CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bravotwozero

Pemberian Bonus.....dapat sket pun jdlah...

[Copy link]
Post time 9-9-2007 09:48 AM | Show all posts
hehehe....
kalau x der bonus....
lingkup pak lah nanti....
tawun PRUmaa....!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2007 10:14 AM | Show all posts
Belajo-belajo le rasa tak dapat bonus macamana. Kalau dah dapat tiap-tiap tahun benda nama bonus ni dah jadi macam satu kemestian pulak. Mana ada elemen kejutan!!! Aku ni dah hampir 20 tahun kerja swasta, yg aku ingat dapat bonus tak kurang dari 5 kali aje, tapi tiap-tiap tahun bayo income tax! Jadi ini membuatkan aku lebih berhati-hati berbelanja le.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 10:23 AM | Show all posts
tu la, masa naikgaji baru ni, masing2 buat hutang baru, beli kereta la, beli h/p mahal2 la.. tup tup tak boleh bonus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 11:20 AM | Show all posts
Akuu punya style...aku anggap takde bonus. JAdi kalau memang takde bonus, takde la terkilan.

Ni jenis tiap2 tahun dok berangan bulan2 lapan nih.....bila tak dapat tu yang gelabah
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 11:33 AM | Show all posts
Bonus??? Orang kerja swasta mcm aku lagi tak menentu... semuanya bergntung kepada KPI individu... Setakat company aku.. ada yang dapat 8 + 2 punya bonus... dan pada masa sama ada plak yang langsung tak dapat bonus.. bayangkan ler perasaan rakan sekerja dalam situasi macam nie..  lagi dilema tak terkata.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 12:05 PM | Show all posts

Reply #25 standupper's post

Kita serupa...kita serupa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2007 12:45 PM | Show all posts

Reply #17 areguard's post

Sumber di MOF?   sape? puan maria ke?....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 02:44 PM | Show all posts

Reply #24 alphawolf's post

samala. aku dari mula2 kerja dulu lagi, memang bonus tak masuk dalam bajet. kalau dapat, simpaannnnn....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2007 04:45 PM | Show all posts
Sebab tiada bonus

Oleh Shamshul Azree Samshir

Kerajaan agih dana tingkat sosioekonomi di luar bandar

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak mengumumkan bonus ketika pembentangan Bajet 2008 kelmarin kerana mahu memastikan dana digunakan sepenuhnya untuk faedah rakyat terutama dalam menangani isu sosioekonomi.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar), berkata kerajaan mempunyai dana yang terhad dan perlu diagihkan untuk projek yang memberi impak maksimum kepada rakyat seperti projek di pedalaman, membekalkan air ke kampung atau menangani kadar kemiskinan bandar.



Katanya, tanpa bonus, kakitangan awam masih mendapat habuan berdasarkan pengiraan kadar kenaikan gaji bagi tempoh enam bulan mulai 1 Julai lalu, menyamai dua hingga empat bulan bonus.

"Mereka yang mendakwa Bajet 2008 sebagai bajet pilihan raya tentu terkejut dan bertanya mengapa kerajaan tidak umumkan bonus.

"Ini adalah kerajaan bertanggungjawab dan kadar dana yang kita miliki terhad. Ini bukan isu beri bonus atau tidak (kepada kakitangan awam), ia sebenarnya bagaimana menggunakan dana untuk faedah maksimum negara," katanya pada sidang akhbar khas selepas pembentangan Bajet 2008 kepada media tempatan di pejabatnya di Kementerian Kewangan di sini, semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan Bajet 2008 yang antara lain menetapkan pendidikan percuma pada peringkat rendah dan menengah, selain memperluaskan skim pinjaman buku teks.


Nor Mohamed berkata, penjawat awam sentiasa dekat dalam hati kerajaan malah sumbangan mereka dihargai dengan pengumuman kenaikan gaji 1 Julai lalu.

"Jika diambil kira kadar kenaikan gaji sejak bulan lalu hingga akhir tahun ini, kumpulan berpendapatan rendah menerima kenaikan hampir empat bulan bonus dan ramai yang lain (dalam kumpulan lain) mendapat kenaikan umpama dua bulan bonus," katanya.

Nor Mohamed berkata, Bajet 2008 membuktikan kerajaan bertanggungjawab dan berhemat dalam menguruskan perbelanjaan, bukannya merangka bajet khusus untuk pilihan raya.

"Sungguhpun ada yang berpendapat ini bajet pilihan raya sebab mereka ingat tahun depan kita akan adakan pilihan raya.

"Dari satu sudut, semua bajet tiap-tiap tahun adalah bajet pilihan raya kerana tujuan kita untuk membolehkan rakyat mendapat nikmat daripada bajet... Itu tujuan murni kita dan dari segi itu, kalau kita bantu rakyat dan dianggap sebagai bajet pilihan raya (maka) bajet pilihan rayalah ia," katanya.

Beliau berkata, walaupun Bajet 2008 menunjukkan kerajaan memberi peruntukan banyak untuk pelbagai bidang, namun kadar defisit yang direkodkan makin menurun.

"Tapi kita nampak dari bajet ini, walaupun kerajaan beri peruntukan banyak untuk pelbagai bidang tapi pada masa sama, defisit makin menurun dari 5.5 peratus pada 2000, setapak demi setapak kita turunkan hingga 3.3 peratus tahun lalu.

"Kita yakin akan turun kepada 3.2 peratus tahun ini dan tahun depan 3.1 peratus. Ini menunjukkan kerajaan begitu berhemat dalam perbelanjaan dan bertanggungjawab, bukan semata-mata membuat bajet pilihan raya dengan perbelanjaan lebih... Kita berhemat dan defisit makin menurun," katanya.

Mengulas keputusan kerajaan menawarkan semua Ketua Setiausaha (KSU) dan ketua perkhidmatan atau Ketua Pengarah skim kontrak selama tiga tahun dengan ganjaran diberi berasaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Nor Mohamed berkata:

"Sebelum ini, KSU dan Ketua Pengarah dilantik apabila usianya mencecah 55 tahun... Jadi lazimnya dia akan hanya ada 11 bulan sebelum menamatkan perkhidmatan.

"Sehubungan itu, individu terbabit tidak pasti sama ada kontraknya akan disambung atau terus pencen selepas tempoh 11 bulan berakhir. Dalam keadaan ini, bagaimana dia mahu membuat perancangan atau pelan tertentu, atau membuat susulan? Sebab semuanya dia tidak pasti."

Nor Mohamed berkata, keputusan kerajaan menawarkan skim kontrak selama tiga tahun kepada KSU dan Ketua Pengarah amat adil bagi membolehkan mereka merancang agenda kementerian masing-masing.

"Jadi, sesiapa yang dilantik akan tahu dia ada tempoh tiga tahun untuk merancang dan menunjukkan prestasi. Dalam tempoh ini, sesiapa yang tidak menunjukkan prestasi sudah tentu akan diminta berhenti. Tempoh tiga tahun adalah cukup panjang dan dia juga tahu perlu patuhi KPI," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 05:35 AM | Show all posts
RM2,000 sagu hati ganti bonus

KUALA LUMPUR 9 Sept.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 08:35 AM | Show all posts
Pemberian bonus ni atas keputusan Pak Lah, selaku Menteri Kewangan..sepatut yer Menteri2 bawah Pak lah tu tak payah la nak komen..biarlah Pak Lah announce sendiri..bagi aku, dapat bagus, tak dapat pun takper

Idea Cuepacs tu bagus gak, kasilah pada group Sokongan I dan II, pegawai2 41 ke atas dan JUSA tak payah dapat bonus atau saguhati, gaji depa pun dah tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 08:47 AM | Show all posts

Reply #1 bravotwozero's post

u talk abt gaji je ke? how abt elaun mewah yang sesetengah anggota terima .... aisehmen i thot elaun submariner lagi mahal daro Epos nowdays, sumtimes ah wa x paham metaliti orang gomen ni, kalo boleh banyak lagi nak dapat, plus benefit yang kaw kaw... tapi stended keje yang masih dibelow par atau sedang2 gitu je.... jeez no wonder mostly ex gomen susah nak 'hidup' dalam private sector unless kene tukar ler mentalititi asik nak 'meminta' je....
Reply

Use magic Report

mat_toro This user has been deleted
Post time 10-9-2007 09:54 AM | Show all posts
Tak bagi bonus pun takpe... tapi itu budget kasi pakai untuk kemajuan negara laaa... kalu itu budget bikin kasi kaya JP cam kes beli tool set beratus RM walhal harga RM40++ jerr... patut la memanjang takde duit nak bagi pembangunan & beli weapon baru... cukai rokok aku yg dok naik tetiap tahun tuh apa jadik?? Awat hospital nak kena bayar lagi? Patut dah free medical for all dah nihh... apasal ada lagi rumah anak yatim & org tua yang tak terbela? memanjang takde budget? Apasal masih ada rakyat termiskin yg hidup terlalu miskin tahap pelarian afrika?  Minyak subsidi sudah kurang... cukai rokok aku isap nih makin naik... income tax dah lebih lancar kutipan... mana pigi itu duit semua??  Jom la kita ramai2 pangkah DAP...  walaupun depa pun 2 x 5 bangang cam BN tapi kita kasi itu BN tergugat sikit dari comfort zone depa... kasi dia tau rakyat pun takde la bangang sangat...

Selamat menyambut 50 tahun kebodohan.... mendeka!! mendeka!! mendeka!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 10:01 AM | Show all posts
aku teka, diorang akan tunggu sampai hujung tahun nanti sebelum buat keputusan pasal bonus.  nak tengok situasi menjelang pilihanraya dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by standupper at 9-9-2007 11:33 AM
Bonus??? Orang kerja swasta mcm aku lagi tak menentu... semuanya bergntung kepada KPI individu... Setakat company aku.. ada yang dapat 8 + 2 punya bonus... dan pada masa sama ada plak yang langsu ...


tulah hakikatnya kerja swasta..mana ada bonus across the board macam gomen kan..
Reply

Use magic Report

mat_toro This user has been deleted
Post time 10-9-2007 10:50 AM | Show all posts

Reply #35 mmc's post

lu org punya bonus depends on ur performance maa... u reap what u sow... kerajaan manyak untung buleh beli kren harga RM1.5 mil dgn harga RM3 mil tapi tadak duit mau kasi bonus?  aiyaaa... not getting what we reap oso... anyway ur bonus berbulan2... kitorang bonus setengah bulan jerr... bayar 2 kali pulak tuhh... every sector ada pro & con maa... tapi bagi gua kalau tak mau bagi pun takpe... selama nih gaji kecik tak kebulur lagi anak aku... tapi itu duit mana pigi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2007 11:04 AM | Show all posts

Reply #36 mat_toro's post

blow whistle kat PAC la....apa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 11:31 AM | Show all posts
sepanjang aku bekerja, tak pernah lagi rasanya merasa amaun > atau sama 2 bulan gaji punya bonus.  kenaikan gaji pun 1-digit persen je.  pelarasan gaji, tak yah harap le.  gaji+epf pun tak akan setanding gaji+pencen, in the long run melainkan pandai hedge/roll kita punya funds.  benefits-in-kind pulak sudah semestinya amat miskin hina berbanding sektor awam.  kpi tu cuma setakat lip service saja.  politiking tetap sama jugak.

jadi, susah le nak generalise mana-mana sektor as kaya, miskin, etc.  sektor swasta pun tak lumayan mana le.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 01:56 PM | Show all posts
Rasa yer takder bonus nih..pasal tgk bajet pun, keuntungan hasil tax naik sikit, tu pun dah kena cekau awal2 oleh politicians..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 04:04 PM | Show all posts

Reply #32 yipun78's post

u kennot question my allowance here ......allowance kat cni untuk sara hidup kat sini, bukan die bg allowance tu untuk sukaria.....taraf idup kat sini x same ngan taraf idup kat malaysia....its totally different thing......bg yang dapat menyimpan lebih, make dapat la die duit lebeh utk bawak balik mesia......dekat sini peruntukan makan hanye diberikan waktu tengahhari je, what about pagi ngan malam dan wekend....so kami kene beli sendiri masak sendiri ....kalau malas baru beli makan.....tapi kalau pi makan , bukannye murah sepinggan Kebab halal campur air dah 10 euro.....sekali makan je tuh......pikio la sikit wahai cik moderator yipun......itu baru cite bab makan....

mengenai standard keje yang lu kate below par tuh.....ape penanda aras yang lu pakai.....tell me....dont judge kakitangan awam hanye dengan rungutan sesetengah org sajer.....ataupun hanye dengan pengalaman u yang x seberape tuh....Ade 1.2 juta kakitangan awam yang ade ....i bet paling kuat u jumpe pun ratus ratus jer....;

i bg u satu contoh....dr perspektif Tentera Laut Diraja Malaysia.....untuk seseorang sailor, keje lebeh mase adelah sesuatu yang jd wajib bg dirinyer......apabila dieorg ni belayar dieorg akan maintain watch sepanjang pelayaran hanya berselang seli break setiap 4 atau 2 jam...... this also apply during the weekend .....no break...especially submariner....kalau belayar 40hari maka 40hari la continous watch, x kire weekdays or weekend or Raya puasa or thaipusam.........so yang kije overtime nih, kami tidak menerima sebarang bayaran tambahan except for a few policemen.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.067115 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list