CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15598|Reply: 94

Pemberian Bonus.....dapat sket pun jdlah...

[Copy link]
Post time 8-9-2007 11:34 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum n salam sejahtera MPSA members...........

pembentangan bajet pade tahun ni ade kelainan sket....dimane pemberian bonus tidak diumumkan semasa pembentangan.....TPM kate , x semestinyer diannounce mase bajet...selepas pembentangan bajet pun boleh announce ape........

tapi nampak gayanyer macam xde jer.......but we wait n see lah yer.....

bg aku penting bonus nih, especially buat warga tentera , polis , bomba dan sebagainya yang berkhidmat dengan kerajaan....sebab gaji kami sume bukannyer banyak pun....selalunyer masuk gaji tuh buat bayar utang jer..........lagipun dah nak masuk musim perayaan ngan pembukaan sekolah ni banyak nak pakai duit.....roadtax/insuran kete lagi....

anyway mintak pandangan dan pendapat u all lah regarding this matter..........ok sayonara.....

[ Last edited by  bravotwozero at 10-9-2007 05:37 AM ]
Single Polls, Total 25 Users voted
60.00% (15)
32.00% (8)
8.00% (2)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2007 11:41 PM | Show all posts
tak payah umum dalam bajet..
sedar sedar dah masuk bonus dalam duit gaji.

kalau heboh dapat bonus , nanti peniaga ambik peluang naik barang, walaupun bonus tak dapat lagi.

macam kenaikan gaji Julai lepas, gaji tak naik lagi, barang dah naik .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 11:47 PM | Show all posts

latest.........hampehhhhhhhhhhhhh

Tiada bonus sektor awam sebab gaji naik
08-09-2007

KUALA LUMPUR:  Kenaikan gaji antara 7.5 peratus dan 35 peratus bagikakitangan awam serta kenaikan gaji antara 9 hingga 42 peratus Julailepas bagi anggota polis dan tentera boleh dianggap sebagai satu bonusbagi mereka.


Menteri Kewanngan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata justeru,kerajaan berpendapat tidak perlu lagi bayaran bonus kepada kakitanganawam tahun ini.

"Kalau kita lihat bagi tahun ini bermula bulan Julai, kenaikan gaji telah dilaksanakan.

"Dan kalau kita melihat kenaikan jumlah gaji tambahan yang diterimapada tempoh enam bulan ini mulai Julai, kita nampak kalau dikirasebagai bonus, ada yang dapat sebanyak empat bulan bonus bagi kumpulansokongan dan ada juga menerima dua bulan bonus.

"Kecuali JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) dia kurang sikit tapipendapatan dia banyak," katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysiayang disiarkan secara langsung dari Kementerian Kewangan menerusi RTM1, pagi ini.

Beliau berkata oleh kerana jumlah dana yang ada adalah terhad, danbanyak keperluan, kerajaan harus penuhi daripada segi pembangunan luarbandar, membina jambatan, pendidikan dan lain-lain lagi.

"Melalui kenaikan gaji ini, kerajaan telah memberi satu peruntukan yang begitu besar iaitu RM8 bilion tiap-tiap tahun.

"Jadi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab untuk semua sektor, semuawarga, kita berpendapat bahawa jumlah dana yang ada harus dimanfaatkanpada bidang-bidang prioriti yang lain," katanya.

Nor Mohamed berkata demikian ketika ditanya tentang ketiadaan bonusbagi 1.2 juta kakitangan awam dalam pembentangan Bajet 2008 olehPerdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Kakitangan awam menikmati bonus pemberian kerajaan pertama kali pada1993 yang menyaksikan seramai 850,000 kakitangan awam menerima bonussebulan gaji atau minimum RM400 dan sejak itu terus menikmatinya.

Nor Mohamed juga meminta syarikat milik keajaan (GLC) agar meneruskanusaha bersama kerajaan menghulurkan bantuan kepada golongan miskin.

Ketika menjawab soalan seorang penonton beliau berkata kerajaan telahmenyediakan peruntukan yang besar dalam bajet tahun ini dalammenjayakan usaha menghapuskan kemiskinan biasa dan kemiskinan tegar.

Katanya ini dilakukan menerusi pelbagai program termasuk membina rumahdan jalan di kampung serta menyediakan kemudahan elektrik dan airbersih kepada golongan itu.

Mengenai golongan Orang Kurang Upaya (OKU), yang ditanya oleh seoranglagi penonton, Nor Mohamed berkata kerajaan tidak lupa tentang nasibmereka dalam Bajet 2008.

Beliau berkata selain penambahan elaun bulanan yang diumumkan semalam,kerajaan juga akan memberi pengecualian cukai bagi majikan yangmengubahsuai premis mereka bagi menempatkan pekerja OKU.

Menerusi cara ini, katanya kerajaan berharap majikan dari sektor swastaakan memberi prioriti kepada jawatan tertentu untuk disandang olehgolongan OKU.

Beliau berkata kerajaan juga berharap majikan swasta akan mengambilkakitangan dari semua komposisi kaum seperti Melayu, Cina, India sertakumpulan etnik yang lain sebagai salah satu tanggungjawab sosial merekamemberi peluang pekerjaan kepada semua kaum di negara ini.

"Ini penting kerana kerajaan tidak mahu melihat sektor swasta hanya mengambil kakitangan dari golongan tertentu sahaja," katanya

kredit to DEXA.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 11:47 PM | Show all posts

Reply #2 waja3373's post

Good idea...wa setuju...

Bonus kali in akan diumum dlm bentuk panggilan PERSOP,  jersi warna merah dipaparkan sudut belah kiri atas dan bilangan bulan untuk bonus...cth 1 utk sebulan...kad kuning utk bayaran separuh2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 11:49 PM | Show all posts
sedey gua dengar brite neh.......but telan jelah kan........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 11:52 PM | Show all posts
ade ke patut.......

X PATUT....X PATUT.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2007 11:55 PM | Show all posts

Reply #5 bravotwozero's post

Wa rasa sebab tu pak lah tak takut kalah dalam pilihanraya ni sebab dia menang tanpa bertanding...masalahnya org2 disekelilingnya tu yg takut kalah sebab kakitangan kerajaan antara penyumbang terbesar undi kerajaan...biasanya klu x bg bonus, kakitangan kerajaan kata tak pe...tapi bila undi, mereka pangkah parti pembangkang...realiti...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 11:59 PM | Show all posts
Rasa cam tak de bonus je.td tgk berita pn derang dh bagi reason sbb tak dpt bonus-sbb gaji naik

tp bg aku le,klu gaji tu naik awal tahun ni kira ok le sket,ni gaji naik br bln julai yg lps

bajet kali ni aku rasa byk menguntungkn org yg dh kawin n dh ada anak-yuran x yah bayar,buku teks semua dpt pinjamn

abis kami yg bujang ni apa ganjarannya???????

Ekceli aku bkn tak brsyukur atas apa yg diberikn tp rasa cam trkilan sket je..

Ok lah...wat ever...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2007 12:01 AM | Show all posts
Konpem la ek xde bonus tahun ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2007 12:02 AM | Show all posts

Reply #7 tangopapa's post

tapi walaumacammane punye pangkah pun kat pembangkang ......still x dapat mengubah hakikat bahawasenyer tahun ni x de bonus..........itulah realiti yang sebenarnye bro tango......
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 12:08 AM | Show all posts

Reply #10 bravotwozero's post

Sebaliknya....mengikut sumber2 makcik cleaner...wa dengar ada...tapi kena wait n c serta bersabar je lah...pak lah tak sekejam itu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 12:19 AM | Show all posts
paklah baik cam aku..ko tunggu jelah...mesti bagi punyer...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 12:36 AM | Show all posts
iya sure dia bagi tpyg pasti akan jadi modal utk pancing undi heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 12:36 AM | Show all posts
Originally posted by kancil_hitam at 8-9-2007 23:59
Rasa cam tak de bonus je.td tgk berita pn derang dh bagi reason sbb tak dpt bonus-sbb gaji naik

tp bg aku le,klu gaji tu naik awal tahun ni kira ok le sket,ni gaji naik br bln julai yg lps

...



kawen la cepat2
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 12:49 AM | Show all posts
Originally posted by sdee77 at 9-9-2007 12:36 AM
iya sure dia bagi tpyg pasti akan jadi modal utk pancing undi heheheheh


biasela...ni seluruh kawasan taman aku da beturap dgn tar baru...paham2 je danak tibe musim mengundi..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 12:54 AM | Show all posts

Reply #15 sinbad05's post

Masa ni lah klu ko pergi jumpa ADUN gerenti dapat apa yg ko nak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2007 06:11 AM | Show all posts
Sumber2 AG di MOF menyatakan ada, bajet officer msukkan dlm list tapi PM chose not to announce, takut implikasi kpd kenaikan harga barang...nanti kendian2 dgn muka sadin, PM atau Najib akan announce la...nak ngundi beb, kang undi Putrajaya dpt kat pembangkang, panas pulak nak duduk Seri Perdana nanti... Anyway, kalau tak dapat pun dh bersyukur dgn kenaikan baru2 ni...TQ Paklah

[ Last edited by  areguard at 9-9-2007 06:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 08:45 AM | Show all posts
JPA tak sempat nak kira. pasal naik gaji baru ni pun masih haru-biru. Ada ramai yang tak puas hati terutamanya cikgu.

Aku rase ada bonus, pulak time pilihanraya ni. Mende lain boleh sentuh, bab duit jangan...  pantang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 08:52 AM | Show all posts
yuran sekolah tu sekolah rendah rm4.50, sekolah rendah tak sampai pun rm15.yuran pebende lain yg sampai ratus2... dah kira baget raya nie, cam tak cukup jak.harap2 dkt raya nanti aderlah umum sikit, rm500 pun,, buley la buat benafas.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 09:16 AM | Show all posts
Tak announce buat pekeliling aje kot? Tapi kasitau cipat sikit la!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.301407 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list