mengambil 'lip' asal bumper belakang model B13.
2. dengan memotong separuh bumper asal model B13 dan dicantumkan dengan bumper belakang yang asal AD Resort. Terdapat juga, ahli-ahli kelab Edisi ini tidak membuat sebarang penambahan pada bumper belakang kenderaan asal mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2007 04:29 PM | Show all posts

Kelihatan juga penukaran di bahagian Exhaust kenderaan ini bagi mendapatkan bunyi yang mantap dan menampakkan ciri-ciri 'sporty'. Selain daripada membeli exhaust dari kedai-kedai exhaust, terdapat juga pengguna yang menggunakan exhaust dari kedai potong yang berjenama seperti Nismo,Super Megaphone, Sebring dan lain-lain lagi.
Sekarang, seluruh bahagian luaran telah diubahsuai dan hasilnya pasti memuaskan hati empunya kenderaan Nissan AD Resort ini.


Modifikasi dari segi dalaman tidak begitu ketara selain dari menukar tempat duduk hadapan dan juga steering. Kebanyakan modifikasi dalam boleh dibuat dengan mengikut selera individu, sebarang steering dari jeni Nissan boleh digunakan antaranya adalah jenis Silvia, Bluebird SSS, Nissan GTi dan lain-lain lagi.

Modifikasi dalaman yang sering dilakukan adalah seperti menukar meter kepada meter Nissan SR20 atau jenis Nissan Sentra B13. Terdapat juga, ahli-ahli yang telah mewarnakan 'dash board' mereka mengikut citrasa atau mengikut warna kenderaan mereka. Bagi model AD Resort tahun 1994 ke 1996, dinding dalam pintu adalah jenis biasa yang tidak mempunyai sebarang lapisan PVC. Maka, terdapat juga ahli-ahli yang menukarkannya kepada model 1997 dan mengikut warna yang digemari.

Di bahagian belakang AD Resort ini adalah besar kerana ianya model Wagon dan boleh membawa barang-barang lebih seperti barang berkhemah dan juga 'stroller' anak-anak.
Kebanyakan penggemar-penggemar AD Resort meletakkan tong 'speaker' bagi menguatkan lagi bunyi 'woofer' dan menghasilkan bunyi yang mantap. Kebanyakan modifikasi bunyi adalah merupakan biasa bagi kesemua penggemar-penggemar kereta. Jadi, di halaman ini kami tidak begitu menunjukkan bahagian bunyi. Namun terdapat juga ahli-ahli yang telah membelanjakan wang sebanyak RM2000 ke RM7000 bagi menghasilkan bunyi yang mantap dan jelas.
Bahagian enjin selalunya tidak diusik melainkan dengan menukarkan enjin jenis Nissan SR20DET. Enjin ini sudah cukup bagi menggerakkan Nissan AD Resort dengan kelajuan yang amat amat menakjubkan. Terdapat 2 jenis enjin yang boleh digunakan iaitu jenis SR20DET dari model Nissan Bluebird U12 dan juga SR20DET dari jenis Pulsar. Di bawah ini dipaparkan jenis SR20DET model Nissan Bluebird U12 dimana intercoller TURBOnya berada di atas enjin.Untuk menyenangkan pemasangan enjin ada yang menukar enjin kepada SR16 'BLUE HEAD' atau 'RED HEAD' tanpa membuat sebarang pengubahsuaian terhadap 'mounting' dan kotak gear.
Dengan penukaran enjin jenis ini tidak akan terdapat sebarang ruang kerana ianya telah dipenuhi dengan segala peralatan seperti intercooler, TURBO, penapis udara dan lain-lain lagi......zzoooommmmmmm

Maka, keseluruhan modifikasi Nissan AD Resort telah dipaparkan dan sekarang terpulang kepada individu bagi melakukan modifikasi kereta mereka. Di harap dengan adanya halaman ini dapat membantu penggemar-penggemar kereta terutama AD Resort menjadijan ini sebagai tunjuk ajar. Selain daripada itu, ini merupakan pengenalan kepada pengguna-pengguna AD Resort yang baru.
untuk maklumat lanjut tengok la web dibawah yeeeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 05:47 PM | Show all posts

Reply #9 corona87's post

Makaceh lahh Corono87,, hang drive kereta toyota corona kerrr?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 10:05 AM | Show all posts

Reply #10 Hornbill's post

ye bang..pandai abang......tapi pernah bercita-cita nak pakei ad...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.354007 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list